Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, May 9, 2011

Value Added Comment.



Semalam baca akhbar dan tertarik pada komen artis cemerlang dan satu ketika dahulu menjadi bintang filem yang top. Ogy Ahmad Daud. Filem Azura, Ali Setan dan Suara Kekasih memberikan kesan hasil daripada lakonan nya. Kini masih lagi diminati sejajar dengan pengedaran masa.

Komen beliau dalam akhbar semalam menarik perhatian saya. Ditanya pada nya kenapa kritikan yang diberi tidak sepower dulu dan jawap nya mudah serta terpelajar. Perlu apa dikritik kalau penyanyi berkenaan sudah cukup bagus dan menepati kriteria.

Ya tak ya juga kan. Pentas yang sepatut nya mengasah bakat kini menjadi pentas mengasah kritik dan kalau kurang bermakna program tu jadi tak best.

Cara Cik Ogy menjawap pertanyaan berkenaan mungkin dapat dikongsi bersama. Kita hanya perlu memberikan komen yang membina di kala perlu dan tidak mendatangkan kekeliruan bagi orang yang kita nak komen tu. Kalau bagus katakan bagus dan kalau tidak berikan komen yang specific agar dapat berikan gambaran yang jelas yang mana dan bagaimana harus diperbaiki.
Mungkin kita harus nomborkan komen kita sebagai contoh "Ok ada 3 perkara yang harus anda perbaiki pertama...bla, bla,bla,bla... kedua: bla, bla, bla... ketiga: bla, bla, bla....ketiga : bla,bla,bla..

Contoh berkenaan boleh kita guna pakai ditempat kerja. Berikan komen yang sesuai dan bukan sekadar membina tetapi nampak bagaimana nak membina nya.

Pada Abang Nash/ Nasrudin terimakasih kerana berikan komen. Ya benar dalam dunia haiwan tiada manusia tetapi dunia manusia ada haiwan. Saya akan ingat tu Bang ya..thank you. Ya ke harga petrol dah naik hahaha kalau macam tu minum diesel atau minyak tanah ajelah .... maaf Bang bergurau. You ingatkan I tentang Coconut group dulu ya di MIHRM.

Pada Pn Noor Jahan aka Cik Fame , thank you for the great dinner last week. Saya hargai jemputan berkenaan dan terimakasih kerana masih ingatkan saya lagi. Prestasi anda dan syarikat sudah bertambah maju. Saya doakan anda akan turut berjaya didalam pertandingan 5S/ Innovation yang akan datang. Saya yakin anda pasti boleh. Dinner berkenaan cukup bermakna dari segi sumbangan anda. Anda hargai setiap samurai yang berikan sumbangan pada kejayaan syarikat.
Please keep in touch and I need to know your result later ya. Emm.. apakata kalau dulu pernah buka one of the door of success masa dapat sijil 5S, lepas tu the 2nd door of success dalam pertandingan 5S di luar negeri dan saya pasti the 3rd door of success is yours again! Do it and go on... tell the world, The New generation of HR Managers is competitive with other fields of Managers. If they can show figures as their result, you may show better figures than them. I believed you will and you had the potential of doing it.

Pada Encik Azaman, the one kata nanti dia tulis pasal business trip dia dan dia kata luaran sahaja nampak dia kasar tetapi dalam romantik dan mudah tersentuh kata nya. Sentimental juga lah kot..

Pada Dr Fatini, welcome to my Masterji blog and thank you for your comment in Pelayaran. Ha ha ha pakai baju bunga bunga ya...itu dulu sekarang Masterji dah berumur dan banyak juga rambut putih dah. Ya benar, kekemasan diri itu cermin personaliti kita. Dr, thank you for your inspiring words. Hari ini baru I teringat dimana kita bertemu. Still got my card with you. Kita pernah discuss pasal Safety and Health training program.Thank you.

Terimakasih untuk semua komen entri pelayaran yang dihantar menerusi sms. Banyak nya komen yang diterima....maaf pada yang tak sempat balas. Saya ada tuliskan kan dan akan balas kemudian. Kotak sms dah penuh sangat nanti Encik Azaman marah lagi suruh reduce kan.

Untuk Ogy dan peminat-peminat Ogy, terimalah...
Kisah Cinta- Ogy Ahmad Daud

1 comment:

sonia said...

No komen! Itu ayat biasa artis-artis kita bila ditanya soalan peribadi. Jawapan "no komen" tu lah yg akan menjurus kepada komen-komen liar hahaha. Sprt kata masterji, yang eloknya komen tu biarlah bertempat. Bagi pendapat dan idea..barulah ada kelas! Janganlah asyik nak komennnn aje.., bila ditanya apa cara utk perbaiki.., 'no idea'. Saya ada seorang kawan yg kaki komen. Kerja dia nak komen org saje. Semua org di keliling tak betul, dia saja yang betul. Kawan-kawan pun meluat, tapi malas nak cakap apa-apa. Darah saya pun selalu 'go upstair' bila dia buka mulut..negative thinking tak habis-habis. Suatu hari semasa kumpulan kami bersarapan di kantin syarikat, kaki komen tu datang nak joint kami. Sebelum sempat dia duduk, saya terus bersuara..'kami tak perlukan kaki komen di sini.., kalau nak bagi komen membina,ok. Kalau nak komen utk provoc-provoc, apply utk jadi cikgu AF. Merah padan muka kawan tu, tak jadi duduk dan terus berlalu. Selepas tu saya lihat kwn tu tak komen-komen dah. Banyak diam dari bercakap. Saya rasa dia dah bertemu buku dengan ruas.