Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Buku
Sunday, September 4, 2011
Five Words Only!
The One, thank you for your time yesterday for having tea with me in the afternoon. You are one of the "All Outs " category of people because you had been very committed to challenge yourself to gain your paper qualifications despite zero background in management and experience. It's all about comittment! Syabas! Want to know more about comittment , talk to Cik Fame and Master Q Saniyah Kadir, they can tell you more inspiring things.
Management is the art or science to get things done thorough other people! Simple definitions of Management meaning. One of the method to get things done through other people is communication. To be more precise; effective communication.
Masterji berikan sedikit contoh ;
Ronald Reegan
Kalau ditanya siapakah diantara Presiden Amerika yang hebat berkomunikasi, jawapan nya sudah pasti Ronald Reegan! Dulu nya seorang aktor dan penyampai radio.
Pernah ketika menjadi penyampai radio untuk perlawanan besbol secara langsung, terdapat gangguan teknikal dan maklumat tidak jelas. Gangguan terjadi ketika pemain Augie Galan sedang melakukan pukulan.
Reegan tidak panik malah meneruskan komunikasi dan menghidupkan suasana secara imaginasi
' setiap satu bola yang cuba dipukul oleh Augie Galan akan di kira foul".
Beliau terus bercakap selama enam minit dan suasana berjaya dihidupkan buat pendengar! Hebat bukan. Ketika bertanding bagi jawatan Presiden, ucapan nya adalah yang terbaik, jelas dan mudah. "
Visi saya saya lima perkara;Keluarga, Pekerjaan, Masyarakat, Kebebasan, dan keamanan". Lima perkataan yang mudah dan menarik. Ia tidak complicated dan berjela jela. Itulah salah satu tugas kita sebagai seorang leader. mesej yang rumit dapat dipermudah kan bukan di rumitkan lagi. Five Words Only.
Apabila ditanya samaada beliau rasa gusar untuk berdebat dengan lawan yang hebat dan berkarisma seperti Jimmy Carter, jawapan nya selamba dan menarik; "Tidak sama sekali kerana pernah berlakon dengan John Wayne". Impak yang jelas pada pendengar.
Tun Mahathir.
Tak perlu diceritakan kehebatan Tun dalam bidang berkomunikasi. Pantas, menarik dan jelas! Cuma satu perkara yang ingin Masterji kongsikan bersama dengan pembaca semua.
Rasa nya yang lain juga pernah tonton dan dengar. Ada satu rancangan wawancara yang menebual Tun ketika hampir pada saat persaraan nya sebagai Perdana Malaysia satu ketika dulu di Television secara live.
Seorang penonton yang berbangsa Cina menghantar mesej memberikan komen seakan Tun tidak buat sebaik nya untuk kaum Cina ketika menjadi Perdana Menteri.
Satu komen atau soalan yang agak menekan. Masterji terus memakukan mata pada kaca television dan menunggu apa kah jawapan yang akan diberikan oleh Tun. Dengan pantas serta tiada sedikit pun masa yang diambil untuk berfikir , Tun berikan jawapan yang balance, menarik dan impak nya besar. Jawapan nya lebih kurang mengatakan, kaum melayu juga terdapat masalah begitu kerana masih terdapat orang melayu yang masih menjadi pemandu atau Driver untuk kaum Cina.Lebih kurang jawapan nya begitulah .
Masterji salute kerana pantas menjawap dan tiada "Errr..." in between. Masterji belajar.
Abang Mamat Khalid.
Seorang pengarah filem filem komedi yang Masterji minati. Filem nya mudah difahami dan simple untuk dipelajari. Seorang pengarah yang kreatif. Walaupun cara beliau berkomunikasi diajuk oleh peserta rancangan Maharaja Lawak di Astro ketika beliau menjadi salah seorang panel panel hakim, ada satu ketika beliau secara ringkas , jelas menyelamatkan jiwa kehancuran para peserta yang gagal.
Sewaktu para peserta yang gagal menerima berita tersebut, Abang Mamat Khalid dengan spontan dan jelas memberikan mereka perangsang semula dengan memberikan mereka harapan, jangan khuatir, sekira nya ada babak lakonan atau watak yang sesuai di dalam filem nya yang akan datang, para peserta yang gagal itu akan di berikan peluang untuk menyambung semula perjuangan mereka. Komunikasi yang berikan harapan ketika saat yang kritikal! Beliau datang bukan sekadar memberikan komen dan menjadi hakim tetapi sebagai sumber pembina harapan dan kerjaya! Dalam suasana pekerjaan sebagai seorang leader, di saat kritikal lah , kita perlukan komunikasi yang jelas dan membantu! tepat sekali tindakan yang di buat oleh Abang Mamat Khalid.
Tangga pertama untuk menjadi seorang ketua atau pemimpin , kita harus ada kredibiliti dalam komunikasi. A Commander has to to give command therefore he or she had to be competent in communication. All processes required communication.
So , be an effective communicator ya...harus jelas, mudah dan bijak bila berkomunikasi.
Thank you for reading. Amacam kuih raya ada lagi tak? Mesti best kan raya tahun ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam Masterji....
Teringat peribahasa..."kerana santan pulut binasa, kerana mulut badan binasa" Jadi...mulut kita ni merupakan senjata yg paling tajam...
Jadi gunakan senjata yg sedia ada itu ke arah kebaikan...bukan ke arah keburukan atau membinasakan orang lain....
Post a Comment