Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, May 31, 2011

Laila & Majnun


Satu kenangan yang manis dan dibawa ke mati apa yang Masterji lihat ketika berada di salah satu stop point bila menaiki cable car ketika di Langkawi beberapa minggu lepas. Masterji tersenyum dan terpaku melihat gelagat sepasang suami isteri yang mencuit hati.

Suami dan Isteri yang berbangsa cina itu benar benar faham erti kasih sayang dan konsep hidup; hidup cara kita sendiri , tak perlu terkinja kinja dan menandingi orang lain. Sungguh mesra dan bahagia mereka dengan setiap apa yang mereka ada.

Adegan yang melibatkan mereka itu sebenar nya ada persamaan dengan perlaksanaan hidup Masterji sendiri. Suami yang Masterji label kan sebagai Majnu, tadi membuka sebuah perniagaan kecil di atas bukit perhentian cable car. Business mengurut kaki. Si Isteri yang dilabelkan sebagai Laila tiba ke Bukit tu membawa bekalan makanan untuk Maj nu nya. Suami berkenaan mengorak senyum melihat kehadiran Isteri nya. Isteri nya menghidangkan makanan dari mangkuk tingkat yang dibawa. Sambil makan mereka berborak dan ketawa serta kelihatan begitu bahagia. Mereka tidak malu untuk dilihat menikmati makanan secara begitu. Hidup mereka adalah cara mereka asalkan mereka bahagia. Isteri nya sambil duduk diatas sebuah bangku kecil juga kelihatan tersenyum dan melayan suami nya dengan rasa rendah diri dan mesra. Mereka hidup berjimat cermat, sepakat dan tetap punyai nilai diri yang tinggi. Tak semestinya makan macam tu dan bukan di restoran 10 bintang, hidup kita tak kelas...karut semua nya tu. Kelas atau tidak nilai seseorang tidak terletak pada benda benda yang glamer, gadget gadget yang mahal, dan solid gold yang bertimbun timbun.

Tertarik saya melihat nya. Ada persamaan. Saya juga begitu. Sejak berkerja sebagai pencuci bangunan sampailah jadi Masterji, selalu bawa bekal kalau disediakan. Kalau dulu Mummy yang sediakan dan sekarang Isteri yang sediakan. Kalau pergi out station untuk mengadakan program latihan sehari sebelum, sudah tentu di bekalkan dengan makanan dan selalu nya nasi kari ayam. Cuma Masterji beli air aje. Bekalan itu akan dimakan dalam bilik hotel sambil tengok TV. Adakala nya kalau family ikut, kami akan tetap bawa bekalan dan makan bersama. Selalunya Isteri bekalkan kari ayam ataupun cucur kodok. Pernah juga makan bersama dengan Isteri dan anak anak dengan bekalan yang dibawa. Paling last sekali di Melaka minggu lepas. Sudah pasti Kari Ayam! Seronok.

Kahwin dengan Masterji senang.... hari hari menu nya sama, Nasi , kari ayam dan ayam goreng. kadang kadang sahaja yang bertukar itupun kalau ada program latihan. Aisey men dah terlajak pulak..macam nak promote diri pula nak ikut jejak Abang Jem, Salleh Yaakob. Tahniah ya Bang Salleh. Hebat juga tu nama nya ha ha ha.

Pernah beberapa kali kalau program di Genting , Masterji akan berhenti di Gotong Jaya parking kereta bentang surat khabar dan makan bekalan yang diberikan oleh Isteri. Seronok dan best. Selepas itu hantar sms ucapkan terimakasih. Hati seorang Isteri akan menjadi terlalu bahagia kerana dihargai. Apa lagi yang diharapkan oleh seorang Isteri selain daripada betapa laju nya Suami nya menikmati masakan dari air tangan seorang Isteri. Bukan emas dan permata yang jadi suntikan kebahagiaan semata mata.

Boleh makan diluar kalau masing masing sibuk tetapi kalau lah Isteri sudi menyediakan bekalan, ambil lah dan nikmati lah bekalan itu dan hidup akan menjadi lebih bahagia.

Kalau lah satu hari nanti dapat situasi indah yang sama seperti Suami Isteri berbangsa cina tadi , Masterji akan gembira. Harganya lebih tinggi daripada berbulan madu ditempat yang popular. Makan bekalan yang dibawa Isteri dan hidup dengan cara kita sendiri.....manis nya hidup.

Pada semua komen yang Masterji terima, thank you so much.

Pada Pn Saniyah Kadir, Master Q, ohhhh sama lah juga kita ya..takut nak naik cable car. ingatkan berani. Comment anda dalam Boleh dan PI Joe begitu hebat. Saya setuju, dalam Pi Joe masih ada Tiger nya cuma dijaga supaya tidak akan muncul lagi. Walaupun anda tidak pernah mengenali P Joe, tetapi anda dapat menghalusi karektor nya dengan baik. Pi , Joe ...kalau anda sedang mengikuti, tahniah ya, dapat salute lagi dari Pn Saniyah , adik Hafiza dan Abang Nas dari Coconut Group. Mereka semua pandang tinggi pada anda. Mubarak Ko Mera Bai....

Bezakan mana satu keperluan dan mana satu kehendak, Hidup jangan terikut terikut cara orang lain..nanti terjatuh ditangan penaja atau jadi kaki songlap! Best. very good view. Thank you. Kebahagiaan hakiki dalah lahir dari jiwa yang tenteram, hati yang bersih dan lunas lunas hidup yang betul. Thank you my Master Q.

Pada Encik Azaman, thank you. Entri yang cantik. Walaupun anda pernah kenal anak orang besar,tetapi saya tak pernah tengok anda menggunakan access mudah itu untuk melonjak kehadapan. Tetap berusaha sendiri. Bagus.

Pada Abang Nazurin, fuyooooo thank you my Brader...komen sikit punya kelas lah Brader dalam Pi Joe....Berubah sebelum rebah..tepat dan cemerlang! Don't belok belok pun ayat yang best! But don't sangka clear water tak ada buaya.. lebih cemerlang. Kadang orang yang ingin berubah ingatkan manusia lain selain yang pernah digauli dulu adalah jauh lebih baik tetapi kadang lebih teruk. Benar tu. Tetapi rasa nya Pi Joe bukan sebarang orang, dia dapat mengenali dengan cekap. Yang tak tahan gelak tu pasal "if u drink petrol,,,kita bakar aje..." ha ha haha , Thank you my Brader Nazurin...

To my sister Fizah, thanks for your comment too..masih ingat P Joe lagi ya..kuat betul memory ya.

Encik Azaman sedang berada di Langkawi sekarang ni...dah naik cable car tak? ha ha ha.....

Pn Noor Jahan ketika ini berada di Japan dengan persembahan Kaizen dan 5S nya. Doakan lah yang terbaik untuk nya.


Monday, May 30, 2011

From The Coach

Blog Masterji akan ada sesuatu yang baru mulai minggu ini. Masterji buat review sedikit dan Kaizenkan blog ini supaya ia boleh memberikan faedah yang lebih ”EXTRA” untuk kegunaan semua. Setiap minggu akan satu entri yang bertajuk From The Coach ( FDC ) dimana entri akan ditulis oleh Komentator jemputan berpandukan pengalaman dan kemahiran mereka. Kita akan dapat pelbagai jenis sudut pemikiran dan tambahan cadangan. Kita belajar bersama sama. Pada para peminat dan pembaca yang budiman, Saya fikir anda juga punyai pengalaman dan kemahiran tertentu maka Masterji alu alukan sekira nya anda ingin berkongsi apa apa short view and sharing dengan pembaca lain. I welcome it and would be very happy to put it in my blog.

Selain dapat belajar daripada pelbagai sudut pengalaman , tujuan entri From The Coach ini adalah juga untuk memupuk pemikiran positif dan menjadi Pembina pada insan insan lain. Mendidik penulis supaya menulis perkara yang berkualiti serta dapat menjadikan kehidupan insan lain bersih, komited dan selalu fikirkan perkara yang berfaedah amatlah penting. Ada beza menulis untuk menjadikan meaningful mind dan double meaning mind. Ada beza dan banyak beza nya.

Tak salah kan kalau Masterji beri peluang pada anda menulis perkara perkara yang berfaedah, dan dapat membina orang lain. Therefore, sila lah berikan tunjuk ajar pada yang lain dan malah Masterji pun suka nak belajar dan membaca idea idea orang lain.

Kita mulakan dengan panel jemputan yang pertama untuk merasmikan From The Coach, Encik Azaman with Leadership sharing. Tajuk nya agak menarik..Leadership in you!

Masterji,

Adakah seseorang “Leader” itu dilahirkan atau pun dibentuk? Saya pun tak ada jawapan yang betul. Saya rasa memang tak ada jawapan yang betul pun. Bagi saya dua-dua betul.

Saya lebih suka untuk mengatakan seseorang “Leader” itu boleh dibentuk, jadi paling tidak kita akan rasa masih ada peluang lagi untuk belajar. Kalau “Leader” itu cuma dilahirkan, macam keturunan, bagi mereka yang lemah, tak ada peluanglah untuk memajukan diri. Stop. Give up. Kalau macam tu macam mana bangsa nak maju.

Saya ada seorang kawan, anak kepada tokoh ternamalah juga. Masa zaman sekolah dulu, macam orang biasa saja. Tak juga jadi pengawas ke, ketua darjah ke atau menjawat jawatan yang tinggi dalam persatuan-persatuan yang ada (entah tak masuk pun agaknya), tapi hari ini beliau adalah seorang timbalan menteri, ketua cawangan, CEO company dan macam-macam lagilah yang beliau terajui.

