Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, October 29, 2013

Nasi Kandar Best Di Mid Valley




Mentor saya Encik Azaman telah membuka gerai nasi kandar di Mid Valley level 2.
Saya berikan laluan blog hari ini untuk beliau.

Secara keturunan, memang hali keluarganya pakar dalam dalam bidang perniagaan makanan.
Silakan kesana . Nikmati lah nasi kandar yang sungguh menyelerakan.

Encik Azaman, syabas. satu lagi kejayaan
Jangan lupa Qasis Food Court Level 2 gerai nasi kandar best!

Datanglah berami ramai. Jangan lupa password, katakan pada nya saya rakan Rafi masterji. mana lah tau kot kot ada diskaun.
Hahaha.

Monday, October 28, 2013

Mera Biwi Sains Teacher.


Salam pada para pembaca yang dihormati.
Hari ini nak cerita pasal Mera Biwi ( Isteri saya yang pakar sains).

Pening kepala saya . Hari hari dengar pasal Sains. Memandangkan sains bukan bidang saya maka dengan
mudah lah saya tidak dapat menjawap banyak soalan perihal Sains.

Beliau sudah menjadi Cikgu Sains dalam kehidupan saya. Bukan sahaja Sains  malah Matemaik pun dia soal juga. Cuma yang mampu saya jawap Cikgu Sains dan Matematik saya dulu selelu demam tak masuk kelas jadi saya ada kurang sikit. ha ha haha ha.

Kalau bercerita pasal pengurusan saya selalu kata Art  tapi dia kata Sains.Kalau waktu sedang memandu dan banyak pokok atau perkara perkara lain  yang dia nampak di sekeliling maka sessi akan bertukar jadi sessi pembelajaran Sains.

Saya jawap " Management tak perlu fikir detail cuma hasilkan result, Orang Sains  selalu fikirkan
details maka lambat lah jumpa result " dan  sangkaan saya meleset .Ingat kan topik boleh jadi reda tetapi hujah hujah Sains terus bertambah.

Kami gelak bersama sama dan selepas beberapa mini timbul balik pembelajaran Sains.Volume lagu diradio dikurangkan agar pembelajaran Sains diteruskan. Aduhai .. Mana mana Biro pertolongan boleh bantu saya.

Katanya Sains ada dua; Sains hidup dan Sains mati. Rasa tersembul bijik mata dengar hujah nya.
Sains hidup berkaitan dengan orang;   tugas seorang Doktor. Sains mati, adalah mesin, equipment ;  tugas seorang engineer.
Emm no Bad . Bab ini aje yang saya senyap sikit nampak jelas. Tapi masih kata Management penting. ha ha ha

Sabtu lepas, isteri saya ajar lagi subjek Sains.Penutup botol yang ketat kalau dipanaskan boleh terbuka.
Dia panggil saya dengan keadaan tergesa gesa ingatkan ada apa apa yang terjadi rupanya time untuk belajar Sains.
Kami gembira tetapi pembelajaran Sains masih berterusan ha ha ha.

Anyway......Orang Management tak perlu tau Sains cuma perlu uruskan orang Sains memberikan result yang kami mahukan. ha ha ha.

Kalau dia baca bab ini maka hari ini subjek Sains saya bertambah lah jawapnya.

Apa pun dunia ini ada Sifu dimana mana yang pakar didalam bidang mereka makatiada ruginya kita belajar dari mereka. Apatah lagi dari Isteri kita. Mesti dia happy tengok statement ini.

Pada Cik Fame terima kasih dan syabas sekali lagi kerana pencapaian anda.
Dr Lap Top apa khabar.



Friday, October 25, 2013

Prinsip seorang Samurai.


Mudah sahaja;
Tiada jawapan " TIDAK BOLEH"
Setiap misi adalah " BOLEH".
Setiap pergerakan harus lah " LANCAR"
Setiap kali pulang bersama " HASIL"
Setiap proses mencapai misi haruslah " MEMIMPIN DIRI SENDIRI DAN BERFIKIRAN PEMIMPIN".
Setiap usaha harus " BEKERJA 3 KALI GANDA DARI GAJI YANG DITERIMA"

Mudah sahaja rupanya kod etika kerja mereka. Memang diakui kehebatan mereka ini.

