Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Al Mubarak.

Salam ramadhan pada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati. Kita bertemu lagi dengan bulan yang mulia. Syukur pada Allah S.W.T kerana memberikan kita sekali lagi kesempatan untuk menambahkan amalan baik dan pahala. Insyaallah.

Bulan ini kita harus score sebanyak mana KPI yang ditentukan dan termampu. Malah bukan bulan ini sahaja tetapi bulan bulan lain tetapi kelebihan bulan ini mungkin boleh dijadikan sebagai pemetik semangat dan starting point hingga lah seterus nya. Ayuh kita bersama duduk lah secara sendirian dan buat review. Ingatilah dan halusi lah siapa kita dan apakah yang telah kita lakukan selama ini pada diri kita, ugama kita, keluarga kita , rakan rakan kita dan juga pada manusia lain.

Tanya diri kita; berapa banyak kekejaman yang telah kita lakukan. Berapa hati yang telah kita lukakan, berapa ramai yang telah kita aniayai dan zalimi , berapa ramai diantara mereka yang lemah dan tiada sesiapa tapi kita gunakan dan mainkan secukup nya dan secukup rasa.Berapa?
Berapa banyak harta yang tak sepatut nya kita perolehi tetapi ada di sisi kita? Berapa banyak tempat yang tak seharusnya kita pergi dan daki terutama pada bulan yang mulia ini?

Ada yang menderita kerana kita, ada yang tersiksa kerana kita dan ada yang mungkin telah tiada kerana kita. Maka ambil lah peluang dan kesempatan pada bulan ini dan mengkaji siapa diri kita. Kukuh kan Inner peace kita sekuatnya.

Ayuh, bersama sama kita jadikan bulan ini sebagai lane yang akan bawa kita seterusnya ke lane yang sebenar bila kita berada disana nanti. Kuatkan semangat dan jangan toleh ke belakang lagi. Lupakan mereka yang mengamit untuk memberikan keseronokan yang merosak kan. Lupakan pada mereka yang berkata manis tetapi hempedu di hujung nya yang menanti. Lupakan.

Tenangkan diri kita dan jadikan lah setiap saat yang akan dilalui sebagai kesempatan yang untuk kita melakukan yang baik. Insyaalah kita akan diberkati dan perolehi semula kehidupan yang sebenar!

Kita mungkin dapat semula kehidupan lampau kita yang beribu kali lebih baik daripada yang kita lalui sekarang. Jangan lupa pada ibu bapa di kampung, cukup kah perbelanjaan mereka di bulan mulia ini?

Kita juga boleh buat KPI dan Reward dirumah. Apakata kalau dianjurkan pertandingan siapa dikalangan keluarga yang paling banyak berpuasa, solat terawih dan mengaji. Ada macam macam cara.

Bila tiap kali Ramadhan menjelma, Masterji teringatkan arwah Nenek. Arwah Nenek begitu sibuk dan bertungkus lumus dan dari situ Masterji tahu bulan puasa tu bulan yang penting rupa nya. Dari gaya seorang Nenek. Maka hari ini gaya seorang bapa dan ibu juga dapat berikan mesej yang tepat pada anak anak.

Manusia yang telah mengenalkan Masterji pada erti dan bagaimana kita harus berpuasa dan amalan amalan yang lain. Arwah Nenek selalu memastikan Masterji bangun sahur dan buka dengan dengan waktu yang tepat. Malah kami berdua selalu mengira dah berapa banyak hari kami berpuasa dan tengok siapa yang tinggi jumlah nya. Manis kenangan kenangan tu. Arwah Nenek akhirnya meninggalkan kami juga pada bulan yang mulia, Ramadhan tahun 2006 di pangkuan Masterji. Pengasuh yang hebat. Masterji dan adik tiada bapa maka Nenek lah pengasuh kami dan penghibur kami.

Therefore bagi sesiapa yang maintain , bagus tetapi bagi sesiapa yang rasa kurang dan ada rasa macam nak try try berubah..hah! don't try try , ambil kesempatan pada bulan ini dan teruskan ...bulan ini boleh jadi Lane yang sempurna towards the end!

Pada group Ron 97, Masterji ucapkan terimakasih berbanyak ya. Terlalu bahagia rasa nya berjumpa anda semua sekali lagi dan semalam adalah sessi kita yang terakhir. Ring me and tell me that you made it later ya...I love you all. Ketawa sampai ada rasa macam berlakon dalam filem komedi pulak. Buat case study , Training Needs Analysis untuk task melalui contoh how to drink petrol..ha ha ha ha Azlinah dan lain lain thank you. Suzana tukar jadi Susan , dan macam macam lagi.

Buat game traffic jam , sampai nak runtuh bilik kuliah rasanya. HR Director pun terrer jugak. My dear June, jangan lupa sama itu Abang Farhan ya. ha ha ha I am joking June. Anyway nice meeting every one of you.

Pada Cat Woman, terharu saya baca komen anda dalam entri Amar. Pada semua pembaca , Masterji cadangkan untuk membaca komen Cat Woman dalam Amar. Amat terhiris dan boleh dijadikan pelajaran. Betul kata anda Cat Woman, berikan hati pada bunga, ia akan layu, berikan pada manusia dia akan mati maka berikan lah pada Allah S.W.T. akan dijaga dengan mulia.
Ya jangan jadi seperti Amar...Amar seorang manusia yang cukup sempurna dan satu dalam sejuta tetapi kini hanya tinggal kenangan kerana Amar sendiri tidak kenal diri nya sendiri...

Selamat Menyambut Ramadhan ya pada semua para pembaca. Encik Bakri dan Puan Noor Jahan serta yang lain thank you for the sms wishing selamat berpuasa.



Friday, July 29, 2011

Fame, Fame, Fame..it's forever Fame!

WOW! Fantastic , and I can't find any better words. It's just superb! Higashifuji sekali lagi melangkah mencipta sejarah baru dalam perlaksanaan 5S nya di bawah kepimpinan Cik Fame kita Puan Noor Jahan.

Hebat dan Masterji beri tepukan gemuruh. Student Masterji yang begitu laju ke hadapan hanya dengan satu kekuatan sahaja. Walupun satu , digunakan dengan baik dan berkembang. Tahniah Cik Fame.

Cik Fame kita berjaya menempatkan syarikat nya ke persaingan seterusnya iaitu ke National level menerusi pertandingan 5S MPC. Selasa lepas mereka bertungkus lumus berjuang dan bersaing dengan banyak kilang lain dan mereka berjaya!

Masterji ucapkan syabas pada Cik Fame dan semua ahli yang terlibat. Benar benar tak sangka. Tiang gol Puan Noor Jahan terhadap 5S benar benar kukuh. Semangat nya tidak pernah luntur. Tahun 2005 ketika kita bertemu kali pertama rupanya saya berjumpa dengan Samurai wanita yang pantang berundur. Kini semua lebih jelas!

Masterji tengok gambar semua nya hebat. Terutama gambar melangkah masuk ke dewan. Kalau diamati dengan betul dah boleh agak jadi juara pun. Langkah Jaguh lain ya...

Aktiviti 5S di Higashifuji penuh dengan creativiti yang cemerlang. Di sini kita belajar satu ya: The result appeared is based from the leadership quality!

Kata hikmat dari Cik Fame :

Salam En. Rafi. Adalah beberapa gambar yg boleh kita kongsi bersama.Dengan berkongsi dalam blog En. Rafi, saya harap ianya dapat memberi semangat dan seterusnya membakar semangat pelajar2 En. Rafi yg mempunyai sistem 5S. Tunjukkan kepada mereka 5S bukan hanya hiasan dan kecantikan malah boleh membawa mereka ke puncak kejayaan!





Yes Cik Fame ..Yes I setuju. Thank you for sharing and the only way I can express my impression is : You are forever fame!

Wednesday, July 27, 2011

Dynisco Stars

Hebat program di Dynisco! Seven QC Tools For Quality Improvement.
Seronok dan best gilerrr bersama mereka. Team Value Guide berada di sana selama dua hari dan dikendalikan oleh tiga orang tenaga pengajar, Master Q Razak, Master Q Puan Saniyah Kadir dan Masterji. Bilik latihan jadi huru hara tetapi proses latihan berjalan dengan cemerlang!

Pengendali utama program ialah Master Q Razak. Cara pengajaran yang menarik bersama ujian, kuiz dan juga step by step approach. Pakar dalam kualiti.

Para peserta di Dynisco bersama Encik Razali, Puan Fouziah tiada yang lain kecuali satu sahaja yang keluar dari bibir mereka, DYNISCO BOLEH! Masterji salute pada group ini kerana mereka nampak jelas ingin berubah dan mampu untuk melaksana kan nya. Semua peserta punyai kebolehan masing masing dan tiada rasa malu untuk belajar! Tahniah!

Encik Razali , Manager yang taat menunggu untuk belajar bersama selama dua hari. Malah Top Management Dynisco Mr Dragan dari luar negara juga turut bersama di dalam kelas latihan.

Kata Mr Dragan ; "You guys had done a great job for my people" pada Masterji. Mr Dragan suka cara latihan di jalankan dalam keadaan fun dan aktiviti serta fast action. Terutama sekali apabila melihat pintu masuk kebilik latihan sudah ada label , PUSH and PULL dimana sebelum itu tiada apa apa label dan membuatkan pintu itu ditolak atau ditarik sesuka hati.
Idea Kaizen yang dipaksa oleh team Value Guide secara serta merta secara kebetulan sebelum kehadiran Mr Dragan. Tak sangka Mr Dragan datang dan semua terpaku dengan kehadirannya. Peserta program pun bagus, mereka serta merta jadi action takers .

Program kualiti berkenaan berjaya menjadikan mereka specialist to use their eyes to pick up MUDA! , Waste atau pembaziran.

To Mdm Selva Rani from QC thank you for remembering Value Guide. " I want to improve quality, but I see the staffs can do but don't know how.... that's why I call you Mr Rafi to train them and I ve seen you make changes in our previous company." Sure I will Rani. you should say great to your self because you had put things in proper direction.


Simbol latihan di Manjung...Hero dan Heroin Dynisco Fazdli rupa mirip Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.


Mr Wong dengan group membersnya. Leader yang cemerlang suka mengasuh. Hah...nampak macam tengah meniru aje...halo bang tak yah lah tiru ..ha ha ha kawan sebelah pun sama aje...


Mr Dragan turun dan berikan komitment didalam latihan.


