Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, September 29, 2011

Tong Po



Salam pada semua pembaca yang di hormati. Semalam mengajar teknik problem solving skills. Salah satu teknik untuk menyelesaikan masalah ialah menggunakan kaedah Brainstorming.

Masterji berikan tajuk bagaimana tayar lama boleh digunakan dan fikirkan seberapa banyak idea yang boleh. Memupuk pemikiran kreatif.

Banyak idea yang diberikan. Boleh di buat perhiasan dan macam macam lagi idea yang kreatif.

Masterji cuma tambah satu idea sahaja pada mereka.
Tayar lama juga boleh dijadikan latihan Martial Art terutama Muay Thay atau Kick Boxing.

Bila sebut kick boxing, tiada lain dalam fikiran Masterji, pengaruh Jean Claude Van Damme dan Tong Po paling kuat dalam fikiran. Terutama sekali Tong Po atau nama sebenar nya Michel Qissi. Gambar nya ada diatas yang rambut sedikit diatas kepala dan bertocang panjang.

Filem Kick Boxing pada tahun 1989 telah mengenalkan Michel Qissi sebagai seorang yang unik, dan cara penampilan yang begitu kreatif. Bertocang!

Memang kuat pengaruh Tong Po ketika itu. Cara penampilan juga boleh buat kita lebih Bold atau visible dari orang lain lantas akan lebih di ingati dan di kenal pasti. penting tu!

1989 di Pawagam mata Masterji terpaku pada penampilan nya. Lain dan unik.

Tong Po atau Michel Qissi dilahirkan di Oudja , Morroco dan selepas itu berpindah ke Belgium sewaktu kecil.

Beliau dan Jean Claude Van Damme adalah rakan semenjak kecil lagi. Sama sama meminati bidang pertahanan diri. Cuma peluang Van Damme lebih cepat dari beliau.

Tetapi Satu lagi perkara yang bagus dalam cerita Michel Qissi ni ialah dia berani kedepan dan membina peluang untuk diri nya kalau tidak, beliau tidak akan dikenali sebagai Tong Po dan mungkin langsung tidak dikenali.

Kenapa?

Ketika pengambaraan filem Kick Boxing beliau hanyalah sebagai choreographer. Qissi terdengar salah seorang crew filem mengatakan filem berkenaan memerlukan seseorang yang berpegalaman dalam bidang Muay Thay. Terus tampil ke depan dan menawarkan diri. Satu percubaan yang berani.

Find ways to win! Start the first move and never fear to try!

Diterima dan maka lahir lah Tong Po. Sebut sahaja Muay Thay wajah nya akan terbayang!

Wednesday, September 28, 2011

Lucas Davenport


Hari ini cerita pasal watak novel pula ya..minat sangat dengan Lucas Davenport.
Thank you Mr John Sanford. Your Davenport had given me many great supports in my field of training, HR practitioner, and as human being.

Lucas Davenport , watak yang dicipta oleh John Sandford telah banyak berikan pengetahuan dan pengalaman pada Masterji. Especially for cases like habitual absent, attemtep theft and many others.

Some key images of Davenport,

1. A Different Police Officer in overall and works in special intelligent force.
2. Walk his role between the styles of a movie star and being a great police officer for justice.
3. Drive a porshe and make his own money through computer games creation and selling.
4. Results oriented and thinking out side the box.
5. Great in PDCA. (Plan do check action )
6. Great in catching sickning people and handled extraordinary cases or unique cases.

....And had many times caught many Maddogs with various personality , status and hobbies and one of it was:
Louis Vullion a young key attorney who reach out those ladies who needs someone else to control their lives. Louis came in and kill em all brutally. Of course Louis was sick.

An attorney who knows about criminal became a killer! It's not easy to trace him.

A Difficult case with an educated killer but Lucas Davenport is much more brilliant! Lucas caught him with creative thinking, commitment and of course, the prime reasons was, Lucas Davenport dislike Maddogs!

Interesting character. Banyak membantu saya mengasah fikiran dalam membentuk diri menjadi lebih berakal dalam menjalani kehidupan. Cuma Lucas Davenport hanya lah watak didalam buku. Kalau dia adalah realiti, ..best juga berkawan dengan nya.

Dulu , Mummy selalu juga pesan kalau baca novel tu memang lah bagus tetapi ada pengaruh nya. Maka biarlah buku atau novel yang dibaca tu bagus dan senonoh. Lama dulu ketika Masterji masih remaja nasihat itu diberikan.

buku buku novel memang hobi Masterji dari zaman remaja. Selalu pesan dengan Mummy untuk belikan. Sekarang boleh sewa dan jual semula.

Lucas Davenport wujud tahun 90 an.

Jangan salah faham suruh baca novel tetapi kalau tak buat apa apa, apa salah nya. Membaca Lucas Davenport ni buat kita asyik dan sedar sedar dah separuh buku. Sambil tunggu train pun boleh baca. Commonsense tambah tinggi.

Tuesday, September 27, 2011

Yatim yang hebat!

Pada tahun 1910 ke 1920an beliau adalah individu yang paling dikenali. Malah hingga kini masih dikenali

Hilang tempat tinggal dan kasih sayang selepas ibunya dimasuk kan ke hospital sakit jiwa.
Beliau pula ke rumah anak yatim.

Tinggal dirumah anak yatim beberapa tahun dan mula berusaha ketika berumur 17 tahun. Ketika berumur 25 tahun mendapat pendapatan USD 150 seminggu. Setahun kemudian dibayar USD 1,250 seminggu. pada tahun 1918, beliau menandatangani kontrak beharga USD 1 juta. Kontrak pertama tertinggi bayaran nya dalam sejarah untuk usaha nya.

Bertopi derby bulat, berseluar longgar, berkasut besar dan misai yang kecil di atas bibirnya dan bila gelagatnya pasti ketawa. Itulah dia Charlie Chaplin.

Bangun dari kesulitan hidup untuk menjadi seorang yang dikenali dan hebat. Believe you re star and will become one.

"You have to believe in yourself, that's the secret. Even when I was in the orphanage, when I was roaming the street trying to find enough to eat, even then I thought of myself as the greatest actor in the world"
- Charlie Chaplin.

