Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Buku
Wednesday, May 25, 2011
Pay To Scream!
"No muda! No muda ! No muda ! "Maksud nya No waste, No waste, No waste.
Muda dalam perkataan Jepun , ialah pembaziran dan waste. Tentu pelik tengok gambar di atas kan...apa lah Masterji ni, gambar kaki dan betis orang pun nak ambik. Bukan tu , yang sebenar nya adalah gambar petak petak yang bernombor berwarna merah tu. Masterji rakam gambar tu di Langkawi di Cable Car. Ha ha ha ha ketawa besar Masterji, Pay for Scream. Membayar harga tiket untuk diri disiksa. Semua nya menjerit ketika ia meluncur . Masterji tak jerit tapi cuma pegang besi kiri kanan dengan kuat sekali sambil bibir mengukir senyum. Ha ha ha Control Mancho...
Masterji suka kerana salah satu sebab dapat melihat tempat Filem Don di rakam. Babak terakhir filem Don lakonan Shah Rukh Khan di rakam kan disitu. Jelas terbayang Don ligat, pantas, dan cekap ketika adegan itu.
"Bukan susah untuk menangkap ku tetapi mustahil" Slogan Don. Jelas semua nya jelas.
Abang Man , Cik Fame , Pn Noor Jahan dan Pn Saniyah Kadir jangan lah gelak ya bila kata Masterji takut naik cable car tu...ha ha ha at least better dari yang menjerit. Bukan kali pertama tetapi yang ini tinggi sangat. Abang Man tu mesti tengah gelak. Dah agak dah.
Maka dengan pantas lah Masterji merakam kan gambar berkenaan dengan petak di atas tu. Pasal tu lah ada banyak kaki kaki manusia lain terdapat dalam gambar itu.
Gambar tu menunjuk kan contoh 5S yang cemerlang. Ini yang dikatakan well organized. Petak petak berkenaan berikan sistem yang jelas pada para pengguna. Well Done! Simpel sahaja improvement idea itu. Tak perlukan kos yang tinggi.
"Don't Waste Money on improvement "
- J.I.T Ten Commandments.
Pada Cik Fame kita, thank you hantar gambar reward dinner tu ya...rasa bangga pulak dapat bergambar dengan staff anda dan juga Cik Fame sendiri. Ye ke, gambar semalam tu macam iras Father Cik Fame, kira nya anak mamak lah ni ya...Anyway I like your comment tentang foreign worker tu. Betul, depa pun boleh cari makan kat sini.Thank you ya . Patut lah faham bahasa Tamil sikit sikit ya...
Pada Cik Wanita Bertudung Hijau, thank you kerana sudi memberikan komen ya dalam entri UEM Builders. Saya ada baca blog anda, Syukur, ada rakan lain yang seperti anda membantu memperlihatkan pada ramai orang jalan hidup yang lurus dan sihat. Syabas ya. Berikan tepukan gemuruh pada diri anda! Selalu lah singgah dan berikan komen ya. Pernah ke kita bertemu? Masterji tak pasti. harap sangat dapat bertemu dan bertukar buah fikiran ya. Atau mungkin pernah menghadiri program Masterji kot? Kerja dengan UEM Builders ke? Anyway thank you ya.
Petang tadi Masterji dijemput berikan sepatah dua kata pada para students yang akan melanjutkan pelajaran di Luar Negara.
Ada topik program motivasi so Masterji bercerita pasal dua insan. Aisey men macam lagu Ella pulak ya.
Insan pertama dari kampung datang ke Bandar dan hanyut di bawa arus deras hidup kota Metropolitan disebabkan mungkin kali pertama melihat muslihat Kota. Malang nasib nya Tetapi:
Insan yang kedua dibesarkan di Kota Metropolitan dan masak dengan selok belok cara kehidupan Kota Metropolitan dan tahu mana duri dan mana tidak ,tetapi turut juga hanyut di bawa arus deras Kota Metropolitan dan ini sedikit pelik. Lebih Malang dari yang pertama.
Peserta program tergelak dan angguk tanda setuju. Ha ha ha Masterji pun gelak sama.
Kota tak salah tapi penghuni Kota kena fikir lebih sikit rasa nya . Ini baru KL kita dah hanyut apatah lagi kalau kita sampai ke Tokyo, Bangkok, Jakarta, New York, Saigon, Las Vegas ke dan macam macam lagi. Dugaan kat situ lebih besar lagi.
Pernah seorang senior lama saya memesan saya ketika pertama kali saya ke Jepun, kita kesana boleh belajar budaya orang dan ambil yang elok dimasa yang sama kita adalah promoter kepada kebudayaan negara kita, agama kita dan juga betapa teguh nya didikan yang diberikan oleh ibu bapa kita. Maka promote lah yang baik baik.
Hidup dengan pagar diri yang teguh dan bukan rapuh. Pesanan akhir Masterji pada mereka. Thank you guys. Selamat menjalani peperiksaan, dan selamat belajar ke Luar Negara! Bila pulang nanti, biar diri anda, Ibu Bapa anda menangis kerana kejayaan anda dan bukan kerana kegagalan anda atau tersalah cekup cara hidup yang kita rasakan alat kemegahan tetapi sebenar nya alat untuk menjatuh kan! Pergi sebagai perwira Malaysia dan pulang lah sebagai Perwira Malaysia. Kita juga adalah tentera yang sedang berperang. Berperang untuk menunjuk kan budaya dan pegangan siapa lebih teguh dan tidak rapuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Masterji,
Apalah naik cable car pun takut. Bikin malu aje. Saya ni kata dulang paku serpih, saya naik ferries wheel (yang macam Eye of Malaysia tu, tapi kat fun fairlah)tu pun dah gayat. Naik cable car, lagilah, kalau berangin, goyang, otak tu dah mula terpikir kalau jatuh ni nanti ada harapan tak?
Masterji, nanti kita naik berdualah. Sorang dok belah sini, sorang dok sebelah sana, kejong sepanjang perjalanan.
azaman
Hahaha En. Azaman, saya pun pernah naik cable car tu. Masa nak naik kira OK lagi. Masa nak turun, kecut perut. 700meters above sea level, purhh.. Taubat tak naik dah! Itulah my first and the last time! Kalau tiket free pun tak mau, tak mau! Anak saya kata "the engineers who designed this cable car must be crazy hahaha".
Post a Comment