Master Q Razak dengan gaya mengajar yang cukup menarik.


Cause and Effect Diagram exercise by grouping..Skill nya bagus cuma tak tahan ketawa tengok rupa ikan tu..meleleh air liur nya dan nak tahu kenapa tengok gambar ikan yang dibawah ini oleh group lain.


Gambarajah ikan yang sexy...dari group lain maka pasal tu lah ikan kat atas tension..ha ha ha mana tak pecah perut bila dengan mereka...macam macam ada...


Well done dari Si Manis dan Ayu Raudha...Masterji tegur terus buat improvement serta merta. 50%implementation rate is fine as long as it's done on the spot!


Masterji share macam mana nak buat productive meeting menerusi Brainstorming skills. Ha ha ha cantik idea yang diberikan...ada yang suggest macam macam. Masterji ada rasa nak pengsan tak tahan ketawa..


Master Q Saniyah Kadir berikan bantuan bagaimana nak mengira data untuk buat analisa. Master Q Saniyah terrer kira data ya...peserta yang kira data tu bagus walaupun susah cuba juga nak buat.


Best group KPI tinggi...yang baju putih tu Mr Shidee paling handsome dalam kelas dan cukup rajin datang awal. Pagi pagi dah sampai tolong set up training room. Sama Macam Mr Wong.


Ayu Raudha nama samaran nya..peserta yang tertinggi KPI nya. Kenapa dia tangkap gambar bersama fire extinquisher ...tak da sesiapa yang boleh jawap. Ha ha ha ha macam macam ...


Group photo dan masih ceria walaupun sudah petang hari Ahad...semangat yang tinggi.





Memandu pulang hari tu Masterji tersenyum dan tergelak aje dalam kereta kerana terkenangkan kenangan di dalam kelas. Semua peserta walaupun kelakar tetapi nampak result nya.

Encik Razali terimakasih dan jangan lupa ya ...Nanti Value Guide Team akan datang semula untuk Kaizen project.

Pada Cik Fame , Puan Noor Jahan, TAHNIAH SEKALI LAGI YA....Masterji gembira anda telah berjaya membawa Higashifuji ke satu lagi tahap yang lebih cemerlang. Menang dalam peraduan Zon MPC untuk mara ke National level competition untuk 5S...As I told you..you are a symbol of success! Thank you for your comments in Lion King and GD Express ya...kami anggota Value Guide gembira membaca komen anda. Yes di Value Guide kami menyediakan Trainer yang benar benar ada Value dan tahu apa yang di ajar. Value Guide tidak hanya datang dan pergi seperti syarikat kebanyakan, kami pastikan client kami akan ditinggalkan dengan idea Kaizen ataupun pertolongan sewajar nya sampai dapat result selepas program. Puan Saniyah Kadir gembira baca komen Cik Fame dan bertambah gigih sekarang. Yes memang Lion King Asso. Proff. Carlton dikenali ramai orang. Kalau dia mengajar , bergemalah suaranya yang padu ke seluruh tempat...kelas gitu...Cik Fame baca entri pukul 4 pagi...wow..thank you so much. pecah rekod ni.

Tuesday, July 26, 2011

PLUS

Apa khabar samurai samurai dari PLUS? Macam mana dah apply ke apa yang kita belajar. Seronok Masterji dapat berjumpa dengan anda semua. Terimakasih kerana berikan tumpuan ketika belajar dan semangat juang yang tinggi.

Managing Employees Performance training bersama anda dan Masterji juga turut belajar banyak perkara dari anda semua.


Macam Panca Sitara lah puloookkk....Efficiency game. How to cut down time lost. Encik Azman tengah buat planning tu...


Game pakat pakat membawa rebah...the art of communication and listening. Ha ha ha macam macam jawapannya.


Best group KPI tinggi!


Best participant! Hebat dari HR.


Gambar kumpulan PLUS dan terima kasih pada Cik Rozita dari HR dan team membersnya.


Cik Rozita, I can see your effort to change the culture in PLUS and Propel! Great.
Pada samurai Propel...if surgery is required please do and continuosly improve your organization ya.
Thank you.

Pada Puan Noor Jahan aka Cik Fame....apa khabar? Thank you untuk komen dalam entri Value buat Encik Azaman ya. Nampak nya Encik Azaman kena lah hantar artikel lagi ya..

Pada syarikat Dynisco , Encik Razali, Puan Fouziah thank you very much ya for good arrangement di tempat anda pada Hari Sabtu dan Ahad lepas. Kami semua gembira. Esok atau lusa akan keluar entri tentang anda semua ya.
Seronok dan best. Jangan lupa ya buat Kaizen Team! Mr Wong, Handsome yang macam P.Ramlee , si manis macam Saadiah, Shidee Maharaja Lawak, Ayu Raudhah, dan lain lain lagi.

Para pembaca semua, Masterji ucapkan terimakasih kerana sudi membaca ya.

Monday, July 25, 2011

Lion King and GD Express

I would say thank you to Mr Harichandran from GD Express for his continuous training with Value Guide Training Consultant in HRM subject. Mr Hari is a HR Practitioner who is working very hard to ensure all supervisors in GD Express focus in establishing Positive Discipline and how to discipline workers for better performance. 5 years continuously without failed Mr Hari had done great thing to ensure the people resources must be effective.

A clear Visionary HR Key person from GD Express.

The recent program was on Effective Investigation and Prosecution in Holding a Domestic Inquiry in GD Express.
Conducted by a very pioneer HR specialist who I called Lion King ,Associatte Professor Dr T.M Carlton and supported by Master Q Puan Saniyah Kadir.

Associate Proffesor Dr T.M Carlton is another key team members in Value Guide Training Consultant. He had very strong experience in related field pertaining to domestic inquiry.

Master Q Saniyah Kadir reported back to me, GD Express had a very good customer service system and highly discipline workers. Congratulations Mr Hari and Mr Devan.

Mr Hari, great and do continue.

Ass. Proff. Dr T.M Carlton is giving certificate to participants supported by Puan Saniyah Kadir.


Participants in group study.


Participants preparing presentation


Presentation in D.I procedures and steps.

Thank you Sir...you are always a lion king. When you speak to ten people, hundreds will understand!
Master Q Puan Saniyah Kadir , thank you for the smooth arrangements and you had mastered the steps in dealing with trouble makers and how to nail problem makers and how to motivate performers. Thank you for good work.

Pada Puan Noor Jahan, I can smelled that you are preparing for some important event, anyway good luck and I always believed you can make it! you are a symbol of success!.

Thursday, July 21, 2011

From The Coach : Abang Adam & Allan.

Hari ini, Masterji nak cerita topik yang amat menarik. "Best gilerr" kata generasi muda. Kisah dua lelaki di satu tempat yang sama.

Kisah motivasi kali ini daripada tempat Masterji berlatih bina badan dan bersenam. JR Muscle & Fitness Gym di Shah Alam.

Masterji nak cerita pasal Allan dan Abang Adam. Dua dua hebat. Banyak contoh yang boleh kita pelajari.



Gambar di atas ialah Allan, guru gym Masterji dan tokey Gym berkenaan. Business yang diusahakan bersama dengan adik beradik. Cukup aman dan sentosa perjalanan business yang dijalankan dua beradik ni. Gym yang terbesar di Shah Alam dan memang penuh dengan pelajar. Siapa kata adik beradik tak boleh buat business secara aman?
Allan seorang Coach yang istimewa. Dia pastikan semua pelajar mendapat pelan latihan yang mengikut step dan akan berjalan dari seorang pelajar ke pelajar lain untuk melihat prestasi mereka dan berborak perkara perkara am dengan begitu ramah. Bila nampak sahaja muka Masterji..." Hah Abang Rafi, selamat datang walaupun seminggu hampir 3 kali Masterji ke situ, dia tetap ucapkan selamat datang. First impression yang bagus. Pernah hampir satu minggu Masterji tak datang, dan Allan menghubungi mobile phone Masterji kenapa lama tak nampak.."Abang Rafi mana lama tak nampak..Abang sihat ke atau ada apa apa kekurangan dari pihak kami ke..."
Terus terang cakap, Masterji terperanjat dan impressed! Customer service yang cemerlang. Dia tak pernah pun attend mana mana training tetapi dia tahu erti customer service. Beliau juga seorang ahli bina badan. Tahniah Allan!
Business Profit starts with humbility, manners and caring!
Equipment di Gym ini tersusun kemas dan setiap alat punyai prosedur yang jelas. Yang pelik nya...Allan dapat mengwujudkan discipline dan budaya mengikut prosedur kepada pengguna nya. Setiap barang yang sudah digunakan harus di kembalikan ke tempat asal untuk kegunaan pengguna lain. Self Managed Culture! Setiap equipment bersih dan di selenggarakan dengan consistent. Contoh yang baik untuk Total Productive Maintenance ( TPM ).
Cuma Masterji sarankan Allan terapkan sistem 5S dan Masterji percaya dengan cara mudah anda boleh di iktiraf sebagai Gym centre yang pertama mendapat sijil pengiktirafan 5S.
Anyway Tahniah ya .


Hah ....ini gambar Abang Adam. Senior Masterji di Gym. Abang Adam orang nya cool dan dan semangat juangnya terlalu tinggi. Badannya penuh dengan otot! Seorang Abang yang peramah dan sering membantu pelajar lain. Dari mula lagi Masterji dapat agak , ada sesuatu yang istimewa pada lelaki ini.

Ya tekaan Masterji tepat...Umur Abang Adam ketika ini ialah 54 tahun. Masterji ulang semula 54 Tahun ya....
Terperanjat bila dengar dia jawap..." Abang dah 54 tahun..." ...." Kalau nak semua boleh janji kita mahu buat itu saja syarat utama nya"....

Itu dia! masih segak, sihat, sensasi pada umur 54 tahun. Ada six pack lagi. Challenge point yang tinggi untuk Masterji. Kalau Abang Adam yang berumur 54 tahun boleh kenapa tidak Masterji dan yang lain lain. Mungkin kita boleh bayang kan orang lain yang berumur 54 tahun dan membuat sedikit perbandingan dengan Abang Adam.

"Abang datang sini..hari hari dik..dan kesihatan adalah niat asal". Masterji terpegun tengok dia buat senaman.



Tahniah Abang Adam. Contoh yang baik. dan Masterji sertakan sekali no gym syarikat JR Muscle & Fitness Gym : 03 55493779. Masterji yakin anda tidak akan dikecewakan! Dalam masa sebulan kalau konsistent anda akan berupaya mempunyai otot yang menarik. Anda akan dapat bersama Allan , guru yang rajin dan bertemu dengan Abang Adam.

