Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, December 2, 2010

Crow


Satu perkara penting yang saya belajar dari seorang rakan lawyer, my personal Guru. He's given me a personal coaching. It takes almost a years to finish the tuition. Thanks buddy.HR Manager sometimes a prime target therefore.

Suatu hari seekor gagak hinggap di atas ranting sebatang pokok.Di paruhnya ada seketul daging yang besar yang di gigit kemas. Sementara itu, seekor serigala sedang memerhati tanpa berkedip matanya, mengimpikan daging yang sedang di berada di paruh gagak.
Kata serigala " hey gagak, walaupun banyak haiwan lain yang mengatakan kau punya suara yang paling kuat di awan berbanding burung-burung yang lain tapi aku langsung tak percaya. Aku rasa suara kaulah yang paling perlahan."
Serigala cuba memprovokasi si gagak.
Sambung serigala lagi,dalam nada mencabar, "jika betul suara kau kuat, cuba kau tunjukkan pada aku sekarang."
Gagak berkenaan mula melenting, maruahnya terasa di cabar-cabar. Akibat malu dan geram, gagak pun mula bersuara tanpa dia sedar daging yang sedang di gigitnya itu akan terjatuh bila saja dia membuka mulut/paruhnya.
Sebaik saja mula bersuara, daging itu pun terjatuh.
Serigala yang berada di bawah pokok tadi segera menyambar daging yang sudah terjatuh ke tanah dan terus hilang di sebalik semak samun.

Pengajarannya di sini, anda harus bijak mengawal dari menjadi mangsa provokasi.Jangan mudah marah dan cepat melatah.Sekiranya seorang HR Manager atau mana-mana ketua jabatan melatah anda akan banyak di berikan kelebihan dan keuntungan percuma kepada musuh anda.
Dan sekiranya anda orang biasa lalu di provok untuk menaikkan kemarahan anda, jangan cepat melatah. Mungkin boleh sampai ke tahap memukul di tukang provok(provocateur) berkenaan tetapi pada pandangan orang lain, mereka hanya nampak luka atau kesan yang di tinggalkan akibat pukulan tersebut bukannya pada cerita anda atau bagaimana sakitnya hati anda akibat di provok.Seandainya anda seorang yang mempunyai gah nama(berpangkat), walau sekecil mana pun luka di tubuh orang yang di pukul itu, kesannya boleh membuatkan anda hilang pangkat, kehormatan dan kemungkinan hilang punca rezeki.
Dalam apa juga keadaan, cubalah tangani dengan bijak dan berakal.Jadikan si gagak tadi sebagai contoh.
Terima kasih kepada para pembaca yang terus menerus memberi sokongan dan komen yang bernas dan bijak.

2 comments:

azaman said...

Masterji,

Sebab tu kita diminta supaya kurangkan bercakap. Kan ada hadis yang mengatakan kalau tak ada benda yang berfaedah untuk cakap, lebih baik diam.

Secara amnya, kalau kita perhatikan orang yang cakap berdegar-degar tu kalau kita check background dia, habuk pun tarak. Orang yang pendiam, bercakap bila perlu selalunya banyak isinya. Ini secara amlah.

Cerita gagak yang Masterji cerita tu ada sambungan dia sebenarnya. Lepas serigala tu masuk semak dan makan daging tu, dia kesakitan perut. Rupanya daging yang di ambiknya dari gagak tu daging busuk. Sapa pulak pandai sekarang?

Saya tengah hari ni saja nak bergurau dgn Masterji.

azaman

Noor Jahan said...

Salam Masterji.
Saja nak gurau2 ni...walapun saya tinggal di Klang yg terkenal dengan burung gagak tapi saya tak mahu jadi "gagak"!!!

HR ni kena jadi 'good listener'... dari dari situ HR boleh dapat informasi semasa. Tindakan yg diambil atau keputusan yg bakal diputuskan mestilah selepas memberi pertimbangan dari beberapa aspek penting. Dgn itu keputusan kita akan dihormati.

Tapi tidak dapat dinafikan adakala hampir menjadi 'gagak' jugak tapi mujur dapat dikawal.....