Saya rasa bukan pasal bapanya, tetapi lebih kepada keinginan beliau. Mungkin adalah didalam darah beliau sifat kepimipinan yang diwarisi tetapi selama ini tidak ditonjolkan atau digunakan. Bila harapan yang menggunung dari penyokong ayah beliau yang mengharapkan beliau menjadi pengganti ayahnya, mungkin dari situlah mulanya titik tolak transformasi. Transformasi yang di mulakan oleh diri sendiri untuk menonjolkan sifat kepimpinan yang selama ini terpendam.

Dari sini saya buat analisa tersendiri, tak adalah sampai tahap Masterji – kita ni buat simple-simple saja, bahawa setiap orang yang dilahirkan kedunia ini sememangnya mempunyai asas sifat kepimpinan. Sama ada dia menggunakannya atau tidak, itulah persoalannya. Sesetengah orang akan menggunakannya sejak dari kecil lagi dek kerana persekitaran hidupnya. Dia mungkin anak yang sulung dari keluarga yang tidak berada, terpaksa menolong ibu bapa menjaga adik-adik, menolong ayah di kebun,di kedai dan sebagainya. Mereka inilah yang kita akan nampak sifat kepimpinan yang menonjol pada masa sekolah lagi. Kategori yang inilah mungkin orang akan cakap “Leader is born”.

Sesetengah orang pula mungkin sifat kepimpinannya akan menonjol semasa dialam pekerjaan. Yang inilah yang kita patut bincangkan. Bagaimana untuk mengeluarkan sifat kepimpinan seseorang itu? Macam mana untuk “memaksa” sifat itu keluar? Kalau ada antara mereka yang berkata meraka tidak layak dan tidak ada tokoh untuk menjadi leader, beritahu dia orang “Jangan mengarut!!”.

Saya pernah memberi analogy semasa training leaders saya dahulu apabila mereka mula bercakap seperti di atas. Saya tanya mereka, “Semua dah kahwin dan ada anakkan?”, “Yaaa”, semua menjawab. Saya bertanya lagi, “Kalau pada satu malam pukul 2 pagilah, anak awak menangis, apa awak buat?”. Sorang mamat ni menjawab, “Saya suruh isteri saya bangunlah tengokkan budak tu”. Saya pun kata okay, lepas tu apabila isteri awak beritahu yang anak awak demam panas, apa nak buat? “Bangun, lap dengan tuala basah”, jawab sorang dari belakang. Saya tambah lagi kalau panas budak tu tak nak kurang, makin panas adalah budak tu, apa nak buat? Semua cakap bawak pergi klinik.

Saya kata bagus cadangan tu. Tapi nak dijadikan cerita, start kereta tak mahu hidup, start tak hidup, habis apa macam? “Mintak tolong orang sebelahlah bang. Pinjam kereta bawak pergi klinik” jawab sorang lagi. Saya tanya dia, “tak segan ke nak kejut orang sebelah pukul 3 pagi nak pinjam kereta?”. “ Anak bang, sayang anak . Kalau mati nanti, menyesal seumur hidup. Malu pun tak apa.“

Ada pernah kita belajar macam mana hendak menyelesai masalah sebegini masa sekolah? Ada orang pernah ajar kita? Tentu jawapnya tidak. Ini semua adalah semata-mata untuk menyelamatkan anak kesayangan. Sebagai ketua keluarga (ibu atau bapa), kita akan melakukan apa yang kita fikir terbaik pada masa itu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bukankah antara tugas “Leader” itu menyelesaikan masalah? Jadi sebenarnya memang kita semua ada sifat kepimipinan dalam diri kita. Macam mana nak kita keluarkannya?

Itu lain kalilah kita bincang Masterji. Mungkin ramai yang boleh bagi idea yang bernas. Saya ni cuma nak mencetus suatu pandangan mengenai pemimpin.

Terima kasih.

Azaman.

Learning point is :

SEMUA ORANG ADA FAKTOR KEPIMPINAN DALAM DIRI CUMA ADAKAH DI KELUARKAN ATAU TIDAK.

HARUS DIKELUARKAN. LEBIH RAMAI PEMIMPIN LEBIH RAMAI YANG AKAN DIPIMPIN. LEBIH RAMAI BERFIKIRAN PEMIMPIN LEBIH BANYAK MASALAH DAPAT DISELESAIKAN.

LEBIH BANYAK SIKAP PEMIMPIN MAKA LEBIH BANYAK LAH KELUARGA YANG AKAN BERJAYA.

Thank you Encik Azaman. Simple sahaja point nya: Semua orang ada kelebihan Leadership, Cuma pakai atau tidak sahaja.

Friday, May 27, 2011

PI JOE

Hari ini, Masterji ingin berkongsi cerita perihal sahabat lama Masterji, bukan hanya sekadar cerita tetapi ada pengisian yang boleh di jadikan pengajaran kepada pembaca semua.
Petang semalam, handphone Masterji berdering(memang selalu berdering pun) tetapi panggilan ini amat istimewa. Masterji kaku seketika ketika menjawab panggilan ini, rupanya sahabat lama Masterji, Joe Bai menelefon. Sudah berbelas tahun dia hilang tanpa apa khabar berita dan sudah berbelas tahun rasanya Masterji kehilangan rasa gerun pada nama Joe Bai. Dia sahabat lama Masterji. Ada antara rakan-rakan yang memanggil beliau dengan panggilan PI Joe tetapi lebih "glamour" di kenali dengan panggilan Joe Bai.
Di kalangan rakan-rakan ketika itu, hanya dua orang sahaja yang di panggil dengan gelaran Bai. Salah seorangnya, Rafi Bai(saya le tu). Orangnya tegap dan mempunyai iras Punjabi.

Masterji sedikit gusar, terdetik di hati dari mana Joe Bai mendapat nombor telefon Masterji. Setelah bersembang agak panjang, rupanya Joe Bai mendapatkan nombor telefon Masterji dari seorang rakan.

Perbualan di dalam telefon tidak mendatangkan apa-apa imbasan lantas satu pertemuan di atur pada petang semalam, sesudah Masterji menghabiskan sedikit urusan.
Ketika memandu ke tempat pertemuan seperti yang di janjikan, Masterji terbayang kenangan lama bersama Joe Bai. Dia seorang yang berjiwa keras, kental, garang dan mewarisi sifat seperti sang harimau. Pendek kata, memang dia di geruni.
Tetapi, Masterji juga merasakan sedikit aneh ketika berbual di telefon tadi. Suara dan cara perbualan Joe Bai sudah berubah. Adakah mungkin di sebabkan berbual di telefon, makanya Joe Bai sedikit berlembut, ada seakan perubahan? Masterji perlukan kepastian dan keterujaan untuk berjumpa dan bertentang mata dengan Joe Bai semakin meninggi.

Akhirnya, Masterji bertentang mata dengan Joe Bai. Matanya sudah redup, sudah hilang sinar mata yang sentiasa tajam seperti dulu.
Tujuan bertemu adalah untuk meminta pertolongan Masterji, sama ada ada apa apa pekerjaan yang sesuai untuk adiknya.

Dulu Joe pantang di usik dan kalau mula bertempur , amat sukar untuk meleraikan atau menghentikan tindakannya. Joe Bai, sering menjadi pelindung kami dahulu sekiranya diganggu atau di buli. Ada ketikanya kami cuba mengelak dari bertemu dan berjalan dengannya ditakuti dilanda masalah yang tak sepatutnya.

Dulu , kalau berjalan di sisi Joe Bai, ramai yang akan menunduk tanda hormat. Gayanya sudah membuatkan orang gerun, belum lagi kalau dia bercakap. Percakapannya yang lantang boleh membuat si pendengar tak keruan hidup!

Tapi apa yang Masterji tengok malam tadi , Joe telah menjadi seorang pemalu, bersopan santun dan setiap perkataannya tiada lain selain mencerminkan rasa rendah diri. Lama Masterji perhatikan gelagatnya sewaktu berbual di deretan warung tempat beliau bertugas. Kami makan bersama dan minum teh tarik bersama. Masterji cuba perhatikan tangan dan wajahnya, parut lama hampir hilang cuma ada satu dua yang masih jelas. Masterji boleh agak dari mana beliau dapat parut parut berkenaan dan selama tidak bertemu, pelayaran beliau sudah tentu menarik.

Dulu, bila semua berpecah dan mula berkerja , dia juga bekerja tetapi bekerja dengan hobinya iaitu "bouncer" kelab Malam. Tapi sekarang beliau seorang pemandu. Pemandu yang memastikan manusia jumpa dan sampai ke destinasi tujuan mereka. Joe dah jadi Pilot. (pemandu bas express ).

Dulu Joe macam harimau, tetapi sekarang, Joe sudah lain. Joe sudah tidak bersuara tinggi. Perlahan dan berbudi bahasa orangnya. Amat berlainan.

Dulu, Joe selekeh dan sekarang berkemeja kemas dan nampak lebih segak. Masih tidak berjambang dan berkumis. Cuma kulitnya sedikit gelap berbanding dahulu.

Walaupun dulu dia begitu , satu perkara yang bagus pada dirinya, dia tidak terhegeh-hegeh dan tunjuk terrer tak bertempat.


"Joe, kau dah kahwin ke" Soalan dari saya.
"Dah..Pi, anak tiga orang" Jawap Joe.
" Oh..samalah" kata saya. Dulu Joe suka sorang sorang dan bukan Mat Bunga Bunga atau Mat Kapel Kapel.
Tetapi sekarang dalam hatinya sudah ada taman (macam pernah dengar ayat ni).

Masterji tersenyum dan dia seakan tahu maksud yang tersirat.
"Pi..aku dah berubah, dah kerja tetap dan bukan macam dulu",terangnya dengan bunyi yang amat syahdu dan perlahan. Dia pun tersenyum lama lama senyuman bertukar jadi gelak tawa yang kuat di antara kami berdua.