Mohd Rafi Jalaluddin or Rafimasterji is always searching for excellent examples people. Do let me know if you are one of them.

Pada Encik Azaman...Amar adalah salah seorang kenalan Masterji. Jangan risau kerana setiap yang terjadi adalah tauladan pada kita. Thank you Encik Azaman.

Wednesday, July 20, 2011

From The Coach : Value

Entri kali ini dari Encik Azaman. Beliau rajin membaca, menulis dan berkongsi dengan semua.

Salam Rafi,


Kali ni saya nak sentuh pasal harga diri dan keyakinan diri.

Walau apa pun masalah, krisis atau bencana yang kita hadapi, jika kita mempunyai keyakinan kepada diri kita sendiri sudah pasti kita akan dapat mengatasi kesemuanya. Kalau kita pun sendiri tak yakinkan pada keupayaan diri, macam mana orang lain nak yakin. Kita mungkin didalam dilema ditempat kerja, buat ini salah, buat itu pun tak betul, jadi kemungkinan besar kita pun patah semangat. Moral down, date line selalu terlepas, productivity drop. Bagi mereka yang kuat keyakinan diri mereka, mereka tak akan putus asa. Review balik where or what went wrong dan betulkan. Sekali gagal cuba lagi, dua kali gagal cuba lagi, tiga kali gagal give up? No way, terus cuba. Kalau tetap gagal....

Yang ini kita kena review lagi, dimanakah sebenarnya letak masalah tersebut? Kalau kita telah buat yang terbaik, setara dengan apa yang mereka kehendaki, tetapi masih lagi dipersoalkan atau dipersalahkan, adakah masalahnya kita atau mereka? Dalam dunia yang nyata ini, berbagai cabaran akan kita tempuhi. Ada yang disebakan oleh perbuatan kita sendiri dan ada juga disebabkan karenah orang lain. Disinilah datangnya harga diri. Janganlah sampai yang salah pun kita turut mengiyakan demi untuk menjaga hati mereka yang berkuasa, itu menjual maruah diri namanya. Walau pun kalau melawan nanti kena cold storage, tak ada promotion atau bonus tak dapat, saya tetap mengatakan harga diri perlu dijaga. Dengan keyakinan yang ada, kita mampu mengubah nasib kita. Luaskan pandangan, panjangkan daya kreativiti kita.

Artikel dibawah saya yakin ramai yang sudah membacanya. Tetapi saya ingin menyelitkannya disini kerana ada kaitan dengan topik yang saya tuliskan diatas.


A well known speaker started off his seminar by holding up a $20 bill. In the room of 200, he asked,"Who would like this $20 bill?" Hands started going up. He said,"I am going to give this $20 to one of you but first, let me do this." He proceeded to crumple the bill up. He then asked,"Who still wants it?" Still the hands were up in the air. "Well," he replied,"What if I do this?" And he dropped it on the ground and started to grind it into the floor with his shoe.

He picked it up, now all crumpled and dirty. "Now who still wants it?" Still the hands went into the air."My friends, you have all learned a very valuable lesson. No matter what I did to the money, you still wanted it because it did not decrease in value. It was still worth $20."

Many times in our lives, we are dropped, crumpled, and ground into the dirt by the decisions we make and the circumstances that come our way. We feel as though we are worthless. But no matter what has happened or what will happen, you will never lose your self value or pride. Believe in yourselves.

Jika anda adalah permata, dimana jua anda berada, dalam keadaan apa pun yang anda hadapi, anda akan tetapkan bersinar.

azaman

-------------------------------------------------------------------------------------

Terimakasih Encik Azaman. Banyak dah artikel hantar dan banyak juga yang kami belajar. Yes Value adalah amat penting. Selagi wang di atas itu tidak dikoyak walaupun jatuh masih ada Value. Jangan koyak kan Value anda! Value adalah criteria utama manusia mengkaji manusia lain.

Meminjam pakai artikel ini, terlansung kita bercerita perihal Value; Tumpang lalu sikit ya Encik Azaman
Tetapi kalau anda ingin meningkatkan lagi Value anda.., Masterji cadangkan , hubungi lah Value Guide Training Consultant.
Hubungi lah Masterji, atau Master Q Puan Saniyah Kadir dan Puan Hafizah Jalaluddin.

Kami di Value Guide Training Consultant menitik beratkan peningkatan Value anda . Bila Value anda berubah, masa depan dan tempat kerja anda akan turut berubah. Segala perkara yang dibekal kan pada anda adalah berteraskan peningkatan nilai semata mata.

Nota kami adalah panduan yang lengkap dan bukan penuh dengan petikan semata mata dari mana mana teori kerana kami percaya selepas tenaga pengajar tiada, yang tinggal hanya nota dan nota itu sama dengan dengan apa yang di ajar oleh tenaga pengajar serta boleh digunakan sepanjang masa, kerana kami percaya training is how to do process! Itu salah satu kualiti yang kami sediakan.

Value Guide Training Consultant is not an option but an opportunity for you to increase your personal and organization SUCCESS!

Pada yang menghantar sms komen perihal Amar, terimakasih Masterji ucapkan. Salah satu kisah realiti yang Masterji perhatikan dan follow up secara dekat kerana Masterji punyaio ramai kenalan di alam perubatan stress. Masterji juga minat mendalami pengetahuan tentang masalah stress ini dan pattern nya. Bukan nama sebenar tetapi point yang penting ialah jangan jadi seperti itu.

Monday, July 18, 2011

Amar.....

Terima kasih pada komen Cat Women ya...sedih dan terharu membaca nya dalam entri Mummy cakap...Dulu anda hilang kehidupan anda tetapi anda menjadi insan yang sempurna sekarang dan Masterji tumpang bangga. Tak sangka ya ..di sebalik riak muka yang riang ketika berada di dalam kelas, anda seorang pejuang rupa nya. Syabas..Terus kan. Seronok kerana Masterji dapat berjumpa semula dengan group Ron 97. ketawa berterusan.

Encik Azaman dah hantar dua lagi artikel yang menarik. Thank you Sifu. nanti saya akan masuk kan dalam entri ya.
Pada Cik Fame ..Puan Noor Jahan ..sebelum subuh lagi dah masuk kan komen dalam entri ..Masterji terharu dan ucapkan terimakasih ya. Bangun pagi terus mencari peluang untuk membaca dan menajamkan minda ya.

Pada Cik Moly, terima kasih juga pada komen yang diberikan untuk entri ini baru leader.

Huh..hari ini resipi entri lain sikit ya. Kita baca kisah Amar....

Amar seorang Pegawai tinggi yang lurus, hebat dan penuh kasih sayang dalam hidup nya.
Punyai sebuah keluarga yang bahagia dan isteri yang amat di cintai. Isteri nya adalah hadiah yang tidak ternilai dalam hidup nya.
Amar gigih bekerja untuk kebahagiaan keluarganya dan kedua ibu bapa nya malah ibu bapa mertua nya juga begitu mulia di pandangan nya. Amar adalah manusia yang boleh menghadiahkan nyawa nya sendiri demi kepentingan orang lain terutama sekali pada mereka yang di sayangi. Wang bagi Amar tidak bernilai dan harus dibelanjakan setiap sen demi keluarga nya, adik beradik dan ibu bapa nya.
Dikala rakan rakan dipejabat , bergaya dengan motor besar 1000CC supaya ada mata mata yang melihat dan ikut membonceng ,atau bergaya dengan kereta kereta mewah dan jadi bahan pujian, Amar masih dengan prinsipnya, kereta mesti murah , keluarga mesti bahagia dan hutang mesti kurang. Rutin nya mudah, kerja dan keluarga.

Hari ini Amar lain. Bukan hari ini. Sudah dua tahun Amar menjadi lain. Benar benar lain.
Keluarga nya merasakan dia lain. Bapa nya teramat kecewa dengan perubahan drastik Amar. Macam mana seseorang Macam Amar boleh jadi begitu lain.

Ibu nya sedih dengan kelainan Amar sekarang. Amar sudah jauh berubah. Amar dulu amat berlainan. Amar anak nya sudah jauh berubah.
Bapa nya hanya mampu berdoa agar Amar kembali sopan seperti dahulu.
Anak anak nya binggung dengan perubahan Amar dan bersedih. Rindukan belaian Bapa mereka yang dahulu. Bapa yang sedar tentang kewujudan anak anak nya.
Isteri nya adalah orang yang paling bersedih dan kecewa dengan kelainan Amar.
" Amar ku sudah hancur " ...kata hati Isteri nya.

Ramadhan hampir tiba. Amar hari ini glamer dan dikelilingi oleh ramai orang.
Ada yang duduk di sebelah Amar, ada yang berdiri di sebelah Amar dan ...
Ada yang memegang tangan, bahu dan bergurau dengan nya.

" Hei... Mar..aisey men ramai VIP datang lawat hari ini ya...." Tegur rakan seperjuangan di situ.
Amar melihat wajah rakan seperjuangan nya dan melontarkan senyuman.


Lepas tu Amar menangis semula.
Amar masih menangis dan menangis.
Orang di sekeliling nya bukan VIP.
Orang di sekeliling nya adalah kaum keluarga nya.
Ibu bapa , Isteri nya dan anak anak nya sedang berada di tepi Amar.
Dan tempat itu dipenuhi oleh rakan seperjuangan Amar yang senasib dengan nya. M.D.
Mentally Disturbed. Ya Amar memang lain. Amar sudah berubah dan ia benar. Berubah daripada normal ke pada abnormal.
Di sekeliling Amar , rakan rakan seperjuangan nya punyai pelbagai gelagat. Termasuk lah yang menegur Amar kerana ramai VIP yang datang melawat Amar tadi. Dia sedang berjalan persis seorang askar . Sedang berkawat.
Ada yang sedang mengaturkan majlis jemputan, ada yang tengah baca sifir 12 berselang seli dengan sifir lima , ada yang seakan akan tengah memarahi anak murid, ada yang sedang berjalan dan tangan nya dibelakang persis seorang kenamaan dan ada yang sedang membayangkan mereka bermain kasut roda.
Dan Amar pula...ditangan nya , gambar seorang wanita yang cukup menawan, dan penting dalam hidup nya.
Gambar itu sudah hampir remuk seperti hati nya yang remuk.
Gambar itu sudah hampir kelam kerana selalu dibasahi oleh airmata Amar.
Amar terlalu kasih dan sayang pada gambar yang berada didalam gengaman nya itu.
Amar tidak dapat menerima kesilapan wanita yang berada di dalam gambar berkenaan.
Namun begitu, wanita itu tetap dikasihi sehingga kehujung nyawa...
Cuma Amar dan wanita itu sahaja yang mengetahui nya.

