Pasti ramai yang sudah menonton filem Ahmad Albab. Mungkin banyak perkara yang boleh kita pelajari.
Saya tertarik pada watak Mastura yang dilakonkan oleh Allahyarhammah Saloma.
Mastura model seorang Isteri yang hebat.

Sewaktu yang lain terkinja kinja mencari sikaya, siberada, berkereta kuda ,
tetapi Mastura mencari lelaki yang kaya dengan maruah diri, kaya dengan kesempurnaan akhlak,
Walaupun Syawal seorang yang miskin tetapi Syawal manusia yang jujur dan bijak.
Sewaktu krisis, Mastura berdiri teguh dibelakang suaminya , yakin dengan suaminya dan kenal suaminya begitu mendalam.
Mastura sedar ada seuatu yang berbeza dalam diri Syawal. Sesuatu yang akan memberikan
kebahagiaan hakiki serta lelaki yang akan mengajar mereka yang lain agar tunduk pada kebaikan!
Hebat Mastura!

Sewaktu Syawal dibuang kerja, Syawal kehilangan tugas sebagai pengembala kambing,
Mastura tidak memaki hamun bekas majikan Syawal tetapi memberikan sinar baru, idea baru pada Suaminya.
Ohh sungguh manis detik itu.
Gandingan hidup yang cukup sempurna sebagai sepasang suami Isteri.
Suami yang sedang risau , tidak dapat berfikir dengan betul, diselamatkan sekelip mata oleh otak Isterinya.
Percaturan Mastura untuk mengahwini Syawal amat tepat! Syawal akhirnya membawa Mastura ke tahap yang terpuji
dan dihormati . Mereka juga bahagia setiap hari berbanding dengan adik beradik lain Mastura
Yang terpaksa menangis selalu sehingga kan duduk di Balai Polis kerana suami masing masing.
Malah adik beradik Mastura, terpaksa merayu pada Syawal untuk menjamin suami masing masing.
Mereka tewas didalam persaingan maruah diantara keluarga!
Tewas terduduk.!
Ketika yang lain diagungkan kerana emas berlian, gaya kemewahan , Mastura dan Syawal mencipta
jalan kejayaan ! Mastura bertindak bijak menjadi penceria pada Syawal dan pemberi idea untuk terus maju.
Walaupun posisinya adalah anak orang kaya, Mastura bahagia ditangan Syawal dan Ibu nya yang miskin.
Syawal berjaya kerana Isteri nya . Syawal juga tidak kurang hebat dalam mendidik mereka yang rendah moral nya.
Kadang kadang setiap jodoh itu ditemukan sama padan bukan semata mata dari kecantikan tetapi hati budi masing masing, moral masing masing sama.!
Kadang kadang jodoh pertemuan itu diaturkan agar kita bertemu dengan seorang Mastura ataupun Syawal!
Mastura yang sabar dan pandai mencipta kejayaan dan Syawal yang lurus, amanah, miskin harta dunia tetapi kaya dengan akhlak murni.
Malah menjadi hero dalam menunduk kan kuasa kuasa manusia angkuh, serta bongkak.
Cuma kadang kadang kita lebih kenal harta, gaya, cakap besar pasangan kita lebih dari
hati budi nya yang sebenar.
Tergelak juga dalam banyak babak. Kalau sudah bersalah tu tetap hidup dalam ketakutan.
Posto yang masuk kerumah disangka Polis datang menangkap lantas menyorok bawah katil.
Scene yang saya fikir memang benar wujud dimana mana hari ini. Risau tidak bertempat. Melihat aktiviti Polis didalam TV, hati kita yang gundah gulana.
Melihat tangkapan JAIS disana sini, hotel itu hotel ini, hati kita yang menyirap marah!
Melihat drama di TV , hati kita yang gelisah memarahi anak anak untuk segera agar tukarkan channel
kerana Drama tersebut seakan menyindir perbuatan kita.
Itu belum lagi babak kereta Polis singgah tanya alamat rumah lain, mungkin scene filem
Ahmad Albab , Posto posto akan berlaku.
Sebuah filem yang banyak pengajaran.