Yatim yang tahu dirinya yatim dan berusaha menolong dirinya menjadi lebih kuat, terhormat dan maju daripada mereka yang lengkap. Yatim yang hebat.

Pada Cik Fame, saya bangga sangat baca komen President dan Cik Fame. Sampai President turun padang nak tengok sendiri kekuatan syarikat anda. Hebat! Seorang HR Manager yang berada di Malaysia berjaya menarik perhatian orang nombor satu untuk datang melawat. Satu lagi yang bagus ialah you always find ways to be bold and visible. To be heard and to be known. At least the President will remember there is one strong female HR Manager who is great in making 5S and Culture Reformation.

Ada lagi pertandingan ya...tak habis habis...great. You always set target after target. Having target in life will always make us activated.

Thank you jemput datang dinner ya. Masterji happy dengar dan jauh di sudut fikiran terkenang kenangan dinner di tahun 2008 dulu bulan November. Tak pernah lupa. Bulan itu memang banyak kenangan dan paling best ialah dijemput menghadiri annual dinner Higashifuji.

Pada yang lain terimakasih kerana sudi membaca ya. Ramai yang call tanya kenapa lama tak ada entri. Yang paling awal call, blackbelt student , Puan Noor Jahan. thank you so much. Lately I am busy with training programs and also to create one important history for my self.

Maaf lama tak ada entri dan jangan lupa kalau Siyatim boleh berjaya , kenapa kita yang lengkap ni tak boleh? Mesti boleh. Adakah anda tidak hebat? saya tak percaya kalau anda berikan jawapan tidak. Anda boleh dan semua boleh cuma set the target and go for it! Hit the target and tell yourself, I made something better for myself!




Thursday, September 22, 2011

Abang Nazurin.


Salam pada para pembaca yang dihormati. Mesti sihat ya. Pada PSMB Samurai, do your best in the exam.

Abang Nazurin yang saya hormati, ketika saya ingin menulis entri kali ini, saya terbaca komen Abang. Apa yang Abang komen dengan apa yang saya ingin tulis malam ini amat menepati.
Saya sebenar nya ingin menulis petikan kata kata nasihat daripada John Wooden dan ia menyamai komen Abang. Memang rezeki Abang.

Pertama sekali saya ucapkan tahniah pada Abang. Dah tiga hari jadi HR HOD ya. Jauh di sudut hati saya, rasa amat terharu dengan pencapaian Abang. Ketika mengajar didalam kelas the PETROL Group di MIHRM untuk batch Abang setahun yang lalu, saya masih ingat dengan tekad abang ketika kita berkenalan pada hari pertama.

Kata Abang pada saya dan lain lain rakan;
"Why I come here because I want to be a HR Manager" dan Abang telah pastikan kemenangan dan pencapaian. Syabas Bang syabas. Saya kagum dengan Abang.

Para pembaca lain, ketika berjumpa Abang Nazurin di dalam kelas, dia lah pelajar yang paling Veteran malah lebih tinggi usia nya berbanding MASTERJI dan lebih jauh dengan pelajar lain.

Walaupun agak lewat memasuki the Marathon of Success tetapi akhirnya dia berjaya. Nothing is impossible kan Bang. The race is open and still will be open even you're late comer.

You may start slow but in the middle you become faster.

"It's not so important who starts the game but who finishes it". - John Wooden.

Satu lagi pelajar Ikon saya. Abang you'll be one of my refference points in training. The Great Nazurin.

Para pembaca lain, ambil lah contoh Abang Nazurin ini,"You are never a loser until you quit trying"- Mike Ditka.

Sekarang dah jadi HOD lepas ini, kena letak target baru pula ya Bang, Director of HR. Jangan lupa hidup harus ada tiang gol dan hidup bukan lah MeRRY Go round. Break another ceiling ya. Never stop. Find and get people who can energise you do better than yesterday. Learn like Mosquito, never wait but make efford to find one.

Keep on sticking to Builders as they make you swim and tell sayonara to Destroyers as they can make you sink.

The only advise I'll got for you is:
Do the right thing with right behaviour and you'll get the right outcomes. Syabas Abang dan terimakasih berikan komen ya dan berkongsi cerita. I love you Bang. Cerita mu akan jadi dendangan hidupku. Masterji is in you every time you make success.

Cik Fame kita apa khabar ya? Lama tak dengar khabar.

Tuesday, September 20, 2011

Dojo


Hari ini jumpa kawan lama , kawan satu tempat kerja dulu. Steven nama nya. Masih muda tetapi sudah jadi usahawan.

Dulu seorang Maintenance kilang sahaja dan kini punyai seratus lebih murid dan sebuah dojo / pusat latihan Tae Kwan Do seni pertahanan diri. Kini beliau sudah jadi Sensei.

"Rafi, thought after taken VSS, I will be no where but what you teached me in oneof the Supervisory training session conducted by you had helped me to make something for my self." ....." A good Supervisor will know how use our strenght based on situation" - Steven.

"So I use my TAE KWAN DO skills and knowledge to train people in Martial Arts, from 20 students now hundred over and please come to my dojo and visit my dojo training" - Steven.

Beliau mahir dengan seni pertahanan diri ini dari masa zaman kanak kanak ;lagi. So dia gunakan kelebihan dia untuk jadikan business nya. Satu kisah yang menarik. Berniaga sesuatu yang berdasarkan kelebihan kita adalah lebih baik daripada sesuatu yang kita harus bersandar pada orang lain.

Apa pun be like Steven, find a valuable skill that can make you rich!
Steve, I will drop by one day. Great man great. World is full of opportunity for those who can see and world is full of difficulty for those who always think everything is impossible.

Pada Cik Fame , harap dapat capai kejayaan yang cemerlang pada pertandingan yang dimasuki.I know you can do it. Faham Cik Fame sibuk hari itu. No problem.

Pada adik Aishah, thank you for the comment. wow tak sangka pandai menyanyi ya. Kata Nenek suara Aishah sedap. Meriah nya malam tu ya. Kirim salam pada Bapa dan juga Ibu ya.

Pada Kuna, Rita and others who sms me for the tamil songs in Respond thank you. Nice song. I've seen the movie. Fantastic love story. The malay always said that , kalau dah jodoh dimana sahaja akan bertemu cuma lambat atau cepat sahaja. Pergilah kemana sahaja, kawan lah dengan sesiapa sahaja tetapi selagi ia bukan jodoh maka tiada apa akan jadi. Mr or Ms Right will finally arrive with styles, caring, loving and better than what we 've seen yesterday.

The movie is about the same.

Sunday, September 18, 2011

Respond.


Tuan Bakri sekeluarga, terimakasih kerana menyambut kedatangan kami di Melaka. Sedap betul makanan yang dihidangkan. Cantik rumah tu ya. Isteri yang peramah dan tiga orang anak yang geletah dan petah bercakap. Kami sungguh terhibur dengan karenah budak budak tu.

Selepas program training di Melaka ke rumah Encik Bakri, UTEM Champ untuk beraya. Seronok dan terhibur melihat karenah anak anak yang comel. Thank you. Kari ayam best!!! lauk Masterji.

Adik Aisyah open house best sangat ya. Nenek beritahu pada Abang Rafi. Maaf tak dapat datang , Abang pergi mengajar ya. Ye lah nanti Abang sampaikan salam pada Junior ya. Tengah buat sajak untuk abng ya...ok thank you mesti best kan. Nanti Abang paparkan dalam entri ya. Puan Noor Jahan dan pembaca pembaca lain akan turut membaca.

Puan Noor Jahan, terimakasih atas jemputan ke majlis perkahwinan staff Higashifuji. Nak tergelak Masterji, depa ingat orang asing yang datang...tak yang datang ni orang melayu, ha ha ha anyway gembira di sana. Ramai staff Higashifuji yang melambai. Respect pada Cik Fame, walaupun sibuk sempat juga hadir majlis perkahwinan staff ya.

Hah kali ini nak bagi tips pada pembaca pasal macam mana nak bagi Motivation pada orang lain. Biar depa suka kat kita ya..., SET PEOPLE FREE!
Tempoh hari Masterji dan The One attend satu function kat Subang, ada live band. Dimulai dengan langkah yang perlahan dan apabila tepukan semangat dan respond yang seakan akan gembira dengan persembahan mereka , pick up mereka menjadi lebih baik dan berakhir dengan persembahan yang cukup cemerlang!

Semua gembira dan ada yang jadi hangat sikit. The One dan Masterji on the spot discuss dan conclude, sometimes, Followers contitute the leadership style. Follower makes leaders had more spirit and motivated to manage the staffs until last blood!

Kadang kadang kita kena cari suis untuk memotivasikan rakan dan bos kita! Ye lah Bos mana yang semangat tinggi bila dipanggil respond nya macam tak endah saja. Benar ada Bos yang kejam tetapi mereka manusia, dengan respond yang berbudi bahasa dan positive, air pasti boleh pecah kan batu.

Seronok juga dengar persembahan malam tu, June Ponal July Katre, lagu yang dipetik daripada filem Unnale Unnale.


Friday, September 16, 2011

Junior grown up


Cik Jahan aka Fame, thanks for really concern of my conditions. Thanks for the call yesterday. Appreciate it so much. Slightly ok back and already back to gym. Fever gets us stuck and make us review of future sometimes.

Wow great! Your next monday should not be taken as Monday only, but day of opportunity and I believed you had the same opinion. New President is coming and Puan Noor Jahan is seeking to make presentation and to take the chance to be visible! I would strongly suggest the rest to follow suit.

Great people are takers, losers are donaters!
Champions utilise chances, losers avoid chances!
Even a five minutes presentation may make our selves locked into the president mind!
Great people make themselves known, losers make themselves forgotten!

Great Puan Noor Jahan.

Sent my son Junior to school early in the morning today.
He had an extra class today. Saw him walking entering the school. He had grown up now. Still never forget how we both played football together in the children playground field when he was a small child. Just both of us.

He had almost the same look like me. The way he walk, smile and making jokes were all the same. Almost reaching my height. One thing for sure, he is good in cross examine. I noticed that. A shy young man but facts oriented. Always wanted him to be in the police force or a criminal lawyer but he had his own direction. He had his own secret vision paper picturing of his tommorow in his room displayed in a secret area. Good luck son. BE BETTER THAN YOUR BABAH. BEAT HIM AND TELL YOURSELF, I AM NEW REFFERENCE POINT IN THE FAMILY FOR FUTURE AND SHALL BREAK BABAH'S RECORD PERFECTLY WITH TKO RESULTS!

Junior , love you son.

I wonder how many will like him if his in the police force one day...ha ha ha. Things may chance sometimes.

The point that I wanted to tell is , time passes very fast. Junior had grown up and do I still have time to make more chapter of excellence for my self? Yes but time passes very fast and I must do what ever I wanted to with speed and efficient or otherwise, suddenly I will be at 50 + without any results and just crying for things that I suppose to do but never do it when I or you have got the time to do it!

Cik Fame, give me a year or two, I will be in PSMB Insyaallah as a speaker. In your doa , you are actually diplomatically suggesting a vision to me. A smart student of mine. Sharp and cunning. Thanks.

Busy in writting my book and thanks to Master Q , Puan Saniyah Kadir in doing double checking and grammar repairing. Realizing your talent and extra abilities, I think you can go beyond then the science school and UTM in your past. Higher I supposed. Anyway Master Q, I had a strong believe that you are capable to go further and make one final bingo in your days to come. Thank you.

Pada Adik Aisyah, Maaf Abang Rafi tak dapat hadir open house tapi nenek akan datang ya pasal Abang kena mengajar diluar daerah. Thank you for the invitaion. Hah esok malam adik mesti macam Preety Zinta macam selalu kan.


Monday, September 12, 2011

Check Up


Cik Fame ada di PSMB ya. Ohhh..ok tapi tahun Masterji tak pergi. Harap Cik Fame dapat mencapai award PSMB pula ya. I know you can do it! Nak beraya ke rumah, Insyaallah ada kelapangan saya sampai ya.

