Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Sunday, December 5, 2010

Echo

Seorang bapa berjalan bersama anak lelaki nya di kawasan pergunungan. Hanya mereka berdua sahaja. Mesra.
Tiba tiba , anak lelaki nya terjatuh dan menjerit, Aduhhhhhh....hhhhhh.

Kedengaran gema menjawap , Aduhhhhh...hhhh. Bunyi echo.
Budak berkenaan hairan dan bertanya seraya menjerit " Siapa kauuuuuuu. .."?
Budak itu menerima jawapannya "Siapa kauuuuuuu..."

Budak itu makin hairan dan sedikit marah lantas dia menjerit lagi "Hoi bodoh, siapa kau hahhhhhhhhhhh" ?
Budak itu menerima jawapannya "Hoi bodoh, siapa kau hahhhhhhhhhhh"

Budak itu bertambah keliru dan pelik. Wajah marah dan ketakutan mula terpancar. " Apa tu Babah"? Tanyanya pada bapanya.

Bapanya tersenyum melihat anaknya. "Ok, sekarang , berikan perhatian mu wahai anak ku "...
Bapanya pula menjerit " Aku kagum dengan kauuuuuu"
Gema menjawap "Aku kagum dengan kauuuuuu".
Anak tadi sudah mula mengorakkan senyum.

Bapanya menjerit sekali lagi " Kau lah juaraaaaa.."
Gema menjawap "Kau lah juaraaaaa....."

Anak tadi mula gembira dan terasa bangga tetapi masih belum memahami konsep gema itu. "Err..Babah best nya , tapi.."

Bapa tadi memahami raut wajah anak nya. Dan di terangkan;
"Ini di panggil Echo wahai anak ku atau gema "..."Ini lah kehidupan,...Apa yang kita cakap dan kita buat akan akan kembali pada kita ,. ...Tindakan kita mencorak kan kehidupan kita , anak ku." Terang Bapa tersebut.


Hah! Jelas bukan para pembaca. U get what U give kata Scorpions.
"Your life is not a coincidence: It's reflection of you! If you'd like to know who is responsible for the majority of your troubles, take a look in the mirror and if you'd like to know who is responsible for your sucess , do the same."

So kita akan lihat diri kita dalam cermin tu. Pencetus masalah pun kita, pencapai kejayaan pun kita. Maka pilih lah yang terbaik.

Apa yang kita buat itu lah pulangannya. Baik dapat baik , jahat dapat jahat. Kalau buat jahat, kadang bayar semula pada kita dan kadang kadang bukan kita. Tetapi, anak anak kita, cucu kita atau generasi kita yang seterus nya. Itu lebih pedih. Kalau masih sihat mungkin boleh bantu, tetapi kalau tengah terlantar di katil hospital, Kita dapat tengok aje lah, sambil berlinangan airmata.

Terima kasih untuk semua komen komen yang di berikan. Ha ha ha, kisah gagak dan serigala mendapat banyak pujian dan feed back. Ya kita harus mentally strong. Jangan melatah. Itu di katakan mind game.

Encik Azaman, the one kata thank you. Banyak benda yang dia atau saya belajar. Sekarang The One dah jadi tok guru di sini. More or less saya juga kagum dengan pencapaian dia. Agaknya tengok mata Encik Azman sahaja dah cukup untuk buat kami terus berubah berubah berubah. Ha ha ha.

The One, benar apa yang anda kongsikan, dalam entri Ur Order Please Sir, Budi bahasa bisa membuatkan kita berjaya.

Pn Noor Jahan, senang hati dah saya tengok komen dalam entri. Dok risau lama tak dengar berita. Thank you.
Betul, kadang kadang ada juga masa nya macam kita hampir nak jadi gagak tersebut. Duduk HR ni, banyak dugaan.
Pasal kedai Mamak tu, saya sendiri pun terfikir juga. Lagi lagi kalau kita bekerja dengan syarikat Jepun. Memang setiap hari di latih buat kerja laju, jalan laju, semua nya kena cepat.

Apa pun jangan lupa Entri Echo ya.

Deep Purple kata..." all my life... I am the Echo of your past , I am returning the echo of a point in time...." , Perfect Strangers.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Maal Hijrah

Masterji,

Memang benar, setiap perbuatan akan ada balasannya, seperti Echo. Apa yang dilaungkan akan dipantul balik. Setiap perbuatan baik akan dibalas dengan baik begitulah sebaliknya, walaupun sebesar zarah. Samada dibayar secara Cash didunia ini ataupun diakhirat kelak. semua itu terkandung dalam firman Allah dalam Kitab Al Quran. Marilah kita BERHIJRAH untuk melakukan pekara-pekara yang lebih baik pada tahun hadapan jika dibandingkan dengan tahun ini maupun tahun-tahun sebelumnya.Tidak rugi kalau kita berbuat baik sesama kita. adakalanya berbuat baik tidak memerlukan modal yang banyak pun.

Sekian, Salam MAAL HIJRAH 1432

Nazurin Osman (Coconut Group)

Anonymous said...

Salam Masterji.

'Echo' bolehlah kita kaitkan spt kita dgn anak2....contoh yg paling terdekat. 'Majority' sikap anak2 pada hari ini adalah sikap kedua ibubapanya. Mereka lihat dan ikut apa yang kita lakukan kerana segala2nya bermula dari dalam rumah. Mesti sesekali kita berkata pada diri kita, "dulu mama pun mcm tu jugak" atau adakala si isteri kata pada si suami, "perangai...sebijik macam perangai awak..."

Memang tidak dinafikan ada pengaruh dari orang luar tapi itu berlaku di kemudian hari bukan dari permulaan. Maksudnya kalau asas yg kita berikan itu kuat, insyaAllah....

Oleh itu berilah contoh yang terbaik agar anak dapat yang terbaik juga. Bak kata pepatah...."anak itu ibarat sehelai kain putih...kitalah yang mencorakkannya".