Wow...terima kasih banyak pada para pembaca. SMS perihal entri Relevan Jamal Abdillah puhh hebat sampai penuh kotak sms Masterji...ha ha ha, Zack tetap hebat.
Kali ini nak cerita pasal Raja Sawang pulak. Hah! apa tu Raja Sawang? Spider Man ke? Tak bukan Spider Man tetapi seorang kawan lama Masterji, kami panggil dia Raja Sawang. Saya bertembung dengan dia di Restoran Mamak.
Perbualan dengan nya membuatkan masa berjalan tanpa disedari. Macam macam yang dibualkan. Kalau sekarang label yang tepat ialah Mat Rempit. Tetapi dulu kita panggil Mat Motor. Beliau bekas Raja Lumba dulu tetapi minat nya ada sedikit kelainan ketika berlumba. Dia tak minat High Way tetapi jalan yang ada banyak Roundbout atau bulatan. Kegilaan nya. Kalau nak berlumba mesti trek nya ada roundbout. Roundbout kalau dipandang dari Hellycopter view nampak macam sawang labah labah maka kami panggil dia Raja Sawang. Memang beliau hebat dengan trek seperti itu.
Hobi nya terhenti apabila mimpi yang ngeri berlaku. Beliau cacat seumur hidup kerana terlibat dalam satu kemalangan sewaktu menjalan kan aktiviti kesukaan nya. Duduk hospital hampir setahun.
Dilahirkan lengkap tetapi kini ada kekurangan dan pergerakan agak terhad. Kini dia tinggal sebatang kara dan belum berkahwin. Ibu Bapa sudah tiada dan adik beradik semakin sibuk.
Tetapi sebaris perkataan nya membuatkan saya sayu dan terus merakam kan nya di kotak fifkiran. "Bai... Dulu aku dah membazir banyak waktu, sekarang aku Re Start balik hidup aku dan aku rasa banyak lagi yang aku boleh buat walaupun kita ni dah agak tua" ..Kata nya pada saya. Bai adalah nama saya yang dipanggil oleh rakan rakan dulu.
"Heii...siapa tua, bukan kita tapi hang saja yang dah berumur"....Saya bergurau dan kami bersama ketawa.
Saya kemudian katakan pada nya, bagus apa yang disebutkan. Ya benar , kita kena RE START balik perjuangan hidup kita. Tidak perlu pulang semula menjadi kanak kanak kemudian membesar dan dapat memperbaiki kesilapan. Sejarah hitam yang berlalu tidak boleh diputihkan tetapi pencapaian yang baik selepas itu dapat juga dijadikan pertimbangan dan orang akan kata " Itu dulu, tetapi sekarang dia cemerlang..." . dan jangan sekali sekala orang cakap " itu dulu, sekarang lagi teruk..." .....hah yang ini merbahaya.
Kisah Raja Sawang boleh dijadikan contoh dan peringatan yang baik. Setiap perkara yang salah akan ada noktah maka berhentilah sebelum dinotahkan kerana apabila dinotahkan mungkin keadaan nya sedikit derita.
Ya benar. Ramai diantara kita banyak melakukan kesilapan dan mengakibatkan kehancuran. Kita boleh RE START semula. Malah kita akan lebih matang, bijak dan sabar. Sekarang dia memandu sebuah Van untuk menghantar barangan runcit. Van berkenaan Van nya sendiri dan dia sudah jadi Business man. Walaupun begitu tetapi dapat juga jadi ahli perniagaan. Masterji tumpang bangga dengan diri nya.
Mario atau Maarof, kalau anda membaca entri ini, saya bergembira dengan pencapaian mu wahai rakan ku. Syabas. Terimakasih kira nya anda menjadi pembaca setia blog ini. Ramai yang RE START Mario, dan kalau anda membaca blog ini dari entri yang pertama, anda akan mengerti ada yang lain selain daripada anda. Masa tidak mengizinkan kita bercerita panjang tempoh hari. Dan sudah saya katakan pada anda, apa yang anda lafaskan RE START itu tepat walaupun anda sedikit tersenyum dan memikimasa yang lepas tak kan kembali lagirkan mungkin perkataan itu sudah terlambat bagi anda.
Syabas ya!
Masa yang lepas tak kan kembali, masa yang baru kan menjelma, biar hidup terus hidup....
No comments:
Post a Comment