Warung tempat minum kami terlalu bising dan berhampiran dengan satu kumpulan remaja yang bergurau senda menerusi tingkah laku dan ayat ayat yang tak sepatut nya dibualkan di hadapan public. Masterji mencuri pandang Joe Bai. Dulu, situasi yang sama sudah pasti Joe Bai akan menjeling dan memastikan mereka memahami isyarat yang diberikan untuk tidak berterusan begitu. Tapi sekarang, dia tunduk dan buat buat tak dengar apa apa. Lain benar Joe sekarang.

Dulu, silap haribulan, gelas minuman di tangannya akan dengan pantas terbang apabila dia mengamuk. Bukan sahaja gelas minuman tetapi apa sahaja yang ada disekelilingnya. Dia pantas dan cekap menggunakan apa sahaja yang berhampiran. Termasuklah lighter Zippo kesayangannya dulu. Balingannya selalu tepat. Sebab tu kami fikir dua kali untuk berjalan dan lepak bersamanya. Tetapi sekarang Joe Bai benar benar lain. Benar benar sudah berubah.

Beliau ucapkan tahniah dan gembira dengan perkembangan Masterji dan Masterji lebih gembira dengan dirinya sekarang. Lebih hormat dan rasa terperanjat yang bukan kepalang melihat budi bahasa , serta tingkah lakunya.
Joe sudah berubah. Jauh berubah. Bukan seekor harimau yang garang lagi tetapi seakan kapas yang lembut dan putih bersih. halus dan lembut. Seorang yang bertanggungjawap dan begitu lemah lembut. Dua alam yang berbeza.

Andai dia pulang ke dunia Joe Bai dahulu, Masterji tak dapat bayangkan betapa ramai yang akan tersungkur dan gerun dibayangi kegarangannya. Jangan dikejutkan Joe Bai dahulu dalam diri nya. Biarlah Joe Bai yang baru hidup dalam diri nya dan biarlah selamanya begitu. Dalam hati nya sudah ada taman. Joe ada berapa taman dah sekarang...ha ha ha.Kerja kuat nampak..ehmmm macam lebih dari satu taman aje:)

Joe pulang dan Masterji perhatikan langkah nya sewaktu dia menuju ke keretanya . Waw! Cukup berbeza betul manusia satu ni sekarang cukup berbeza! Dulu mendongak ke langit dan sekarang tunduk ke bumi!

Masterji turut belajar. Manusia boleh berubah. Joe sudah lain dari dulu.
Yang lain juga boleh berubah. Itu learning point nya. Boleh berubah.....

Andai kata Joe Bai kembali...Aduhai....parah jadi nya.....So therefore no U-TURN. Go straight and no belok belok ok my friend.

Apa pun Joe, Masterji salute pada anda. Saya sebenar nya terperanjat tengok anda. Salute Bai!
Terimakasih ya belanja minum. Lain kali datang Shah Alam tau..

Doakan anda yang terbaik dan Joe baru yang akan berjaya

Thursday, May 26, 2011

Pusher

Lewat kebelakangan ini, ada banyak berita yang keluar berkaitan dengan Keldai Dadah. Mangsa yang digunakan oleh pusher atau di zaman muda Masterji dipanggil Tokan.

Berita di TV juga makin hebat menerangkan pendedahan perihal Keldai Dadah. Malang nya kebanyak kan mangsa adalah wanita dan agak ramai juga dari Malaysia. Mungkin contoh Masterji bincangkan semalam tentang dua insan itu ada logik nya. Ramai yang terkandas kerana termakan budi atau di sponsor pelbagai bentuk kemudahan dan bantuan berupa wang, kos pembiyaan kediaman , atau melunaskan hutang hutang si mangsa. Maka si mangsa secara tak langsung dah termakan budi pada si Pusher.

Selalu Masterji nasihatkan ramai students remaja perempuan, dan staff staff perempuan sewaktu bekerja dahulu supaya ingat satu perkara: Siapa yang nak melabur kalau tak ada agenda! There is nothing free in this world! Beri nya sedikit tetapi meraih nya lebih lebih.
Jangan lihat pada kemanisan wajah, atau lembut nya lidah merakam kan perkataan perkataan yang boleh meluntur kan jiwa., Jangan cepat terpedaya bila melihat kereta mewah , spotty , dan besar yang sudi menjadikan anda penumpang sejati konon nya! Dapat naik sekali dua, jadi mangsa seumur hidup. Tak berbaloi kan? Ada juga yang berkereta mewah jujur. Benar.

Benar tak semua yang jahat . Masterji akui.
Tetapi adakah kita sudah bersedia sekiranya terjumpa, terserempak atau ter involved pada seseorang yang bakal bawa kita ke dunia yang amat menyiksakan. Ada kenal tak mana mana lawyer? Ada kenal tak mana mana polis? Pergaulan dengan orang yang tepat walaupun tak ngam dengan hobi dan cara hidup kita juga penting supaya boleh dijadikan rujukan bila petaka menjelma.

Dikala bermasalah , berikan lah hati mu yang rosak dan hancur pada Allah S.W.T dan nescaya akan dikembalikan dengan hati yang lebih yakin, bersih dan tenang.
Diberikan pada manusia yang salah, maka hati yang hancur kadang kadang boleh jadi terus lebur! Mungkin tidak semua tetapi confirm ada yang pakar berlakon bersedih bersama untuk menyengat sampai ke mati! Looks geneuine! Looks Romantic! Looks like caring but actually brings you to hell!

Itu sebab Masterji nasihatkan , rajin rajin lah membaca atau paling tidak pun akhbar yang melaporkan tentang isu isu perihal jenayah, supaya kita punyai kesedaran diri yang tinggi. Soal macam ini kadang kadang di ambil mudah oleh ramai orang. Bila Kakak atau Adik atau sedara mara atau diri sendiri terkena baru lah terasa bahang nya padahal alarm telah lama di hidupkan.

Untuk mengenali budi seseorang perlu ada dateline. Ramai yang terkena akan menjawap, masa mula kenal mana lah kita tahu niat nya! Kurang tepat tu. Ada seribu satu cara untuk kita memerangkap seseorang untuk mengeluarkan The True Colour! Of course by smart way. Bila Masterji pergi kedai Buku MPH, selalu Masterji perhatikan ada satu jenis buku yang bertajuk How to Spot A Liar dan bagaimana jualan nya. Tak memberansangkan padahal satu buku itu boleh berikan kita security fencing yang agak teguh. Memandangkan kejadian jenayah dan aniaya makin tinggi maka buku itu ada banyak faedah nya. Kalau bukan buku tu , mungkin bacaan lain juga boleh membantu tetapi harus dibaca! itu Kunci nya!

If we can give our life forever to a person for many many years to come and I don't see why we can't take few steps and some time invested , to screen through various ways with whom we are going to be with and to spend the whole life with for many years to come?

Problem is, many will be impressed quickly and being very excited with little sweets words or some major support by someone who suddenly appeared to be the best person in the world to you!

Bila di tangkap kerana isu Keldai Dadah maka banyak pihak yang susah. Kesian ibu bapa kita. Jangan terhutang budi dengan mudah pada sesiapa pun kecuali Ibu Bapa dan adik beradik kita.
Secure ourselve and the first important thing to be appreacitted is, WE , diri kita sendiri!

"The First and Best victory is to conquer self"
- Plato.

Pada Pn Noor Jahan terimakasih kerana sudi meluangkan masa untuk berbual hari ini ya.
Saya doakan yang terbaik untuk Pn Noor Jahan bagi misi persembahan projek di Jepun lagi ya. So seminggu dua nanti kami semua akan menunggu komen Cik Fame lah ya. The last time you went, you came back as champion so now, you must comeback as greater champion! I percaya anda boleh.

Pada Encik Azaman, jangan lupa ya permintaan hari ini. Nak minta jasa baik sebagai penasihat jemputan di Blog ini ya.

Pada Cik Hafiza my sister ,thank you mera sweet for your comment in BOLEH. Nice and sharp.

Pada Cik Wanita Bertudung Hijau. Saya ucapkan terimakasih kerana berikan komen lagi ya. Marilah berganding bahu bersama untuk berikan pengetahuan dan kekayaan nilai diri pada yang lain lain. Saya juga banyak belajar dari blog Cik. Thank you.

Pada pembaca yang lain Masterji ucapkan ribuan terimakasih ya.



Wednesday, May 25, 2011

Pay To Scream!


"No muda! No muda ! No muda ! "Maksud nya No waste, No waste, No waste.
Muda dalam perkataan Jepun , ialah pembaziran dan waste. Tentu pelik tengok gambar di atas kan...apa lah Masterji ni, gambar kaki dan betis orang pun nak ambik. Bukan tu , yang sebenar nya adalah gambar petak petak yang bernombor berwarna merah tu. Masterji rakam gambar tu di Langkawi di Cable Car. Ha ha ha ha ketawa besar Masterji, Pay for Scream. Membayar harga tiket untuk diri disiksa. Semua nya menjerit ketika ia meluncur . Masterji tak jerit tapi cuma pegang besi kiri kanan dengan kuat sekali sambil bibir mengukir senyum. Ha ha ha Control Mancho...

Masterji suka kerana salah satu sebab dapat melihat tempat Filem Don di rakam. Babak terakhir filem Don lakonan Shah Rukh Khan di rakam kan disitu. Jelas terbayang Don ligat, pantas, dan cekap ketika adegan itu.
"Bukan susah untuk menangkap ku tetapi mustahil" Slogan Don. Jelas semua nya jelas.

Abang Man , Cik Fame , Pn Noor Jahan dan Pn Saniyah Kadir jangan lah gelak ya bila kata Masterji takut naik cable car tu...ha ha ha at least better dari yang menjerit. Bukan kali pertama tetapi yang ini tinggi sangat. Abang Man tu mesti tengah gelak. Dah agak dah.

