Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, September 30, 2010

Who paid your salary?


Salam kepada semua pembaca yang di hormati dan kepada semua yang di sayangi. Terima kasih pada komen komen yang di berikan. Ada sms yang bertanya melihat entri semalam, PIBG, ya benar, ibu Thomas Edison bisa mengubah keadaan. Ini yang di katakan Leadership Quality. Untuk melihat sama ada seseorang itu boleh memimpin ialah sewaktu krisis . Waktu itulah kadang kadang Performance Appraisal harus di jalankan.

Ada yang bertanya, pengorbanan itu haruskan Masterji? Memang benar. Untuk memerdekakan sesebuah negara kadang kadang beratus yang mati. Untuk membuatkan negeri Melaka memahami pentingnya Hang Tuah, ia telah membuatkan Hang Jebat kehilangan nyawa.

Dalam filem Bara,untuk menyelamatkan Effa (lakonan Nasha Aziz ) yang telah di ugut, aniayai, dan di jadikan pelacur oleh watak setan yang bernama Carlos (Rosyam No) , Amri (lakonan Awie ) kehilangan banyak perkara termasuk maruah dan masa depan. Hah pengorbanan! Tetapi kalau pasangan kekasih anda minta anda berkorban dulu untuk menguji status cinta anda, itu jangan ikut. Itu bukan pengorbanan , itu terkorban namanya. Ha ha ha. Masterji suka nonton filem. Filem adalah knowledge!

Komen Encik Azaman perihal pasukan bolasepak negara kita. Susah nak consistent. Bagi saya beginilah ya, ada beza antara pemain dan pejuang.

Entri kali ini ialah berkenaan dengan kualiti dan betapa pentingnya customer!

Gambar di atas saya petik daripada akhbar Metro hari ini.

London, seorang lelaki mengesan bangkai tikus melekat pada sebuku roti yang di beli dan di sediakan untuk anak anak. Teruk. Bapa kepada empat anak itu, Stephen Forse, berkata roti itu dibeli dari sebuah pasaraya. Forse melaporkan bahawa beliau telah termakan beberapa keping roti berkenaan sebelum ternampak bangkai tikus itu. Pegawai kesihatan yang memeriksa roti berkenaan memberitahu , ekor tikus itu tidak di jumpai dan membuatkan Forse fikir , dirinya telah menelan ekor tikus berkenaan. Lagi haru kawan tu jadinya. Bagaimana pun tiada ahli keluarga Forse yang sakit.

Kerugian yang teruk! Rugi nak bayar gantirugi, rugi nak bayar macam macam saman dan rugi yang terlalu rugi ialah image syarikat.!

Teringat salah seorang Boss Jepun , Tom Watanabe , saya dulu bertanya pada saya 'Lafisan ( Encik Rafi ) Who paid your salaly ( Salary)'?

Jawap saya secara direct "Company, HR dept".

Katanya "No, it is the customer who paid your salary".

Saya "...Errr..." Benar juga kata nya. Maka Customer amat mustahak.

"There is only one Boss, The Customer. And he can fire everybody in the company from Chairman on down, simply by spending his money somewhere else"
- Sam Warlton, Wallmart.

Tuesday, September 28, 2010

PIBG DAY !



Salam hormat pada semua pembaca yang di kasihi.

It's PIBG Day! Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
Gambar di atas adalah gambar Masterji di Sekolah Rendah Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang. Bertarikh 28 Februari 2009. Bulan Februari 2009 ni banyak kenangan untuk Masterji. Banyak sangat. Bukan sekolah anak Masterji. Sekolah lain.

Pihak sekolah dan Pengerusi PIBG, Encik Abdul Hadi telah menjemput saya untuk memberikan ucapan berunsurkan motivasi pada ibu bapa dan guru-guru serta berkongsi sedikit pendedahan tentang alam pekerjaan.