Ok kali ini nak cerita pasal Check Up.
Kita rajin menghantar kenderaan kita untuk check up. Ada yang ikut kilometer, ada yang hantar sebulan sekali ada yang hantar tiga bulan sekali. Bagus tu untuk menjamin keselamatan.

Tapi bab kesihatan macam mana ya? Ada tak tiga bulan sekali atau enam bulan sekali kita buat medical check up? Kereta kita jaga, diri kita jangan lah di abaikan ya.

Baru baru ini, di akhbar tertera berita kanak kanak sudah mula menghidap diabetes. Bahaya tu. Harus ada pemantauan ya.

Kadang kadang kita melawat tempat yang mahal mahal tu bagus. tetapi kalau ada masa lawat lawat lah hospital untuk meningkatkan kesedaran diri kita pada kesihatan yang lebih baik.

Heart attack dan sebagainya juga sudah meningkat. Masterji pernah bekerja di syarikat Jepun dan pernah melihat staff pengurusan Jepun yang hampir berumur enam puluh tahun tetapi masih tangkas menggunakan tangga dan jarang menggunakan lif. Masih segak, kemas dan kelihatan bertenaga. Tak pernah nampak mengeluh sakit pinggang, lemah dan macam macam lagi. rekod attendance nya pun bagus. Kerja kilang Jepun ni kadang banyak visitor. Bila dia bawa pusing visitor selama dua jam, hairan nya tak pernah nampak nak mencari tempat sandar atau pun berehat seketika atau mengibaskan ngibaskan kaki tanda lenguh atau sengal. Malah jalan nya laju seperti orang muda.

Dikala hampir berumur enam puluh tahun, masih boleh berikan sumbangan untuk negara nya dalam tenaga dan pemikiran. Satu kelebihan untuk bersaing tu. Harus dikaji tu.

Apa pun jangan hanya hantar kereta aje untuk di medical check up kan ya...diri sendiri pun harus pi check up ya..., rakyat sihat, negara cemerlang.

Cataleya


Sabtu lepas Masterji menonton Collombiana selepas membaca serba sedikit perihal back ground cerita berkenaan di internet.
Filem yang menarik dan memaparkan kisah seorang Assassin Wanita yang bernama Cataleya.

Watak Cataleya hasilkan banyak tips untuk kejayaan dan kesilapan kecil boleh membawa padah.

Cataleya punyai Visi yang jelas dan kenapa.

Cataleya cekap, smooth, dan pantas dalam mencapai visinya.

Cataleya sedar tiada siapa yang dapat membantu dirinya kecuali dirinya sendiri harus STAND UP and DO IT.

Cataleya boleh bertindak walaupun dalam keadaan yang kritikal , tertekan dan ketika di ugut.

Cataleya belajar, dan belajar. ASK, Tiga perkara yang harus dia ada. The Right Attitude, Skills and Knowledge. Akur
pada lumrah dunia, walaupun untuk menjadi Assasin, dia perlu pergi sekolah.

Cataleya berikan didikan yang sewajar nya pada lelaki yang sewajar nya, bahawa Wanita boleh jadi lebih hebat dari lelaki., lebih cekap, lebih di takuti dan jangan dipandang rendah.

Yang harus diperbaiki: ( Caution point for us.)
Cataleya was very smart, professional and fast person except her loneliness had made her trap into trouble and unnecessary set backs. However she managed to survive!

Hah tu dia, any small holes in our security wall will destroy many things but we need to stand up back and to re plan and take quick action to go on.

Just one small access will make situation different.
Jangan salah faham ya, bukan suruh jadi Assassin tetapi teknik yang boleh membantu ya.
Anyway I like the way Cataleya fight's for her survival and in person Cataleya is a nice person and interesting.

Cataleya......

Sunday, September 11, 2011

Opportunity

Adik Aisyah terimakasih kerana berikan komen ya. Insyaalah Abang Rafi sampai ya. Buat open house ya. Cantik komen adik. Para pembaca lain, adik Aisyah ni masih muda remaja tetapi pandai berikan pandangan. Teruskan. Itu langkah pertama untuk kejayaan. Bila fikirkan yang baik, perbuatan akan jadi baik dan hasil nya juga tentu baik. Semua nya bermula dari fikiran. Bak kata mendiang Bruce Lee, what you think you shall become.

Cik Fame apa khabar harap sihat ya. Malam tadi berborak dengan sekumpulan rakan rakan selepas training. Teh tarik lah jawap nya. We talk a lot about leadership.

Cuma view Masterji sedikit lain . Akhirnya rakan rakan faham dan setuju.
Kita kadang alpa dan tidak dapat membaca mesej atau sesuatu arahan, strategy, vision ketua kita.
Look East Policy sebagai satu contoh yang mungkin baik. Kita kadang tak faham dan harus ada Bird View.

Masalah penggaguran settle bagi mereka yang nampak.!

Ilmu untuk menjadi Engineer bertaraf global terbentang luas di depan mata dalam mempelajari teknology dan electronic terbentang luas bagi mereka yang nampak.!

Peluang menjadi vendor pembekal bahan mentah terhasil dengan kedatangan pelabur pelabur Jepun ke Malaysia bagi mereka yang nampak.!

Peluang untuk mempelajari dari yang terbaik dan kemudian menjadi lebih terbaik daripada nya juga wujud and it's an opportunity to beat and to take over bagi mereka yang nampak!
Peluang untuk meningkatkan taraf kehidupan menjadi lebih senang juga wujud bagi mereka yang
nampak!

Apabila penggangguran berkurangan, peluang untuk mengwujudkan perniagaan juga terbentang luas kerana rakyat sudah ada wang bagi mereka yang nampak!

Peluang untuk menjadi tokeh, ahli perniagaan juga wujud dan patut nya setiap bangsa sudah ada daya saing yang tinggi dan boleh berdikari bagi mereka yang nampak!

Dan macam macam lagi.
Tetapi mungkin tak semua, ada juga yang gagal. Bila dapat kerja, jadi senang dan patut nya kita teguhkan sikit lagi, kita pasti jadi seseorang hasil daripada peluang itu ataupun kita sudah boleh jadi tokeh, sudah boleh jadi pekerja mahir bertaraf global.