Maka dengan pantas lah Masterji merakam kan gambar berkenaan dengan petak di atas tu. Pasal tu lah ada banyak kaki kaki manusia lain terdapat dalam gambar itu.

Gambar tu menunjuk kan contoh 5S yang cemerlang. Ini yang dikatakan well organized. Petak petak berkenaan berikan sistem yang jelas pada para pengguna. Well Done! Simpel sahaja improvement idea itu. Tak perlukan kos yang tinggi.

"Don't Waste Money on improvement "
- J.I.T Ten Commandments.

Pada Cik Fame kita, thank you hantar gambar reward dinner tu ya...rasa bangga pulak dapat bergambar dengan staff anda dan juga Cik Fame sendiri. Ye ke, gambar semalam tu macam iras Father Cik Fame, kira nya anak mamak lah ni ya...Anyway I like your comment tentang foreign worker tu. Betul, depa pun boleh cari makan kat sini.Thank you ya . Patut lah faham bahasa Tamil sikit sikit ya...

Pada Cik Wanita Bertudung Hijau, thank you kerana sudi memberikan komen ya dalam entri UEM Builders. Saya ada baca blog anda, Syukur, ada rakan lain yang seperti anda membantu memperlihatkan pada ramai orang jalan hidup yang lurus dan sihat. Syabas ya. Berikan tepukan gemuruh pada diri anda! Selalu lah singgah dan berikan komen ya. Pernah ke kita bertemu? Masterji tak pasti. harap sangat dapat bertemu dan bertukar buah fikiran ya. Atau mungkin pernah menghadiri program Masterji kot? Kerja dengan UEM Builders ke? Anyway thank you ya.

Petang tadi Masterji dijemput berikan sepatah dua kata pada para students yang akan melanjutkan pelajaran di Luar Negara.
Ada topik program motivasi so Masterji bercerita pasal dua insan. Aisey men macam lagu Ella pulak ya.
Insan pertama dari kampung datang ke Bandar dan hanyut di bawa arus deras hidup kota Metropolitan disebabkan mungkin kali pertama melihat muslihat Kota. Malang nasib nya Tetapi:

Insan yang kedua dibesarkan di Kota Metropolitan dan masak dengan selok belok cara kehidupan Kota Metropolitan dan tahu mana duri dan mana tidak ,tetapi turut juga hanyut di bawa arus deras Kota Metropolitan dan ini sedikit pelik. Lebih Malang dari yang pertama.
Peserta program tergelak dan angguk tanda setuju. Ha ha ha Masterji pun gelak sama.

Kota tak salah tapi penghuni Kota kena fikir lebih sikit rasa nya . Ini baru KL kita dah hanyut apatah lagi kalau kita sampai ke Tokyo, Bangkok, Jakarta, New York, Saigon, Las Vegas ke dan macam macam lagi. Dugaan kat situ lebih besar lagi.

Pernah seorang senior lama saya memesan saya ketika pertama kali saya ke Jepun, kita kesana boleh belajar budaya orang dan ambil yang elok dimasa yang sama kita adalah promoter kepada kebudayaan negara kita, agama kita dan juga betapa teguh nya didikan yang diberikan oleh ibu bapa kita. Maka promote lah yang baik baik.

Hidup dengan pagar diri yang teguh dan bukan rapuh. Pesanan akhir Masterji pada mereka. Thank you guys. Selamat menjalani peperiksaan, dan selamat belajar ke Luar Negara! Bila pulang nanti, biar diri anda, Ibu Bapa anda menangis kerana kejayaan anda dan bukan kerana kegagalan anda atau tersalah cekup cara hidup yang kita rasakan alat kemegahan tetapi sebenar nya alat untuk menjatuh kan! Pergi sebagai perwira Malaysia dan pulang lah sebagai Perwira Malaysia. Kita juga adalah tentera yang sedang berperang. Berperang untuk menunjuk kan budaya dan pegangan siapa lebih teguh dan tidak rapuh.

Tuesday, May 24, 2011

Boleh!


Di mana mana juga dalam dunia ini, ada banyak guru Motivasi sebenarnya. Ada ramai manusia yang boleh membuka mata dan minda kita. Tidak kira lah apa pangkat dan status mereka sekali pun. Cuma kita kena buka mata kita sikit untuk memilih manusia yang boleh kita rujuk dan tidak. Ada banyak guru pembuka pintu kejayaan di luar sana!

Tempoh hari menggunakan khidmat teksi Brader yang berada didalam gambar di atas untuk Ke KLIA dari Kajang. Terdapat banyak perkara menarik yang Masterji dapat belajar daripada dia. Nampak sahaja status pemandu teksi tetapi pemandangan nya cukup tinggi.

"Apa susah Abang, dalam Malaysia hah, semua orang boleh cari makan tapi mau rajin juga Bangg" Kata nya.
Berdesup peluru masuk ke telinga Masterji.

"Kita hah Bangg..banyak cerita juga, hari hari complaint,complaint sana salah, sini salah , mana mana tempat pun mesti ada kurang punya, tapi kita mesti mau usaha juga, macam macam boleh bikin Bang, banyak kerja atau wang itu bersih punya cara boleh dapat dalam kita punya Negeri" Point yang seterus nya daripada dia. Berdesup peluru yang kedua masuk ke telinga Masterji.

"Saya bawa teksi pun boleh hidup juga Bang, anak sama bini makan juga , sini station tak ada customer, lain station saya pergi cari customer lah Bang, tak da susah punya Bang" Point yang lebih jelas. Dia seorang yang percaya pada perkataan "BOLEH"

"Saya hari hari kerja , satu tahun satu kali saya bawa saya punya family pergi overseas cuti lah Bang, Deepavali pun saya kerja juga tapi December saya mesti pergi cuti sama family"

Jadual yang tetap dan nampak visi nya dengan jelas dan strategy yang convincing. Driver Teksi boleh pergi Overseas setahun sekali! Bermakna dia benar benar kerja dengan rajin. Masterji pun tak dapat nak bercuti overseas setahun sekali.

"Saya punya teksi pun kasi wang juga sama saya Bang, ini teksi lama punya style, kadang kadang itu filem punya orang ada sewa saya sama saya punya teksi untuk filem shooting lah Banggg.." Tambah nya lagi.
Dia gunakan secara sepenuh nya resources dan strong point yang dia ada. Creative juga ya pemandu teksi ni.

Macam macam yang kami borak kan dalam perjalanan. Masterji seronok dan banyak slogan yang catchy dapat daripada dia. Thank you Ane. Sorry awak punya story ada lambat keluar pasal saya ada busy sikit. Anyway you're good teacher of success!

Nak turun dari teksi kami sama sama ketawa, sebab Masterji sebut perkataan Tamil, Oru Tadawe Sona, Noru Tadawe Sona Madri, ha ha ha , dialog tu dari filem Rajni Kanth, Baasha. Bermaksud, sekali saya cakap sama dengan seribu kali saya pesan. Dia pun terperanjat dan ketawa. Kami sama sama happy. Masterji salam dia dan dia pun rasa mesra dan terharu di hargai. Bila minta bergambar , dia gembira dan sikit punya hebat posing nya.

Benar, ada ramai Cikgu Motivasi diluar sana, carilah dan tinggal kan reference point yang tak berguna dan membuat kita jadi Merry Go Round.
Cari lah reference point yang boleh berikan kita faedah.
Didalam Kapal Terbang, fikiran Masterji terbayang slogan slogan pemandu teksi tu tadi.
Mereka yang berfikiran boleh , akan boleh berjaya sepenuh nya.

Ane, thank you.

Pada Adik Masterji, Hafiza, atau Cik Nora, thank you for your comments in Harta ku. Thank you Dik, tak sangka pula letak comment . Well your Brother is still around and so don't worry as we can still laugh, smile and cry together Dik.
Falsafah kita sama, miskin harta, kaya nilai diri. Thank you mera sweet.

Monday, May 23, 2011

UEM Builders !

Hebat ! Hebat sungguh peserta Train The Trainer dari UEM Builders. Pada semua Mancho Man dan Jelitawan dalam program tu, How are you? Hope you all are fine and still got the grip ya...

Minggu lepas bersama mereka dalam program Train The Trainer dan Masterji belajar banyak dari mereka. It was really fun being with everyone of you. Masterji yakin anda semua boleh mengajar sekarang ya.
Hari pertama Masterji trainer, hari kedua semua peserta kena test jadi trainer dan mengajar topik my hobby sampai rakan rakan lain boleh practice hobby mereka. Semua lulus competency evaluation tu.
Mereka dinilai daripada ICE Breaking, Creativity, Interaction skills dan communication skills serta participation dari rakan rakan.

Mengajar ni macam konsep Multi Level Marketing juga tapi lebih up sikit ,...Ynag mengajar dapat pahala dan bila pelajar laksanakan dan ajar orang lain, anda masih dapat pahala daripada situ ya....ingat tu.

You all came with vision to be a trainer so please achieve it.
" A Vision without action is hallucination"
Remember that ya.

Masterji enjoy betul.

YB Zainol tengah berfikir...puhhh deep thinking tu.


Kaizen in Action...." Boleh rupanya ya kita cepatkan lagi proses kerja kita"


Ruang tamu yang ada unsue 5S dan training cordinator.


We will survive . Team Work dan berjalan bersama iringan lagu I'will survive. Wow! Semua nya serentak dan pandai menari ya.!


Aisey men..traffic jam lah....Sidiq dah terlepas jauh dah...sian dia...mana lah nak pi tu.


Ella ajar buat kraftangan dan ada yang jadi keras tangan. Syabas Ella.


