Lewat kebelakangan ini, ada banyak berita yang keluar berkaitan dengan Keldai Dadah. Mangsa yang digunakan oleh pusher atau di zaman muda Masterji dipanggil Tokan.
Berita di TV juga makin hebat menerangkan pendedahan perihal Keldai Dadah. Malang nya kebanyak kan mangsa adalah wanita dan agak ramai juga dari Malaysia. Mungkin contoh Masterji bincangkan semalam tentang dua insan itu ada logik nya. Ramai yang terkandas kerana termakan budi atau di sponsor pelbagai bentuk kemudahan dan bantuan berupa wang, kos pembiyaan kediaman , atau melunaskan hutang hutang si mangsa. Maka si mangsa secara tak langsung dah termakan budi pada si Pusher.
Selalu Masterji nasihatkan ramai students remaja perempuan, dan staff staff perempuan sewaktu bekerja dahulu supaya ingat satu perkara: Siapa yang nak melabur kalau tak ada agenda! There is nothing free in this world! Beri nya sedikit tetapi meraih nya lebih lebih.
Jangan lihat pada kemanisan wajah, atau lembut nya lidah merakam kan perkataan perkataan yang boleh meluntur kan jiwa., Jangan cepat terpedaya bila melihat kereta mewah , spotty , dan besar yang sudi menjadikan anda penumpang sejati konon nya! Dapat naik sekali dua, jadi mangsa seumur hidup. Tak berbaloi kan? Ada juga yang berkereta mewah jujur. Benar.
Benar tak semua yang jahat . Masterji akui.
Tetapi adakah kita sudah bersedia sekiranya terjumpa, terserempak atau ter involved pada seseorang yang bakal bawa kita ke dunia yang amat menyiksakan. Ada kenal tak mana mana lawyer? Ada kenal tak mana mana polis? Pergaulan dengan orang yang tepat walaupun tak ngam dengan hobi dan cara hidup kita juga penting supaya boleh dijadikan rujukan bila petaka menjelma.
Dikala bermasalah , berikan lah hati mu yang rosak dan hancur pada Allah S.W.T dan nescaya akan dikembalikan dengan hati yang lebih yakin, bersih dan tenang.
Diberikan pada manusia yang salah, maka hati yang hancur kadang kadang boleh jadi terus lebur! Mungkin tidak semua tetapi confirm ada yang pakar berlakon bersedih bersama untuk menyengat sampai ke mati! Looks geneuine! Looks Romantic! Looks like caring but actually brings you to hell!
Itu sebab Masterji nasihatkan , rajin rajin lah membaca atau paling tidak pun akhbar yang melaporkan tentang isu isu perihal jenayah, supaya kita punyai kesedaran diri yang tinggi. Soal macam ini kadang kadang di ambil mudah oleh ramai orang. Bila Kakak atau Adik atau sedara mara atau diri sendiri terkena baru lah terasa bahang nya padahal alarm telah lama di hidupkan.
Untuk mengenali budi seseorang perlu ada dateline. Ramai yang terkena akan menjawap, masa mula kenal mana lah kita tahu niat nya! Kurang tepat tu. Ada seribu satu cara untuk kita memerangkap seseorang untuk mengeluarkan The True Colour! Of course by smart way. Bila Masterji pergi kedai Buku MPH, selalu Masterji perhatikan ada satu jenis buku yang bertajuk How to Spot A Liar dan bagaimana jualan nya. Tak memberansangkan padahal satu buku itu boleh berikan kita security fencing yang agak teguh. Memandangkan kejadian jenayah dan aniaya makin tinggi maka buku itu ada banyak faedah nya. Kalau bukan buku tu , mungkin bacaan lain juga boleh membantu tetapi harus dibaca! itu Kunci nya!
If we can give our life forever to a person for many many years to come and I don't see why we can't take few steps and some time invested , to screen through various ways with whom we are going to be with and to spend the whole life with for many years to come?
Problem is, many will be impressed quickly and being very excited with little sweets words or some major support by someone who suddenly appeared to be the best person in the world to you!
Bila di tangkap kerana isu Keldai Dadah maka banyak pihak yang susah. Kesian ibu bapa kita. Jangan terhutang budi dengan mudah pada sesiapa pun kecuali Ibu Bapa dan adik beradik kita.
Secure ourselve and the first important thing to be appreacitted is, WE , diri kita sendiri!
"The First and Best victory is to conquer self"
- Plato.
Pada Pn Noor Jahan terimakasih kerana sudi meluangkan masa untuk berbual hari ini ya.
Saya doakan yang terbaik untuk Pn Noor Jahan bagi misi persembahan projek di Jepun lagi ya. So seminggu dua nanti kami semua akan menunggu komen Cik Fame lah ya. The last time you went, you came back as champion so now, you must comeback as greater champion! I percaya anda boleh.
Pada Encik Azaman, jangan lupa ya permintaan hari ini. Nak minta jasa baik sebagai penasihat jemputan di Blog ini ya.
Pada Cik Hafiza my sister ,thank you mera sweet for your comment in BOLEH. Nice and sharp.
Pada Cik Wanita Bertudung Hijau. Saya ucapkan terimakasih kerana berikan komen lagi ya. Marilah berganding bahu bersama untuk berikan pengetahuan dan kekayaan nilai diri pada yang lain lain. Saya juga banyak belajar dari blog Cik. Thank you.
Pada pembaca yang lain Masterji ucapkan ribuan terimakasih ya.
1 comment:
Salam Masterji...
Entri ini mengingatkan saya pada pepatah 'Dont judge the book by its cover'. Jangan ingat yg segak bertali leher tu baik & berduit... atau disebaliknya. Contoh paling hampir...apek2 yg keluar dgn seluar pendek dan t'shirt pagoda..duit berkepuk tu...tapi low profile. Itu secara asas jerlah. Kalau kita gi detail...byk aspek gak kena tengok.
Anyway, ribuan terima kasih pada Masterji yg sudi melihat & memperbaiki slides saya. Ini memberikan saya lebih semangat... Sudah tentu menjadi juara adalah target saya!! Semestinya saya akan buat yg terbaik dan mahu keputusan yg terbaik juga. Bukan saya 'over confident' tapi semangat mesti kuat!! Bukan sahaja harapan saya tapi juga harapan Syarikat. Ramai 'ultraman' yg kena saya tumpaskan....(gurau jer)
Semoga doa Masterji/ GURU saya menjadi kenyataan....InsyaAllah...
Post a Comment