Kali pertama mereka menukar rentak. Kali pertama menjemput orang swasta datang dan berikan ucapan. Masterji gembira dan terharu. Kalau babak sekolah inilah permulaan dan kemudian ke sekolah lain. Kalau di tempat lain banyak juga termasuk di hospital berkongsi pengetahuan. Tak sangka boleh berkongsi pandangan dengan para doktor dan jururawat dalam dewan kuliah mereka. Dulu masa duduk belek rambut panjang tak pernah fikir boleh masuk dewan kuliah hospital dan bercakap di aktiviti PIBG. Tapi bak kata peribahasa "yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang."

Di Sekolah Rendah Pandamaran Jaya, ni Masterji beritahu 5 perkara. Seperti biasa, Masterji tak suka berjela jela dan simplicity adalah mustahak. Tambahan pula bagi memudahkan pendengar mudah faham yang Masterji ada lima perkara aje maka kuranglah mereka menguap. Strategy pertama jalan! Mata mereka bersinar dan mulut tersenyum.

5 Perkara :
1. Salam dan ucapan terima kasih pada mereka yang menjemput dan para ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk hadir. Sambil betulkan kedudukan microfon. Al maklumlah , saiz ukuran Masterji tinggi jadi kenalah buat necessary adjusment. Nama pun Rafi, bermaksud yang tinggi, nama tu kan satu doa maka bila di panggil berkali kali maka bertambah tambah lah tingginya.

2. Ucapkan terimakasih pada para ibu bapa kerana sudi meluangkan masa satu atau dua jam untuk anak sendiri.
Masterji sambung : Kebanyakkan mereka cuma ada masa 6 tahun untuk membentuk peribadi, tingkah laku dan sikap yang tepat dalam kehidupan anak anak. Darjah satu sampai darjah 6, kalau cemerlang dari tingkatan satu sampai tiga duduk asrama kalau cemerlang lagi sampai tingkatan lima di asrama dan kalau masih cemerlang terus ke Universiti dari babak diploma, Degree , Master, sampai ke PHD! Berapa lama tu? Lama. Lama di luar dan lama belajar. Dalam masa enam tahun kita boleh jadikan anak kita sebagai Juara atau "Sazali" macam dalam cerita anak ku Sazali. Hadirin ketawa.

3. Saya kemudian berikan 3 jenis ibu bapa : Allaryaham Dato Haji Sidek, Encik Hassan, dan Nancy Eddison.

Allahyarham Dato Sidek adalah bapa kepada pemain pemain Badminton negara yang berjaya. Kenapa? Beliau menetap kan sasaran dalam hidup anak anak nya dan memastikan sasaran tercapai dengan didikan, disiplin dan keseimbangan mengendalikan rasa kasih sayang dan hukuman.

Encik Hassan, yang terpaksa menahan pedih herdikan ana nya "kalau dua puluh tahun dulu, bapak pukul Sazali , ya mungkin Sazali berubah, bapaklah yang bersalah"....Hassan bapa kepada Sazali.

Nancy Eddison yang membuktikan secarik kertas yang di bawa pulang oleh anaknya dari guru sekolah tidak benar. Tidak benar dan Nancy bisa membuktikannya.Kertas itu tertulis," Tommy sangat bodoh, di minta keluarkannya dari sekolah". Nancy sebagai ibu membuang kertas itu dan berkata anak saya tidak bodoh. "Saya sendiri yang akan mengajarnya. Saya sendiri". Ia terbukti dan anak itu membesar dan berjaya. Dia adalah Thomas Edison.


Begitulah serba sedikit perkongsian Masterji dengan mereka. Hadirin gembira dan begitu juga para guru.Pulang hari itu, saya terfikir, suatu pengalaman yang manis untuk orang seperti saya.

