Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Sunday, May 1, 2011

Gone But Not Forgotten

"Saya ada rumah besar tau.. tiga tingkat, nanti kalau saya ada masa saya bawa awak semua pergi rumah saya "
"Keluarga kami best....selalu pergi bercuti kat luar negara "
"Suami saya selalu belikan hadiah yang mahal mahal tau"
" Esok kami sekeluarga nak makan malam kat tepi laut..."
" Kalau awak nak ikut pun boleh, saya suruh suami saya tempah kan tempat untuk you all semua.."
"Semalam saya beli empat pasang baju , mahal mahal tau harga nya....nanti saya pakai , you all boleh tengok dan mesti kata cantik..."


Nenonggg Nenonggg Nenonggg Nenonggggg....Bunyi Ambulance. Berhenti dan driver ambulance keluar ke belakang membantu staff nurse lain untuk mengeluarkan Nani.

"Ok , adik sekarang boleh turun ya naik kerusi ni...." Arahan seorang staff nurse yang berada di dalam ambulance berkenaan. Ada dua orang staff nurse di dalam nya.
Arahan itu diberikan pada Nani...

"Bila nak lawat rumah besar saya ya..?" Nani bertanya pada staff nurse berkenaan ketika menuruni anak tangga ambulan ke arah kerusi roda hospital yang telah disediakan.

Nani terus bercakap dan tangan nya di ikat dikhuatiri Nani akan lari. Nani masih terus bercakap dan bercakap tiada henti. Terlalu ambitious dan teruja.

Anak anak nya yang masih kecil memerhatikan ibu nya sedang dibawa oleh staff nurse berkenaan kedalam hospital. Dimata anak anak nya jelas kelihatan airmata kesedihan dan kekecewaan. Ibu tempat mereka bermanja,tempat mereka mengadu , tempat mereka bergurau kini sedang dibawa ke dalam wad sebuah hospital dan ibu mereka tidak henti henti bercakap selama dua hari. Setiap patah perkataan ibu mereka itu sebenar nya tidak benar sama sekali. Ibu mereka sudah tidak normal. Tidak normal ...dua perkataan yang sukar diterima oleh jiwa mereka namun itulah hakikat nya. hancur semua nya. Perlahan lahan mereka lihat kehancuran yang bakal menjelma. Perlahan lahan mereka melihat masa depan mereka yang akan menjadi sukar.

"Apakah ibu akan pulang dan apakah ibu akan sihat seperti dahulu atau begini seterus nya..."
"Ibu...pulang lah..., kami mahu ibu, mahu ibuuuuuuuuuu, ibuuuuuuuuuuuu..." Mereka tidak tahan dan terlalu hiba mengenangkan Ibu mereka. Tangisan mereka dan rayuan mereka.

Ibu nya sudah semakin jauh dari pandangan mereka dan kelihatan masih sibuk bercakap cakap dan yang pasti ibu mereka tidak faham apa yang mereka rasakan..kerana dunia mereka sudah berlainan.

Gone but Not Forgotten. Hidup tetapi dunia yang berlainan. Bahagia kan lah setiap ahli keluarga kita. Biar lah miskin harta tetapi kaya kebahagiaan. Kalau dapat ringan kan beban maka lakukan nya lah secepat mungkin dan jangan selalu menambah kan beban kerana ditakuti bebanan akan membuat kita stress dan kita akan ketempat yang orang susah memahami kita.

Dalam hidup ini, menjadi terlalu teruja ataupun tertekan boleh buat kita "switch off". Maka berhati hatilah. Dekati lah mereka yang selalu termenung dan murung. Kalau hidup tengah bahagia maka janganlah derita yang dicari kerana ada yang kuat untuk menerima cabaran dan ada yang terlalu lemah untuk menghadapi cabaran. Sucikanlah hati kita dengan perbuatan yang memberikan pahala dan kita akan menjadi lebih tenang dan faham tentang perihal dunia dengan lebih matang.

Therefore, hiburkan lah hati kita dengan bergurau senda sesama rakan dan ahli keluarga. Biar miskin harta kaya kebahagiaan kerana kadang kadang kemewahan membuat kita terkejar kejar untuk membayar hutang yang heavy heavy dan bukan menjuruskan kita pada kebahagiaan. Hujung bulan dapat gaji kita patut tersenyum dan bukan beli panadol pening kepala mana hutang yang boleh delay dan mana yang kena bayar dulu.

Pada Encik Azaman. Hait! I will follow your advise! Sorry lah,... HP Masterji cost down punya HP so tak banyak space boleh terima message. Sekarang ini banyak terima komen dari HP. Dok simpan pasal nak cari masa nak reply balik. Ok... I will. Hope you are fine ya Bang Man.

Mario , terimakasih kerana membaca dan sms. Sure boleh...nanti kita pi minum teh tarik lagi ya...

No comments: