Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Saturday, September 3, 2011

Four "O"



Jahan Ji/Cik Fame Puan Noor Jahan , thank you kerana sudi membaca di kala cuti, sibuk dan beraya. Melawat mereka di Hospital ketika suasana Hari Raya adalah aktiviti yang terpuji. Kami doakan agar beliau sihat dan dapat bersama kita. ICU tu kira berat kan. Apa pun Sabarlah. Semoga Allah S.W.T berikan pahala yang besar pada Puan, menjaga dan concern pada beliau yang sedang sakit dikala yang lain sedang bergembira di Hari Raya. Syabas dan terimakasih ya.

Mr B bak kata Puan Noor Jahan seperti Masterji juga terimakasih. Manusia ada perasaan dan mereka mahu dihargai. Setiap pertemuan membawa kita pada dua perkara; Kemajuan atau kehancuran. Terpulang dengan siapa kita bertemu. Kalau fencing diri rapuh, lagi teruk jadi nya.

Maka adalah lebih baik kita terbitkan harapan yang esok masih ada untuk orang yang bertemu dengan kita. Trainer tak semesti nya di dalam bilik training, kuliah atau dewan. Sesiapa jua harus mempunyai sikap Trainer ataupun Motivator supaya setiap insan yang malang akan bertemu semula jalan pulang, setiap insan yang kurang yakin akan berjaya dengan ayat ayat yang membangun kan nya. Setiap insan yang sedang diperkotak katik kan oleh orang lain akan sedar sudah tersesat dengan nasihat kita. Itu sudah satu sumbangan yang besar. Walaupun kita rasa kita tersohor tetapi dengan menjadikan orang lain rasa mereka jua boleh jadi tersohor akan membuatkan kit akhir nya lebih tersohor. Ayat Cik Fame dan yang lain lain juga selalu buatkan saya rasa blog ini harus diteruskan dan penting. Thank you.

Hari ini nak cerita pasal Four O bukan Hawai Five O ya....

Ketika itu; tahun 2005, di sebuah stadium di Shah Alam, selepas dinasihatkan supaya bersenam sebagai jalan terakhir untuk membaiki kesihatan, dengan berat badan yang mencecah 80 KG, Masterji melihat trek larian dengan keadaan yang menyiksa kan. Kata Doktor, jogging dan jogging dan jogging! Trek itu nampak menekan perasaan Masterji dan kurang yakin boleh berlari sehingga tamat satu round. Apatah lagi dengan tabiat merokok. Mula kan jua larian . Setengah round aje hasil nya. Seminggu cuti lepas tu. Cuba kembali dan dapat satu round. Cuba lagi dapat dua round. Cuba lagi dapat tiga round dan sehingga lah ke lima round dan maintain sehingga kini. Bersamaan dengan enam kilometer. Jawapan nya boleh! Kenapa? itu lah Komitment dan Komited.

Ketika itu 2006, Puan Noor Jahan serta beberapa syarikat Felda termasuk Adabi tidak yakin dapat melaksanakan lima S dan menjadi syarikat yang diiktirafkan sebagai perlaksana Lima S kerana banyak dugaan, halangan dan kekurangan sokongan, tetapi akhir nya berjaya. Jawapan nya boleh! Kenapa ? Itulah Komitment dan Komited!

Ketika itu ; tahun 2007, Tuan Guru Bakri di utem sering mengeluh kerana pencapaian lima S tak berapa bagus kerana pertukaran staff yang kerap dan pelbagai masalah kebudayaan yang lain. Tetapi akhirnya pada tahun 2008 bulan Ramadhan pula tu mereka berjaya mendapat persijilan. Jawapan nya Boleh! Kenapa ? Itu lah komitmen dan komited!

Komitmen asas kejayaan. Sepuluh kali tumbang pun kita bangun semula dan pasti kita berjaya. Komitmen datang dari lubuk hati kita. Lihat saja wira kita Lefttenan Adnan. Komited orang nya.

Pengemar Kuda selalu bercerita, dalam perlumbaan kuda lumba, ia akan kehabisan oksigen selepas separuh batu berlari, Kuda akan tetap menerus kan larian nya atas kekuatan jantung dan kecekalan hati nya sahaja.

Kita boleh mendalami makna komitmen dengan bertanyakan maksud nya dari seorang peninju yang jatuh dan bangun semula dalam perlawanan.

Kita boleh rujuk pada pelumba Maraton yang kehabisan tenaga tetapi harus sampai kegarisan penamat untuk menang!

Kita boleh baca kisah kisah orang orang yang berjaya dimana asal nya mereka tiada pelajaran dan harta sebagai bekalan!

Apa yang akan dapat kita rumuskan ialah komitmen sebagai jawapan nya. Kecekalan untuk terus berjuang dalam apa jua keadaan sekalipun!

Dalam mengejar impian terdapat empat jenis "O":
1. Cop Outs.
Mereka yang tidak mempunyai cita cita dan tidak mempunyai komitmen.
2.Hold Outs.
Mereka yang tidak yakin sama ada dapat berjaya ataupun tidak , oleh itu tidak komited.
3. Drop Outs.
Mereka yang berusaha ke arah mencapai cita cita tetapi berputus asa setiap kali menghadapi kesukaran.
4 All Outs.
Mereka yang komited pada cita cita dan matlamat serta sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai nya.

Kata David Mcnally;
"Komitmen adalah musuh ketat pada kegagalan"

Jadi lah dalam kategori O yang keempat iaitu All Outs! Cuma berhati hati dan jangan komited pada tempat, situasi dan orang yang salah. itu bukan commitment tetapi commit suicide namanya.

All Outs ok readers!


No comments: