Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, May 19, 2011

Idea Comel and Tomato!

Abang Azaman, Pn Noor Jahan dan lain lain, entri kali ini ada sesuatu yang best! Minggu lepas ke Langkawi untuk cari market baru untuk training. Seperti biasa Masterji suka cari kedai Mamak pasal nak cepat. Jumpa satu kedai namanya Tomato dan menarik perhatian Masterji. Comel betul idea kedai tu...

Itulah restoran pertama yang Masterji jumpa ada ciri ciri Blue Ocean sedikit. Restoran itu menyediakan white board yang besar untuk customer tulis comment. Masterji turut ikut serta dan berikan pujian pada kedai berkenaan kerana kreatif dan dan pandai dalam pengurusan visual (Visual Management). Semua pelanggan yang datang akan membaca dan ada yang menulis comment.



Kesian ahli ahli pasukan dan family members yang ikut Masterji, tak ada lain yang di buru kecuali benda yang berkaitan dengan pengetahuan. Apa nak buat dah kerja saya sebagai Trainer. Masterji kata itu lebih baik kerana ia boleh mendatangkan pengetahuan untuk ramai orang. Restoran di Malaysia sudah capai tahap Kaizen!

Daripada kita asyik tengok cara orang berpakaian lebih baik kita jamu mata kita dengan perkara yang boleh mendatangkan keuntungan. Kata Tai Chi Ohno pengasas Toyota Production system " Train your eyes to pick up waste and improvement ideas".

Masterji menetap dekat Pulau Chenang di berhampiran dengan Avana Porto Malai . Asiacenia Resort lebih dekat dengan jalan besar dan tidak jauh ke dalam. Sempat ke Kuah dan banyak tempat lain. Ada juga gambar lain yang Masterji rakam untuk Kaizen dan 5S. Nanti saya kongsikan bersama ya. Pergi tengok kolam ikan dan rupanya banyak jenis ikan yang ada. Ha ha ha, apa nak buat, hidup saya hanya buku, stage latihan, MPH, dan filem filem yang menarik.

Comel idea kedai tu.
Hari ini banyak komen menerusi sms pasal I 'will survive punya entri. Ok nanti saya serta kan lagi gambar pasal susun atur ya. Cik Aidah dan Biey tahniah ya.

Komen entri pelayaran masih lagi masuk menerusi sms. Thank you for all the good wishing and motivating comments.

Pada UEM Builders, thank you for your active participation for Train The Trainer Program. Masterji gembira dapat berjumpa dengan anda semua. Nanti boleh baca entri anda ya. Be the best Trainer ya.

Encik Azaman jangan lupa singgah ke TOMATO ya boleh tengok komen Masterji.

To Pn Saniyah Kadir, Master Q, thank you for introducing new business market for me. Great and it was very interesting and learningful moments. Tetapi rasanya, banyak tempat di situ kena benchmark Melaka kot...

2 comments:

azaman said...

Masterji,

Waduh hebat betul kedai mamak tu. Dia punya customer feedback siap ada whiteboard. I will go and see it with my own eyes! Ada alasan nak gi Langkawi ni.

Tapikan Masterji, kalau nak rasa gulai kawah best kat Langkawi tu, pergi kat roundabout near the airport, belah petang ke malam aje. Best...

azaman

Noor Jahan said...

Salam Masterji...

Fantastic!!! Boleh dipraktikkan di tempat lain selain dari restoran tu. Saya juga akan mengunjungi restoran tu kalau gi Langkawai next time. Ini mamak bukan sebarang mamak...mamak canggih tu!!!