Banyak juga aktiviti kemasyarakatan lain yang saya buat:

Seminggu sebelum tu, 21 Februar1 2009 ( hari sabtu ) dari 9 malam sampai pagi Ahad buat kerja rukun tetangga. Tengok rumah, tengok orang, tengok kereta dan melihat kisah kisah pelbagai ragam manusia di awal pagi.Emm menarik. Sampai dua kali minum teh 'O' ais tengah tengah malam akibat dahaga sangat . Dua kali tumpah. Tak tahu kenapa tumpah. Ha ha ha. . Mungkin straw itu terlalu pendek, atau straw itu tidak padan dengan gelas yang cantik atau pun straw itu tidak berkualiti langsung. Mungkin juga gelas berkenaan tidak dapat di kendali kan dengan baik. Apa pun kenangan jadi rukun tetanga pun boleh buat kita belajar banyak perkara.

Monday, September 27, 2010

5'2


Bak komen Pn Noor Jahan dan Encik Azaman berdasarkan entri Sungguh Kau Istimewa, perkataan kecik kecik cili api, memang benar. Mereka tidak boleh di pandang rendah.

Mengikut beberapa sumber yang di yakini, ketinggian jeneral Revolusi Perancis, Napolean Bonaparte ialah 5 kaki 2 inchi. Tetapi bisa jadi penakluk yang terkenal dan berani.

Masterji ;
1.Beliau tidak pernah merasakan kekurangan fizikal(ketinggian) yang ada pada beliau sebagai halangan untuk berjaya.
2. Beliau tidak pernah menyalahkan keadaan
3. Beliau memberikan mesej yang baik pada kita, ada hati semua jadi janji di usahakan.

"He who fears being conquerred is sure of defeat"
- Napoleon Bonaparte.

"Selagi kita tidak lakukan apa yang Allah larang cukup, apa orang nak cakap, pedulikan. Betul ke Masterji"
dari Encik Azaman. Waw lama tak dengar citer? Apa macam ? Lama ya beraya.

Benar Encik Azaman. Kalau kita kaya pun orang tersenyum kalau kita miskin pun orang tersenyum. Kita kena hidup untuk kita. Benar kita perlu mendapat kan pandangan orang tetapi kita harus screen betul betul sebab ada yang berikan pandangan secara jujur, ada yang berikan pandangan kerana punyai agenda.

Contohnya macam di atas ni, Kalau ah ada orang mengeji Jeneral Perang di atas ni dulu, "tak usah lah berperang, saiz badan pun tak cukup syarat " dan dia terasa malu dan was was maka hari ini, nama dia tak akan wujud dalam sejarah.

Sunday, September 26, 2010

Bingo!


News reported :
Bill Gates the Richest Man in US for 17 years!
"Success is a lousy teacher. It seduces smart people into thinking that they can't lose"
-Bill Gates.
DROPPED OUT FROM HAVARD UNIVERSITY IN 1975.

Masterji;
Salam pada semua peminat dan pembaca. Fahamkan tajuk diatas. Hebat! Nak jadi kaya satu hal, bila dah kaya boleh maintain dan consistent pulak tu.

Friday, September 24, 2010

Tommorow Never Dies 2 : Sungguh Kau Istimewa!


Salam pada semua. Sungguh kau istimewa! Terimakasih pada sokongan dan sudi meluang kan masa untuk membaca entri entri Masterji. Masterji tidak sepandai mana cuma boleh berkongsi benda yang Masterji fikir bisa menjadikan kita termasuk saya sendiri menjadi manusia yang berkualiti.

Baru baru ini Masterji jumpa ramai orang selain daripada students dan training participants. Ada yang unik, dan menarik. Ada yang subjective dan ada yang objective.

Teringat pada pesanan Cik Fame kita, Pn Noor Jahan, jangan lupa senyuman yang menawan dan meninggal kan kesan bila di khalayak ramai. Sure tak lupa.