- Cikgu Shaari train pasal hobby masak sambal tumis..aduhai semua jadi lapar. Ice breaking yang menarik. Gaya Hulk Hogan dan semua kena ikut. Rosyidi yang jadi Leader. Rosyidi yang tidak berkaca mata, seorang perserta yang menarik dan mencuit hati. Cikgu Shaari punya show buat dia dan yang lain lain lapar..ha ha ha Tapi best.


Hazreen ajar buat sampan. Katanya inilah hobby kanak kanak yang tidak mewah...tepat dan bagus.

Sidiq ajar photography punya teknik... mula mula dia suruh terbang...ha ha ha macam macam ada. Ice breaking yang menarik. Sidiq seorang yang informative.


Alamak...lagi hebat....Brader Zahari ajar hobby dia , patah kan pensil dengan satu jari.Hebat betul. Memang benar patah. Master of one finger karate kid.


Upacara patah kan pensil beramai ramai..ha ha. Semua lulus. Semua dah digelar Master of One Finger Karate Kid. Jangan karate Bos kat tempat kerja dah....habis agak nya pensil anak anak selepas program hari itu. Balik mesti test power..ha ha ha.


Hisham ajar rakan rakan main dart...terrer betul kawan nie. Barulah semua faham macam mana nakk main dart.


Nazrey ajar macam mana nak memancing kat Hassan. Hassan muka nya sentiasa manis. Dia pula ajar orang macam mana nak mandu motor besar dan bila corner tak jatuh...aduhai... Masterji gelak. Hassan selalu kena usik dengan rakan rakan dalam kelas.


The best group.


The Best student Laksamana Zamzuri, pakar Scuba Diving. Terrer kawan nie. Hobby dia hidup dalam air. Syabas Zamzuri.


Cikgu Shaari nak kemas kini dan misi telah tamat.

Syabas semua! Trainer yang hebat.

Jutaan terimakasih pada Pn Aishah yang dihormati dan juga Pn Siti Amnah selaku ketua latihan UEM. Thank you so much. Pn Aishah I hope everything is great and thanks for your smooth and well organized arrangements.

Pada Pn Noor Jahan thank you for your comment in Harta ku. Ya benar, lagi maju dunia ini, lagi kuat harus nya pertalian adik beradik. Kadang kadang seorang abang atau kakak sulung adalah lilin kehidupan mereka dan ia wajib! Oh ye ke ada buaian tu... itu buaian antik dan Mummy masih simpan lagi sampai hari ini di Shah Alam. Benar... Mummy tegas dalam menyuruh kami membaca buku dan lebih tegas lagi dalam aspek nilai sopan santun, adab, kejujuran dan punyai rasa perikemanusiaan pada adik beradik dan juga orang luar. Mummy manusia yang tidak akan bertolak ansur dalam soal etika dan adab. Cara duduk, cara makan, cara bercakap, cara ucapkan terimakasih dan macam macam lagi dititik beratkan. Pipi akan menjadi merah dengan kesan jari nya sekira nya kurang ajar atau pun menyakiti orang lain dari segi perasaan ataupun fizikal. Nak pi Langkawi ke...ha ha ha jangan lupa lawat Tomato ya.. yes Mamak Canggih ni. Nanti boleh tengok Visual Board dan ikut beri komen tau dekat dengan tulisan Masterji ya. Kalau tulis komen kat situ letak nama Cik Fame ya..jangan lupa tau.

Pada Encik Azaman, ok jangan tak pergi ya mesti pergi tau Langkawi. nanti tulis nama dan komen kat board tu ya. Dekat dengan Masterji ya. I love you Abang Man. Master Man pun boleh . Tak sempat nak pi tempat yang Abang propose tu, nanti lain kali boleh. Masterji akan pergi lagi untuk program latihan. Sure.

Pada Biey, sure I will take note. Thank you. Rajin rajin lah komen ya. Boleh kita berkongsi banyak lagi.

Pada komen sms , nanti Masterji balas ya. Love you allllll.....thank you.

Sebagai kenangan semasa sesi Train For Trainer ini, Masterji sertakan kembali lagu I Will Survive.


Friday, May 20, 2011

Harta Ku


Darah lebih pekat dari air. Benar. Semalam sewaktu program latihan di adakan , sewaktu sibuk mengajar , Masterji terpandang muka adik perempuan Masterji. Cik Nora atau lebih mesra di panggil Jah .
Kali ini Masterji ingin hadiah kan sebuah entri khas untuknya.

Wajahnya manis, menyalin redup wajah ibu juga mewarisi segala ketabahan yang ada dalam jiwa ibu.
Sekarang dia menjawat jawatan Marketing Manager dan pembantu latihan yang Masterji anjurkan. Kami bersama-sama menjalankan perniagaan berunsur latihan.
Keluarga saya, hanya ada 3 beradik. Saya yang sulung di turuti Cik Nora dan berbelas tahun selepas saya di lahirkan maka lahirlah Cik Siti.
Cik Siti sekarang bekerja sebagai pegawai di jabatan imigresen. Cik Siti orangnya "strict" dan ada unsur-unsur jenaka. Dia periang dan ada iras Lisa Surihani.

Selesai program latihan, saya memandu pulang dan sepanjang perjalanan, saya terbayang wajahnya. Semenjak kecil hinggalah sekarang, dia selalu bersama saya.Sedar-sedar, Cik Nora sudah semakin dewasa, sudah berumah tangga dan mempunyai tiga cahaya mata. Suami Cik Nora(adik ipar saya) seorang yang penyabar.

Masterji masih ingat dengan jelas, setiap kali mengambil kad laporan sekolah atau urusan berkaitan sekolah, saya menguruskan segalanya, waris kepada Cik Nora.
Setiap kali itu juga, cikgu akan bertanya " ini abang awak yer? Bapa atau mak mana?"

"Bapak tak ada cuma ada mak tapi mak kerja cikgu..." jawap Masterji ketika itu. Mummy terpaksa bekerja dua tempat sehari.
8 pagi sampai 4.30 petang ibu bekerja di kilang dan dari pukul 6 petang hingga 10 malam sebagai pembantu kedai perniagaan secara part time. Mummy kerja kuat untuk menampung kehidupan kami sekeluarga. Masterji dan nenek akan menjaga adik.

Apa yang saya buat , semua dia buat. Kalau saya main bola dia pun dah ready nak main bola. Kalau saya main hoki, dia pun ready nak main hoki. Selalu berbasikal ke sana sini. Ketika itu di Berkeley dan Taman Eng Ann hanya ada dua beradik sahaja yang naik basikal bersama sama selain daripada keluarga lain. Ramai yang selalu menegur kami. Adik akan duduk membonceng. Pergi kedai ataupun ronda ronda kawasan perumahan. Kalau dia sekolah pagi dan Masterji sekolah petang , maka pagi saya akan hantar dia dan waktu rehat pergi jaga dia.

Kenangan yang termanis bagi kami berdua, makan nasi lemak sebungkus dan bahagi dua, Masterji makan dan sambil suap dia pada waktu rehat sekolah. Bila menjelang hari raya hampir, kalau Mummy sibuk maka saya akan bawa dia dan belikan pakaian. Dua beradik yang sentiasa tersenyum di balik seribu kesukaran hidup. Kami tetap gembira walaupun hanya ada Mummy dan Nenek. Kami berdua menjadi rakan yang rapat.

Mummy mendidik kami dengan nilai adab , kasih sayang dan disiplin yang tinggi. Kalau makan nasi tak boleh jatuh ke lantai atau meja. Kalau menumpang kereta orang , bila tutup pintu kereta mesti lembut dan perlahan dan macam macam lagi. Selalunya Masterji banyak cover adik. Kalau buat salah, dua dua kena sebat dan Masterji pujuk bawa pergi kedai beli air oren dalam botol dan cari penutup minuman untuk di jadikan permainan timbang timbang.

Saya bangga mempunyai adik seperti beliau. Banyak kenangan pahit dan manis yang dilalui bersama. Syukur kami bersama sama berjaya melalui dugaan hidup yang penuh dugaan. Kini dia bekerja dengan Abang nya.

"Abang Apit, Jah akan buat kita maju lebih jauh ya..." Kata nya ketika bersetuju untuk bekerja bersama.
Abang mana yang tak gembira bila adik nya ingin bersama nya. Tentu saya gembira.

Jahh...masih ingat tak bagaimana kita makan nasi lemak bersama dan pusing pusing naik baisikal ? Apa keadaan pun pun atau dimana sekalipun, Abang bangga punyai adik seperti Jah dan Cik Siti. Kalau diberikan peluang sekali lagi untuk memilih seorang adik, sudah tentu Abang akan pilih Jah dan Cik Siti.

Adik beradik adalah harta yang lebih bernilai dari jutaan ringgit.

Harta ku,
Bukannya wang berjuta
Bukan juga kilau emas
Bukan juga berlian berkedip

Harta ku cuma ;
Seorang ibu yang sentiasa damai jiwa
Teman hidup yang terlalu setia
Anak-anak pewaris jiwa
Dua adik yang patuh segala

Harta ku juga ;
Ilmu yang di alir di kongsi bersama.

Thursday, May 19, 2011

Idea Comel and Tomato!

Abang Azaman, Pn Noor Jahan dan lain lain, entri kali ini ada sesuatu yang best! Minggu lepas ke Langkawi untuk cari market baru untuk training. Seperti biasa Masterji suka cari kedai Mamak pasal nak cepat. Jumpa satu kedai namanya Tomato dan menarik perhatian Masterji. Comel betul idea kedai tu...

Itulah restoran pertama yang Masterji jumpa ada ciri ciri Blue Ocean sedikit. Restoran itu menyediakan white board yang besar untuk customer tulis comment. Masterji turut ikut serta dan berikan pujian pada kedai berkenaan kerana kreatif dan dan pandai dalam pengurusan visual (Visual Management). Semua pelanggan yang datang akan membaca dan ada yang menulis comment.