Kalau diserapkan dalam budaya kerja di organizasi saya pasti organizasi berkenaan akan selamat sejahtera!

Pada Cik Fame tahniah kerana telah mendapat sijil kualiti ISO standard untuk T.S. Satu lagi bab kecemerlangan Puan Noor Jahan aka Fame di Higahsifuji.
Saya terima berita berkenaan semalam. Value Guide sebagai tenaga pengajar tumpang gembira .
Value Guide jua berjaya mencipta record baru untuk tahun ini dengan pencapaian syarikat Puan. Satu lagi syarikat yang kami berjaya pimpin ke hadapan!

Apapun ia datangnya dari kepimpinan Cik Fame dan rakan rakan disana yang cukup bagus.
Jangan letak kan full stop. Panjangkan milestone anda lagi!

Pada Dr Lap Top rakan saya, kalau datang ke KL tolong beritahu dan saya cuba cari
masa bertemu dengan Tuan. Kita akan berbual dengan mesra ya. Terima kasih kerana
sering memberikan sokongan.

Thursday, October 24, 2013

Mastura simbol Isteri yang hebat !


 Pasti ramai yang sudah menonton filem Ahmad Albab.  Mungkin banyak perkara yang boleh kita pelajari.
Saya tertarik pada watak Mastura yang dilakonkan oleh Allahyarhammah Saloma.

Mastura model seorang Isteri yang hebat.
                                                                             
Sewaktu yang lain terkinja kinja mencari sikaya, siberada, berkereta  kuda ,
tetapi Mastura mencari lelaki yang kaya dengan maruah diri, kaya dengan kesempurnaan akhlak,
Walaupun Syawal seorang yang miskin tetapi Syawal manusia yang jujur dan bijak.

Sewaktu krisis, Mastura berdiri teguh dibelakang suaminya , yakin dengan suaminya dan kenal suaminya begitu mendalam.

Mastura sedar ada seuatu yang berbeza dalam diri Syawal. Sesuatu yang akan memberikan
kebahagiaan hakiki serta lelaki yang akan mengajar mereka yang lain agar tunduk pada kebaikan!
Hebat Mastura!

Sewaktu Syawal dibuang kerja, Syawal kehilangan tugas sebagai pengembala kambing,
Mastura tidak memaki hamun bekas majikan Syawal tetapi memberikan sinar baru, idea baru pada Suaminya.
Ohh sungguh manis detik itu.

Gandingan hidup yang cukup sempurna sebagai sepasang suami Isteri.
Suami yang sedang risau , tidak dapat berfikir dengan betul, diselamatkan sekelip mata oleh otak Isterinya.

Percaturan Mastura untuk mengahwini Syawal amat tepat! Syawal akhirnya membawa Mastura ke tahap yang terpuji
dan dihormati . Mereka juga bahagia setiap hari berbanding dengan adik beradik lain Mastura

Yang terpaksa menangis selalu sehingga kan duduk di Balai Polis kerana suami masing masing.
 Malah adik beradik Mastura, terpaksa merayu pada Syawal untuk menjamin suami masing masing.
Mereka tewas didalam  persaingan maruah diantara keluarga!

Tewas terduduk.!

Ketika yang lain diagungkan kerana emas berlian, gaya kemewahan , Mastura dan Syawal mencipta
jalan kejayaan ! Mastura bertindak bijak menjadi penceria pada Syawal dan pemberi idea untuk terus maju.
Walaupun posisinya adalah anak orang kaya, Mastura bahagia ditangan Syawal dan Ibu nya yang miskin.

Syawal berjaya kerana Isteri nya . Syawal juga tidak kurang hebat dalam mendidik mereka yang rendah moral nya.
Kadang kadang setiap jodoh itu ditemukan sama padan bukan semata mata dari kecantikan tetapi hati budi masing masing, moral masing masing sama.!

Kadang kadang jodoh pertemuan itu diaturkan agar kita bertemu dengan seorang Mastura ataupun Syawal!
Mastura yang sabar dan pandai mencipta kejayaan dan Syawal yang lurus, amanah, miskin harta dunia tetapi kaya dengan akhlak murni.
Malah menjadi hero dalam menunduk kan kuasa kuasa manusia angkuh, serta bongkak.