Gambar wanita tersebut adalah isteri nya. Isteri nya yang amat di cintai dan di kasihi. Seseorang yang amat di puja dan di hargai.
Ibu Bapa Amar dan anak anak Amar tahu Amar memegang gambar berkenaan. Bagi mereka , mungkin walaupun sakit , Amar masih lagi ingat pada Isteri nya. Itu pun sudah mencukupi rasa nya.
Tetapi bagi Isteri nya, dia tahu kenapa gambar itu yang dipegang. Kenapa Amar kesitu dan jadi begitu. Hanya dia sahaja yang mengetahui nya.
Amar terlalu setia dan baik pada nya. Cinta Amar adalah yang paling sejati dan Amar adalah seorang lelaki yang penuh dengan adab, sopan santun dan hormat pada dia.
Cuma ...ada kesilapan yang dilakukan terhadap Amar dan kesilapan yang tak sepatut nya terjadi. Kesilapan yang menghiris jiwa seorang manusia yang tiada kekejaman dalam hati nya. Seorang manusia yang cukup beperikemanusiaan.
Kelukaan yang buatkan Amar menjadi murung dan seterusnya jadi begini.
Amar manusia yang lengkap. Walaupun tahu diri nya telah di luka kan tetapi Amar masih sayang dan kasih pada diri nya.
Amar satu dalam sejuta. TIdak akan lahir semula lelaki yang lain dan lebih baik dari Amar dalam hidup nya. Tersemat kemas dalam fikiran Isteri nya. Mungkin bergolek datang seratus atau dua ratus lelaki lain yang akan tampil tetapi Amar adalah lain. Satu dalam sejuta.
Airmata nya turun mencurah curah melihat Amar begitu. Amar walaupun hidup tetapi telah pergi.
Amar nya telah hancur.
Menyesal kemudian tidak berguna.
Amar masih menghargai isteri nya. amat kasih dan dan ketika itu atau dari awal sakit , tiada siapa yang Amar kenal lagi. Ibu Bapa , anak anak dan juga Isteri nya tidak dikenali langsung. Hanya wanita dalam gambar itu lah segala nya.
Amar telah pergi walaupun masih ada dan kasih nya tetap tinggi pada Isteri nya. Hingga ke Hujung nyawa.
Gambar itu tidak pernah lepas dari gengaman Amar.
Takdir penentu segala.
Kedengaran rakan seperjuangan yang menegurnya tadi lalu lagi di depan mereka dan kedengaran seperti
memberikan arahan pada para pelawat di katil Amar untuk berbaris kawat. Yang membaca sifir 12 dan selang seli dengan sifir lima , sudah berlari anak untuk memasuki barisan kawat.

Hingga ke hujung nyawa dan itulah Amar....


Saturday, July 16, 2011

Quality First !



Hebat ! Program latihan Failure Mode and Effect Analysis di syarikat Pn Noor Jahan di jalan kan dengan cemerlang. Peserta semua nya berikan komitment yang begitu tinggi. Pengarah Urusan nya Mr Uno juga masuk dalam training dan bertukar tukar pandangan! Tak pernah dengar dan tengok MD masuk sekali dalam latihan. Itu belum masuk bab HR Manager nya pun sekali belajar pasal FMEA. Puan Noor Jahan aka Cik Fame , memang hebat lah sebagai seorang HR Manager. Sampai tahap belajar sekali untuk memahami selok belok kualiti. Tak pernah dengar HR Manager masuk program dan turun padang untuk program Kualiti macam FMEA!

Program berkenaan di kendalikan oleh Master Q berdua! Master Q Razak sebagai tenaga pengajar utama dan Master Q Saniyah Kadir sebagai pengurus atur serta pembantu latihan. Kedua dua mereka ikut bersemangat kerana melihat kehebatan dan komitment para peserta, Pengurus HR dan juga Pengarah Urusannya.


Turun padang dengan trainer dan HR Manager sekali...Gemba is the sources of money and problem and improvement!


Managing Director Mr Uno turut hadir di dalam kelas dan bertukar tukar pandangan.


Mr Ariff buat presentation..Shah Rukh Khan Higashifuji....


Para peserta tengah belajar.


Master Q Saniyah Kadir membantu para peserta memahami dengan lebih lanjut.


Handsome Rohaizat tengah buat prsentation.

Gemba bersama Master Q Razak, Encik Jalin dengan senyum manis nya seperti biasa, Normala Samsudin dan lain lain.


Group FMEA ...FUHHH semua nya masih bersemangat waja bersama kedua dua Cikgu.

Pada Puan Noor Jahan, tahniah kerana anda faham benar ya tugas dan tanggungjawap seorang HR bukan terhad pada HR department sahaja malah kualiti pun tanggungjawap HR. Puan ...anda excellent HR.
Dalam entri tempoh hari Cik Fame kata nanti Masterji risau kalau tak hantar komen memang pun risau. Mesti tanya sihat atau tak. Bukan saya seorang sahaja nak baca komen Cik Fame malah yang lain juga...Masterji memang terharu dengan komen yang diberikan oleh Puan. walaupun sibuk tetap ada masa untuk Blog ini. Thank you.

Yes, kami akan tunggggggguuuuuuuuuuu...diffrencent Points dari Cik Fame tu. I believed all of us will be suprised! Share with us ya...Blog ini hak bersama dengan semua orang yang membaca dan ingin berkongsi pandangan.

Puan Rozita dari Propel thank you for your sms and time to read this Blog ya...Don't worry you will do good. Seorang lagi HR key person yang selalu mahukan improvement...tahniah Cik Roz...go foward with your dream to change the Culture ya....

Pada Encik Azaman, Masterji tergelak baca komen Encik Azaman....ha ha ha..selalu kena screw dengan Encik Azaman. To me today it is good and profitable! The One dulu selalu korner tempat lain masa nampak saya tengah kena screw dengan Encik Azaman kot...tapi The One pun hari ini kata , He missed it a lot. Ha ha ha...tu lah , masa ada kami marah pasal selalu kena tapi bila tak ada , terasa pula...ini di katakan the Leadership Quality.

Friday, July 15, 2011

Dari Kacamata

Entri kali ini Masterji nak perkenalkan seorang bekas pekerja Masterji. Dia ada minat membaca yang tinggi, sama seperti Masterji. Namanya Shahrul. Dia juga ada menulis blog, http://shahrulrock.blogspot.com

Dari Kacamata

Terima kasih kerana memberi saya ruang dan peluang untuk menulis di blog Masterji. Saya seakan tidak percaya di beri peluang ini setelah sekian lama mengikuti dan mengenali Masterji. Saya pernah menulis cerita ringkas tentang Masterji di laman blog saya. "Lelaki itu kurus, cengkung dan matanya yang buntar bersinar tenggelam di celah kelopak mata yang di hias kening penuh yang cantik. Sesuai dengan usianya yang awal 40an, helaian rambutnya sudah banyak putih dari hitam, masih tersisir kemas.Dia "menyalin wajah hero Bollywood", itu katanya walau sekali di imbas lebih terarah pada Pakistan penjual karpet."
Untuk edisi penuh, boleh ke sini
Ketika saya menulis entri yang saya letakkan tajuknya "Lelaki Itu....(bukan aku)", saya cuba memberi gambaran secara seringkas mungkin tentang Masterji. Cerita-cerita beliau, pengalaman hidup yang sering melemaskan juga dentuman-dentuman frasa kejayaan yang telah di tempuhi Masterji cuba saya olah sebaik mungkin. Harapnya, tulisan itu tadi mampu mendekatkan pembaca dengan mentor saya iaitu Masterji.
Sepanjang saya mengenali Masterji yang saya anggap sebagai abang, sebagai rakan dan juga dalam masa yang sama adalah ketua saya, beliau seorang yang tegas tetapi dalam ketegasan itu, beliau juga seorang ketua yang mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi. Sebagai seorang ketua, beliau sering meletakkan kepentingan peribadi di bahagian paling bawah dalam piramid kerjaya beliau. Contohnya, beliau seringkali akan mempersalahkan diri sendiri jika sesuatu projek gagal tetapi jika projek yang di amanahkan itu berjaya, dengan senang hati beliau akan mengangkat kakitangannya sebagai orang yang bertanggungjawab mengendalikan projek tersebut.
Beliau memberi cetusan ilham dan pendapat yang amat berguna.
Rasa hormat dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada orang yang sering mengajar saya tentang erti hidup. Setiap lorekan ilmu akan saya simpan, akan saya jelmakan dan selalunya ia mampu mencetuskan ruang fikir yang lebih luas. Dia mengajar, mendidik dan menterjemahkan segala ilmu yang ada padanya tanpa pernah mengharapkan budi, tanpa pernah meminta di kembalikan. Sebagai seorang yang di anggap guru dan abang, beliau mahukan saya berjaya, beliau mahukan saya menjadi seperti beliau. Semua itu sering saya ingat dan kukuh di kotak ingatan.
Dalam banyak perkara, kami sering sehaluan. Tambahan pula kami mempunyai persamaan yang agak ketara.
Sebelum saya mengenali Masterji saya gemar membaca buku-buku yang berkisar kepada pengembaraan kerana dengan cara itulah sahaja saya dapat menjelajah ke serata pelusuk dunia dan mengenali isinya tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar. Hanya di santai di rumah sambil menggenggam naskah buku. Itu memadai.
Sementara Masterji pula membaca dari pelbagai cabang ilmu ; pengurusan terutamanya.
Setelah mengenali Masterji, saya sering di asak dengan pelbagai persoalan berkaitan bidang pengurusan. Akhirnya, dengan asakan-asakan itu tadi secara langsung telah memaksa saya untuk membeli buku-buku berkaitan dengan pengurusan dan motivasi.
Saya masih ingat, sekitar tahun 2006 ketika buku Blue Ocean Strategy di lancarkan, Masterji membawa bersama naskah tersebut ke pejabat. Saya tanpa segan silu terus mengambil buku tersebut dari meja Masterji di luar pengetahuan beliau. Saya membaca pada bahagian "intro". Nampak menarik.
Kembali dari tempat kerja petang itu, saya bergegas ke MPH di Giant Seksyen 13 Shah Alam untuk mendapatkan buku tersebut.Dengan wajah riang, esoknya awal-awal pagi lagi saya telah berjumpa dengan Masterji dan memberitahu beliau bahawa saya telah membeli buku tersebut.
Secara ringkasnya, saya akan cuba membaca buku yang sama dengan Masterji baca. Saya cuba wujudkan persaingan siapa yang paling banyak membaca dan selalunya sayalah juga yang akan ketinggalan.
Beliau sering mencadangkan kepada saya buku-buku yang harus di baca.
Percaya atau tidak, saya mengenali siapa itu Frank Serpico, siapa itu Jack Welch dan siapa itu Carlos Ghosn dari Masterji.

