Untuk paparan berita penuh, boleh ke SINI
Sungguh menyedihkan kisah di akhbar hari ini. Seorang Jurutera wanita ditikam mati kerana meminta hubungan diputuskan. Berumur 23 tahun dan bekerja di Gurun Kedah. Perkenalan selama enam tahun bersama tertuduh di akhiri dengan sebuah tragedi yang tidak di ingini.
Punca sebenar tidak diketahui tetapi yang dilaporkan adalah berkaitan dengan permohonon supaya hubungan diputuskan. Sesiapa juga punyai hak untuk menuntut kebebasan diri mereka.
Ada juga keadaan yang pada awal nya mungkin warna yang sebenar seseorang itu tidak kelihatan tetapi di pertengahan baru kenal warna asli mereka maka permohonan untuk menyelamatkan diri adalah logik. Semua orang mahukan kebahagiaan.
Amat menyedihkan dan cara tikaman dilaporkan agak menyiksakan. Point hari ini ialah how to deliver bad news.
Untuk menyampaikan berita baik mungkin tidak payah perlu memikirkan banyak faktor. Tetapi untuk menyampaikan berita buruk pada pihak pihak lain atas apa tujuan jua pun kadang kadang kita harus menimbangkan beberapa faktor seperti : Situation, Opportunity, Timming, and The receiver it self.
Situation
Keadaan waktu pagi atau malam juga penting dan tempat yang terbuka atau private juga harus diteliti.
Opportunity
Kadang kita dapat peluang yang lebih selamat dan ketika penerima kelihatan bersedia maka berita boleh disampaikan atau banyak cara lain tanpa bersemuka seperti sms, surat, laporan polis, dan sebagai nya.
Timming
Masa yang sesuai dan berdasarkan tahap penerima dan jenis berita.
Receiver
Faktor penerima juga harus di pertimbangkan. Mungkin memerlukan rakan yang boleh bertindak membantu sekira nya penerima tidak dapat menerima berita berkenaan, mungkin penerima adalah seseorang yang kita kenali bertahun lama nya maka tahap baik atau baran nya dapat kita jangka kan terlebih dahulu dan bersiap sedia dengan plan B.
Kita sendiri tahu betapa buruk nya berita yang ingin disampaikan maka mungkin boleh mencari rakan rakan yang berpengalaman untuk mendapatkan nasihat sebelum berita disampaikan. Jangan malu walaupun ia terlalu peribadi kerana kita ada ramai Lawyer dan Polis serta pakar pakar lain dalam Malaysia untuk meminta nasihat ataupun cara penyelesaian yang lebih berkesan dan selamat.
Pada Encik Azaman, jangan gelak lebih ya tengok entri semalam. Thank you to all comments for Pelayaran. The One, anda juga sedang mendaki ke puncak dan saya bangga dengan anda
2 comments:
Salam Masterji,
Dah lama tak komen dalam blog Masterji. Semuga sihat selalu.
Memang malang tidak berbau. Siapa sangka orang yang pernah disayangi boleh bertindak sekejam rupa. Agak sukar mengenali hati budi sesorang, walau pun di depan mata pijak semut pun tak mati, rupa-rupanya lebih kejam dari singa dibelantara. Benar kata orang tua, dalam kelompok manusia ada binatang, tetapi dalam kelompok binatang tiada manusia. So, berhati-hatilah dalam memilih pasangan untuk dijadikan teman hidup. Don't trust anybody
Semuga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh mangsa pembunuhan tersebut.
Apakah kejadian seperti ini akan terus berlaku dek kerana Malaysia akan menjadi Negara Maju suatu hari nanti???
Nazurin (coconut group)
p/s harga petrol 97 naik lagi, so don't drink petrol....desel boleh kot....hahahaha
Memang kasihan dan menyedihkan. 6 tahun bersama..tentu ada sebab mengapa wanita itu meminta untuk berpisah. Bukankah jodoh pertemuan di tangan Tuhan? Saya ada seorang kawan. Dia memutuskan perhubungan dengan bekas teman lelakinya setelah mengetahui perangai buruk lelaki tersebut. Agak lambat untuk kawan saya menghidu perangai sebenar bekas teman lelakinya itu. Akibat tindakannya meninggalkan lelaki itu, dia kini menderita kerana disihir dan disantau oleh lelaki tersebut. Apalah punya haiwan..Sudahlah tidak berterimakasih dgn pengorbanan kwn saya selama mereka bersama., dimusnahkan pula hidup wanita itu. Semoga Tuhan membalas perbuatan syirik itu.
Kita sebagai ibubapa, peka lah dengan siapa anak-anak kita berkawan. Pantau pergaulan mereka supaya mereka tidak terjebak dengan haiwan yang bertopengkan manusia seperti ini...
Post a Comment