Tergelak saya baca pasal 5S. Kenapa tak jalan dah setahun nie, why, why, why.... ha ha ha macam tanya sewaktu berada dalam training program pulak. Saja mengusik ya. Apa pun saya yakin dengan kebolehan Pn. Saya pasti bisa di aktifkan semula dengan bakat yang Pn ada. Sesiapa yang dah berurusan dengan Pn, akan tahu kebolehan Pn. Walaupun Masterji ada untuk berikan pengetahuan, anda lah yang memasti kan nya bergerak. Banyak kali Pn telah buktikan. Saya dengar , Syarikat Pn,akan di lawati oleh orang besar dari Jepun untuk belajar pasal 5S . Kalau benar itu berita gembira. Kalau dulu, orang Malaysia pergi ke sana unutk menimba ilmu tetapi kini Pn telah buktikan kita sudah MERDEKA dan bisa jadi Tok Guru untuk mereka. Mubarak Ko Jahan Ji, Mubarak Ko!

Tak pa nanti bila kita retired, kita akan duduk tersenyum bangga mengenangkan apa yang telah kita buat dalam hidup kita. Sekurang kurang nya Pn pernah menjadikan organizasi Pn cemerlang sebagai seorang rakyat Malaysia, seorang HR Manager dan juga sebagai seorang muslim. Anda pernah menjadi guru dan di rujuk!

Ada yang bersara nanti tersenyum pabila mengenangkan masa lampau sekurang kurang nya dia pernah jadi penyelia. Dan tidak kurang juga yang merana mengenangkan tiada apa sebenar nya di capai sekadar glamour yang tiada mendatang kan faedah. Hargai lah diri kita.

Itulah juga harapan Masterji . Masterji mahu nanti bila bersara , ada lah sesuatu yang murni, bernilai dan manis untuk di kenang . Benar tiada yang perfect tetapi kita tidak boleh sewenang wenang nya hidup dan beriontasikan slogan itu selama lama nya. Kita harus cuba mengurang kan jurang antara kekurangan dan kesempurnaan. Jangan lah nanti kita ibarat "..Kerakap di atas batu..................." .

Entri kali ini berkaitan dengan, Tommorow never dies 2: sungguh kau istimewa. Berita ini Masterji baca dan petik daripada akhbar Metro dated: 23rd September 2010. Masterji pernah menulis tentang entri Tommorow never dies yang pertama tentang kejayaan orang yang kurang upaya bisa masuk ke Universiti dan kalai ini juga untuk orang orang yang sama.

A Thousand and One Nights sebuah restoran di Barat Afghanistan yang menyediakan nasi panas dan dan kebab yang enak mempunyai satu ke unikan. Sebenar nya ada daya tarikan lain di situ. Terdapat 3 orang pekerja yang kerdil di situ. Ia memberikan pandangan yang menarik pada setiap pengunjung. Di samping membantu untuk memberikan peluang pekerjaan kepada mereka bertiga yang telah di klasifkasikan sebagai orang kurang upaya oleh Kerajaan nya, Pengasas restoran berkenaan juga bijak untuk mengwujud kan something different di restoran nya.

"Orang pendek tak semesti nya jadi badut sahaja" Kata salah seorang dari mereka. Abdul Jabber yang gemar pada aktiviti bina badan.

Sesuatu yang berlainan dan mungkin boleh di pertimbang kan oleh mana mana tokeh restoran di Malaysia. Saya fikir ia akan berjaya dan sudah pasti beratus ratus kanak kanak yang akan memaksa ibu bapa nya ke restoran berkenaan! Saya pasti.

Sungguh Kau Istimewa!. Be different , Be Creative !

Bila sebut perkataan sungguh kau istimewa nie, teringat Masterji pada lagu nyanyian Dj Dave bersama Uji Rashid. Lagu lama. Saya sertakan. Sambil belajar kita berhibur, Principle of Adults Learning.

Mungkin di masa akan datang bila anda mendengar nya ingat lah pada entri ini,
A Thousan d and One Nights.

Thursday, September 23, 2010

Akulah King!

