Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, September 12, 2011

Check Up


Cik Fame ada di PSMB ya. Ohhh..ok tapi tahun Masterji tak pergi. Harap Cik Fame dapat mencapai award PSMB pula ya. I know you can do it! Nak beraya ke rumah, Insyaallah ada kelapangan saya sampai ya.

Ok kali ini nak cerita pasal Check Up.
Kita rajin menghantar kenderaan kita untuk check up. Ada yang ikut kilometer, ada yang hantar sebulan sekali ada yang hantar tiga bulan sekali. Bagus tu untuk menjamin keselamatan.

Tapi bab kesihatan macam mana ya? Ada tak tiga bulan sekali atau enam bulan sekali kita buat medical check up? Kereta kita jaga, diri kita jangan lah di abaikan ya.

Baru baru ini, di akhbar tertera berita kanak kanak sudah mula menghidap diabetes. Bahaya tu. Harus ada pemantauan ya.

Kadang kadang kita melawat tempat yang mahal mahal tu bagus. tetapi kalau ada masa lawat lawat lah hospital untuk meningkatkan kesedaran diri kita pada kesihatan yang lebih baik.

Heart attack dan sebagainya juga sudah meningkat. Masterji pernah bekerja di syarikat Jepun dan pernah melihat staff pengurusan Jepun yang hampir berumur enam puluh tahun tetapi masih tangkas menggunakan tangga dan jarang menggunakan lif. Masih segak, kemas dan kelihatan bertenaga. Tak pernah nampak mengeluh sakit pinggang, lemah dan macam macam lagi. rekod attendance nya pun bagus. Kerja kilang Jepun ni kadang banyak visitor. Bila dia bawa pusing visitor selama dua jam, hairan nya tak pernah nampak nak mencari tempat sandar atau pun berehat seketika atau mengibaskan ngibaskan kaki tanda lenguh atau sengal. Malah jalan nya laju seperti orang muda.

Dikala hampir berumur enam puluh tahun, masih boleh berikan sumbangan untuk negara nya dalam tenaga dan pemikiran. Satu kelebihan untuk bersaing tu. Harus dikaji tu.

Apa pun jangan hanya hantar kereta aje untuk di medical check up kan ya...diri sendiri pun harus pi check up ya..., rakyat sihat, negara cemerlang.

1 comment:

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

Ya...attended 2-days PSMB Conference & Exhibition...hope to see Value Guide booth in future. Dapat juga saya menambah pengetahuan hasil dari perkongsian pengalaman2 speakers yang ada. However, ada gak speakers yg hanya membaca texts...hhmmmm..so agak membosankan.

Suatu hari nanti saya nak lihat Masterji menjadi salah seorang speaker untuk PSMB Conference....insyaAllah...

Just to share with you...our newly appointed President from HQ Japan is coming this Monday. Again I was requested to present by 5S...peluang yg sgt berharga...