Jika di tanya pada saya siapa Masterji? Dengan senang hati saya akan berkata, "dia lelaki yang tidak pernah menyerah kalah pada keadaan".
Terima kasih sekali lagi kepada Masterji.


Kepada semua yang menulis komen pada Masterji, Masterji ucapkan terima kasih.


Wednesday, July 13, 2011

Different Points.


Bersedia untuk menghadapi soalan di bawah dan fikir kan apa yang patut kita jawap dan apa yang kita patut buat untuk meningkatkan daya saing.

Pelanggan : " Sebelum membeli, saya nak bertanya, apakah kelebihan produk awak berbanding dengan produk yang sama tetapi dari syarikat lain"

Kalau anda seorang pegawai jualan , apa yang patut anda jawap dan fikirkan lah sebelum kita membuat sesuatu produk. Walaupun anda di proses akhir sesuatu produk itu tetapi anda juga lah proses pertama untuk membentuk strategy pihak pengeluar. So What is your Competitive Advantage?

Kalau anda pergi ke interview pulak.. samaada untuk kenaikan pangkat atau permohonan kerja:
Interviewer :

Interviewer : " Sebelum kami tawarkan jawatan / Kenaikan ini pada awak, apakah kelebihan yang anda ada berbanding dengan calon lain ?"

So jawapan nya adalah juga Competitive Advantage. Ingat ya dan bersedia lah.

Pada The One, lama tak dengar berita. Thank you for your great comments. 3 komen sekali. Untuk Sinegal, Inner Peace and Bendul. Yes, Saya masih ingat watak yang anda ceritakan dalam komen. Di akui memang terrer dia dalam discussion dan negotiation. Hebat lah kalau group anda finally boleh buat calculator terbalik. Pelajar kadang kadang lebih hebat dari guru. Memang di akui.

Perihal komen anda dalam bendul juga menarik. Akhirnya kain putih 6 ela sahaja dibawa ke sana. Semua yang harta benda akan tinggal dan carilah harta dengan cara yang mulia, halal dan tidak sesat kerana kita akan dapat merasa nikmat Inner Peace. Ya benar The One, blog ini adalah amal jariah dan sumbangan pengetahuan pada para pembaca.
Memang itu tujuan nya. itu salah satu sumbangan yang kekal selepas ketiadaan kita. Ilmu membuatkan insan menjadi celik dan bila mereka celik, akhlak mereka menjadi lebih sempurna dan seterusnya perlaksanaan nya akan menjadi lebih baik. Saya amat gembira dengan perkataan dari komen anda di entri Bendul dan saya petik semula di bawah ini:

" But for me the things that you had thought me had made me to be who I am now without expecting return. And now it's my turn to pass the things you thought me"!

The One, terharu saya membaca nya. Ya benar, keluarkan kan lah suara anda dan tulisan anda dengan apa cara sekalipun untuk mengajak manusia memperolehi kejayaan dan kemuliaan hidup. Silakan The One..Masterji bangga kerana anda menghargai pertolongan Masterji dan seterus nya faham apa yang kita harus buat untuk manusia lain dengan cara yang betul . Semuga apa yang kita lakukan diberkati Allah S.W.T dan ia akan di sambung selepas kita. Saya dah mencipta The One yang baru maka The One cipta lah seberapa ramai lagi The One yang lain ya.

Komen anda akan kekal di dalam blog ini. Samaada saya berumur panjang atau tidak , blog ini akan kekal untuk keturunan kita yang akan datang The One dan juga yang lain lain. Ia kan jadi kayu pengukur kita untuk generasi yang akan datang. Mungkin selepas ketiadaan saya, blog ini tiada up date tetapi ia mungkin akan kekal dengan apa yang telah saya dan anda yang lain tulis.Dengan jumlah entri yang ada, Sudah cukup untuk dijadikan asas bagi 7 keturunan bertindak cemerlang sekira nya digunakan dengan baik. Begitu juga dengan sumbangan Pn Noor Jahan, Saniyah Kadir, Encik Azaman, Abang Nas dari Coconut group, Wanita bertudung Hijau , Shahrul dan juga yang lain lain.

The One thank you. Komen untuk entri Sinegal juga best. William Shakespere..fulamak..nak compete dengan Sifu Azaman ke..ha ha ha. Ya saya juga minat dengan artikel Jim Sinegal tu.
"Know more than others,
Work more than others,
Expect less than others".


Pada pembaca lain, terimakasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca ya.

Tuesday, July 12, 2011

From The Coach : Ini baru leader.

Entri yang menarik dari Sifu Azaman. Selalu nya : Bila sesuatu project itu berjaya, ia adalah kerana kehebatan Ketua nya. Bila ada sesuatu project yang gagal ia adalah kerana ahli pasukan nya. Tetapi yang ini amat berlainan. Amat berlainan. Best contoh nya. Must read! Sifu Azaman thank you ya. Pssst Encik Azaman, nampak nya cerita di bawah ini banyak macam karakter anda. Saya masih ingat dengan jelas kenangan lama. We shared the same principle.



Salam Fi,

Below is another article that I read before. This is to show what is a great leader is all about. He or she will take full responsibility of the team failure and he or she will give credit to the team for its success. Let us look around us now, today. Look at the leaders that we have, in our department, in our company or in our country. Compare. I am sure you will find more on the reverse side. Everybody wants to claim glory but very few will admit mistakes or failures (sampai hujan pun jadi mangsa).



A Leader Should Know How to Manage Failure
(Former President of India APJ Abdul Kalam at Wharton India Economic forum, Philadelphia, March 22, 2008)

Question: Could you give an example, from your own experience, of how leaders should manage failure?

Kalam: Let me tell you about my experience. In 1973 I became the project director of India's satellite launch vehicle program, commonly called the SLV-3. Our goal was to put India 's "Rohini" satellite into orbit by 1980. I was given funds and human resources -- but was told clearly that by 1980 we had to launch the satellite into space. Thousands of people worked together in scientific and technical teams towards that goal.

By 1979 -- I think the month was August -- we thought we were ready. As the project director, I went to the control center for the launch. At four minutes before the satellite launch, the computer began to go through the checklist of items that needed to be checked. One minute later, the computer program put the launch on hold; the display showed that some control components were not in order.

My experts -- I had four or five of them with me -- told me not to worry; they had done their calculations and there was enough reserve fuel. So I bypassed the computer, switched to manual mode, and launched the rocket. In the first stage, everything worked fine. In the second stage, a problem developed. Instead of the satellite going into orbit, the whole rocket system plunged into the Bay of Bengal . It was a big failure.

That day, the chairman of the Indian Space Research Organization, Prof. Satish Dhawan, had called a press conference. The launch was at 7:00 am, and the press conference -- where journalists from around the world were present -- was at 7:45 am at ISRO's satellite launch range in Sriharikota [in Andhra Pradesh in southern India ].

Prof. Dhawan, the leader of the organization, conducted the press conference himself. He took responsibility for the failure -- he said that the team had worked very hard, but that it needed more technological support. He assured the media that in another year, the team would definitely succeed.

Now, I was the project director, and it was my failure, but instead, he took responsibility for the failure as chairman of the organization.

The next year, in July 1980, we tried again to launch the satellite -- and this time we succeeded. The whole nation was jubilant. Again, there was a press conference. Prof. Dhawan called me aside and told me, "You conduct the press conference today."

I learned a very important lesson that day. When failure occurred, the leader of the organization owned that failure. When success came, he gave it to his team. The best management lesson I have learned did not come to me from reading a book; it came from that experience.

--- Wharton India Economic Forum
--- Submitted by Chithambaran --- India

Monday, July 11, 2011

Bendul

Sabtu lepas tak dapat kemana mana dan hanya di sebelah petang sahaja Masterji baru bergerak ke program Latihan. Masterji gunakan masa tu untuk bersarapan bersama family dan menonton filem.
Kisah Silurus Bendul
Lurus bendul yang di hargai dan di puja bukan sahaja manusia malah hantu.

Masterji punyai kepercayaan yang kuat, filem mengisahkan watak watak yang kita pernah berjumpa atau akan berjumpa di masa akan datang. Satu matapelajaran yang baik. It's human who make us success and it's human too who make us go no where.
Seronok menonton filem ini dan lawak yang spontan. Ia mengisahkan seorang lelaki yang amat lurus, jujur dan amat berkualiti. Zaman moden ini, amat sukar nak mencari lelaki seperti ini mungkin ada tetapi jumlah nya tak pasti. Lelaki yang meletak kan kepentingan orang lain terlebih dahulu. Hidup penuh dengan ujian dan pelbagai pandangan serta diperalatkan dengan begitu kejam tetapi permata tetap permata ..ia akan tetap bersinar di mana sahaja.

This kind of Man is always at the winning end. Tak kira lah di dunia mahupun di sana nanti. Kerana kelurusan nya, idea beliau di curi dan kerana kelurusan nya selalu di aniayai. Tetapi manusia seperti ini tidak tahu dunia kotor dan kejam. Tak pandai nak mengenakan orang dan tak sanggup. Dalam jiwa orang seperti ini tiada tahu erti menyiksa orang lain. Lurus bendul nya jadi ejekan.

Hantu yang jatuh cinta dengan dia. Hantu jatuh cinta bukan kerana rupa nya tetapi kerana kejujuran nya. Menolong orang tanpa ada apa apa agenda yang tersembunyi. Kejujuran beliau berterusan walaupun selepas itu mengetahui status sebenar kekasih nya. Baik dalam keadaan hodoh ataupun cantik, dia tetap meneruskan niat murni nya untuk memiliki wanita/ Pontianak tersebut. Bercinta dengan orang yang luhur dan jujur ini adalah cinta sejati. Senyuman yang ditawarkan ketika membantu lahir dari hati yang ikhlas dan membawa kebahagiaan hakiki hingga ke akhir hayat berbanding dengan senyuman manis yang di tawarkan ketika memberikan bantuan tetapi membawa sengsara hingga ke akhir hayat.

Mungkin manusia seperti ini kelihatan membosankan..."boring lah dia tu..lurus sangat , tak hip, tak Man Top, Tak Social, very formal , tak pandai nak cilok cilok sikit....tak best lah" ....mungkin ia satu kesimpulan yang salah. Betul dia tak Man Top dalam dunia glamour dan sesat tetapi dia Man Top dalam dunia yang lebih terpuji , dunia yang lebih sihat. Mungkin dia tidak tahu di mana letak nya Restoran restoran mahal dan kelas seperti Kenny Roggers, The Apartments, Alexis, Delicious, Tony Roma's, San Francisco steak House, The Ship , Dome, The Curve , apa yang ada di Pavilion dan lain lain lagi tetapi itu tidak bermakna dia ketinggalan zaman dan tiada kelas!

Mempunyai sifat lurus bendul ini punyai kenikmatan hidup yang tersendiri. Hidup tenang tanpa sesat perjalanan. Sentiasa di hormati dan di sayangi baik manusia sejagat ataupun Allah S.W.T. Bagi sesiapa yang punyai teman hidup seperti ini, amat lah beruntung bagi anda. Jaga lah dengan baik. Mungkin mereka naive perihal aktiviti sosial tetapi anda akan dihargai lebih dari nyawa nya sendiri. Bercinta mungkin cara kuno tetapi keindahan nya lebih tinggi dan berkualiti.

Sehinggakan Hantu pun terjatuh cinta dengan orang begini.....Harga untuk bercinta dengan manusia amat mahal dan mungkin tidak akan jadi realiti tetapi demi kualiti yang terdapat pada Si Lurus Bendul, Hantu tidak berfikir panjang dan teragak agak untuk membuat keputusan. Bijak dan fast action Hantu tu..,Hantu pun ikut jujur juga dan terangkan dengan penuh hati pada dia siapa dan apa sebenar nya status hantu berkenaan sebelum Kapal belayar lebih jauh. Mungkin memeranjatkan sedikit si lurus bendul tu tetapi oleh kerana hati nya bersih, lurus, luhur dan jujur , dia terima juga dengan hati yang terbuka.

Banyak makna dalam cerita ini.Best. Hargai lah diri anda sekira nya anda rasakan anda punyai kualiti yang sama seperti Silurus Bendul dalam filem berkenaan. Jangan risau kalau dikatakan tidak Hip! Bagi mereka yang punyai teman begini, hargailah diri mereka. Dunia semakin moden, kualiti diri makin jauh kebelakang. Sayangi lah dan taat lah pada mereka. Kadang kadang dalam hidup , Permata hanya wujud sekali sahaja. Salah percaturan , airmata kan jadi teman ke akhir hayat.

Pada Puan Noor Jahan, ha ha ha ada sedikit persamaan dengan keturunan, tergelak saya baca komen Puan. Betul lah tu...memang ada persamaan. Maka cara di didik pun pattern nya sama kan. Nasi tidak boleh melebihi dua takuk jari..waw , disiplin dan tertib betul. Patut lah jadi orang HR....,Benarkan...ajaran ajaran tersebut dan semua R & R yang dikenakan memberikan kesan dan benefit pada kita. Sama lah kita ya. Puan di ketuk , saya kena macam gambar yang tunjuk kat entri Mummy cakap...ha ha ha Mummy dah tengok entri tu dan airmata nya mengalir dan tersenyum. "Masih ingat lagi ya..." kata nya. "Cantik gambar bulu ayam tu.." tambah nya dan kami ketawa bersama. Satu lagi yang Mummy pastikan ada ialah...singlet dan saputangan. Kalau tak bawa dan tak pakai singlet ..jawap nya waka waka eh eh lah...Mummy kata orang lelaki mesti pakai singlet kalau berpeluh baju di luar tak ada effect dan kalau emergency masih ada satu lagi baju di dalam membalut tubuh. Dan kalau ke rumah orang, bila buka baju yang pertama masih ada lagi singlet dan nampak manis dipandang orang, sopan kata nya. Pakai T shirt pun kena pakai singlet. Terbiasa dah.

Sapu tangan mesti ada dalam poket berserta pewangi.
Terimakasih ya Cik Fame...kalau Mummy dengar cerita pasal nasi tak boleh lebih dua takuk jari mesti dia tersenyum. Sama kapal lah kira nya..ha ha ha.

Malam tadi di Damansara minum teh tarik bersama dua orang teman, bekas rakan kerja dan pegawai latihan di sebuah syarikat. Selalu juga di situ dan tiba tiba muncul seorang mamat (buskers) yang menyanyi secara spontan dengan gitar dan sebuah lagu yang menarik di sebelah meja kami. Sedap suara nya. Selalu dah nampak Mamat tu tetapi malam tadi suara nya kelas sikit dan ramai yang terpukau.

"Where do I begin...,
To tell the story of how greatful love can be...,
........With the first hello, She gave the meaning to this empty world of mine,
.....She fills my heart with special things..."

Lagu lama dari filem Love Story bertajuk Where Do I Begin

Psttt...Abang Azaman, pulang dari situ, Masterji ada nyanyi dalam kereta lagi sikit sikit...rasa Masterji suara macam sama aje dengan Mamat tu..ha ha ha ha ha ...rasa saya lah...Cik Fame jangan gelak ya.
Mari lah kita dengar lagu tersebut dan satu lagu yang hebat.

Sunday, July 10, 2011

Inner Peace

What is inner peace? Pengetahuan dan teknik yang baik untuk meningkatkan imej cemerlang dan kekuatan diri. Masterji pick up dari filem Kung Fu Panda 2.

It's Inner Peace that make us strong and mentally secured from any attacks. Inner Peace adalah kekuatan dalaman yang menghasilkan ketenangan diri yang cukup cemerlang untuk menghadapi liku liku cabaran ataupun ujian yang getir. Dikala anda di uji; Strenghten your inner peace, dikala anda di provok ; Strenghten your Inner Peace and there you go. Dalam apa jenis peperangan pun syarat kemenangan ialah ketenangan dan bukan kegelisahan. Penyerang akan lebih kelam kabut melihat anda semakin tenang dan tidak termakan dengan perangkap dan atau apa sahaja provokasi yang di berikan supaya anda melatah dan tersalah langkah.

Biar dimaki dan dicerca tetapi Inner Peace akan membuatkan anda berbeza dan kelihatan tenang dan seperti tidak terusik sedikit pun. Inner Peace juga boleh membuatkan wajah kita berseri dan boleh dijadikan wajah memberikan semangat pada yang lain.

Orang akan kata " Terrer si polan tu...aku dah panik separuh mati tapi dia cool dan masih boleh bertenang...aku pun rasa selamat sikit lah..." Itu dia kekuatan dalaman.

Therefore focus on your Inner Peace.
Pada para pembaca semua , Masterji ucapkan terimakasih ya kerana sudi membaca. Bulan ni sampai lah syawal nanti Masterji sibuk dan terimakasih pada semua Team members Value Guide ya. Bulan Puasa jadual mengajar Masterji agak ketat. Syukur.

Thank you for all the support.

Saturday, July 9, 2011

Mummy cakap .......


Kalau di tanya siapa kah Cikgu Disiplin yang terbaik pernah saya jumpa dan belajar dari nya....orang itu adalah ibu saya. Mummy my beloved mother.

Mummy telah menerapkan pemikiran disiplin dan adab yang tinggi dalam kehidupan kami tiga beradik. Pengalaman disiplin bersama Mummy..ha ha ha kalau tak buat akibatnya pipi akan menjadi merah kena tampar atau kaki serta bahagian belakang badan akan kena libas dengan rotan bulu ayam pembersih abuk.

1. Kalau tumpang kereta orang, mesti tutup pintu kereta dengan lembut dan ucapkan terimakasih termasuk kereta sendiri , jangan sesedap hati menutup pintu. Pernah ketika kanak kanak Masterji dan Mummy tumpang kereta orang dan Masterji tutup dengan kuat dan akibat nya selepas kereta itu bergerak, pipi Masterji merah kena lima jari. " Manners please have manners" kata Mummy. Masterji dengar sambil airmata menitis.

2. Ketika bercakap atau bergurau Mummy pantang mendengar perkataan kurang ajar sesama adik beradik atau ahli keluarga seperti perkataan "elehhhh...' " Suka hati lah nak buat ke tidak..." dan banyak lagi perkataan yang memperlekehkan ayat orang lain atau perkataan yang mencirikan tiada respect pada orang lain. Masterji ketika kanak kanak selalu cakap eleh...pada adik dan bulu ayam naik kebadan. Kata Mummy perkataan eleh boleh menghancurkan keyakinan dan masa depan orang lain. Sebab takut kena kutuk dengan perkataan " elehhhh,...action lah tu..." nanti orang tu walaupun bagus akan takut ke depan menampilkan kebolehan nya. Masterji rasa betul selepas dewasa. Ketika bercakap dengan sesiapa sahaja harus lembut dan bersopan santun. Jangan bersikap menunjuk nunjuk atau riak.

3. Bila bertandang kerumah orang, duduk satu tempat kecuali di arah kan sahaja. Jangan buat rumah orang macam dilanggar garuda dan bermain dengan permainan anak tuan rumah dengan sesuka hati dan melanyak barang barang dalam rumah tu sesuka hati seperti memijak katil anak tuan rumah atau berlari lari kesana kesini. "Behave your self " Kata Mummy. Pernah di tampar selepas pulang dari rumah seseorang kerana berlari lari dan terlanggar almari serta terjatuh barang hiasan orang tu.

4. Bila makan nasi tak boleh bersepah atau jatuh ke lantai. Rotan bulu ayam akan naik ke badan atau mana part yang sempat. Ha ha ha Mummy I love you mummy. Kalau nak ambil lauk dari pinggan lain pastikan dengan sudu lain dan tidak mencubit sesuka hati atau kata orang lama main ceku ceku sahaja. Berikan laluan pada orang lain untuk mengambil makanan dan tidak nampak macam anak yang tak pernah makan sepuluh hari.

5. Kalau buat kerja rumah tak boleh mendengus atau marah marah atau memberontak atau bunyi bising seperti kalau basuh pinggan harus tiada bunyi berdentum walaupun banyak. Ketika mengalihkan sesuatu pun mesti tiada bunyi berdentum. Tak boleh ada bunyi kelentang kelentung....

6. Ketika masuk tidur mesti wangi dan berbedak tak boleh berpeluh atau kotor. Selepas mandi Mummy akan periksa di belakang telinga ada daki daki atau tidak, dan di celah celah kaki ada kotoran atau tidak lagi. Kalau ada , ha ha ha pipi merah dan dah tentu kena mandi lagi. Mandi mesti bawa kole yang berisi berus gigi, sabun , shampoo , towel untuk lap daki daki di badan dan berus basuh kain untuk gosok kaki dan tapak kaki sampai bersih. Mummy kerja di dua tempat sehari dan bila pulang selalu nya kami dah masuk tidur. Perkara pertama yang akan dilakukan ialah mencium dahi kami dua beradik dan memeriksa samaada rambut ada bau shampoo tak, badan dan muka berbedak tak dan kaki ada tak apa apa kotoran...

7. Bila di panggil, sahut dengan tertib dan tak boleh ..."ya nak apa' ...kalau jawap macam tu jawap nya...Tsamina mina eh eh waka waka eh eh ...badan merah kena rotan eh eh ...ha ha ha... Mummy hai mummy.

8. Bila berjalan dengan adik harus pimpin tangan adik kerana ia penting untuk mengwujudkan sifat tanggungjawap dan erti kasih sayang antara adik beradik. Mummy...betul cakap Mummy. Walaupun darah lebih pekat dari air, ada juga yang bercakar sehingga tua kerana tiada permulaan yang cemerlang.

9. Mummy selalu mencadangkan untuk menjadi pelajar yang cerdik tetapi lebih kerap pada pembentukan tingkah laku dan betapa penting nya punyai akhlak yang mulia. Tepat! Akhlak yang mulia adalah the ultimate winner..Mummy bijak Mummy...Great! Hidup mesti lurus dan jangan sesekali mempermaikan orang kelak orang akan mempermainkan keturunan kita yang lain. Mummy selalu pesan begitu.

Banyak lagi yang Mummy lakukan untuk pastikan kami punyai rasa perikemanusiaan , adab dan akhlak yang mulia.
Pernah ketika di masih bersekolah ..tingkatan empat...Mummy tanya " Apit hisap rokok ke nak.." "Mummy jumpa tembakau dalam poket seluar sekolah"? Soalan sudden death!
Masterji cuba menepis dan malam itu ketika lepak bersama rakan rakan di tepi tembok sambil menghisap rokok..Bagaikan Ninja Mummy muncul secara tiba tiba dan mencekak tangan Masterji yang memegang rokok yang masih bernyala....Masterji pucat dan terus pulang kerumah. Mummy pintar menangkap orang...ha ha ha satu kebolehan yang Masterji perolehi kini secara keturunan....

Mummy...apa yang Mummy buat tidak sedikit pun rugi dan sakit Mummy...apa yang Mummy buat memang bagus dan tepat. Hari ini Apit dapat rasakan Apit ada banyak perbezaan dengan manusia lain. Apit adalah nama timangan Masterji yang diberikan oleh Ibu.

Mummy terimakasih dan Apit tidak akan lupakan semua ajaran tu Mummy. Ketika Apit menaip entri ni mata Apit merah berair Mummy...Mummy berjaya Mummy. Cuma Apit tak jadi Pilot kapal terbang tetapi Pilot untuk memandu manusia ke arah yang lebih cemerlang.

"Apit dah besar..mesti jadi manusia yang baik dan boleh jaga Mummy ya Nak..." " Kita tak ada sesiapa nak.." Perkataan yang selalu Mummy sebutkan pada saya ketika kanak kanak.
Kanak kanak tinggi yang kakinya terjuntai panjang kebawah ketika didukung oleh ibu nya. Mummy dan saya.

"Ya...Mummy and I love you Mummy.. I love you Mummyyyy..."

Friday, July 8, 2011

BYC


Today was a busy day for me. Since morning till late evening meeting with clients. 4 groups of people. Thank you Cik Rozita and to your team partner and your cunning Boss Pn Safura for the meeting today. It was learning session for us. Sure I will give the best to your company. Don't worry , the program will be how to do approach..ok. Thanks for the tea.

Second meeting was with Black belt student, Pn Noor Jahan aka Cik FAME...Wow..banyak yang Masterji pula belajar hari ini daripada dia. Sure, I can see you will be a permanent legend in the company. You make something existed in your company even one day later you won't be around anymore. Hebat leadership cara ni. Legacy yang unggul. Salute you...nanti saya akan sharekan dalam entri yang akan datang. Tak rasa meeting kita hampir 3 jam ya...ha ha ha sibuk cerita pasal success tips and kenapa ia penting. Hebat slogan dan susun atur di syarikat Puan. I bangga dengan dengan pencapaian Pn Noor Jahan. Thanks for the coffee and senyuman masih lagi seperti dalam gambar entri fame dulu ya..maintain. Cuba nak belajar tak dapat dapat jugak...tension ni. Ha ha ha.

3rd meeting with my senior Proff Dr T.M. Carlton. Fantastic speeches and inspiring advice. Sir, nice talking to you and thanks for the support.

4th Meeting dengan Cik Sheila, Senior Manager and your team members. I hope my 45 minutes lectures in the meeting we shared was effective for your team members. Cik Sheila thanks for the light refreshments ya and the gift. Seronok kan sessi hari ini penuh dengan suasana gelak dan seperti yang dikomen oleh team member anda simple , easy and encouraging! Cuma dah lewat petang Masterji ada batuk sikit ...banyak minum ais kot..ha ha ha.

Masterji nak share dengan pembaca apa yang diberikan dalam meeting ke empat tadi. Very simple. BYC ...Believe You Can tajuk nya.

The root cause of success and failure ialah diri kita sendiri. Kita harus percaya yang kita boleh berjaya. Ada matlamat tetapi tiada kepercayaan pada diri sendiri akan buatkan kita tetap tak kemana. Dua manusia yang berjaya dan memegang prinsip BYC telah dikongsi bersama.

"It's lack of faith that makes people afraid of meeting challenges, and I believed in my self"
- Muhammad Ali.

Success starts we self believed you can and you will be able to do it! That will shape your mind set and when mind set is right, results of behaviour will be the same.

"You have to believe in yourself, that's the secret. Even when I was in the orphanage, when I was roaming the street trying to find enough to eat, even then I thought of my self as the greatest actor in the world"
- Charlie Chaplin.

BYC policy should be with us every moment . When you get new project..it's BYC! when you get new difficulties..it's BYC!

So if I believed you can and why don't you yourself believed that you can!

Pada Encik Azaman, thank you for entri semalam. Hari ini email yang baru ya. Terimakasih Encik Azaman. Banyak keuntungan yang kami dapat daripada sumbangan anda! Network friend yang dikatakan sebagai "P" yang berguna seperti komen Pn Noor Jahan. Kita akan berjumpa dua jenis P ...Pembina atau perosak. Thank you Bang Man.

Wednesday, July 6, 2011

From The Coach ; Jim Sinegal

Thank you for good comments from Pn Noor Jahan and Master Q Saniyah Kadir. Betul tu pasal "P" ada dua dan jangan silap pilih . I like the way you put it Cik Fame. Master Q Saniyah Ji, ha ha ha thanks for burning up the Ron 97 Group members ya...jawap betul pun minum dan jawap salah pun minum gak petrol ya...Let them be happy. Thank you for your cute comment.

From The Coach kali ini masih lagi mendapat sentuhan dari Encik Azaman.
Rajin sekali Encik Azaman membaca dan menulis untuk di kongsi bersama pembaca semua.


Salam Fi,


I would like to share something that I read with you and your readers. This is an interesting article. There are very few person, whether from operator up to CEO, who can actually work as "ikhlas" as this. Normally we will work for more money, less job reponsibilty and less working time. Unless you own your own business, than you might be like Jim below. Until next time... enjoy.

Costco's CEO is the Normal Guy
Over the past five years Jim Sinegal has shepherded his company Costco to impressive returns. Costco's stock has doubled, and revenues continue to grow at an impressive rate.
Yet Sinegal might be better known as a man of the people at Costco. His name tag plainly says "Jim," he answers his own phone, and his plain office at the company headquarters doesn't even have walls. While other CEO's are spending tens of thousands of dollars just decorating their offices, Sinegal's pays himself a yearly salary of $350,000. Most CEOs of large company are paid in the millions. His simple contract is only a page long, and even includes a section that outlines how he can be terminated for not doing his work.
So how did he come up with that number? He figured he shouldn't be paid more than 12 people working on the floor.
His employee turnover rate is the lowest in the retail industry, over five times less than rival Wal-Mart. In an age where CEOs are paid in the millions and would never be seen in the "trenches," Jim Sinegal is an anomaly. And his workers love him for it.


azaman






Monday, July 4, 2011

Energizers!


Mas oh Mas...Masterji gelak sakan baca komen terbaru Mas dalam Ron 97...Ohh anda semua bermain dengan sms ya masa belajar...ha ha ha hancus ...kenapa lecturer teruk ke.Thank you for your good comments. Seperti yang Masterji beritahu dari hari pertama kita berjumpa , ada beza antara Trainer dengan Lecturer and I am not a lecturer. Thank you to Cat Woman ya..Mas nanti boleh komen dalam entri terbaru ya..

Sebenar nya bab ngajar ni nak kena faham adult learning principle punya teori. Ngajar adults tak macam child. Lagipun Masterji faham benar selok belok training dan mungkin yang lain boleh bercakap tetapi tidak mendalami strategy mengajar. Bagi Masterji konsep mengajar mudah sahaja, STAR...Step by step, Time off, Activities dan Result. itu sahaja. Asal nya saya seorang yang amat pemalu dan pendiam tetapi ketika bekerja di jabatan Latihan, dunia saya berubah. Apsal William mulut nya terbuka dan mata tertutup ke ha ha ha...aduhai Wiliam...tak usah minum petrol cakap ngan William ya ha ha ha....kesian dia. Entah lah Mas...Masterji rasa macam kita kan berjumpa lagi untuk subject lain bersama group Ron 97 ya...Insyaallah. Kesian Pruvan.. tak pa suruh buat home study banyak sikit ya...kurangkan minum petrol tetapi diesel ok..ha ha ha jangan ya. Don't try this at home kata Saiful Apek . Thank you Mas dan kirim salam kat semua Ron 97 ya dengan ucapan jangan beli baju raya lagi sebab puasa pun belum..ha ha ha. I love you all.