Cuma kadang kadang kita lebih kenal harta, gaya, cakap besar pasangan kita lebih dari
hati budi nya yang sebenar.

Tergelak juga dalam banyak babak. Kalau sudah bersalah tu tetap hidup dalam ketakutan.
Posto yang masuk kerumah disangka Polis datang menangkap lantas menyorok bawah katil.

Scene yang saya fikir memang benar wujud dimana mana hari ini. Risau tidak bertempat. Melihat aktiviti Polis didalam TV, hati kita yang gundah gulana.
Melihat tangkapan JAIS disana sini,  hotel itu hotel ini, hati kita yang menyirap marah!
Melihat drama di TV , hati kita yang gelisah  memarahi anak anak untuk segera agar tukarkan channel
kerana Drama tersebut seakan menyindir perbuatan kita.

Itu belum lagi babak kereta Polis singgah tanya alamat rumah lain, mungkin scene filem
Ahmad Albab ,  Posto posto akan berlaku.


Sebuah filem yang banyak pengajaran.

Tuesday, October 22, 2013

Terharu


Saya terharu dengan pemberian seorang insan pembeli buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS.
Ini lah hadiah yang terbesar saya terima selepas menjadi Penulis.

Hadiah ini datang nya dari seorang insan di Johor. Diberikan secara mengejut dan dikirimkan pada Masterji.
Kenapa Johor sebab salah satu dari hadiah berkenaan ada tanda negeri Johor.

Dari seorang insan murni yang Masterji sendiri tidak kenali dengan tepat.
Katanya dalam sekeping kad ucapan yang comel;

"Semoga pena ini menjadi dorongon untuk En Rafi Masterji terus menulis dan menerbitkan
banyak buku2 motivasi yang boleh dikongsikan bersama, selamat maju jaya
dan luaskan penulisan"

2 batang pena yang dihadiahkan amat mahal harganya.
Dari segi harga sudah pasti mahal tetapi lebih mahal ialah budi pemberian nya.

Kepada insan yang memberikan hadiah ini, mungkin anda sedang membaca blog saya tika ini.
Saya ucapkan jutaan terimakasih dan saya harap dapat bertemu dengan anda.
Saya sememangnya terharu dan terperanjat dengan pemberian ini.

Terimakasih dari saya buat anda yang saya hormati . Teruskan sokongan anda
dan saya janjikan yang lebih terbaik untuk buku kedua.

Teringat Masterji pada pesanan Mummy sewaktu kecil dulu;
"Apit bila besar nanti biar orang sanjung pasal kebaikan bukan kekayaan,
ada beza dua perkara tu ya nak"

Tepat cakap Mummy. Apit faham sekarang Mummy.

Pada Cik Fame dan juga Dr Lap Top harap anda berdua sihat adanya.
Cik Fame jangan lupa up date pada kami di blog ini tentang idea idea inovatif ya.
Anda seorang guru ji dah sekarang.

Thursday, October 3, 2013

Bintang hebat Rosyam Noor !



Bestseller nampak nya watak Tai Long .Tahniah pada beliau.

Masih teringat dialog dalam filem KL Gangster 2 , dari Tai Long pada Dragon!

GUA ORDER LU FOLLOW!

Watak Tai Long yang dibawa oleh Rosyam Noor  Aktor Rosyam Noor manusia yang berjaya menjenamakan dirinya dari seorang  pelakon tambahan pada pelakon utama!

Manusia mendaki hieraki kejayaan dengan kesungguhan yang tinggi. Ada diantara kita yang memulakan tugas dengan nama jawatan yang sama sampai lah ke pencen!
Tiada perubahan!

Aktor Rosyam Noor anda hebat! Contoh simbol motivasi yang cemerlang.

Diri kita adalah satu sumber yang boleh kita jadikan cemerlang atau pun malap!
Buatlah pilihan yang tepat.

Syabas Tai Long!

Cik Fame dan Dr  Lap Top harap sihat ya.
Cik Fame dengar khabar ada banyak improvement idea yang baru!
Never Quick ya!