Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Friday, November 19, 2010

Tuan Tanah

"Laila Main Laila, aisi hoon Laila,
Har Koi Chaache Muhjuse milna akela,
Jisko bhi dekhoon, duniya bhula doon,
Majnu bana doon, aisi main Laila,"...

"La, la la la la, la la la...,"

Lagu yang hangat . Drum play yang hebat daripada aktor Amjad Khan atau nama lakonannya dalam filem Qurbani , Inspector Khan. Lagu itu di nyanyikan oleh actress yang cukup terkenal , Zeenat Aman. Qurbani , satu filem lama dan hebat.

Lagu itu salah satu lagu ice breaking Masterji sebelum latihan di mulakan. Exercise.

Hebat hebat belaka para pegawai daripada Pejabat Tanah dan Galian daripada S.U.K Shah Alam membuat exercise dengan lagu tu. Apa khabar anda semua dari Pejabat Tanah dan Galian? Harap sihat ya. Masterji ke sana minggu lepas atas jemputan rakan lama Pn Norsiah Achil yang juga salah seorang pengikut setia blog Masterji. Terima kasih Pn Norsiah dan juga Pn Rahmah serta yang lain lain. Sedap laksa yang di hidangkan hari itu.

Pn Norsiah yang saya kenali memang punyai sifat kepimpinan yang tinggi dari dulu. Suaranya datangkan pengaruh. Pn Norsiah juga punyai ilmu yang bukan sedikit perihal 5S. Beliau bisa jadi penggerak utama di Pejabat Tanah.

Ceramah satu jam setengah berkaitan dengan 5S amat menghiburkan. Semangat yang di tunjuk kan oleh semua peserta berkenaan amat tinggi. Mereka memberikan mesej yang jelas pada saya. Mereka mahu perubahan. Mereka mahu buktikan perubahan.Selepas ceramah, mereka lebih jelas dan mantap.

Cuma Masterji ada 3 pesanan:
1. Pastikan dateline dan fikirkan possible dan bukan impossible.
2. Pastikan pejabat Tanah dan Galian anda sebagai yang terbaik di SUK secara keseluruhan. Pastikan pejabat lain menjadikan pejabat anda sebagai contoh. Sampai ke tahap itu , anda lebih daripada bagus!
3. Ketua yang menguruskan perubahan besar ini harus tegas dan sedikit mafia" Castello" sebab , berkata perihal perubahan amat mudah dan untuk melaksanakan nya bukan mudah.

Para peserta bersenam sambil menari "Laila oh Laila , aisi to laila....."


"Hei, mana kad saya nie,Rozita Che Wan,...mana kad tu" Role play. Betapa pentingnya susun atur yang berkesan.

Masterji menerima cenderamata dari orang Kanan Pejabat Tanah dan Galian. Terima kasih.


Komen Pn Norsiah:
"Saya pernah terlibat dengan 5S semasa di Japanese Factory dulu. Saya dan ahli kumpulan wanita telah berjaya menbuat tandas syarikat kami , seperti hotel 5 star! Semua visitor memuji kebersihan dan decoration di dalam tandas! Kami berpegang teguh pada policy, tandas yang bersih mencerminkan pekerja dan produk yang berkualiti! Bila saya bekerja di sektor kerajaan, dan melihat buku panduan 5S terbitan MAMPU, gambar tandas berkenaan berada di muka surat 48. Wow !, Saya bangga dengan pencapaian tersebut! , Kehadiran Encik Rafi ke pejabat kami tempoh hari, telah lebih membakar semangat kami . Bagi kakitangan kerajaan , benda ni adalah baru. Apapun Encik Rafi telah berikan garis panduan yang lengkap. Terima kasih Encik Rafi."
Ya sama sama Pn Norsiah. The next time I come, show me that you and the team do have something changed and solidly done!. Ok. Saya percaya anda semua boleh!.

Pulang dari Pejabat Tanah hari tu, saya singgah di ruang lobby SUK. Mendongak ke atas. Rasa hiba mencengkam kuat. Di sinilah dulu saya mencuci tandas, cermin di tingkat yang tinggi dan juga kolam yang besar. 23 Tahun dahulu, saya ke sini sebagai pencuci tandas dan kini saya kembali sebagai pembina sumber manusia. Syukur . Di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan.

Pada Pejabat Tanah dan Galian, move faster and be stronger ya!

Pada Cik Cintahaty, selamat datang ya. Selamat berkongsi pandangan. Sila berikan pandangan yang berfaedah. Cik Cintahaty adalah pengikut blog Masterji yang baru.

Dulu ketika bekerja di situ, Abang Din penyelia saya suka suruh saya nyanyi lagu "Main shayaar to Nahin".Ya Bang, saya masih ingat sambil cuci cermin, kita menyanyi. Kenangan manis.


1 comment:

azaman said...

Masterji tumpang lalu,

Wah Puan Norsiah dah jadi taukeh tanah sekarang....hebat. Ni kalau nak bela lembu ni ada ke program tanah untuk di pajak ke, sewa ke?

Saja nak kacau Pn Norsiah aje, dah lama tak berjumpa. Tang toilet yang dia cakap tu, memang betul, memang 5 star. Ahli exco Kelantan yang datang dgn group dia pun dok terkejut dgn bilik air kat kilang kita tu dulu. Tapi Pn Norsiah, key word dia tu "dulu". Tak taulah saya sekarang. Mungkin Masterji dah jadikan di 7 bintang pulak??

azaman