Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, April 18, 2011

Start at 5

Hari ini baca paper ada kisah masalah berat badan terlebih dikalangan murid murid sekolah. Nasi lemak dijadikan teori penyebab. Masterji tak pasti kebenaran nya.

Nak suruh berhenti makan nasi lemak mungkin agak sukar. Mungkin tak boleh langsung. Cuma yang boelh kita buat ialah kurangkan sedikit rutin nya. Makan nasi lemak ni bukan disekolah sahaja tetapi ditempat kerja pun sama. Mungkin kita kena balancekan makanan dan senaman. Kalau nak diikutkan jadual latihan Masterji mengajar di hotel hotel dan jemputan jemputan makan malam dan sebagai nya sudah tentu Masterji pun boleh ada masalah obesiti.

Macam mana ya rupa Masterji kalau berat badan lebih? Ya jawapan nya melucukan. Pernah. Masterji pernah mengalami masalah berat badan yang terlebih dan susah nak turun. Dah lah tinggi tambah pula besar, alamak macam King Kong daaa..rupa saya. Pernah dua kali mempunyai masalah begitu. Badan jadi cepat letih, mengantuk, pergerakan jadi lembab dan macam macam masalah lain yang dipikul. Dulu saiz pinggang seluar boleh sampai ke 37. Nak gelak pun ada rasa nya. Sekarang 29 dan amat bersyukur. Dulu saiz seluar tak pernah turun, naik lagi ada.

Kalau pakai T- Shirt tak boleh masuk dalam pasal nampak sangat perut besar nanti. Anak selalu bergurau suruh ditakuti terkena stering kereta semasa memandu. Cis...selalunya Junior yang rajin mengusik saya. Tetapi kerjaya saya memerlukan stamina untuk bercakap. Tak da stamina tak boleh cakap. Kena in pronto tanpa mic. Pakai microfon kadang kadang sahaja. selebih nya I must walk around and talk and talk and talk with proper melody. Ada masa slow, ada masa chorus so kena jaga perut supaya tidak semput dan pernafasan menjadi lancar serta suara boleh nyaring dan bercakap lama.Peserta duduk lapan jam, Masterji berdiri lapan jam maka kalau berat badan lebih, Masterji kena duduk nanti tak tahu mana cikgu dan mana murid. Untuk berdiri lapan jam, kekuatan ketahanan tumit dan tapak kaki amat penting. Selain daripada itu, kekuatan peha, pinggang dan betis juga amat penting. Nanti pinggang jem, sorru pun jem. Lapan jam dihadapan orang ramai dan Masterji percaya , shape badan juga harus dijaga supaya nampak kemas , meyakinkan dan bertenaga. Public figures must be prepared fully from health up to style.

Kerjaya saya tidak dibantu oleh subsidi hospital ataupun medical benefits.Bagi yang bekerja , anda ada subsidi dan benefits sekira nya sakit , kos perubatan atau pembedahan boleh ditanggung oleh Majikan.

Not for me. Business man kena tanggung sendiri. Kalau tak jaga berat badan nanti tak sihat dan kerjaya saya mengajar tidak membenarkan saya dengan suka suka hati mengambil emergency leave. Show kena on. Stage dah siap dan penonton dah sedia hadir. Ada yang datang dari jauh jauh tetapi tiba tiba Masterji call kata tak boleh buat show pasal tak sihat. Hancus jadi nya pasal peserta tu dan majikan nya nak buat apa dalam kelas room tu? Tak kan nak main one to som di antara mereka pulak.Rekod akan menjadi buruk dan peluang menjadi tipis bagi Masterji nanti. Maka jalan yang terbaik ialah bersenam dengan niat supaya sihat tubuh badan dan dapat meneruskan kehidupan untuk mencari rezeki yang halal untuk digunakan kearah kebaikan dan periuk nasi seisi keluarga.

Pagi sekali bersenam ringan dan petang selalunya senaman berat sedikit. Bagi yang lain mungkin boleh buat seminggu sekali janji buat! Kalau tak nak pergi jogging pun tak apa. Pasang lagu yang hangat didalam bilik dan mulakan tarian anda. Joget setempat pun tak pa janji berpeluh. Untuk tujuan kesihatan tak apa. Macam macam cara boleh dilakukan. Sebenarnya kalau kita rajin bersenam, tak perlu nak risau pasal makanan sebab semua nya balance. Kalau pagi makan nasi lemak petang kita jogging lebih sedikit maka akan balance lah jadi nya.

Ada juga individu yang menjalankan aktiviti start at five. Bangun pada pukul lima pagi ketika orang lain masih lagi tidur dan mereka memulakan senaman serta kerja kerja lain. Geng Pukul Lima kadang dipanggil orang.

Pernah Masterji tanya seorang rakan digym, kenapa sanggup bersusah payah datang dari jauh untuk bersenam setiap hari? "Health is an asset and Shape is competitiveness" kata nya.
Aiseymen, betul juga tu. Masterji selalu berangan selepas pencen masih sihat dan bercuti dimana mana pantai sambil membaca novel novel kegemaran Masterji. Dan ketika itu, alahai ... minta minta saiz pinggang masih 29 lah ada nya ....ha,ha,ha. Tak mustahil kerana apa sahaja boleh dijadikan target. SRK boleh , saya pun boleh.

Boleh hantar dan ambik cucu dari sekolah dan boleh bawa cucu pergi makan aiskrim lagi. Insyaallah.

Pada Cik Fame kita Pn Noor Jahan, patut lah kerja HR, rupa nya Kapten Kawad. Siang siang lagi lah dah terrer dalam bab berkomunikasi dan berikan command ya. Patut lah buat presentation 5S suara nyaring dan berselamba sahaja. Bagus tu. Ada masuk TV ke hari pembarisan. Dapat juga masuk TV ya, Tahniah. Keberanian bercakap boleh jadi periuk nasi yang baik satu hari nanti.

No comments: