Apa khabar pembaca sekalian ! Harap semua peminat dan pembaca berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita membuka buku baru. Tahun baru, dan kalau boleh adalah pencapaian baru ya.
Akhbar Utusan Malaysia semalam melaporkan salah satu punca penceraian rumahtangga yang terbesar adalah kerana Facebook. Aduh berat sekali penangannya. Benar benar jadi Face Red. Pernah Masterji komen dalam entri sebelum ini. Apa pun tujuan teknologi berkenaan bagus demi komunikasi mungkin cara kita melaksanakannya harus berhati hati.
Satu cerita motivasi yang menarik daripada akhbar Berita Harian minggu lepas. Seorang yang berumur 50 tahun mahu berubah!
Hari ini kita belajar dari seorang Pengawal Keselamatan tentang misi, usaha , berani, dan tidak putus asa. Beliau tidak mahu peluang rugi begitu sahaja tanpa mencuba. Encik Shamsuddin Rejab berumur 50 tahun, dari Taman Ara Indah, mengambil semula peperiksaan PMR. Kali pertama adalah pada tahun 1975. Beliau kehilangan sijil yang pertama. Kehilangan sijil berkenaan membuat kan beliau sukar untuk memohon jawatan yang lebih baik selepas menjadi pengawal keselamatan selama 20 tahun.
Walaupun keputusan nya tidak cemerlang, tetapi kini beliau ada sijil. Beliau berjaya keluar daripada perangkap hidup Merry Go Round! Tahniah.
Umur bukan penghalang untuk kemajuan. Beliau juga seorang individu yang berani malu! Untuk berjaya kita harus mengikis rasa segan, malu dan takut takut.
Pn Noor Jahan, quote yang menarik, ONE THAT WE CAN'T RECYCLE IS WASTED TIME! Benar.
Time is money. Wasting time is wasting money.
Pn Noor Jahan, apa azam tahun depan ya? Ha ha ha. Kalau promotion jangan lupa belanja minum ya. Thank you.
No comments:
Post a Comment