Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, May 31, 2011

Laila & Majnun


Satu kenangan yang manis dan dibawa ke mati apa yang Masterji lihat ketika berada di salah satu stop point bila menaiki cable car ketika di Langkawi beberapa minggu lepas. Masterji tersenyum dan terpaku melihat gelagat sepasang suami isteri yang mencuit hati.

Suami dan Isteri yang berbangsa cina itu benar benar faham erti kasih sayang dan konsep hidup; hidup cara kita sendiri , tak perlu terkinja kinja dan menandingi orang lain. Sungguh mesra dan bahagia mereka dengan setiap apa yang mereka ada.

Adegan yang melibatkan mereka itu sebenar nya ada persamaan dengan perlaksanaan hidup Masterji sendiri. Suami yang Masterji label kan sebagai Majnu, tadi membuka sebuah perniagaan kecil di atas bukit perhentian cable car. Business mengurut kaki. Si Isteri yang dilabelkan sebagai Laila tiba ke Bukit tu membawa bekalan makanan untuk Maj nu nya. Suami berkenaan mengorak senyum melihat kehadiran Isteri nya. Isteri nya menghidangkan makanan dari mangkuk tingkat yang dibawa. Sambil makan mereka berborak dan ketawa serta kelihatan begitu bahagia. Mereka tidak malu untuk dilihat menikmati makanan secara begitu. Hidup mereka adalah cara mereka asalkan mereka bahagia. Isteri nya sambil duduk diatas sebuah bangku kecil juga kelihatan tersenyum dan melayan suami nya dengan rasa rendah diri dan mesra. Mereka hidup berjimat cermat, sepakat dan tetap punyai nilai diri yang tinggi. Tak semestinya makan macam tu dan bukan di restoran 10 bintang, hidup kita tak kelas...karut semua nya tu. Kelas atau tidak nilai seseorang tidak terletak pada benda benda yang glamer, gadget gadget yang mahal, dan solid gold yang bertimbun timbun.

Tertarik saya melihat nya. Ada persamaan. Saya juga begitu. Sejak berkerja sebagai pencuci bangunan sampailah jadi Masterji, selalu bawa bekal kalau disediakan. Kalau dulu Mummy yang sediakan dan sekarang Isteri yang sediakan. Kalau pergi out station untuk mengadakan program latihan sehari sebelum, sudah tentu di bekalkan dengan makanan dan selalu nya nasi kari ayam. Cuma Masterji beli air aje. Bekalan itu akan dimakan dalam bilik hotel sambil tengok TV. Adakala nya kalau family ikut, kami akan tetap bawa bekalan dan makan bersama. Selalunya Isteri bekalkan kari ayam ataupun cucur kodok. Pernah juga makan bersama dengan Isteri dan anak anak dengan bekalan yang dibawa. Paling last sekali di Melaka minggu lepas. Sudah pasti Kari Ayam! Seronok.

Kahwin dengan Masterji senang.... hari hari menu nya sama, Nasi , kari ayam dan ayam goreng. kadang kadang sahaja yang bertukar itupun kalau ada program latihan. Aisey men dah terlajak pulak..macam nak promote diri pula nak ikut jejak Abang Jem, Salleh Yaakob. Tahniah ya Bang Salleh. Hebat juga tu nama nya ha ha ha.

Pernah beberapa kali kalau program di Genting , Masterji akan berhenti di Gotong Jaya parking kereta bentang surat khabar dan makan bekalan yang diberikan oleh Isteri. Seronok dan best. Selepas itu hantar sms ucapkan terimakasih. Hati seorang Isteri akan menjadi terlalu bahagia kerana dihargai. Apa lagi yang diharapkan oleh seorang Isteri selain daripada betapa laju nya Suami nya menikmati masakan dari air tangan seorang Isteri. Bukan emas dan permata yang jadi suntikan kebahagiaan semata mata.

Boleh makan diluar kalau masing masing sibuk tetapi kalau lah Isteri sudi menyediakan bekalan, ambil lah dan nikmati lah bekalan itu dan hidup akan menjadi lebih bahagia.

Kalau lah satu hari nanti dapat situasi indah yang sama seperti Suami Isteri berbangsa cina tadi , Masterji akan gembira. Harganya lebih tinggi daripada berbulan madu ditempat yang popular. Makan bekalan yang dibawa Isteri dan hidup dengan cara kita sendiri.....manis nya hidup.

Pada semua komen yang Masterji terima, thank you so much.

Pada Pn Saniyah Kadir, Master Q, ohhhh sama lah juga kita ya..takut nak naik cable car. ingatkan berani. Comment anda dalam Boleh dan PI Joe begitu hebat. Saya setuju, dalam Pi Joe masih ada Tiger nya cuma dijaga supaya tidak akan muncul lagi. Walaupun anda tidak pernah mengenali P Joe, tetapi anda dapat menghalusi karektor nya dengan baik. Pi , Joe ...kalau anda sedang mengikuti, tahniah ya, dapat salute lagi dari Pn Saniyah , adik Hafiza dan Abang Nas dari Coconut Group. Mereka semua pandang tinggi pada anda. Mubarak Ko Mera Bai....

Bezakan mana satu keperluan dan mana satu kehendak, Hidup jangan terikut terikut cara orang lain..nanti terjatuh ditangan penaja atau jadi kaki songlap! Best. very good view. Thank you. Kebahagiaan hakiki dalah lahir dari jiwa yang tenteram, hati yang bersih dan lunas lunas hidup yang betul. Thank you my Master Q.

Pada Encik Azaman, thank you. Entri yang cantik. Walaupun anda pernah kenal anak orang besar,tetapi saya tak pernah tengok anda menggunakan access mudah itu untuk melonjak kehadapan. Tetap berusaha sendiri. Bagus.

Pada Abang Nazurin, fuyooooo thank you my Brader...komen sikit punya kelas lah Brader dalam Pi Joe....Berubah sebelum rebah..tepat dan cemerlang! Don't belok belok pun ayat yang best! But don't sangka clear water tak ada buaya.. lebih cemerlang. Kadang orang yang ingin berubah ingatkan manusia lain selain yang pernah digauli dulu adalah jauh lebih baik tetapi kadang lebih teruk. Benar tu. Tetapi rasa nya Pi Joe bukan sebarang orang, dia dapat mengenali dengan cekap. Yang tak tahan gelak tu pasal "if u drink petrol,,,kita bakar aje..." ha ha haha , Thank you my Brader Nazurin...

To my sister Fizah, thanks for your comment too..masih ingat P Joe lagi ya..kuat betul memory ya.

Encik Azaman sedang berada di Langkawi sekarang ni...dah naik cable car tak? ha ha ha.....

Pn Noor Jahan ketika ini berada di Japan dengan persembahan Kaizen dan 5S nya. Doakan lah yang terbaik untuk nya.


No comments: