Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, August 28, 2014

DIAMET CHAMPIONS!






To all Diamet great employees  I wish you all the best.
It has been very great to meet every one of you.

Thank you for your keen participation in the Productivity improvement program.

Always make time to remember where is your ATM machine ya.

Tuesday, August 26, 2014

Kadang-Kadang


Dalam dunia kepimpinan kadang-kadang boleh terjadi "twisted".

Seorang pemimpin yang memilih corak kepimpinan "people champion" harus cermat dalam
keputusannya. Pemimpin seperti ini mahu memuaskankan hati semua orang di mana beliau tahu ia adalah mustahil.

Pemimpin seperti ini akan berakhir dengan dua perkara;

Pertama, akan terus di ingati kerana berjaya mencetuskan keputusan yang betul.

Kedua, akan dibenci kerana di pertengahan jalan akan mencetuskan keputusan yang salah.

Moralnya; pemimpin yang mahu menjaga hati semua orang akan akhirnya menjadi abu.
If you please everyone  and you'll gain nothing at the end!
The worst part ; instead of being labelled  great, you'll be labelled now as  someone useless.

Akhirnya pemimpin ini akan menjadi manusia yang paling sunyi dan berada di sebuah tempat berseorangan walaupun satu masa dahulu dia adalah pemimpin yang paling meriah!

Dulu :  WOW , BEST , PWITTTT, YESSSSSS!
Kini  :  BOO BOO BOO BOO, SUDAH LAH TU. 

Ini hanya pandangan peribadi. Berhati-hatilah.
Jangan tenggelam dalam sorakan pengikut kerana ia bisa membuatkan kita tersilap langkah.
Majoriti tidak semestinya betul.

Monday, August 11, 2014

The Rising Sun


Mula-mula, dengarkan dulu persembahan dari kumpulan Thaikkudam Bridge dengan lagu Nothing Else Matter, sebuah lagu yang asal dari kumpulan metal lagenda, Metallica.
"Never cared for what they say
Never cared for games they play
Never cared for what they do
Never cared for what they know
And I know"
Ya, nama kumpulan ini Thaikkudam Bridge, sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Kerala, India.
Di namakan sebagai Thaikkudam Bridge bersempena nama sebuah jambatan berdekatan apartment tempat mereka berlatih bermain muzik iaitu di Kerala.
Penyanyi utama mereka iaitu Govind Menon merupakan seorang komposer yang banyak menghasilkan lagu dan bertindak sebagai pembantu pengarah muzik didalam bahasa Malayalam, Tamil dan Hindi.

Begitu ringkas tetapi muzik mereka hebat.
Seperti juga lirik diatas, mereka percaya dan yakin dengan apa yang mereka lakukan.

Kekuatan utama kita juga sebenarnya adalah keyakinan pada diri sendiri, tidak kira kita berasal dari latar belakang yang bagaimana sekali pun.

 

Friday, August 8, 2014

Pemimpin


Seorang ketua bersama 3 jabatan berlainan tetapi berjaya menghasilkan irama, lagu dan melodi yang sama tanpa kecacatan kualiti dan pertelingkahan antara satu sama lain.

HURRICANE 2000, THE LEADERSHIP OF KLAUS MEINE. 


Pada tahun 2003 video ini telah membantu saya mendapat markah yang tertinggi dalam kertas kerja  kepimpinan ketika pengajian Master .

Mungkin sebuah contoh yang bagus dari aspek kepimpinan, kerjasama dan professional.




Thursday, August 7, 2014

Busy


Special to "My Biwi" dengan ucapan maaf sibuk sangat, banyak program".Tak sempat nak balik.
I love u...

Wednesday, August 6, 2014

Sekeping kertas dan sebuah maruah.


Semalam, saya merenung masa lepas. Masa lepas yang tidak akan kembali.
Ada manis dan pahit. Kalau dikembalikan ke masa lepas banyak yang akan saya perbetulkan.
Tetapi ia tidak boleh dan kemusnahan tetap kemusnahan.
Esok harus diperbaiki.



Melihat gambar lama sebelum mencipta pembaharuan teringat sebuah lagu
yang satu ketika dulu irama nya amat saya sukai dan kerap jadikan bahan siulan.
Sebuah lagu yang hangat, dengan petikan gitar yang cukup menghiburkan anak anak muda ketika itu.

Lama kelamaan setiap senikata lagu berkenaan mengwujudkan
peringatan dan cukup bermakna.

Senikata senikata dalam lagu berkenaan banyak yang menjadi realiti
di dunia hari ini.

Sebuah lagu dan pesanan yang bermakna.

Sekeping kertas boleh mendatangkan harga diri , membina maruah yang lebih tinggi DAN JUGA BOLEH
MENGHILANGKAN HARGA DIRI DAN MARUAH SELAMA NYA.

Hayati lah