Salam and good day to everyone. What had you achieved yesterday? Anything valuable for you, family or your workplace? If the answer is no than start to plan for today and days later. Take five to think this, can I do better than what I am doing now? or where and what will I be in 2015?

Thank you to all the comments given. Ya, never give up! In its first 28 attempts to send rockets into space, NASA had 20 failures!

Cik Fame kita Pn Noor Jahan juga peminat filem filem Hindi ya. Ya filem dahulu bakat bakat pelakon nya lebih realistik. Lagu yang Pn sertakan tu lagu lama berkait rapat dengan kekeluargaan. Selamat kembali dari bercuti. Terima kasih komen iras wajah adik bagaikan Cik Lisa. Anda adalah yang pertama dan terawal seingat saya yang memberitahu saya di sebalik ramai yang lain. Saya sendiri pun tak perasan. Terima kasih.


Kali ini entri perihal seorang insan yang amat di kenali, di segani, seorang yang berwawasan, seorang yang kreatif dan macam macam lagi perkara yang berkualiti di milikinya. Beliau juga seorang pendidik dan berpandangan jauh. Beliau tak lain dan tak bukan adalah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Seniman agung. Filem filem beliau sudah dari dulu lagi mencerminkan Gagasan 1 Malaysia. Filemnya mencerminkan keakraban 3 bangsa terbesar di Malaysia dan filemnya di tonton oleh semua kaum dan dari orang tua sampailah kepada kanak-kanak.


"Hei Ramlee siapa nama kau?" "Akulah King". "King Apa?' "King Kong"....
ha, ha, ha....
Dialog antara Allahyarham P. Ramlee dan Dato Aziz Sattar dalam filem seniman Bujang Lapok. Benar beliau jadi King. King yang tidak di lupai.

Satu perkara yang menyentuh jiwa dalam cerita Pak Aziz Sattar, pada tahun 1959, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee mengatakan kepadanya;

"Jis, walaupun aku mati nanti, tetapi aku akan hidup 1,000 tahun lagi".
Saya fikir benar kata nya. Dan saya juga fikir , Allahyarham Tan Sri P. Ramlee tahu serta sedar apa yang di cakapkannya. Dalam kata kata itu, ia bisa mencerminkan yang beliau sudah tekad menjadi seseorang yang tak akan di lupakan. Seseorang yang berjaya, seseorang yang harus membuat sesuatu yang tidak akan di lupa kan.
Vision yang jelas.

Filem filem beliau bisa membuat, kita tersenyum, berfikir, susah hati dan simpati. Kita juga bisa menitiskan airmata. Filem filem beliau mencerminkan hampir banyak aspek kehidupan, pekerjaan dan pelbagai lagi termasuk kepimpinan.

Beliau pernah menyentuk babak kualiti bangsa dan komunikasi, "Bahasa menunjukkan bangsa " dalam filem Seniman Bujang Lapuk. Filem berkenaan juga mengajar kita menjadi penyelia yang harus bertindak mengikut situasi, sabar, bertindak sebagai pembentuk kepada pekerja yang bercita cita tinggi akan tetapi kurang kemahiran terutama pada pekerja baru. Tentu pembaca masih ingat bukan bagaimana siksanya "Director Ahmad Nesfu" untuk memastikan arahan di patuhi dan sasaran di capai. Babak yang amat melucukan. Lain yang di suruh lain yang di buat.

Gelagat Pak Maun , dalam filem Do Re Mi, adalah kenyataan dalam kehidupan hari ini. Malah ia memberikan pengetahuan kepada para Bapa jangan lah jatuh ke kategori tersebut. Kita juga boleh belajar satu lagi aspek yang penting, iaitu Personality yang di paparkan. Dari rumah , Pak Maun mempamirkan personality yang di segani dan bila sampai di Pekan, Pak Maun bertukar ke satu lagi personality.Malah sehingga ke hari ini, watak Pak Maun itu di jadikan bahan pujian pada sesiapa yang menari" Puh, menari macam Pak Maun lah". Gelihati bila kita dengar.

"Biar busuk daging ku mamah, asal kau terhindar cemar" Dialog yang hebat dari filem Semerah Padi. Filem berkenaan mencermin kan bagaimana seorang pendukung undang undang dan orang harapan juga bisa melakukan kesilapan. Aduka , menempuhi ujian yang getir dan kecundang dimana akhirnya terpaksa membayar harga yang mahal untuk kesilapan nya. Filem berkenaan mengajar kita supaya seorang pemimpin harus punyai daya ketahanan diri yang tinggi. Malah filem berkenaan juga mempamirkan keadilan ketua yang memimpin di tempat tersebut. Walaupun Aduka dan anak nya sendiri yang di dapati bersalah malah hukuman nya sama tiada berat sebelah. Honesty and Fairness in Leadership is important.

"Abdul Wahub, Trouble Shooter ", Watak penyelamat yang hebat dari filem tiga Abdul. Kita mungkin boleh belajar banyak perkara dari filem berkenaan. Dalam sebuah keluarga tidak kira lah berapa ramai jumlah nya mesti ada seorang Abdul Wahub yang bisa jadi moderator, Leader dan Problem Solver serta bisa jadi penghidu bencana sebelum di timpa oleh nya. Begitu juga di dalam organizasi. Di dalam filem berkenaan juga Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, memberikan satu perkara penting . Tahu apa dia? Dia mengajar kita strategy Peperangan." The Art Of War" . Semua jenis peperangan akan di menangi dengan idea bukan perasaan dan tenaga semata mata. Ada masa nya mengalah ada masa nya menyerang.

"Kalau 20 tahun dulu , Bapak pukul Sazali, ya mungkin Sazali boleh berubah, Bapak yang bersalah.."
Ha ha ha popular bukan ayat ini.Dari filem Anak ku Sazali. Di sini , beliau memberi pengajaran kepada ibu bapa dan pemimpin pemimpin syarikat apa akibat nya mengunakan kaedah kepimpinan yang salah. Antara Demokratik dan Autokratik. Harus ada balance. kira nya tidak, begitulah implikasi nya.

Banyak dan banyak lagi filem beliau yang bisa di jadikan pelajaran untuk kita dan generasi yang akan datang.

Mari lah kita dengar tiupan saxapone lagu Jeritan Batinku daripada Kassim Selamat yang di petik dari filem Ibu Mertuaku sempena entri ini:


Tuesday, September 21, 2010

From Garbage to Cinema

Salam hormat pada semua pembaca dan peminat . Terima kasih untuk komen entri semalam. Ha ha ha , Bukan Rafi Khanna tapi itu Jatin atau Rajesh Khanna. Sms rakan yang mengusik. Lagu sedap di dengar. Ha ha ha. Lagu lama tu.
Sebenarnya lagu lagu hindi ini kalau kita faham maksud senikatanya memang best. Boleh membuat jiwa jadi terhiris.

Cik Fame kita , Pn Noor Jahan, apa khabar ya? Sibuk beraya ataupun preparation nak pi Japan agaknya.
Encik Azaman pun lama tak dengar khabar?
The One saya dengar tengah sibuk exam.

Hari ini, entri pasal sesuatu yang dah masuk tong sampah boleh buat duit dan bukan sedikit malah menempah nama sebagai orang yang terkenal. Kalau semalam mesejnya : Dare to Challenge, hari ini mesej nya : Never give up!
Ada dua contoh yang akan saya sertakan hari ini. Jangan cepat putus asa. Bak kata Dato Fadhilah Kamsah, bukan tak berjaya tapi belum berjaya lagi.