Kesian ahli ahli pasukan dan family members yang ikut Masterji, tak ada lain yang di buru kecuali benda yang berkaitan dengan pengetahuan. Apa nak buat dah kerja saya sebagai Trainer. Masterji kata itu lebih baik kerana ia boleh mendatangkan pengetahuan untuk ramai orang. Restoran di Malaysia sudah capai tahap Kaizen!

Daripada kita asyik tengok cara orang berpakaian lebih baik kita jamu mata kita dengan perkara yang boleh mendatangkan keuntungan. Kata Tai Chi Ohno pengasas Toyota Production system " Train your eyes to pick up waste and improvement ideas".

Masterji menetap dekat Pulau Chenang di berhampiran dengan Avana Porto Malai . Asiacenia Resort lebih dekat dengan jalan besar dan tidak jauh ke dalam. Sempat ke Kuah dan banyak tempat lain. Ada juga gambar lain yang Masterji rakam untuk Kaizen dan 5S. Nanti saya kongsikan bersama ya. Pergi tengok kolam ikan dan rupanya banyak jenis ikan yang ada. Ha ha ha, apa nak buat, hidup saya hanya buku, stage latihan, MPH, dan filem filem yang menarik.

Comel idea kedai tu.
Hari ini banyak komen menerusi sms pasal I 'will survive punya entri. Ok nanti saya serta kan lagi gambar pasal susun atur ya. Cik Aidah dan Biey tahniah ya.

Komen entri pelayaran masih lagi masuk menerusi sms. Thank you for all the good wishing and motivating comments.

Pada UEM Builders, thank you for your active participation for Train The Trainer Program. Masterji gembira dapat berjumpa dengan anda semua. Nanti boleh baca entri anda ya. Be the best Trainer ya.

Encik Azaman jangan lupa singgah ke TOMATO ya boleh tengok komen Masterji.

To Pn Saniyah Kadir, Master Q, thank you for introducing new business market for me. Great and it was very interesting and learningful moments. Tetapi rasanya, banyak tempat di situ kena benchmark Melaka kot...

Correction!


Hari ini Masterji cantik kan statement seorang rakan. Melihat dia berikan arahan pada anak buah nya , Masterji syorkan perkataan yang lebih memberikan impact.

"Hei' do your best" Pesan nya pada staff.

"Asking your staff, to do their best is not asking them to ensure the best" Kata Masterji.

"Errr..well ...what is better Rafi" Tanya dia.

" Do the the best and achieve the best" Reply Masterji pada nya.

Kalau di teliti dengan terperinci anda akan nampak perbezaan nya .
Ingat ya bila kita nak pesan pada staff kita; DO THE BEST AND ACHIEVE THE BEST!


Encik Azaman, thank you for your great comments. Masih ingat lagi ya pasal sejarah saya dengan baik, Acting Supervisor. Sebenar nya semangat tu datang dari you juga. Ingat tak pesanan rutin you; Jual Diri! As simple as that. Saya halusi dan guna pakai dengan sebaik nya. Thank you Bang and Mentor.

Encik Azaman kata pakai kot handsome...ha ha ha saya nak tergelak terus. Mahal pujian tu. Tak lena tidur lah pendek kata. Banyak event yang pakai kot tetapi saya suka buka kot pasal susah nak turun padang pi Gemba. Nanti saya tempah banyak banyak ya. Hari tu ada pelancaran jadi pakai kot terus menerus. Ada chance tak jadi pelakon lepas ni? Ha ha ha gurau aje.

Komen Encik Azaman, sama dengan Pn Noor Jahan dan Master Q Saniyah Kadir pasal pakai kot.

Kebetulan pada hari itu , Balik dari Melaka , dapat baki tol berlebihan dan saya pulang kan semula sambil tersenyum.

Pn Noor Jahan , thank you so muchhhh for your lunch hari tu and I belajar banyak dari presentation hari tu. You done great. Terima kasih berikan I peluang untuk komen. Tak banyak komen kerana anda dah lebih mahir. Saya bangga dengan prestasi anda! Seronok pula makan kat restaurant baru tu ya. Best makanan nya. Thank you also for giving comment in I will survive. Memandang kan anda juga seorang pakar 5S saya gembira mereka dapat berkongsi komen dengan anda.
Mudah mudahan saya akan dapat meniti dari satu organizasi ke organizasi lain dengan misi latihan dan memberikan cahaya baru pada insan lain. Mereka dapat pengetahuan dan saya dapat pahala maka dapat lah menabung sikit demi sikit untuk alam yang akan datang. Doakan saya dan berikan lah sokongan ya... kita akan sama sama maju.

Huh! Cik Aidah, tengok tu... Pn Noor Jahan dah bagi semangat baru. Therefore teruskan ya...nanti Pn Noor Jahan, Encik Azaman dan Pn Saniyah juga mungkin akan berkongsi pandangan. Anyway Cik Aidah berjaya menghidupkan semula dengan cemerlang. Great.

Pada Bieber, Benar, nak start memang susah tetapi bila dah nampak kita jadi laju. Teruskan. Alhamdulillah dan syukur. Saya juga rasa gembira kerana sewaktu hidup sekurang kurang nya saya nampak kan perkara perkara yang baik pada manusia lain. Membawa dan melihat kan kearah kejayaan dan kebaikan. Komen anda adalah reward yang lebih berharga pada diri saya lebih daripada Program fees yang di bayar. Menunjuk kan cara untuk timbul adalah lebih baik daripada mengasuh manusia menjadi tenggelam! Terimakasih pada komen anda dalam I will Survive. Saya fikir anda adalah salah seorang staff di Pejabat Pembangunan kan.

Abang Man! I ada berita baik tau. Masterji baru pulang dari Langkawi nak develop market training kat situ dan ada banyak gambar Masterji ambil dan banyak contoh yang extraordinary ataupun boleh jadi sample untuk kerja. Tapi yang pasti nya Masterji makan kat mana agak agak you?...
Yes dah tentu kedai Mamak...ha ha ha. Nanti Masterji tulis dalam entri baru ya.Comellll.....



Monday, May 16, 2011

I will Survive.

"Encik Rafi, kami nak jemput buat pelancaran 5S di pejabat pembangunan Utem" Perkataan Pn Noraini dari Pejabat pembangunan menerusi HP yang memeranjatkan saya.

"Yesssss." Terus saya menjerit kerana mereka selalu sibuk dan agak terlewat dalam perancangan.

"Kami dah buat surgery dan dah buang semua halangan Encik Rafi" Jawap Pn Noraini.

"Thankkkkkk youuuuuuu" Jawap saya. Tersenyum bangga dan akhirnya mereka back to the stage and fight till the last blood. Great.

Memeranjatkan ketika hari pelancaran dan SYABAS Masterji ucapkan pada semua anggota di pejabat pembangunan dan samurai samurai baru kumpulan 5S.

Pada Tuan Pengarah nya, Pn Noraini, dan terutama sekali pada Chairwoman baru yang lebih kreatif Cik Aidah.
Dibawah kepimpinan Cik Aidah , 5S hidup semula dan lebih kuat.

"Saya janji ngan Encik Rafi, kami akan sampai ke matlamat kami" Kata Cik Aidah. Ok Aidah I can see changes and leadership on Thru you. THANK YOU.


Pelancaran 5'S


Surat perlantikan untuk Semua Samurai


Heroin baru dan hebat Cik Aidah!


"Bayang kan lah kalau pi hospital, Dr tak jumpa mana jarum nak jahit luka..tak ada sistem..apa jadi sedara dan sedari"? Masterji berikan ucapan kesedaran 5S dan ucapkan tahniah kerana menjadi Survivor yang hebat.
" A Late comer can be a better winner" Pesan saya.


" Saya cari baju tu sampai sekarang tak jumpa...penting nya 5S" Ucapan dari Tuan Director dan amat bererti. Masterji juga turut belajar dan terhibur.


Ikrar Saya boleh berubah...very good.


Handsome yang berjaya jadikan visual board attendance yang baik.


Ha,ha ha ...tiada apa yang terlepas pandang dari Masterji.Check abuk di keyboard.
"Aduhai...teruk nya Encik Rafi ni...." sambil bergurau mereka komen.


Director pun pergi gemba "Turun padang dan belajar" Contoh kepimpinan yang amat cemerlang.


Bawah meja pun dijaga susun aturnya. Very good.


Handsome and Sweet yang jaga sistem kedatangan dengan begitu cemerlang.


Alamak hebat! Kalau kitchen pun hebat, tempat kerja tentu lagi hebat!

Samurai yang berjuang dan yang membuat perubahan!

Cenderamata dari Pejabat Pembangunan.

Secara jujur, saya kagum dengan kebangkitan semula Pejabat Pembangunan. Terimakasih dan Tahniah.

Ingat ya...Late Comer is not a loser but can be a stronger winner.

Wednesday, May 11, 2011

Think Big

Salah satu cara untuk berjaya adalah dengan resipi "Think Big"
When you think big, you'll get big things done and for sure you can.
But if you think small , you'll get only small things done.

If you're a supervisor of a small section than you must think like you're managing a big company .
If you are a group leader than you must think that you're a C.E.O.
The action and results will be different.

"What you think, You shall become"
- Bruce Lee.

When I was assigned as an acting supervisor in a training department many years ago, I had no choice than to use the above solutions. An acting supervisor with actual position as a clerk! Just imagine, a person like me at that point of time being a supervisor without any paper qualification, responsible to make sure my department is competitive as with other department.
It means, I will have to compete with other department heads who had higher qualification than me.

It's not a joke. Need to talk like them, need to produce like them, need to solve problems effectively like them, Need to show that I have something to attract those top people same like what they did in adjusting the spotlights to be focused on them, so what I did to ensure I can?

The answer is: THINK BIG.


