Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, May 21, 2012

Dulu...sekarang.

Semalam Masterji mengajar dan berkongsi pandangan dengan para peserta program mind change.

Dulu...dalam satu kampung hanya ada sebuah kereta sahaja. Kereta itu lah yang menjadi pusat pertolongan seluruh penduduk.
Kini....sebuah rumah punyai lebih kurang tiga buah kereta.
Dan dalam sudut fikiran yang lain , Malaysia sudah maju dan rakyat sudah selesa. Tidak seperti dulu. Sebuah kampung hanya ada satu atau dua buah kereta sahaja.

Dulu untuk mencari buruh atau machine operator atau general worker dari kalangan rakyat tempatan begitu mudah. Sekarang semuanya pekerja asing kecuali jawatan yang lebih tinggi kerana taraf pencapaian dan pendidikan akademik lebih tinggi bagi orang Malaysia.

Syukur kita sudah maju dan lebih baik daripada dahulu tetapi hidup kadang ibarat roda, keselesaan mungkin boleh menjadikan kita semula kembali kekurangan dan kesusahan. Di atas dan mungkin kebawah semula.

Wednesday, May 16, 2012

Super Dynisco...

Salam pada semua pembaca.
Minggu sudah berada di Dynisco Manjung Perak.
Seronok bersama mereka. Best dapat belajar dan berkongsi pendapat bersama sama.


Value Guide pergi bersama tiga orang tenaga pengajar; Masterji, Master Q Saniyah Kadir dan Encik Shaharum pakar standard time.
Seronok dan terima kasih tak terhingga pada semua warga Dynisco. Mr Razali, Mr Wong dan semua yang lain.


Macam macam nama keluar. Ha ha ha..ada yang dipanggil Aaron Aziz, ada yang dipanggil Ayu Raudha, Rita Rudaini dan macam macam lagi.
 "Encik Rafi, penat masuk kelas Encik Rafi..penat ketawa..." Kata Noor salah seorang peserta program.
"Encik Rafi, lepas datang Dynisco..banyak improvement yang kami dapat..kilang sudah change banyak"..Kata Vanitha seorang peserta program yang berbangsa India. Dia suka sebab Masterji boleh bicara dalam bahasa Tamil dengan dia.

Cik Neelofa tengah melalui ujian gentir dalam game problem solving.



Master Q Saniyah Kadir sedang mengemudikan game The Success Boxes. Makin maju dalam kepakaran memberikan latihan.


 
Game " MAT....Must Achieve Target. Game yang nampak mudah tetapi amat sukar.


Tengah bermati matian mencapai sasaran...Time for Rock N Roll.... Di pantau dengan kemas dan diberikan bimbingan daripada Encik Razali. Bagus Encik Razali ni.


The best group Kucing ....apa punya nama kumpulanlah yang dipilih...Ha ha ha tapi terrer sangat.






Belajar tentang Muda, Mura , Muri.....



Mamat Handsome Dynisco yang kedua begitu rancak mempersembahkan hasil kajian nya. Bottle neck study in the process... Macam Engineer dia explain.

Thank you so much to Mr Wong Sifu. ...always came early and support us to arrange facilities. Thank you.
Best Individual... Shidi...handsome Dynisco

Tuesday, May 15, 2012

The News

Lama tak menulis aktiviti latihan Masterji. Banyak yang dilalui beberapa minggu yang lepas.
Kami tenaga pengajar daripada Value Guide jua terhibur dan turut terharu. Master Q Saniyah Kadir selepas hampir 2 tahun menguruskan Value Guide Training Consultant jua benar benar mempelajari banyak perkara dan pengalaman baru. Cuma yang terkeluar dari mulutnya ialah "Wow" ..."Bestnya dunia latihan ni. ,... Lebih banyak yang kita belajar, Cara berfikir lebih mantap dan kehadapan serta dapat melihat kejayaan ramai para peserta serta bagaimana sebuah kejayaan yang kecil begitu berharga pada mereka yang rasakan selalu gagal". Tahniah Master Q.

Disertakan beberapa aktiviti latihan kami di beberapa buah tempat dengan kisah suka, dan haru nya.



Mengadakan lawatan susulan di Keng Lek Industri tersentuh dengan linangan airmata seorang peserta program yang berasal dari Bangladesh. " Encik Rafi, saya sudah banyak sedih dapat tempat no 2 dalam 5S competition. Saya kalah sikit mata saja..setengah point. Saya tak boleh tidur. Saya hati banyak susah...."
Dengan linangan airmata beliau menyatakan rasa penyesalannya kerana mendapat tempat kedua dalam pertandingan 5S/ Kaizen dalam syarikatnya. Menangis kerana dapat tempat kedua? Terharu Masterji. Kadang ada orang , dapat tempat tercorot pun masih boleh tersenyum. Buat jahat pun tersenyum tetapi kawan ni dah buat sesuatu yang agak baik tapi masih rasa bersedih.


Masterji raikan beliau dengan tepukan yang gemuruh daripada semua rakan rakan. Alangkah bagusnya kalau punyai rakyat sebegini dan staff seperti ini.


Juara keseluruhan " Encik Lafi selalu panggil saya Bill Gates so saya mesti selalu dapat no 1 ma...." Kata seorang juara. Tahniah Boss.






Satu kagi babak terharu . Menangis kerana pertama kali berjaya menerima penghargaan. Tak sangka 5S menobatkan dirinya sebagai salah seorang pekerja cemerlang. Naif taraf immediately.


" Saya tak ada apa apa kelulusan pun Encik Rafi, tapi saya cuba bikin dan terperanjat dan sedih saya berjaya".
Kata Victoria yang Masterji panggil sebagai Victoria Beckham dalam kelas.

Mereka adalah manusia yang bangun dan mara kehadapan maka mereka berjaya. Masterji pulang dan sebak di dada. Syukur, latihan yang diberikan bukan sekadar periuk nasi bagi Masterji, tetapi cahaya baru kepada ramai orang. Syukur pada Yang Maha Esa.

Siapa kata tanpa kelulusan anda tidak boleh berjaya. Memang harus punyai kelulusan tetapi jika gagal tidak bermakna anda gagal selamanya. Mereka yang tiada kelulusan kiranya berjaya adalah mereka yang menempah nama sebagai lagenda!

Teringat kata Mummy ;
"Kalau Apit bodoh tetapi mulia budi pekerti dan mahu belajar pasti berjaya ditempat kerja ya nak"
Nasihat yang diberikan sewaktu ingin memulakan kehidupan berkerja 25 tahun dahulu. Benar ciri utama kejayaan bukan lah hanypada sekeping kertas bermaruah tetapi adalah kerana hidup yang bermaruah dan mulia budi pekerti. Thank you Mummy.


Hah Cik Fame kita Puan Noor Jahan hari ini khabar nya melalui audit 5S tahunan ya...Jauh disudut hati saya , saya yakin dengan kemampuan anda. Saya percaya pasti lulus dan berjaya melalui nya.


Tahniah Puan Noor Jahan, tidak pernah terlupas walau sesaat untuk meningkat kan kemajuan diri dan terus tersuan menjadi Asset.

Tuesday, May 8, 2012

GRED A

Hari ini kita cerita pasal performance appraisal. Bila bekerja selalulah tanyakan diri kita,
"AM I COST SOURCES OR PROFIT SOURCES?"
Kalau rasa cost sources, pandai-pandailah ubah ya.


Listen , now such question is important. Why??
Because you're surrounded by the measurable method ; Key Performance Indicator.
Ok readers?


Cik Fame apa khbar? Lama tak baca your powerful words