Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.
Buku
Thursday, September 29, 2011
Tong Po
Salam pada semua pembaca yang di hormati. Semalam mengajar teknik problem solving skills. Salah satu teknik untuk menyelesaikan masalah ialah menggunakan kaedah Brainstorming.
Masterji berikan tajuk bagaimana tayar lama boleh digunakan dan fikirkan seberapa banyak idea yang boleh. Memupuk pemikiran kreatif.
Banyak idea yang diberikan. Boleh di buat perhiasan dan macam macam lagi idea yang kreatif.
Masterji cuma tambah satu idea sahaja pada mereka.
Tayar lama juga boleh dijadikan latihan Martial Art terutama Muay Thay atau Kick Boxing.
Bila sebut kick boxing, tiada lain dalam fikiran Masterji, pengaruh Jean Claude Van Damme dan Tong Po paling kuat dalam fikiran. Terutama sekali Tong Po atau nama sebenar nya Michel Qissi. Gambar nya ada diatas yang rambut sedikit diatas kepala dan bertocang panjang.
Filem Kick Boxing pada tahun 1989 telah mengenalkan Michel Qissi sebagai seorang yang unik, dan cara penampilan yang begitu kreatif. Bertocang!
Memang kuat pengaruh Tong Po ketika itu. Cara penampilan juga boleh buat kita lebih Bold atau visible dari orang lain lantas akan lebih di ingati dan di kenal pasti. penting tu!
1989 di Pawagam mata Masterji terpaku pada penampilan nya. Lain dan unik.
Tong Po atau Michel Qissi dilahirkan di Oudja , Morroco dan selepas itu berpindah ke Belgium sewaktu kecil.
Beliau dan Jean Claude Van Damme adalah rakan semenjak kecil lagi. Sama sama meminati bidang pertahanan diri. Cuma peluang Van Damme lebih cepat dari beliau.
Tetapi Satu lagi perkara yang bagus dalam cerita Michel Qissi ni ialah dia berani kedepan dan membina peluang untuk diri nya kalau tidak, beliau tidak akan dikenali sebagai Tong Po dan mungkin langsung tidak dikenali.
Kenapa?
Ketika pengambaraan filem Kick Boxing beliau hanyalah sebagai choreographer. Qissi terdengar salah seorang crew filem mengatakan filem berkenaan memerlukan seseorang yang berpegalaman dalam bidang Muay Thay. Terus tampil ke depan dan menawarkan diri. Satu percubaan yang berani.
Find ways to win! Start the first move and never fear to try!
Diterima dan maka lahir lah Tong Po. Sebut sahaja Muay Thay wajah nya akan terbayang!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment