Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Wednesday, April 6, 2011

Missing Q

Meminjam pakai ayat Master Q Pn Saniyah Kadir. Hebat viewpoint dan experient nya. Dalam program qualiti baru baru ini, Master Q Pn Saniyah Kadir buat smackdown! Masterji pun turut terpesona. Sesuai dengan profession nya sebagai Trainer Quality. Salute pada nya.

Isu nya kecil tetapi cara dia menerangkan nya agak menarik dan ramai yang terpukul. Master Q menerangkan maksud prinsip asas pengeluar QCD. Quality, Cost, Delivery.

"Berapa yang kamu nampak di slide" Cikgu Saniyah bertanya.
" 3 huruf , QCD " jawap peserta.
"Apa dia 3 huruf tu?" Dia soal lagi.
"Errrr......huhhh" Peserta mencari jawapan.
"Apsal senyap aje nii"? Cikgu Saniyah soal lagi sambil memberikan isyarat sticker untuk diberikan reward kalau dapat menjawap dengan tepat.
"Err...saya cuba ya , Quantity, cost and delivery or service"...jawap seorang peserta pasal dah nampak reward.
"Yes! " Sahut Cikgu Saniyah dan peserta tu tersenyum besar dan sedang melihat diri nya sebentar lagi akan mendapat reward dan kekawan lain dalam kelas kena beri tepukan dan ramai ramai kena buat suara Echo, Dia juara, Dia Juara, Dia juara sebanyak tiga kali.

Masterji terfikir kenapa Master Q cakap betul. Ada yang salah dalam jawapan tu.
" Jawapan awak salah " Kata Cikgu Saniyah pada peserta itu. Kawan tu dah nampak macam kena demam malaria tiba tiba bila dikatakan jawapan dia salah. Impian hampir berkecai dan kawan kawan lain pun nampak macam happy aje sebab ada chance dia tak dapat sticker.
Masterji nak ketawa rasa nya bila melihat kawan kawan dia menarik nafas lega dan mula ketawa meraikan kekalahan rakan nya. Sudah menjadi perkara biasa dalam latihan syarikat kami mengutamkan reward dan Scorecard. Salah satu cara menjadikan training itu berkesan.

"Tetapi , saya beri jua sticker pada awak kerana apa yang awak jawap salah tetapi ia ada kaitan dengan apa yang ingin saya sampaikan, terrer awak ya boleh baca fikiran saya, hebat tu" Master Q , Pn Saniyah membuat kejutan.

Kawan yang menjawap tu nampak serta merta kebah dari demam malaria dan rakan rakan lain kata "Aduh..betul pulak" Ha ha ha. Masterji tak dapat tahan ketawa.

" Jawapan sebenar nya ialah Quality, Cost and Delivery, tetapi apa yang awak jawap tu adalah realiti dalam isu quality kerana orang cuma sebut, baca dan memberikan pelbagai ucapan berkaitan dengan qualiti, padahal dalam proses yang sebenar nya tiada siapa yang benar benar prihatin untuk memeriksa quality kecuali quantity, sebab tu saya kata jawapan awak betul Quantity , Cost, Delivery " Master Q mula menerangkan point nya.

"Kerja untuk menjaga kualiti diserah kan pada Jabatan Kualiti, Inspector Kualiti dan paling teruk ialah menyerah kan tanggungjawap berkenaan pada customer yang membeli produk kita memberitahu kita barang yang dia beli rosak atau defect, huh sampai customer pun kena jadi QC inspector juga" Master Q terus berhujah.

Masterji pun ikut senyap tak berani komen dan agak tertarik mendengarnya.

"Kalau kita cari betul betul tiap tiap hari, pasti kita kan dapat pelbagai banyak unsur unsur yang boleh mendatangkan masalah qualiti dan mencegah nya sebelum parah" Beliau terus berhujah.

"Ini yang dikatakan The Missing Q dalam proses kerja, cuma tinggal C dengan D aje. Kadang kadang C pun ikut lenyap sama" Baru Masterji faham bila Master Q terangkan.

"Kita adalah budaya Quantity Eyes dan amat sedikit yang punyai budaya Quality Eyes, dan kita tak pernah ada target untuk sekurang nya satu hari cari satu masalah kualiti"

Yes ! Quality Eyes and The Missing Q. point yang amat menarik. Saya bersetuju sangat. Kadang kadang kita kena buat spot check serta merta kat kawasan staff kita bekerja untuk melihat samaada spec kualiti dikuti atau sekadar tayangan sahaja. Depa ikut spec depa sendiri, SCA.
Tahu apa tu SCA ...Short Cut Ajelahhh...