Tetapi bila tambah senang kita jadi lebih gagal dan mundur. Hutang bertambah kerana kita rasa dah senang sikit. Hidup lebih pada glamer dan bukan kejayaan. Hidup menjadi porak peranda kerana kita sudah senang sikit. Hidup lari daripada landasan sebenar nya kerana dah senang sikit.
Kita patut jadi lebih bahagia, berjaya dan lebih maju. tetapi kita kadang kadang lupa dan tidak dapat membaca mesej dengan baik dan tidak nampak lombong emas didepan mata.

Masterji tiada kelulusan tinggi dan tidak pernah merasai nikmat kehidupan sebagai pelajar Universiti.
Tidak pernah memasuki dewan kuliah di Universiti sebagai penuntut kecuali sebagai cleaner untuk membersihkan dewan kuliah di UITM dulu. Tak ada chance nak cintan cintun kat U macam filem Ali Setan. Asmidar dan Ali.
Cuma yang Masterji tahu , Kilang Jepun nak buka di Malaysia.
Boleh dapat kerja, boleh belajar dan mungkin boleh berjaya.
Dengan menggunakan senjata look east policy dengan baik dan kesempatan yang diwujudkan, Masterji mula kerja sebagai staff operator jaga mesin dan berakhir sebagai GM. Syukur dan terimakasih.

Dan kini walaupun business Masterji tak besar, tetapi sebagai pengasas sebuah syarikat latihan.
Mungkin boleh buat lebih baik lagi tetapi sekurang kurang nya Masterji nampak sikit.


Friday, September 9, 2011

Maharaja Lawak.


Cik Fame ,
another bingo! Take it that way! Betul tu Puan Noor Jahan, bila diperlekehkan, ambil itu sebagai cabaran dan jembatan ke hadapan dan bukan ke belakang. Like it very much. Siapa sangka ya , HR Manager yang mencipta Productivity Improvement results di Higashifuji kan..take it as signal to success and not points of dillemma. Thank you.

Aisyah,
Thank you berikan komen. Cantik komen tu ya. Tak apandai bersajak akhirnya boleh! Yes you are right, Think Possible and it's going to be possible. Tahniah ya. Abang Rafi tumpang gembira. Sebenar nya , Dr Sheikh Muszaphar adalah orthapadic surgeon. Boleh pun jadi rakyat Malaysia yang pertama jadi angkasawan. Profession nya Doktor tapi beliau boleh kan...Michelle Yeoh, boleh jadi pelakon dalam filem Hero Dunia James Bond, dan jawapan nya juga boleh! Rajin rajin lah hantar komen ya. Boleh bertukar tukar pandangan dengan Puan Noor Jahan ya.

Hah hari ini kita cerita pasal succession planning pulak ya. Raya ni di Astro banyak keluar program program berunsur lawak jenaka. Terhibur juga rasa nya. Pembangunan generasi baru amat penting. Kalau si ayah nya bagus , dia harus ada penganti. Kalau Supervisor tu bagus dia harus ada penganti. Kira nya terlambat atau tiada, banyak kesulitan yang akan timbul.Kemahiran akan pupus.

Program Maharaja lawak tepat pada masa nya. Ia dapat mengwujudkan pelapis baru dengan idea baru dan bakat baru. Dari satu atau dua pelawak, kini kita sudah dapat lebih ramai lagi. Kalau dulu, selalunya pelawak pasti ada ciri ciri sokongan seperti tubuh badan yang gempal, wajah nya nampak kelakar, atau pun bertubuh badan rendah.

Tetapi dunia pelawak hari ini berbeza kan. Ada yang muda, kacak dan macam macam kelebihan lagi. Perubahan yang ketara . Apa pun rancangan tersebut berkesan. Ia dapat melahirkan lebih banyak pelapis. Kalau dikaji dengan lebih teliti, rancangan berkenaan bukan sekadar satu rancangan persembahan lawak tetapi adalah sekolah yang melahirkan bakat bakat baru.

Do you have such program and initiative in the workplace, family and country ? We must! Kehilangan veteran veteran bolasepak negara amat dirasai satu ketika dulu. Seharus nya , mereka diberikan pekerjaan sebagai Coach selepas mereka bersara dulu. Kita harus ada succession planning untuk kategori itu. Better late than never, mana mana pemain sekarang yang handal, apabila sudah sampai masa nya, kita hantar mereka ke mana mana negara untuk menjalani latihan kejurulatihan dan berikan pendedahan pada mana mana kelab kelab terkemuka di dunia. Tidak kah kita mahu melihat satu hari nanti ada jurulatih Malaysia menjadi Coach untuk pasukan tersohor seperti Machester United , Liverpool atau mana mana lain. Jangan ketawa! Come on, take it as possible!

Program Maharaja Lawak harus diberikan thumbs up dan harus dijadikan benchmarking.
Satu lagi program yang bagus ialah Imam muda. Ia juga satu program yang terpuji.
Let's do succession planning to generate a pool of potential people to continue and to further improve what we have done today.

Thursday, September 8, 2011

Wilson

"Saya mahu membina rangkaian hotel yang dapat dinikmati seluruh keluarga, yang boleh dipercayai sebanyak 400 ratus buah di seluruh dunia" Kata Wilson.

Isteri nya hanya mampu ketawa mendengar kata nya.

Dan pada tahun 1968, sebanyak 1,000 buah hotel yang berjaya di bina oleh Wilson dan pada tahun 1972, sebuah hotel nya akan dibuka setiap 72 jam.

Itulah hotel , Holiday Inn.

Setiap mereka yang cemerlang pernah diketawakan atau diperlekehkan dan setiap visi harus ada "TINDAKAN".

Pada Cik Fame aka Puan Noor Jahan, thank you for calling ya. Dah lama tak ada entri risau juga ya. Selalu kalau lambat keluar entri pasti Cik Fame akan call. Maaf Masterji tak berapa sihat dan banyak program latihan lepas raya ni.

Kalau Wilson boleh , kenapa tidak kita ya?

Sunday, September 4, 2011

Five Words Only!