Pertama kita bincang pasal Stephen Edwin King atau lebih di kenali sebagai Stephen King novelist terkenal yang berasaskan novel novel seram dan misteri. Banyak juga hasil tulisan nya di filemkan. Di antaranya adalah Carrie dan Misery. Saya suka dengan kedua kedua nya terutama Misery.

Stephen King adalah seorang anak yang dibesarkan oleh seorang ibu. Ketika berumur dua tahun, bapanya telah meninggalkan beliau dengan alasan keluar sebentar untuk membeli sekotak rokok.

Stephen King hampir melakukan multimillion dollar mistake dalam hidupnya! Hampir! . Karya yang bertajuk Carrie sudah di campakkan ke dalam tong sampah selepas di tolak oleh banyak pihak penerbitan dan tidak diberikan perhatian langsung.

Isteri beliau yang terjumpa naskah yang sudah di buang itu, telah mengutipnya dan merayu supaya naskah itu di persiapkan dengan lebih kemas dan cuba lagi untuk di jual.

Akibat usaha yang berterusan, karya berkenaan telah diterima oleh publisher Doubleday. Seterusnya buku itu di jual dengan 4 juta cetakan dan di adaptasikan ke filem yang berjaya memcecah tahap blockbuster! Hebat bukan kuasa Never Give Up.


Contoh yang kedua, ialah berkaitan dengan Colonel Harland Sanders. Kenal bukan. Founder of KFC.

Colonel Sanders berjaya ketika berumur 65 tahun. Umur bukan halangan. Anak yang kematian bapa ketika berumur lima tahun. Di tugaskan oleh ibunya untuk memasak di rumah memandangkan Ibu nya harus bekerja. Beliau melarikan diri apabila Ibu nya berkahwin lagi.

Beliau dalam usaha menjual resepi nya , sebanyak 1000 restoran yang menolak resepinya. Bayangkanlah, seribu restoran. Namun beliau tidak pernah putus asa, dan restoran yang ke 1008 setuju untuk membelinya. Akhirnya beliau berjaya. Setelah 1008 jumlah restoran. Bayang kan kalau dia berhenti dan putus asa pada orang yang restoran yang ke lima belas atau enam belas? Tentu terkubur dan tak dapat lah kita merasai nikmat KFC.

Therefore; jangan putus asa. Never Give up!