Yes let's have the culture to see quality build up in process and not after process. Don't forget the answer given by the participant, it was always Quantity, Cost and Delivery.

Build right mindset for Quality. Said no to defect product, defect process, and defect delivery.

Thank you Master Q, dan peserta berkenaan dapat reward nya. Happy dia.

Encik Azaman, thank you for your great comments. Pasal kastam tu menarik perhatian saya. Mungkin ramai yang tidak tahu , kuasa yang terkuat adalah kuasa kejujuran. Tiada siapa yang dapat menarik kita masuk kedalam perigi maut selagi kita punyai kuasa berkenaan. Hidup jujur mungkin susah tetapi dihormati dan tiada musuh yang dapat menggunakan apa apa sebagai senjata untuk menjatuhkan kita. Harga nilai sehelai uniform yang melambangkan tempat kerja kita menjadi terlalu murah sekarang. Segala harta yang terkumpul, kereta mewah yang menjalar , rumah bak istana dan kata kata pujian dari rakan rakan dan saudara mara kini menjadi debu yang berterbangan apabila kita di kenakan hukuman atas kesalahan begitu. Mungkin tidak semua yang melakukan nya. Ada juga yang masih tegas dan berprinsip. Mungkin tekanan ekonomi hidup membuat kan kita hilang pertimbangan ataupun dugaan mewah yang selalu melayang didalam fikiran kita mengoda kita melaku kan nya. Apa pun, kita harus hidup untuk kita dan bukan untuk orang lain.

Pasal Cikgu tu, masalah panas baran kot. Cepat panas ni pun boleh buat kita hilang pertimbangan. Orang mungkin jadi takut kalau kita panas baran tetapi nilai kita kadang akan hilang melayang dan bila kita cool baru kita tahu ada slack yang kita buat dah tetapi ketika itu mungkin sudah terlambat. Thank you Encik Azaman.

Untuk isu Kastam, pandangan kita masih seperti dahulu ya. Hidup untuk kita dan bukan untuk orang lain. Biar hidup Mewah nilai dan Miskin harta. Saya masih ingat Bang Man...masih.

2 comments:

sonia shakir said...

Missing Q in product..and Missing Q in a person..mana lebih kritikal ya? Product yang baik dihasilkan oleh pekerja yang cemerlang. Jadi, untuk dapatkan produck yang baik dan berkualiti, latihlah pekerja kita terlebih dahulu. Berikan mereka ilmu. Pernah dengar ungkapan "Make Man, Before Product? Ini adalah satu slogan dari sebuah syarikat pengeluaran terkemuka Jepun. Slogan yang makin dilupakan, lebih-lebih lagi oleh pengurusan tahun 2000an. Contoh yg nyata..,dengan perkembangan pesat industri perkilangan, banyak syarikat yang mengambil pekerja asing untuk bekerja, bahasa Malaysia tak faham., English pun tak faham..dan kebanyakannya digaji secara kontrak. Hari ini masuk kerja, supervisor bagi penerangan tiga-empat ayat..esok dah bekerja di proses line. Proses penting pulak tu! Hasilnya.., Market Claim! Salah siapa tu ya..
OK to all the readers...happy reading., And to Masterji..Missing U! Bila nak pi pekena teh tarik?

azaman said...

Masterji,

Sorry tumpang lalu. Ni actually nak comment Pn Sonia punya comment.Bertukar pendapat saja.

Puan, saya kira pengambilan pekerja asing untuk bekerja di syarikat-syarikat tempatan tidak dapat dielakkan. Kadang-kadang tu bukan pasal tak cukup local manpower, tetapi masalah kedatangan mereka yang macam iklan biskut chocolate chip, hari ini ada, besok tak ada.

Apabila masuk pekerja asing kedalam syarikat, section leaders punya training, OJT ke Off JT ke, semua masih macam biasa, macam local staff. Amat berkurangan sekali penyesuaian dibuat supaya pekerja-pekerja asing ini mudah faham. Dia punya cara mengajar, speed mengajar dan bahan mengajar semua pakai yang lama punya. Manalah member nak paham.

Saya kira pihak pengurusan, managers, kena ambik tahu dan lebuh perihatin lagi. Preparation perlu dibuat dengan betul. Kalau tak macam Puan cakaplah, Market Claim. Kesian budak Nepal ke, Vietnam ke yang kena denda.

azaman