The One, thank you for your time yesterday for having tea with me in the afternoon. You are one of the "All Outs " category of people because you had been very committed to challenge yourself to gain your paper qualifications despite zero background in management and experience. It's all about comittment! Syabas! Want to know more about comittment , talk to Cik Fame and Master Q Saniyah Kadir, they can tell you more inspiring things.

Management is the art or science to get things done thorough other people! Simple definitions of Management meaning. One of the method to get things done through other people is communication. To be more precise; effective communication.

Masterji berikan sedikit contoh ;

Ronald Reegan
Kalau ditanya siapakah diantara Presiden Amerika yang hebat berkomunikasi, jawapan nya sudah pasti Ronald Reegan! Dulu nya seorang aktor dan penyampai radio.
Pernah ketika menjadi penyampai radio untuk perlawanan besbol secara langsung, terdapat gangguan teknikal dan maklumat tidak jelas. Gangguan terjadi ketika pemain Augie Galan sedang melakukan pukulan.
Reegan tidak panik malah meneruskan komunikasi dan menghidupkan suasana secara imaginasi
' setiap satu bola yang cuba dipukul oleh Augie Galan akan di kira foul".
Beliau terus bercakap selama enam minit dan suasana berjaya dihidupkan buat pendengar! Hebat bukan. Ketika bertanding bagi jawatan Presiden, ucapan nya adalah yang terbaik, jelas dan mudah. "
Visi saya saya lima perkara;Keluarga, Pekerjaan, Masyarakat, Kebebasan, dan keamanan". Lima perkataan yang mudah dan menarik. Ia tidak complicated dan berjela jela. Itulah salah satu tugas kita sebagai seorang leader. mesej yang rumit dapat dipermudah kan bukan di rumitkan lagi. Five Words Only.
Apabila ditanya samaada beliau rasa gusar untuk berdebat dengan lawan yang hebat dan berkarisma seperti Jimmy Carter, jawapan nya selamba dan menarik; "Tidak sama sekali kerana pernah berlakon dengan John Wayne". Impak yang jelas pada pendengar.


Tun Mahathir.
Tak perlu diceritakan kehebatan Tun dalam bidang berkomunikasi. Pantas, menarik dan jelas! Cuma satu perkara yang ingin Masterji kongsikan bersama dengan pembaca semua.
Rasa nya yang lain juga pernah tonton dan dengar. Ada satu rancangan wawancara yang menebual Tun ketika hampir pada saat persaraan nya sebagai Perdana Malaysia satu ketika dulu di Television secara live.
Seorang penonton yang berbangsa Cina menghantar mesej memberikan komen seakan Tun tidak buat sebaik nya untuk kaum Cina ketika menjadi Perdana Menteri.
Satu komen atau soalan yang agak menekan. Masterji terus memakukan mata pada kaca television dan menunggu apa kah jawapan yang akan diberikan oleh Tun. Dengan pantas serta tiada sedikit pun masa yang diambil untuk berfikir , Tun berikan jawapan yang balance, menarik dan impak nya besar. Jawapan nya lebih kurang mengatakan, kaum melayu juga terdapat masalah begitu kerana masih terdapat orang melayu yang masih menjadi pemandu atau Driver untuk kaum Cina.Lebih kurang jawapan nya begitulah .
Masterji salute kerana pantas menjawap dan tiada "Errr..." in between. Masterji belajar.

Abang Mamat Khalid.
Seorang pengarah filem filem komedi yang Masterji minati. Filem nya mudah difahami dan simple untuk dipelajari. Seorang pengarah yang kreatif. Walaupun cara beliau berkomunikasi diajuk oleh peserta rancangan Maharaja Lawak di Astro ketika beliau menjadi salah seorang panel panel hakim, ada satu ketika beliau secara ringkas , jelas menyelamatkan jiwa kehancuran para peserta yang gagal.
Sewaktu para peserta yang gagal menerima berita tersebut, Abang Mamat Khalid dengan spontan dan jelas memberikan mereka perangsang semula dengan memberikan mereka harapan, jangan khuatir, sekira nya ada babak lakonan atau watak yang sesuai di dalam filem nya yang akan datang, para peserta yang gagal itu akan di berikan peluang untuk menyambung semula perjuangan mereka. Komunikasi yang berikan harapan ketika saat yang kritikal! Beliau datang bukan sekadar memberikan komen dan menjadi hakim tetapi sebagai sumber pembina harapan dan kerjaya! Dalam suasana pekerjaan sebagai seorang leader, di saat kritikal lah , kita perlukan komunikasi yang jelas dan membantu! tepat sekali tindakan yang di buat oleh Abang Mamat Khalid.

Tangga pertama untuk menjadi seorang ketua atau pemimpin , kita harus ada kredibiliti dalam komunikasi. A Commander has to to give command therefore he or she had to be competent in communication. All processes required communication.

So , be an effective communicator ya...harus jelas, mudah dan bijak bila berkomunikasi.
Thank you for reading. Amacam kuih raya ada lagi tak? Mesti best kan raya tahun ini.

Saturday, September 3, 2011

Four "O"



Jahan Ji/Cik Fame Puan Noor Jahan , thank you kerana sudi membaca di kala cuti, sibuk dan beraya. Melawat mereka di Hospital ketika suasana Hari Raya adalah aktiviti yang terpuji. Kami doakan agar beliau sihat dan dapat bersama kita. ICU tu kira berat kan. Apa pun Sabarlah. Semoga Allah S.W.T berikan pahala yang besar pada Puan, menjaga dan concern pada beliau yang sedang sakit dikala yang lain sedang bergembira di Hari Raya. Syabas dan terimakasih ya.

Mr B bak kata Puan Noor Jahan seperti Masterji juga terimakasih. Manusia ada perasaan dan mereka mahu dihargai. Setiap pertemuan membawa kita pada dua perkara; Kemajuan atau kehancuran. Terpulang dengan siapa kita bertemu. Kalau fencing diri rapuh, lagi teruk jadi nya.

