Tuan Bakri sekeluarga, terimakasih kerana menyambut kedatangan kami di Melaka. Sedap betul makanan yang dihidangkan. Cantik rumah tu ya. Isteri yang peramah dan tiga orang anak yang geletah dan petah bercakap. Kami sungguh terhibur dengan karenah budak budak tu.
Selepas program training di Melaka ke rumah Encik Bakri, UTEM Champ untuk beraya. Seronok dan terhibur melihat karenah anak anak yang comel. Thank you. Kari ayam best!!! lauk Masterji.
Adik Aisyah open house best sangat ya. Nenek beritahu pada Abang Rafi. Maaf tak dapat datang , Abang pergi mengajar ya. Ye lah nanti Abang sampaikan salam pada Junior ya. Tengah buat sajak untuk abng ya...ok thank you mesti best kan. Nanti Abang paparkan dalam entri ya. Puan Noor Jahan dan pembaca pembaca lain akan turut membaca.
Puan Noor Jahan, terimakasih atas jemputan ke majlis perkahwinan staff Higashifuji. Nak tergelak Masterji, depa ingat orang asing yang datang...tak yang datang ni orang melayu, ha ha ha anyway gembira di sana. Ramai staff Higashifuji yang melambai. Respect pada Cik Fame, walaupun sibuk sempat juga hadir majlis perkahwinan staff ya.
Hah kali ini nak bagi tips pada pembaca pasal macam mana nak bagi Motivation pada orang lain. Biar depa suka kat kita ya..., SET PEOPLE FREE!
Tempoh hari Masterji dan The One attend satu function kat Subang, ada live band. Dimulai dengan langkah yang perlahan dan apabila tepukan semangat dan respond yang seakan akan gembira dengan persembahan mereka , pick up mereka menjadi lebih baik dan berakhir dengan persembahan yang cukup cemerlang!
Semua gembira dan ada yang jadi hangat sikit. The One dan Masterji on the spot discuss dan conclude, sometimes, Followers contitute the leadership style. Follower makes leaders had more spirit and motivated to manage the staffs until last blood!
Kadang kadang kita kena cari suis untuk memotivasikan rakan dan bos kita! Ye lah Bos mana yang semangat tinggi bila dipanggil respond nya macam tak endah saja. Benar ada Bos yang kejam tetapi mereka manusia, dengan respond yang berbudi bahasa dan positive, air pasti boleh pecah kan batu.
Seronok juga dengar persembahan malam tu, June Ponal July Katre, lagu yang dipetik daripada filem Unnale Unnale.
2 comments:
Salam Masterji....
Ribuan terima kasih kerana dalam kesibukan dgn jadual mengajar yg penuh...dapat juga meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan staff saya. Harap maaf sebab saya tidak dapat lama di majlis tersebut sebab ada acara yang menanti.... Kehadiran Masterji besar ertinya pada pengantin.
Saya excited nak tunggu hari esok...
OK Masterji...saya harap kesihatan terus bertambah baik...take a great care ya!!!
salam..
alhamdulillah majlis jamuan hari raya berjalan lancar..bertambah meriah disertai live band dari kuala pilah,disertai bunga api..makanan pon sedap-sedap..
sajak untuk abg rafi baru siap suku masih dalam proses menyiapkan lagi :)
abg rafi jaga kesihatan ye..
t.k
Post a Comment