Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, September 1, 2011

Sempoi Di Kajang.


Pertama sekali terimakasih pada Cat Woman kerana disebalik kesibukan hari raya masih sudi membaca blog Masterji dan sempat tinggal kan komen. Thank you.

Beraya di Hospital ke...mulia sungguh ya . Tak pa , kerana anda raikan mereka yang sedang sakit sekurang kurang nya mereka rasa juga kehangatan Hari Raya walaupun di Hospital.

Suka Masterji dengan perkataan dan komen Cat Woman dalam entri Take Charge. Yes you are super right. Kita tak boleh selama nya di cengkam orang dan hanya memerlukan sedikit push up dalam diri kita untuk stand up to take charge. We are leaders for our own self. Setuju memang setuju. Jangan hanya take care but go a bit more extra to take charge!Pada yang lain, sila lah baca komen Cat Woman dalam entri Take Charge, very interesting dari Cat Woman.

Cik Fame kita tengah sibuk beraya dan sempat berbual untuk mengucapkan selamat hari raya pada Jumaat sudah. Thank you. Pada semua yang mengirimkan ucapan selama hari raya pada Masterji, terimakasih tak terhingga. Ada yang sempat balas ada yang belum. Apa pun terimakasih ya. SMS Cat Woman sampai ke Masterji Raya pertama lebih kurang jam 8 Malam. Thank you.

Banyak rumah yang Masterji pi beraya tahun ni sebab dah tambah kenalan dan client. Selepas sembahyang Raya sampailah sekarang ini dah Raya ketiga masih beraya di rumah sahabat dan clients.

Ada banyak perkara yang menarik. Salah satu nya apabila beraya di salah satu zone lokasi perancangan nak beraya.

Zone Kajang dan Bangi. Dikajang ada ramai saudara mara Masterji dan juga kampung Puan Saniyah Kadir, Master Q. Beraya seketika di sana .

Adik saya dan anak anak nya gembira dengan juadah yang dihidangkan dan sedap kata mereka.

Terimakasih ya Master Q, Macam macam hidangan ada dan pada Ibu yang pintar dan lagi bijak tentang situasi semasa. Sedap berbual dengan beliau. Pintar mengutarakan pandangan situasi semasa dan boleh berikan cadangan lagi. Perkataan yang digunakan adalah perkataan masa kini dan bukan perkataan dahulu kala. Menghabiskan masa dengan orang yang memandang kehadapan , tak akan merugikan kita sedikit pun.

Ketika makan, datang seorang lelaki cina menaiki motosikal dan parking di luar rumah untuk beraya di rumah Master Q Puan Saniyah Kadir.

Diperkenal kan pada Masterji dan Masterji suprised selepas mengetahui identiti nya. Seorang kontraktor pembinaan yang besar, dan berjaya di kawasan itu. Mr Tan nama nya. Kenapa Masterji terperanjat ?

Beliau datang dengan sebuah motor buruk dan pakaian yang sempoi sahaja. Tidak mencerminkan langsung dia seorang usahawan yang berjaya ataupun senang cerita Tokeh besar ataupun orang kaya. Tak nampak Mercedez nya. Tak kelihatan mobile phone yang paling latest di tangan nya kecuali kunci motor sezen tadi dan sebuah helmet. tak nampak cara duduk nya bagaikan dia "UP" sikit dari orang lain. Benar benar kelihatan biasa. Kalau tak kenal statusnya, pasti kita kata orang biasa. Berborak dengan Master Q di situ juga tentang beliau. Puan Saniyah Kadir seakan memahami cara pemikiran Masterji, Mr Tan mesti jadi bahan pemikiran Masterji.

Master Q Puan Saniyah Kadir sekarang lebih pantas menganalisa sesuatu keadaan dan seseorang manusia untuk belajar sesuatu. Smart Trainer!
"The best weapon in this world , is not the latest nuklear but it's our brain" pesanan kerap Masterji pada semua student dan juga team members Value Guide.

"Kejayaan tak semesti nya dicerminkan melalui kenderaan , gaya dan gajet mahal mahal...cukup sekadar nombor keuntungan kita naik dari masa ke semasa dan jumlah pelanggan kita meningkat kerana apa yang di ingini oleh pelanggan adalah hasil kerja yang cemerlang dan bukan melihat betapa bergaya nya kita sebagai ahli perniagaan..untuk apa berlakon kira nya value rendah, business tak berkualiti dan seperti kuah lebih dari sudu". Kata Puan Saniyah Kadir. Bingo!


Ya benar. dan kami terus berbincang. lupa nak rakam gambar Mr Tan. Ha ha ha mana mana pergi pun , Masterji tak lepas memerhatikan bahan atau manusia yang excellent. Kita harus belajar daripada mereka dan tak salah. Mr Tan very good example.

Melihat Mr Tan, Masterji teringat pesanan Warren Buffet, world's 2nd richest man,
"The Happiest people do not necessarily have the best things . They simply appreciate the things they have . Let us choose a simpler and smarter way to live"


Mr TAN sempoi aje.






No comments: