Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, December 7, 2010

HERE I AM :Bionic Woman

Masih ingat kah anda pada Lindsay Wagner atau nama watak nya Jaime Sommers dalam rancangan hebat satu ketika dulu, The Bionic Woman. Tahun 70an. Rancangan kegemaran Masterji. Oscar Golman make her strong and great.

Mungkin ada diantara pembaca generasi baru yang tak pernah tengok rancangan ini. It's ok, nanti boleh refer kat wesite mana mana.

Baru baru ini, akhbar Metro melaporkan kita punyai seorang Jaguh, Bionic Woman, Badang Wanita , dan keratan akhbar kata. Wanita Gagah! Hebat beliau.


Seorang wanita, Azizah Mohd di nobatkan sebagai Juara wanita dalam pertanding angkat berat beras anjuran Bernas.

Beliau seorang peniaga minuman di tapak Maha 2010. Berumur 45 bertahun dan berjaya angkat beras selama 80 kilogram. Tanpa pengalaman , tanpa persiapan. Itulah dikatakan kalau ada hati semua boleh jadi.

Pn Azizah berjaya menempatkan imej kaum wanita yang competitive. Beliau juga berjaya dalam pertandingan meneka jumlah beras. Double success. Ini yang kita mahu. Double success dan bukan Double Jeopardy.

80KG beras bukan ringan ya. Sebab Masterji exercise angkat berat maka saya tahu berat nya bagaimana. Cemerlang Pn Azizah.

Pada Encik Nasruddin, thank you for your comment. Yes I will be back to see you all again. This time we make it more petrol drinking sharing, ha ha ha. Anyway, saya puji semangat Abang kerana sanggup datang kelas untuk belajar. Umur bukan penghalang kan. Sampai kan salam saya pada yang lain dalam geng coconut. I dah prepare thousand and one questions untuk di soal ,,,,...ha ha ha. Miss you all.

Pada Encik Azaman, thank you for calling. Maaf tak dapat jumpa Ahad tu di Shah Alam. Ada training. Gembira dengar suara Encik Azaman. Lain kali kita minum teh tarik.

Pada Pn. Norjahan. Thank you for your time hari ini. Gembira dapat berjumpa dan berbual. Adik saya kata...betul lah Cik Fame....., My sister is now helping me out for training programs. Tak cukup tangan. Both , me and her belajar banyak perkara dalam pertemuan kita hari ini. Thank you from me and my sister.

Masterji menutup lebaran minggu lepas dengan gembira pada hujung minggu dan membuka lebaran minggu ini pada hari isnin dengan bermakna dan penuh kegembiraan. Kita harus tutup setiap hari dengan perasaan gembira dan sihat.
Tutup dan buka hari kita dengan rasa syukur dan hadiah kan senyuman untuk diri anda sendiri!

Minggu lepas Masterji dan seorang rakan mengajar di sebuah printing company. Amat menghiburkan. Mereka gembira. Kata salah seorang peserta, banyak everlasting words yang dia dengar. Thank you. Lagi kuat orang puji, kita harus rasa lebih takut. Kadang success make us arrogant and complacent. Apa pun thank you.

Thank you for everlasting words. Nice words.
Bila sebut perkataan everlasting love ni, teringat Gerard Joling, merdu betul suara nya.
Jom kita berhibur dengan Gerard Joling dan I love you all....

Everlasting Love.

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji.
Wow! Saya juga peminat cerita "Bionic Woman" dan "Six Million Dollar Man".....maklumlah masa zaman sekolah dulu2...bukan main teruja lagi melibat pencapaian atau kebolehan orang lain yang luar biasa!!

By the way...saya juga sangat gembira dapat berjumpa dengan Masterji & adik. Saya rasa bertuah pd tengahari itu dan senyuman saya sampai ke telinga sepanjang hari itu. Satu aspek yg sangat saya kagum & hormati ada kerana melihat adik-beradik yang berganding bahu demi mencapai satu tujuan. InsyaAllah....saya akan sentiasa memberi sokongan untuk melihat anak bangasa kita berada di puncak! Tetiba teringat pulak saya lagi Akademi Fantasia... "menuju puncak....."(kena dengar kat youtube tp tak pandai nk attach utk Masterji dengar...he..he..cari sendiri ye)