Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Al Mubarak.

Salam ramadhan pada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati. Kita bertemu lagi dengan bulan yang mulia. Syukur pada Allah S.W.T kerana memberikan kita sekali lagi kesempatan untuk menambahkan amalan baik dan pahala. Insyaallah.

Bulan ini kita harus score sebanyak mana KPI yang ditentukan dan termampu. Malah bukan bulan ini sahaja tetapi bulan bulan lain tetapi kelebihan bulan ini mungkin boleh dijadikan sebagai pemetik semangat dan starting point hingga lah seterus nya. Ayuh kita bersama duduk lah secara sendirian dan buat review. Ingatilah dan halusi lah siapa kita dan apakah yang telah kita lakukan selama ini pada diri kita, ugama kita, keluarga kita , rakan rakan kita dan juga pada manusia lain.

Tanya diri kita; berapa banyak kekejaman yang telah kita lakukan. Berapa hati yang telah kita lukakan, berapa ramai yang telah kita aniayai dan zalimi , berapa ramai diantara mereka yang lemah dan tiada sesiapa tapi kita gunakan dan mainkan secukup nya dan secukup rasa.Berapa?
Berapa banyak harta yang tak sepatut nya kita perolehi tetapi ada di sisi kita? Berapa banyak tempat yang tak seharusnya kita pergi dan daki terutama pada bulan yang mulia ini?

Ada yang menderita kerana kita, ada yang tersiksa kerana kita dan ada yang mungkin telah tiada kerana kita. Maka ambil lah peluang dan kesempatan pada bulan ini dan mengkaji siapa diri kita. Kukuh kan Inner peace kita sekuatnya.

Ayuh, bersama sama kita jadikan bulan ini sebagai lane yang akan bawa kita seterusnya ke lane yang sebenar bila kita berada disana nanti. Kuatkan semangat dan jangan toleh ke belakang lagi. Lupakan mereka yang mengamit untuk memberikan keseronokan yang merosak kan. Lupakan pada mereka yang berkata manis tetapi hempedu di hujung nya yang menanti. Lupakan.

Tenangkan diri kita dan jadikan lah setiap saat yang akan dilalui sebagai kesempatan yang untuk kita melakukan yang baik. Insyaalah kita akan diberkati dan perolehi semula kehidupan yang sebenar!

Kita mungkin dapat semula kehidupan lampau kita yang beribu kali lebih baik daripada yang kita lalui sekarang. Jangan lupa pada ibu bapa di kampung, cukup kah perbelanjaan mereka di bulan mulia ini?

Kita juga boleh buat KPI dan Reward dirumah. Apakata kalau dianjurkan pertandingan siapa dikalangan keluarga yang paling banyak berpuasa, solat terawih dan mengaji. Ada macam macam cara.

Bila tiap kali Ramadhan menjelma, Masterji teringatkan arwah Nenek. Arwah Nenek begitu sibuk dan bertungkus lumus dan dari situ Masterji tahu bulan puasa tu bulan yang penting rupa nya. Dari gaya seorang Nenek. Maka hari ini gaya seorang bapa dan ibu juga dapat berikan mesej yang tepat pada anak anak.

Manusia yang telah mengenalkan Masterji pada erti dan bagaimana kita harus berpuasa dan amalan amalan yang lain. Arwah Nenek selalu memastikan Masterji bangun sahur dan buka dengan dengan waktu yang tepat. Malah kami berdua selalu mengira dah berapa banyak hari kami berpuasa dan tengok siapa yang tinggi jumlah nya. Manis kenangan kenangan tu. Arwah Nenek akhirnya meninggalkan kami juga pada bulan yang mulia, Ramadhan tahun 2006 di pangkuan Masterji. Pengasuh yang hebat. Masterji dan adik tiada bapa maka Nenek lah pengasuh kami dan penghibur kami.

Therefore bagi sesiapa yang maintain , bagus tetapi bagi sesiapa yang rasa kurang dan ada rasa macam nak try try berubah..hah! don't try try , ambil kesempatan pada bulan ini dan teruskan ...bulan ini boleh jadi Lane yang sempurna towards the end!

Pada group Ron 97, Masterji ucapkan terimakasih berbanyak ya. Terlalu bahagia rasa nya berjumpa anda semua sekali lagi dan semalam adalah sessi kita yang terakhir. Ring me and tell me that you made it later ya...I love you all. Ketawa sampai ada rasa macam berlakon dalam filem komedi pulak. Buat case study , Training Needs Analysis untuk task melalui contoh how to drink petrol..ha ha ha ha Azlinah dan lain lain thank you. Suzana tukar jadi Susan , dan macam macam lagi.

Buat game traffic jam , sampai nak runtuh bilik kuliah rasanya. HR Director pun terrer jugak. My dear June, jangan lupa sama itu Abang Farhan ya. ha ha ha I am joking June. Anyway nice meeting every one of you.

Pada Cat Woman, terharu saya baca komen anda dalam entri Amar. Pada semua pembaca , Masterji cadangkan untuk membaca komen Cat Woman dalam Amar. Amat terhiris dan boleh dijadikan pelajaran. Betul kata anda Cat Woman, berikan hati pada bunga, ia akan layu, berikan pada manusia dia akan mati maka berikan lah pada Allah S.W.T. akan dijaga dengan mulia.
Ya jangan jadi seperti Amar...Amar seorang manusia yang cukup sempurna dan satu dalam sejuta tetapi kini hanya tinggal kenangan kerana Amar sendiri tidak kenal diri nya sendiri...

Selamat Menyambut Ramadhan ya pada semua para pembaca. Encik Bakri dan Puan Noor Jahan serta yang lain thank you for the sms wishing selamat berpuasa.



1 comment:

azaman said...

Masterji,

Ahlan wasahlan ya Ramadan. Juga dari saya kepada semua pembaca blog Masterji - semuga Ramadan kali ini lebih baik dari yang lepas.

azaman