Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Buku
Saturday, April 16, 2011
Syukur
Hari ini saya berada di Career Fair di KL. Sebagai rakyat Malaysia saya harus bersyukur dan juga sempat memesan pada beberapa anak muda generasi sekarang untuk turut menghargai apa yang ada ketika ini di Malaysia.
Beratus ratus jumlah pekerjaan yang di peruntuk kan oleh beratus syarikat daripada kilang sampai lah ke Universiti. Saya cuba bandingkan masa silam saya 25 tahun dahulu. Amat sukar sekali. Tiada job street, tiada career fair dan tiada kerja yang mencari orang. Tetapi kini, kerja cari orang. Tinggal lagi kita rajin atau masih malas dan memilih. Dulu saya terpaksa berebut rebut dengan berpuluh yang lain di dalam pejabat buruh atau labour office untuk hanya satu atau dua jawatan. Tak dapat maka berjalan lah kaki dari satu kilang ke kilang yang lain. Tak dapat kerja yang indah indah belaka, dapat kerja cuci tandas pun kira dah besar. Tetapi hari ini, Malaysia tidak seperti dahulu.
Terimakasih pada Tun Dr Mahathir Mohammad. Idea pandang ke timur makin diperluaskan sehingga hari ini. Hari ini, saya lihat generasi muda memohon kerja tanpa bau hangit atau keringat peluh di dahi. Semua nya berhawa dingin. Semua nya seperti filem star. Dulu , baju saya dan rakan rakan bermandi peluh untuk mencari sesuap nasi. Amat sukar. Sekarang dapat souvenir lagi kalau datang cari kerja. Dulu sekadar dapat tengok balai pengawal sahaja.
Anak muda kini datang dengan muka yang girang dan tidak risau. Dulu, saya dan rakan rakan punya lah risau kalau tak dapat kerja. Semua nya sekarang datang dengan gajet yang mahal mahal. Dulu, kami beli air satu bungkus dan share ramai ramai. Itu pun Sky Juice. Ais Kosong.
Marilah kita bersyukur meramati nikmat dan rezeki yang diberikan. Dan tidak mustahil keindahan hari ini akan hilang dan akan kembali seperti zaman dahulu. Bermandi peluh. Tidak mustahil. Hanya mind set yang kukuh dan berkualiti sahaja dapat memastikan ia consistent.
Sewaktu makan tengahari Masterji tengok orang ramai, pakaian yang melekat di tubuh dan alat gajet yang mereka pakai lebih kurang beratus ribu. Dulu sehelai kemeja Masterji beli dengan harga RM 30.00. Sekarang sehelai kemeja boleh cecah sampai ratus ratus ringgit.
Sempat memesan pada seorang student tadi, ada beza diantara mereka yang berpakaian dan alat gajet yang beratus ribu ni Kumpulan pertama, nilai etika diri mereka sama dengan pakaian dan alat gajet mereka yang beratus ribu, berkualiti.
Kumpulan yang kedua, pakaian dan alat gajet mereka beratus ribu tetapi etika diri mereka bernilai satu sen. Maka jangan terpedaya dan keliru.
Apapun syukurlah Malaysia hari bekalkan banyak peluang, selagi aman, jujur, berkualiti dan mempunyai daya saing yang tinggi kita akan merasai lebih nikmat pada suatu hari nanti. Atok kita menanam pokok durian mungkin tidak sempat merasai nya maka kita anak cucu nya yang akan makan. Maka jaga lah keindahan hari ini agar ia bisa menjadi fitrah kita untuk anak cucu merasai nya juga.
Pada Encik Nazron dari Propel dan High Star, thank you for your comment. Love your comment memang comment you pun syahdu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment