Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Friday, December 10, 2010

Daddy and Mummy...

Masih ingat Ag Gale Lag Ja? Cerita Hindi yang membuat setiap bapa memikirkan betapa penting nya kasih seorang bapa pada anaknya. Betapa pentingnya fitrah seorang bapa pada anaknya.

Mungkin ramai masih ingat bagaimana Shahshi Kapoor dalam filem berkenaan berkelana dan membesarkan seorang anak yang cacat. Filem berkenaan sarat dengan pengajaran dan juga lagu lagu yang boom pada ketika itu. Malah sehingga kini, lagu lagu berkenaan masih lagi di minati.

Pernah dengar perkataan Stanford? Mungkin pernah. How About Stanford University? Stanford University di asaskan oleh seorang bapa yang bernama Leland Stanford khas untuk anaknya, Leland JR. Fitrah seorang bapa. Kasih seorang bapa pada anaknya. Pengabdian sejati. Anaknya meninggal dunia ketika berumur 15 tahun. Masih belajar ketika itu.

Akibat kesedihan dan rasa kehilangan yang amat sangat, Sepasang suami isteri, Leland dan isteri nya memikirkan sesuatu:

"Within weeks of his death, the Stanford's decided that, because they no longer could do anything for their own child, "The Children of California shall be our children". They quickly set about to find a lasting way to memorialize their beloved son. ".
Mendengar desas desus , sepasang suami isteri ini, sampai ke tahap berjumpa dengasn Harvard President Charles W.Eliot ketika itu untuk merealisasikan impian mereka.
Dan impian mereka terlaksana. Satu kenangan untuk anaknya.

Kadang kadang kalau kita tak boleh jadi an extraordinary leader di tempat kerja, belajarlah menjadi sekurang kurangnya menjadi bapa atau ibu yang extraordinary!

Benar, sayang anak di tangan-tangankan, tetapi kekadang buah tangan yang bermakna juga penting untuk mereka.

Malah sokongan kita pada seorang anak akan membuatkan mereka rasa kuat dan gagah walaupun mereka kurang upaya.

Akhbar Metro hari ini membuatkan saya belajar sesuatu. Seorang ibu sanggup bersusah payah menjaga anaknya supaya beliau dapat belajar dan cemerlang seperti orang lain. Siti Hawa Apandi, seorang penuntut di Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian Universiti Malaysia Pahang berjaya menjadi graduan seperti insan lain walaupun beliau duduk di atas kerusi roda. Selama tiga tahun ibunya bersama dengan beliau dan membantunya. Siti Hawa tidak mungkin bergelar graduan tanpa pengorbanan ibunya.
" Jika bukan ibu, siapa lagi yang hendak angkat saya ke bilik mandi, ke tandas, menukar pakaian, sediakan makanan , dan menolak saya ke kuliah dan membantu perkara perkara lain". Kata beliau.
Siti Hawa penghidap penyakit Spinal Muscular Atrophy. Tahap dua yang melemahkan urat saraf.

Kata ibunya;
"Sebab itu, apabila dia berjaya memasuki UMP, saya nekad berada di sisinya kerana mahu membuktikan kecacatan bukan halangan".


Therefore, if you can't be the world leader, you still have the chances to make your child to be one. Never say no!

Pn Noor Jahan, thank you for your comment dalam entri Bionic Woman. Minat juga pada Six Dollar Man ya. Lee Majors atau Steve Austin.

Terima kasih atas sokongan pada adik dan saya.

Adik beradik harus bekerjasama antara satu sama lain. Sekarang adik saya membantu saya. Hidup di hutan batu ni yang penuh dengan cabaran dan kesulitan, naluri kemanusiaan seorang abang harus cemerlang dan antenanya harus peka. Terutama lagi kalau adik kita perempuan. Menang sorak kampung tergadai. Sanggup berperang dan membunuh beratus ratus musuh untuk mempertahankan negara tetapi ahli keluarga sendiri terbunuh. Benar kita menang dan di julang tetapi dalaman kita hancur. Dua dua a. Menjadi seorang abang tiada beza dengan menjadi seorang bapa.

Hah semalam ada minta lagu kan, "menuju ke puncak"... akademi fantasia. Ok hari ini saya sertakan. Thank you.
Mari kita dan semua para pembaca , ayuh menuju ke puncak kejayaan. Pecahkan pagar yang mengawal kita, tembusi siling yang memerangkap kita dan jangan jadi Parking Meter!


2 comments:

one said...

Salam Masterji,

Terharu kita apabila mendengar pengorbanan ibubapa2 tetapi apa yang sering terdengar atau terbaca adalah penderhakaan anak2 kepada ibubapa.

Kita akan menjadi seorang pemimpin yg berjaya bila kita berjaya mengubah senario ini. Setiap orang yang berjaya harus bertanggungjawap untuk menjayakan sekurang-kurangnya seorang dibawahnya. Dengan ini barulah kita boleh merealisasikannya.

Bayangkan bila setiap orang menunaikan tanggungjawap mereka maka akan lahirlah satu generasi yang intelektual di masa hadapan.

Masterji sudah menunaikannya dan selepas ini giliran saya pula.

Thank you Masterji

Rgds

One& Only

Anonymous said...

I feel this is among the most important info for me. And
i'm glad studying your article. But wanna observation on some basic issues, The website taste is wonderful, the articles is in reality great : D. Excellent job, cheers

My weblog - Appliance Repair Wesley Chapel