Maka adalah lebih baik kita terbitkan harapan yang esok masih ada untuk orang yang bertemu dengan kita. Trainer tak semesti nya di dalam bilik training, kuliah atau dewan. Sesiapa jua harus mempunyai sikap Trainer ataupun Motivator supaya setiap insan yang malang akan bertemu semula jalan pulang, setiap insan yang kurang yakin akan berjaya dengan ayat ayat yang membangun kan nya. Setiap insan yang sedang diperkotak katik kan oleh orang lain akan sedar sudah tersesat dengan nasihat kita. Itu sudah satu sumbangan yang besar. Walaupun kita rasa kita tersohor tetapi dengan menjadikan orang lain rasa mereka jua boleh jadi tersohor akan membuatkan kit akhir nya lebih tersohor. Ayat Cik Fame dan yang lain lain juga selalu buatkan saya rasa blog ini harus diteruskan dan penting. Thank you.

Hari ini nak cerita pasal Four O bukan Hawai Five O ya....

Ketika itu; tahun 2005, di sebuah stadium di Shah Alam, selepas dinasihatkan supaya bersenam sebagai jalan terakhir untuk membaiki kesihatan, dengan berat badan yang mencecah 80 KG, Masterji melihat trek larian dengan keadaan yang menyiksa kan. Kata Doktor, jogging dan jogging dan jogging! Trek itu nampak menekan perasaan Masterji dan kurang yakin boleh berlari sehingga tamat satu round. Apatah lagi dengan tabiat merokok. Mula kan jua larian . Setengah round aje hasil nya. Seminggu cuti lepas tu. Cuba kembali dan dapat satu round. Cuba lagi dapat dua round. Cuba lagi dapat tiga round dan sehingga lah ke lima round dan maintain sehingga kini. Bersamaan dengan enam kilometer. Jawapan nya boleh! Kenapa? itu lah Komitment dan Komited.

Ketika itu 2006, Puan Noor Jahan serta beberapa syarikat Felda termasuk Adabi tidak yakin dapat melaksanakan lima S dan menjadi syarikat yang diiktirafkan sebagai perlaksana Lima S kerana banyak dugaan, halangan dan kekurangan sokongan, tetapi akhir nya berjaya. Jawapan nya boleh! Kenapa ? Itulah Komitment dan Komited!

Ketika itu ; tahun 2007, Tuan Guru Bakri di utem sering mengeluh kerana pencapaian lima S tak berapa bagus kerana pertukaran staff yang kerap dan pelbagai masalah kebudayaan yang lain. Tetapi akhirnya pada tahun 2008 bulan Ramadhan pula tu mereka berjaya mendapat persijilan. Jawapan nya Boleh! Kenapa ? Itu lah komitmen dan komited!

Komitmen asas kejayaan. Sepuluh kali tumbang pun kita bangun semula dan pasti kita berjaya. Komitmen datang dari lubuk hati kita. Lihat saja wira kita Lefttenan Adnan. Komited orang nya.

Pengemar Kuda selalu bercerita, dalam perlumbaan kuda lumba, ia akan kehabisan oksigen selepas separuh batu berlari, Kuda akan tetap menerus kan larian nya atas kekuatan jantung dan kecekalan hati nya sahaja.

Kita boleh mendalami makna komitmen dengan bertanyakan maksud nya dari seorang peninju yang jatuh dan bangun semula dalam perlawanan.

Kita boleh rujuk pada pelumba Maraton yang kehabisan tenaga tetapi harus sampai kegarisan penamat untuk menang!

Kita boleh baca kisah kisah orang orang yang berjaya dimana asal nya mereka tiada pelajaran dan harta sebagai bekalan!

Apa yang akan dapat kita rumuskan ialah komitmen sebagai jawapan nya. Kecekalan untuk terus berjuang dalam apa jua keadaan sekalipun!

Dalam mengejar impian terdapat empat jenis "O":
1. Cop Outs.
Mereka yang tidak mempunyai cita cita dan tidak mempunyai komitmen.
2.Hold Outs.
Mereka yang tidak yakin sama ada dapat berjaya ataupun tidak , oleh itu tidak komited.
3. Drop Outs.
Mereka yang berusaha ke arah mencapai cita cita tetapi berputus asa setiap kali menghadapi kesukaran.
4 All Outs.
Mereka yang komited pada cita cita dan matlamat serta sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai nya.

Kata David Mcnally;
"Komitmen adalah musuh ketat pada kegagalan"

Jadi lah dalam kategori O yang keempat iaitu All Outs! Cuma berhati hati dan jangan komited pada tempat, situasi dan orang yang salah. itu bukan commitment tetapi commit suicide namanya.

All Outs ok readers!


Friday, September 2, 2011

From the Coach : The way you make me feel



Hari ini, pasal leadership pula ya. Salah satu bahan Masterji dalam training program untuk leadership.

Seorang wanita jelita, hebat dan penting di undang makan malam bersama dua orang lelaki yang berpengaruh dan berkuasa serta kenamaan. Mr A dan Mr B. Wanita berkenaan di undang untuk makan malam secara berasingan , malam pertama dengan Mr A dan malam kedua ialah Mr B.

Selepas makan malam dengan Mr A, bila di tanya apa pandangan nya? Jawap wanita berkenaan:
"Saya rasa, Mr A adalah orang yang paling cerdik di tempat kita".

Selepas makan malam dengan Mr B, bila ditanya apa pandangan nya terhadap Mr B pula? Jawap wanita berkenaan:
"Semasa saya berborak dengan Mr A, saya rasakan beliau lah yang paling cerdik di tempat kita tetapi bila saya berborak dengan Mr B, Saya rasa , saya lah yang paling cerdik di tempat kita, beliau membuatkan saya nampak yang saya juga cerdik dan sama hebat seperti mereka yang berjaya".

Bingo! para pembaca yang dihormati sekalian , nampak tak perbezaan nya? Ini lah dikatakan salah satu cara untuk memimpin. Cara kita mempengaruhi pengikut kita. Seorang pemimpin yang cemerlang akan faham konsep pengurusan dengan jelas iaitu, We get things done through people therefore people is important! Make people feel important !

Mr B dalam apa jua keadaan telah memberikan keutamaan pada orang lain dan bukan pada diri nya. It' is how you make them feel important to themselves, country and organization. Even 5 minutes during coffee break. Remember What Abraham Maslow theory teach us:" Ego Needs" People wants to be respected and to be informed of how good they are ! Remember what Cat Woman commented in Take Charge! Good point Cat Woman!