Pada Pn Saniyah Kadir thank you for your specific examples and comments. Well many people does that and I've heard a lot too.Perhaps another common examples would be, Some people had never failed to critize either organization leaders or other nature of leaders but when they are given the opportunity to become a simple and small organization leaders, they are even worst! They are even dangerous! They are even slower! Either in work places or family institution. Thank you also for comments in Pelayaran. Masterji must do better and to help many more to identify that they are actually assets and not liability!

Cik Fame, thank you for your time today. Nice talking to you and I learned many things everytime we had conversation.





Monday, May 9, 2011

Value Added Comment.



Semalam baca akhbar dan tertarik pada komen artis cemerlang dan satu ketika dahulu menjadi bintang filem yang top. Ogy Ahmad Daud. Filem Azura, Ali Setan dan Suara Kekasih memberikan kesan hasil daripada lakonan nya. Kini masih lagi diminati sejajar dengan pengedaran masa.

Komen beliau dalam akhbar semalam menarik perhatian saya. Ditanya pada nya kenapa kritikan yang diberi tidak sepower dulu dan jawap nya mudah serta terpelajar. Perlu apa dikritik kalau penyanyi berkenaan sudah cukup bagus dan menepati kriteria.

Ya tak ya juga kan. Pentas yang sepatut nya mengasah bakat kini menjadi pentas mengasah kritik dan kalau kurang bermakna program tu jadi tak best.

Cara Cik Ogy menjawap pertanyaan berkenaan mungkin dapat dikongsi bersama. Kita hanya perlu memberikan komen yang membina di kala perlu dan tidak mendatangkan kekeliruan bagi orang yang kita nak komen tu. Kalau bagus katakan bagus dan kalau tidak berikan komen yang specific agar dapat berikan gambaran yang jelas yang mana dan bagaimana harus diperbaiki.
Mungkin kita harus nomborkan komen kita sebagai contoh "Ok ada 3 perkara yang harus anda perbaiki pertama...bla, bla,bla,bla... kedua: bla, bla, bla... ketiga: bla, bla, bla....ketiga : bla,bla,bla..

Contoh berkenaan boleh kita guna pakai ditempat kerja. Berikan komen yang sesuai dan bukan sekadar membina tetapi nampak bagaimana nak membina nya.

Pada Abang Nash/ Nasrudin terimakasih kerana berikan komen. Ya benar dalam dunia haiwan tiada manusia tetapi dunia manusia ada haiwan. Saya akan ingat tu Bang ya..thank you. Ya ke harga petrol dah naik hahaha kalau macam tu minum diesel atau minyak tanah ajelah .... maaf Bang bergurau. You ingatkan I tentang Coconut group dulu ya di MIHRM.

Pada Pn Noor Jahan aka Cik Fame , thank you for the great dinner last week. Saya hargai jemputan berkenaan dan terimakasih kerana masih ingatkan saya lagi. Prestasi anda dan syarikat sudah bertambah maju. Saya doakan anda akan turut berjaya didalam pertandingan 5S/ Innovation yang akan datang. Saya yakin anda pasti boleh. Dinner berkenaan cukup bermakna dari segi sumbangan anda. Anda hargai setiap samurai yang berikan sumbangan pada kejayaan syarikat.
Please keep in touch and I need to know your result later ya. Emm.. apakata kalau dulu pernah buka one of the door of success masa dapat sijil 5S, lepas tu the 2nd door of success dalam pertandingan 5S di luar negeri dan saya pasti the 3rd door of success is yours again! Do it and go on... tell the world, The New generation of HR Managers is competitive with other fields of Managers. If they can show figures as their result, you may show better figures than them. I believed you will and you had the potential of doing it.

Pada Encik Azaman, the one kata nanti dia tulis pasal business trip dia dan dia kata luaran sahaja nampak dia kasar tetapi dalam romantik dan mudah tersentuh kata nya. Sentimental juga lah kot..

Pada Dr Fatini, welcome to my Masterji blog and thank you for your comment in Pelayaran. Ha ha ha pakai baju bunga bunga ya...itu dulu sekarang Masterji dah berumur dan banyak juga rambut putih dah. Ya benar, kekemasan diri itu cermin personaliti kita. Dr, thank you for your inspiring words. Hari ini baru I teringat dimana kita bertemu. Still got my card with you. Kita pernah discuss pasal Safety and Health training program.Thank you.

Terimakasih untuk semua komen entri pelayaran yang dihantar menerusi sms. Banyak nya komen yang diterima....maaf pada yang tak sempat balas. Saya ada tuliskan kan dan akan balas kemudian. Kotak sms dah penuh sangat nanti Encik Azaman marah lagi suruh reduce kan.

Untuk Ogy dan peminat-peminat Ogy, terimalah...
Kisah Cinta- Ogy Ahmad Daud

Thursday, May 5, 2011

Hey Paco, you' re great Man


Berita penting yang saya baca pagi ini. Memang benar ia harus dibanteraskan atau perkataan yang paling sesuai dimusnahkan terus gejala seperti ini.

Mungkin ada sebab lain tetapi untuk menangkap Jerung bukan senang kerana nama kebanyak kan nya licik dan tahu memusnahkan bukti serta ramai saksi keberatan untuk tampil kehadapan.
Baik Bilis atau Jerung ia harus dimusnahkan.

Mungkin ada dua jenis kategori yang memberikan tekanan pada pembanteras aktiviti seperti ini :
Pertama ; mereka yang melakukan jenayah berkenaan menghentam supaya pasukan itu menjadi lemah dan kegiatan mereka dapat di teruskan.
Kedua ; Mereka yang bersih dan benar benar mahukan keadilan.

Ia harus dipantau dari level bilis supaya si bilis tidak menjadi Jerung.
"Watch the little things, a small leak will sink a great ship"
- Benjamin Franklin.

Pada yang berusaha ke arah itu , syabas dan tahniah. Walaupun and sedar implikasi nya. Mungkin imbasan dialog filem Serpico di bawah ini dapat memberi kita betapa agung nya menjadi seorang pegawai yang menyintai tugas nya. Serpico atau Paco menjadi contoh yang terbaik tetapi bak kata pepatah yang menang menjadi arang yang kalah menjadi abu namun begitu mungkin kerana kejujuran nya dia masih selamat. Orang jujur hidup nya mungkin banyak kesukaran tetapi selalu become winner at the end.

Dialog Serpico di dalam filem Serpico


This is car 2119 . Call Greenpoint Hospital.
We're bringing in a wounded cop.

All right? - . 25th Precinct.
Jesus Christ. Guess who got shot.
Serpico.

You think a cop did it?
I know six cops said they'd like to.

Hello ,New York Times.

Serpico's been shot.

Oh, my God!

- They're taking him to Greenpoint.
- I'll see you there.

To be a police officer means to believe in the law...

- Wait. What do you got here?

- It's Mr. and Mrs. Serpico, sir.
Okay. Go ahead.

- Where's our son?
- They're bringing him from X-ray.
- We want to see him.
-Just a few minutes.

Mr. and Mrs. Serpico, the news is better than we expected.
Thank God the bullet was a small caliber. It didn't enter the brain or strike the spinal cord. He's on the critical list but his condition seems to be stable.

Thank you, Doctor.

Thank you.


Your gold shield's come through.

What's this for? For being an honest cop? Or for being stupid enough to get shot in the face?

In all probability, the hearing in your left ear won't come back.
Two bullet fragments are still lodged there in the bony portion.
One is very close to the carotid artery and you'll have to be checked from time to time. Your left side will feel stiff occasionally. Once in a great while you may experience some dizziness.
But in general? You'll be okay.


Anyway Paco, you give your name a success!

Pada Cik Fame thank you perihal comment dalam pelayaran. Ha ha ha ha, David Arumugam ke....tak pa I tak marah. Kelakar bunyi nya.

Pada Encik Azaman; ha ha ha ha ha ketawa ya. Terimakasih ya benar sudah setahun dan banyak juga sumbangan anda dan Cik Fame kita serta yang lain lain.

Pada Rock; Sampai Babak Munshi Abdullh pun masuk. Thank you. Saya terharu membaca nya. Ia benar saya harus jadikan lebh banyak Masterji. Fitrah yang kekal.


Wednesday, May 4, 2011

Bad News

Untuk paparan berita penuh, boleh ke SINI

Sungguh menyedihkan kisah di akhbar hari ini. Seorang Jurutera wanita ditikam mati kerana meminta hubungan diputuskan. Berumur 23 tahun dan bekerja di Gurun Kedah. Perkenalan selama enam tahun bersama tertuduh di akhiri dengan sebuah tragedi yang tidak di ingini.

Punca sebenar tidak diketahui tetapi yang dilaporkan adalah berkaitan dengan permohonon supaya hubungan diputuskan. Sesiapa juga punyai hak untuk menuntut kebebasan diri mereka.

Ada juga keadaan yang pada awal nya mungkin warna yang sebenar seseorang itu tidak kelihatan tetapi di pertengahan baru kenal warna asli mereka maka permohonan untuk menyelamatkan diri adalah logik. Semua orang mahukan kebahagiaan.

Amat menyedihkan dan cara tikaman dilaporkan agak menyiksakan. Point hari ini ialah how to deliver bad news.
Untuk menyampaikan berita baik mungkin tidak payah perlu memikirkan banyak faktor. Tetapi untuk menyampaikan berita buruk pada pihak pihak lain atas apa tujuan jua pun kadang kadang kita harus menimbangkan beberapa faktor seperti : Situation, Opportunity, Timming, and The receiver it self.

Situation
Keadaan waktu pagi atau malam juga penting dan tempat yang terbuka atau private juga harus diteliti.

Opportunity
Kadang kita dapat peluang yang lebih selamat dan ketika penerima kelihatan bersedia maka berita boleh disampaikan atau banyak cara lain tanpa bersemuka seperti sms, surat, laporan polis, dan sebagai nya.