Bercakap pasal tu, Masterji juga nak saran kan pada yang lain, cuba take five sekejap di tempat kerja dan buat satu list perihal mereka yang ada ciri ciri kejayaan di tempat kerja. Kemudian rapatkan diri kita dengan mereka , Look for Energizers in the work place!

You can use their experiences to guide your own life. Read their stories of hardship and how mental toughness helped them face major challenges.

" Find Someone whose hindsight can become your foresight."
- Mahatma Gandhi.

Comparing your own performance and attitudes to those people you consider successful then implementing a plan of action to embrace aspects of their approach can be very powerful exercise.

"Whether they burst with excitement or simmer quietly, when you're in the presence of enthusiastic people, you feel happier and more excited about your life, perhaps you even feel inspired"
- Mary Marcdant.

As what I always said, get someone who can make you swim better and not someone who can make you sink deeper! Look for Energizers ! Let them burn you to run for success and not running away from success!
In the workplace there is so many energizers and also destroyer. Make the right choice ok...
Sama juga macam dalam hidup kita, ada perosak dan pembina cari yang tepat tau!

Pada Cik Fame kita..perghhh.. hebat betul quotes pasal manners tu. I dah ambik untuk program latihan nanti. Thank you Puan Noor Jahan. You yourself is one of the energizer tau...Tahniah ! Kalau nak dikira dah banyak pengetahuan yang Puan curah kan bagi kami semua. thank you.

Pada pembaca yang lain, terimakasih untuk masa anda ya.




Sunday, July 3, 2011

Manners

Ha ha ha...buka sahaja blog hari ini terbaca komen komen dari group Ron 97...Masterji tak tahan ketawa. Mas kata Mr Ter suruh baca surat khabar juga ya...memang lah pasal itu salah satu cara untuk mengetahui internal and external factors of change affecting organization.

Sebagai contoh kan.. sekarang ada pembarisan dan demonstrasi yang akan berlaku dan ia harus dikaji dari sudut perniagaan bukan sudut politik sahaja. Kalau tak silap Masterji , dalam kelas Masterji ada sentuh babak ini dan dua atau tiga hari kemudian akhbar melapurkan isu berkenaan telah mengakibatkan syarikat syarikat perlancungan dan Hotel serta Teksi affected seperti apa yang Masterji bincang kan. Maka kalau kita baca surat Khabar sekuarang kurang nya kita dapat membuat preparation yang sebaik mungkin bagi semua HR Manager terutama yang bekerja di Hotel Line atau pun di Jabatan perlancungan. Manakala bagi normal HR Manager yang lain, apakah prosedur syarikat apabila mendapati ada diantara staff anda yang berada di Demonstrasi tersebut semasa waktu bekerja dan alasan permohonan cuti yang diberikan adalah berlainan.

Maaf, Masterji tak sentuh perihal politik tetapi dari segi Business and Management. Kita harus ada Bird atau Helikopter view selalu. Apa pun Masterji juga gembira bertemu Mas dan rakan rakan lain. Masih ingat dengan jelas rupa dan cara Mas menjawap soalan aduhai bagai dipupuk sang bayu...ha ha ha...Insyaallah kita akan bertemu lagi ya...Terimakasih pada kesudian Mas memberikan Komen ya....Kalau ada kelas akan datang , Masterji akan cakap macam dipupuk oleh sang bayu juga..kah kah kah....Thank you Mas dan berikan sedikit masa pada saya, I will be well known in Malaysia...it's just a matter of time....what say you Mas , and Puan Noor Jahan?
Mas belajar rajin rajin tau...selalu hantar komen pada Masterji ya.

Pada Cat Woman...ha ha ha ha..Masterji sendiri ada rasa macam nak teguk petrol bila baca perkataan Cat Woman....aduhai hebat betul student student saya...macam macam ..ha ha ha...Sape pulak Cat Woman ni...Ok nak markah lebih ya..boleh boleh syarat nya senang aje...jawap aje apa yang soalan tanya ..ha ha ha....Anyway thank you for your comments ya.. Saya juga gembira bertemu dengan anda dan lain lain...Mungkin kita akan berjumpa lagi ya.....Sampai banyak komen dari Ron 97...Masterji rasa mungkin rindu pada gelak dan tawa riang kan...Ohh suka lagu tu ya...Memang Masterji minat juga menyanyi tapi takut tak boleh diterima oleh masyarakat sekeliling nanti....Ha ha ha ok nanti saya cuba attached kan lagu satu lagi tu ya...kalau ada annual dinner boleh jemput Masterji bagi speech dan nanti kita boleh nyanyi ok...Masterji suka juga lagu tu dan of course Jamal Abdillah is my no 1 singer.

Pada Abang Nas..from Coconut group apa khabar..depa dah ada nama baru sekarang Ron 97...nanti boleh lah berkenalan ya.

Hari ini Masterji nak komen sedikit perihal telephone courtesy. Kadang ada company yang Masterji call...terus jawap..Huh Halo nak cakap dengan sape...? Sewaktu lunch hari ini, Puan Saniyah Kadir juga berbincang isu yang sama dengan Masterji..Master Q Saniyah Kadir kata selain proses yang berkualiti , komunikasi dan telephone techniques yang betul juga dapat mencerminkan Kualiti pengurusan sesuatu organizasi itu. It's all about Manners!

Mungkin kita boleh jawap begini:
- Hello, Good Morning , this is ABC Company..

Awal awal dulu ketika baru melangkah kan kaki ke bahagian ofis , Masterji pernah ditegur oleh seorang Boss lama kerana tidak menjawap dengan betul lantas diajar secara spontan.

"When you receive a call..you must answer , Hello Good Morning , This is Training Department and my name is Rafi"...

Kemudian dia bertanya pada saya tahu kenapa?

" For Customer...may be" jawap Masterji dan tak berapa yakin.

"Yes but not only for customer but for everyone in the company event the call is from internal people and you're working in training department and the way you answer the calls is also part of training in the organization and training is not necessary always in a training room"..

"Yes Bosss, ...Thank you"

Dan Masterji laksanakan terus immediately. Satu hari dia call dari Oversea di extension Masterji dan nasib baik Masterji jawap dengan betul dan beliau amat gembira. " Very Good Lafisan..( Rafi san ).

Therefore...jawap lah dengan berkualiti ya..never know who is on the other line, it could be your boss or someone important and there you go..Shinning workers!

Pada Cik Fame kita.syabas dengan lagu 5S tu ya...nak jemput Masterji nyanyi kat annual dinner ya..hahaha sure hujan walaupun dalam bangunan pasti bocor ..ha ha ha anyway thank you ya..kenangan jemputan di PD pada November 2008 masih jelas di mata Masterji seronok betul dan masih ingat Dee Jay yang di jemput tu kata Masterji orang asing...ha ha ha.

Ya benar , kadang kadang apa yang kita buat akan dapat bantahan tetapi sebagai seorang leader kita perlu ada kecekalan diri dan sedikit " Decide and Do" bila ada result baru lah akan nampak impact nya. Syabas ya....nanti boleh lah share dengan kami.

Jangan lupa ya pada semua..
Good Morning, My name is Mr A and from B department....Please do.

Selamat datang pada Cik Nik dalam blog Masterji...terimakasih ya Nik kerana sudi joint pasti meletup lah jawap nya ..ha ha ha. Thank you Nik..Masterji masih ingat lagi cara berkomunikasi anda yang jelas..great.

Friday, July 1, 2011

From The Coach : K.I.O


Apa khabar semua? Sihat tak ? Harus sihat ya. Amalkan lah cara hidup yang tenang dan sihat. Amalan hidup yang sihat akan membuatkan kehidupan kita tenang dan aman. Kita tak akan risau melalui ujian yang dijalan kan oleh Doktor.

From the Coach kali ini bertajuk K.I.O maksudnya Keep In Order! Tengok tak gambar di atas. Masterji rakam sewaktu menghadiri satu pertandingan mencegah kebakaran sebagai jemputan.
Masterji tertarik melihat pemandangan di atas kerana ia mengajar kita bagaimana kita harus menjaga alat alat keperluan kerja dengan jelas, senang dan berkesan.

Contoh di atas boleh kita serap kan di dalam tempat kerja untuk tools, filling dan macam macam lagi. Sesiapa pun boleh ambil sahaja pada bila bila masa pun tanpa menunggu dengan lama atau kesukaran mencari sesuatu yang diperlukan.

So Keep In Order!

Pada Puan Noor Jahan ...wow hebat ya! Dah sampai buat lagu untuk 5S. Masterji pun tak sampai tahap tu. Tahniah ya...ya benar , we must have something to ensure the ball is still rolling.

Terimakasih pada sms yang berikan komen tentang Don't Blame...ya benar kita banyak menyalah kan sana sini, orang itu dan orang ini tetapi amat jarang kita melihat faktor kita sendiri.

Gembira dapat bercakap dengan Encik Azaman hari ini. Happy ya Encik Azaman. It's my routine every weak a day to talk with someone inspiring ! I make that as routine because when we talk to builders , we are inspired to swim better. It does stimulate our feelings to capture success!.

Kata seorang rakan kelmarin ...senyum lah walaupun di dalam kesakitan. Senyuman dikala gembira adalah biasa, tetapi kalau kita boleh tersenyum di kala duka, kita ada lah lain dari yang lain. Terimakasih. Ayat yang disalurkan begitu lembut. Benar lah kata pepatah kuasa air lebih hebat dan kuat dari kuasa lain. Walaupun air itu lembut tetapi ia bisa meruntuhkan bangunan dengan pukulan nya. Saya hormati ayat tu dan pasti akan saya bawa kemana sahaja apabila Masterji in action ya...

Malam tadi Masterji jumpa bekas Bos lama di KLCC dan kemudian menyusur pulang agak lewat malam tadi dan menyanyi dalam kereta dengan Kenny Rogers , lirik yang di tulis oleh Lionel Richie...lama benar dah tak dengar lagu ini. Tapi hari tak hujan ya Encik Azaman..ha ha ha. Siang conduct training, malam jumpa client...begitulah hidup Masterji. Kereta Masterji agak nya kalau boleh bercakap, pertama sekali dia akan nasihat kan Masterji jangan menyanyi ..ha ha ha....

Lady, I'm your knight in shinning armor and I love you,