It's all about motivation and giving people inspiration. Readers may thing that, Mr B , may created some false and not honest sentences for the lady. It's wrong, People has a lot of weaknesess as well as strong point. Take the strong point and tell them, it's useful and they fly higher if they use it properly and correctly. To list weak point of a person, and the list will be very long and we will go now where!

Wanita berkenaan telah membuang masa untuk mendengar kehebatan orang lain ketika bertemu dengan Mr A, dan merasakan beliau telah menggunakan masa dengan baik ketika berjumpa dengan Mr B dan tahu diri nya ada masa yang lebih banyak untuk berjaya selepas itu.

Ini adalah kisah benar terjadi di England pada kurun ke 19. Mr A ialah William Gladstone dan Mr B ialah Benjamin Disraeli.

William Gladstone pernah dilantik menjadi Perdana Menteri sebanyak empat kali, dan Disraeli sebanyak dua kali. Sama hebat tetapi cara mereka berinterkasi dan berikan fokus pada pengikut adalah berbeza. The way you make people feel through creative interaction may make you become stronger leader!

Thank you for reading.

Thursday, September 1, 2011

Sempoi Di Kajang.


Pertama sekali terimakasih pada Cat Woman kerana disebalik kesibukan hari raya masih sudi membaca blog Masterji dan sempat tinggal kan komen. Thank you.

Beraya di Hospital ke...mulia sungguh ya . Tak pa , kerana anda raikan mereka yang sedang sakit sekurang kurang nya mereka rasa juga kehangatan Hari Raya walaupun di Hospital.

Suka Masterji dengan perkataan dan komen Cat Woman dalam entri Take Charge. Yes you are super right. Kita tak boleh selama nya di cengkam orang dan hanya memerlukan sedikit push up dalam diri kita untuk stand up to take charge. We are leaders for our own self. Setuju memang setuju. Jangan hanya take care but go a bit more extra to take charge!Pada yang lain, sila lah baca komen Cat Woman dalam entri Take Charge, very interesting dari Cat Woman.

Cik Fame kita tengah sibuk beraya dan sempat berbual untuk mengucapkan selamat hari raya pada Jumaat sudah. Thank you. Pada semua yang mengirimkan ucapan selama hari raya pada Masterji, terimakasih tak terhingga. Ada yang sempat balas ada yang belum. Apa pun terimakasih ya. SMS Cat Woman sampai ke Masterji Raya pertama lebih kurang jam 8 Malam. Thank you.

Banyak rumah yang Masterji pi beraya tahun ni sebab dah tambah kenalan dan client. Selepas sembahyang Raya sampailah sekarang ini dah Raya ketiga masih beraya di rumah sahabat dan clients.

Ada banyak perkara yang menarik. Salah satu nya apabila beraya di salah satu zone lokasi perancangan nak beraya.

Zone Kajang dan Bangi. Dikajang ada ramai saudara mara Masterji dan juga kampung Puan Saniyah Kadir, Master Q. Beraya seketika di sana .

Adik saya dan anak anak nya gembira dengan juadah yang dihidangkan dan sedap kata mereka.

Terimakasih ya Master Q, Macam macam hidangan ada dan pada Ibu yang pintar dan lagi bijak tentang situasi semasa. Sedap berbual dengan beliau. Pintar mengutarakan pandangan situasi semasa dan boleh berikan cadangan lagi. Perkataan yang digunakan adalah perkataan masa kini dan bukan perkataan dahulu kala. Menghabiskan masa dengan orang yang memandang kehadapan , tak akan merugikan kita sedikit pun.

Ketika makan, datang seorang lelaki cina menaiki motosikal dan parking di luar rumah untuk beraya di rumah Master Q Puan Saniyah Kadir.

Diperkenal kan pada Masterji dan Masterji suprised selepas mengetahui identiti nya. Seorang kontraktor pembinaan yang besar, dan berjaya di kawasan itu. Mr Tan nama nya. Kenapa Masterji terperanjat ?

Beliau datang dengan sebuah motor buruk dan pakaian yang sempoi sahaja. Tidak mencerminkan langsung dia seorang usahawan yang berjaya ataupun senang cerita Tokeh besar ataupun orang kaya. Tak nampak Mercedez nya. Tak kelihatan mobile phone yang paling latest di tangan nya kecuali kunci motor sezen tadi dan sebuah helmet. tak nampak cara duduk nya bagaikan dia "UP" sikit dari orang lain. Benar benar kelihatan biasa. Kalau tak kenal statusnya, pasti kita kata orang biasa. Berborak dengan Master Q di situ juga tentang beliau. Puan Saniyah Kadir seakan memahami cara pemikiran Masterji, Mr Tan mesti jadi bahan pemikiran Masterji.

Master Q Puan Saniyah Kadir sekarang lebih pantas menganalisa sesuatu keadaan dan seseorang manusia untuk belajar sesuatu. Smart Trainer!
"The best weapon in this world , is not the latest nuklear but it's our brain" pesanan kerap Masterji pada semua student dan juga team members Value Guide.

"Kejayaan tak semesti nya dicerminkan melalui kenderaan , gaya dan gajet mahal mahal...cukup sekadar nombor keuntungan kita naik dari masa ke semasa dan jumlah pelanggan kita meningkat kerana apa yang di ingini oleh pelanggan adalah hasil kerja yang cemerlang dan bukan melihat betapa bergaya nya kita sebagai ahli perniagaan..untuk apa berlakon kira nya value rendah, business tak berkualiti dan seperti kuah lebih dari sudu". Kata Puan Saniyah Kadir. Bingo!


Ya benar. dan kami terus berbincang. lupa nak rakam gambar Mr Tan. Ha ha ha mana mana pergi pun , Masterji tak lepas memerhatikan bahan atau manusia yang excellent. Kita harus belajar daripada mereka dan tak salah. Mr Tan very good example.

Melihat Mr Tan, Masterji teringat pesanan Warren Buffet, world's 2nd richest man,
"The Happiest people do not necessarily have the best things . They simply appreciate the things they have . Let us choose a simpler and smarter way to live"


Mr TAN sempoi aje.