Timming
Masa yang sesuai dan berdasarkan tahap penerima dan jenis berita.

Receiver
Faktor penerima juga harus di pertimbangkan. Mungkin memerlukan rakan yang boleh bertindak membantu sekira nya penerima tidak dapat menerima berita berkenaan, mungkin penerima adalah seseorang yang kita kenali bertahun lama nya maka tahap baik atau baran nya dapat kita jangka kan terlebih dahulu dan bersiap sedia dengan plan B.

Kita sendiri tahu betapa buruk nya berita yang ingin disampaikan maka mungkin boleh mencari rakan rakan yang berpengalaman untuk mendapatkan nasihat sebelum berita disampaikan. Jangan malu walaupun ia terlalu peribadi kerana kita ada ramai Lawyer dan Polis serta pakar pakar lain dalam Malaysia untuk meminta nasihat ataupun cara penyelesaian yang lebih berkesan dan selamat.

Pada Encik Azaman, jangan gelak lebih ya tengok entri semalam. Thank you to all comments for Pelayaran. The One, anda juga sedang mendaki ke puncak dan saya bangga dengan anda

Tuesday, May 3, 2011

Pelayaran

Berilah peluang kepada diriku,
Meneruskan pelayaran ini,

Dan mencari secebis erti,

Untuk aku berdiri.


Usah lah kau menghalang diriku,

Untuk mengejar cita ini,

Agar ku capai kejayaan,

Dalam hidup.


Ku hanya memberi satu kesenian,

Untuk dinikmati bersama,

Akan ku hulur dengan caraku,
Yang ikhlas ini.
Aku juga insan seperti mu,

Perlu melengkapkan diri,

Melalui lorong hidup ku,

Akan kuteruskan ,
Pelayaran ini sehingga hujungnya.

















Kadang hidup bak pelayaran.
Memang penuh dengan halangan ; ombak dan taufan. Laut mana yang tidak bergelora. Tetapi:
Cari lah Nakhoda yang berpegetahuan and boleh membimbing,
Cari lah rakan rakan yang boleh mengajar kita timbul dan bukan tenggelam pabila kapal kita karam.
Cari lah pertolongan ketika tenggelam dan jangan malu kerana malu tidak dapat menyelesaikan masalah,
Guna kan lah pelampung yang kuat dan tidak bocor...

Kita boleh berjaya cuma cepat atau lambat sahaja. Dengan syarat, tiang gol kita jelas dan ada usaha ke arah itu. Setiap halangan adalah pintu kejayaan. Sedikit keberanian kita pasti dapat membuka nya.

Kita mungkin pernah U- TURN kebelakang sewaktu yang lain ke hadapan therefore U- TURN semula ke hadapan sekarang! Saya yakin anda boleh!

Kalau Masterji boleh, anda pasti boleh dan anda boleh jadi lebih berjaya.

Kepada semua pembaca yang dihormati dan di kasihi, Masterji ucapkan jutaan terimakasih kerana mengikuti blog ini. Blog ini telah berumur satu tahun sekarang. Bermula dari 2 May 2010 hingga kini sudah setahun.
Pada Pn Noor Jahan, Encik Azaman, Pn Sonia, The One dan yang lain lain sering menghantar komen terimakasih saya ucapkan.

Tempuhi lah pelayaran dengan sabar, keberanian, keimanan , daya tempur yang tinggi , tiang gol yang jelas dan penasihat penasihat yang membina.

Monday, May 2, 2011

Clear


Fantastic and learningful morning I had today. I had my breakfast with my quality Trainer and her kids. Master Q , Saniyah Kadir and her kids. Need to sent her some training notes and invoices.
Few days ago, I had been requested by Master Q Saniyah to bring along some of my best courtroom novels. John Grisham, Philip Margollin and John Sandford. Wondering why and thought that for her reading.

I was learned that, actually those books were not for her but for her elder kid. Her daughter just made one chapter of excellence recently.
She had scored perfectly in the SPM examination. She wanted to be a lawyer and I make her make some alterations on that, "To be the best Lawyer ". She had decided firmly and had justified it logically. No wonder , her lovely mother asked me to bring some of my best reading novels pertaining to courtroom event.

"The journey starts from now, and once the vision is decided, the preparations must take place " Her mother told me when I asked how those novels can contribute to her daughters vision.
"I want her now to be more focused and exposed with every single thing about a lawyer and courtroom regardless of any nature of lawyer , she might become one day later" Her mother made another remarks.

One thing refreshed my thoughts. Having vision will make us clear of what and how to prepare towards achieving it. Vision make us clear of required and necessary action. Let's do it for us.

Told them it was a very good moment and me personally had learned something. Syabas Marsha and hope you'll get through and remember the hard work from your mother.

As far as my self is concern, there is no unemployed lawyers yet in Malaysia but how we become a different lawyer is the subject of interest. The moment you make one success story of a very high profile cases in Malaysia, there you go flying high and starts to make office renovations for your law firms to accomodate more business.

The rest, remember that , Vision make us clear of required and necessary actions.

Sunday, May 1, 2011

Gone But Not Forgotten

"Saya ada rumah besar tau.. tiga tingkat, nanti kalau saya ada masa saya bawa awak semua pergi rumah saya "
"Keluarga kami best....selalu pergi bercuti kat luar negara "
"Suami saya selalu belikan hadiah yang mahal mahal tau"
" Esok kami sekeluarga nak makan malam kat tepi laut..."
" Kalau awak nak ikut pun boleh, saya suruh suami saya tempah kan tempat untuk you all semua.."
"Semalam saya beli empat pasang baju , mahal mahal tau harga nya....nanti saya pakai , you all boleh tengok dan mesti kata cantik..."


Nenonggg Nenonggg Nenonggg Nenonggggg....Bunyi Ambulance. Berhenti dan driver ambulance keluar ke belakang membantu staff nurse lain untuk mengeluarkan Nani.

"Ok , adik sekarang boleh turun ya naik kerusi ni...." Arahan seorang staff nurse yang berada di dalam ambulance berkenaan. Ada dua orang staff nurse di dalam nya.
Arahan itu diberikan pada Nani...

"Bila nak lawat rumah besar saya ya..?" Nani bertanya pada staff nurse berkenaan ketika menuruni anak tangga ambulan ke arah kerusi roda hospital yang telah disediakan.

Nani terus bercakap dan tangan nya di ikat dikhuatiri Nani akan lari. Nani masih terus bercakap dan bercakap tiada henti. Terlalu ambitious dan teruja.

Anak anak nya yang masih kecil memerhatikan ibu nya sedang dibawa oleh staff nurse berkenaan kedalam hospital. Dimata anak anak nya jelas kelihatan airmata kesedihan dan kekecewaan. Ibu tempat mereka bermanja,tempat mereka mengadu , tempat mereka bergurau kini sedang dibawa ke dalam wad sebuah hospital dan ibu mereka tidak henti henti bercakap selama dua hari. Setiap patah perkataan ibu mereka itu sebenar nya tidak benar sama sekali. Ibu mereka sudah tidak normal. Tidak normal ...dua perkataan yang sukar diterima oleh jiwa mereka namun itulah hakikat nya. hancur semua nya. Perlahan lahan mereka lihat kehancuran yang bakal menjelma. Perlahan lahan mereka melihat masa depan mereka yang akan menjadi sukar.

"Apakah ibu akan pulang dan apakah ibu akan sihat seperti dahulu atau begini seterus nya..."
"Ibu...pulang lah..., kami mahu ibu, mahu ibuuuuuuuuuu, ibuuuuuuuuuuuu..." Mereka tidak tahan dan terlalu hiba mengenangkan Ibu mereka. Tangisan mereka dan rayuan mereka.

Ibu nya sudah semakin jauh dari pandangan mereka dan kelihatan masih sibuk bercakap cakap dan yang pasti ibu mereka tidak faham apa yang mereka rasakan..kerana dunia mereka sudah berlainan.

Gone but Not Forgotten. Hidup tetapi dunia yang berlainan. Bahagia kan lah setiap ahli keluarga kita. Biar lah miskin harta tetapi kaya kebahagiaan. Kalau dapat ringan kan beban maka lakukan nya lah secepat mungkin dan jangan selalu menambah kan beban kerana ditakuti bebanan akan membuat kita stress dan kita akan ketempat yang orang susah memahami kita.

Dalam hidup ini, menjadi terlalu teruja ataupun tertekan boleh buat kita "switch off". Maka berhati hatilah. Dekati lah mereka yang selalu termenung dan murung. Kalau hidup tengah bahagia maka janganlah derita yang dicari kerana ada yang kuat untuk menerima cabaran dan ada yang terlalu lemah untuk menghadapi cabaran. Sucikanlah hati kita dengan perbuatan yang memberikan pahala dan kita akan menjadi lebih tenang dan faham tentang perihal dunia dengan lebih matang.

Therefore, hiburkan lah hati kita dengan bergurau senda sesama rakan dan ahli keluarga. Biar miskin harta kaya kebahagiaan kerana kadang kadang kemewahan membuat kita terkejar kejar untuk membayar hutang yang heavy heavy dan bukan menjuruskan kita pada kebahagiaan. Hujung bulan dapat gaji kita patut tersenyum dan bukan beli panadol pening kepala mana hutang yang boleh delay dan mana yang kena bayar dulu.

Pada Encik Azaman. Hait! I will follow your advise! Sorry lah,... HP Masterji cost down punya HP so tak banyak space boleh terima message. Sekarang ini banyak terima komen dari HP. Dok simpan pasal nak cari masa nak reply balik. Ok... I will. Hope you are fine ya Bang Man.

Mario , terimakasih kerana membaca dan sms. Sure boleh...nanti kita pi minum teh tarik lagi ya...