Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, April 5, 2011

Samurai!


Salah satu buku leadership yang Masterji amat minati. Hideoshi the Great Samurai. Masterji sarankan pada pambaca untuk membaca buku ini .

Sebuah buku yang memberikan makna dan contoh yang hebat dalam kepimpinan. Seorang anak yang di pujuk keluar dari rumah ditakuti bergaduh dan berkelahi dengan Bapa Tiri nya kemudian bergelar Samurai legenda.

Samurai yang rupanya buruk tetapi begitu dedikasi, bijak dan bertungkus lumus untuk memberikan diri nya brand yang cemerlang.

Pemimpin yang kreatif. Satu perkara yang paling jelas kita akan dapat daripada buku ini ialah, beliau menggunakan sepenuh tenaga , fikiran dan masa nya untuk memperbaiki masa depan nya dan memberikan diri nya Brand yang berjenama! Bukan nya menggunakan masa, fikiran, tenaga untuk memberikan brand diri yang meranapkan kualiti.

Ada di MPH, bagus untuk para penyelia ataupun pengurus. How to be bold, effective, dedicated and adaptable leaders.

Pada Pn Noor Jahan, selamat melalui audit 5S, saya doakan berjaya dan saya yakin berjaya kerana saya pernah melihat kepimpinan anda!

1 comment:

sonia shakir said...

Saya tahu Samurai Burger aje...