Monday, September 20, 2010

Mere Sapno Ki Rani


Salam hormat pada semua pembaca dan pengikut. Di harap kan sihat ada nya. Terimakasih komen yang di terima perihal entri Anchors and Motors. Ha ha ha ada yang kata tips yang berguna tetapi dah lambat. Tak pa, guna kan lah untuk nasihat kan yang lain lain. Minggu lepas ketika sebahagian dari kita masih sibuk berhari raya, saya pula mendapat peluang untuk mengajar di KWSP Kuala Lumpur dan berjumpa dengan para pelajar yang bermacam berwatakannya.Semuanya mempunyai semangat yang tinggi untuk sama-sama belajar dan berkongsi sesuatu yang baru. Pelbagai dan rupa yang saya temui semasa sesi tersebut berlangsung. Ada yang seiras Maya Karin, ada juga yang seakan Cikgu Shaari dan sebahagian yang lainnya seakan peguam!Apapun, saya gembira mengendalikan kelas tersebut dan di harap kita semua dapat bertemu lagi.Insyaallah.
Entri kali ini pasal Jatin Khana dan sesuatu yang mengusik jiwa. Hari ni kita discuss yang ringan ringan aje ya. Bagi sesiapa yang baru mula bekerja selepas cuti panjang saya ucapkan selamat bekerja semula. Macam mana mood hari ini? Ha ha ha, saya boleh agak jawapan nya. Tak pa. Macam manapun kita harus bersyukur, tempat kerja dan kerja masih wujud. Demam Raya masih kuat lagi kan. Pagi tadi lebih kurang pukul 2 pagi atau lebih sedikit, Saya memandu pulang dan ketika itu di Petaling Jaya. Pulang dari out station atas program latihan. Banyak juga kereta atas jalanraya. Terfikir juga Masterji, depa ni dari mana nak kemana ya. Mungkin sama juga baru balik out station. Berseorangan, letih dan macam macam perkara ada di dalam fikiran. Buka radio dan sejurus selepas lebih kurang lima lima minit, saya di kejutkan sebuah lagu Hindi. Bukan lagu lain tak best tapi lagu ni lagu lama dan menarik. Lagu zaman ibu bapa kita semasa muda mudi dahulu. Hilang rasa mengantuk. Fikiran melayang pada Mummy. Kalau lah dia dengar, emm, mesti dia suruh besar kan. Kalau di kenduri kahwin, kita dengar lagu 60an selalu nya Pak Cik Pakcik akan tersenyum dan girang bekerja tetapi kalau di main kan lagu di bawah ini atau lagu lagu hindi yang lain, Mak Cik Mak Cik pun ikut gembira dan tersenyum. Selalu saya perhatikan. "O, eh hey, hey, ha ha, Mere Sapnon ki rani kab aayegi tu, Aayi rut mastaani kab aayegi tu, Beeti jaaye zindagaani kab aayegitu, Chali aa, tu chali aa..., Lebih kurang maksudnya begini,
"Di manakah wanita impian ku, yang jelita dimana , marilah , marilah. "
Jangan salah faham ya, Masterji tak fasih cakap Hindi tetapi boleh lah sikit sikit. Mungkin kerana pergaulan dan terlalu banyak tengok filem Hindi agak nya.
Bila terdengar lagu tu, teringat pada aktor Rajesh Khanna atau nama sebenarnya Jatin Khanna. Lahir pada 29 December 1942. Dia adalah anak angkat kepada sebuah keluarga yang ada tali persaudaraan dengan ibu bapanya yang sebenar. Lagu tadi di petik dari filem Aradhana tahun 1969. Filem tersebut meletup-letup di pawagam Malaysia. Mungkin ramai juga mengingatinya melalui filem Andaaz. Rajesh Khanna mempunyai sikap" Dare to Challenge' yang cemerlang. Beliau masuk ke dunia perfileman tanpa kroni, tanpa pertolongan, tanpa cable. Semua nya adalah kerana semangat, cita cita dan keberanian serta bakat. Beliau di nobatkan sebagai Pelakon filem Hindi yang pertama menjadi Superstar. Lebih kurang pada tahun 1966, beliau telah dengan berani nya memasuki All India Talent Contest Nation wide. Beliau menang dan bermula lah karier nya sebagai seorang pelakon. Beliau mempunyai Aura tarikan yang hebat. Para peminat yang menggilai nya akan meninggal kan kesan ciuman di kereta milik nya. Peminat wanita akan mengutuskan surat pada beliau dengan tulisan yang terhasil dari darah mereka sendiri. Termasuk yang beratus ratus menunggu beliau di hotel hotel tempat beliau menginap setiap kali ada shooting. Semata mata kerana ingin melihat nya dari dekat. Fuhh!! Sampai macam tu sekali.Yang itu jangan belajar, tapi sikap Dare to Challenge nya , bagus. Jangan lupa ya. Hebat juga ya kalau jadi Filem Star, sampai kereta pun orang boleh cium. Kalau macam tu hari hari kena cuci kereta. Leceh juga kan. Apa pun, kerana populariti nya, kisah nya di masuk kan kedalam buku teks pengajian oleh Bombay University dalam bentuk essay dan bertajuk "The Charisma of Rajesh Khanna". Melihat gambar nya, membuat kan Masterji juga selalu berfikir. Therefore, beranilah menyahut cabaran. Kalau tak pecah kan ruyung, masakan kita dapat sagu nya. Saya sertakan sekali lagu tersebut buat para pembaca.

Friday, September 17, 2010

Achors and Motors


Salam pada semua peminat. Di harap kan semua pembaca dan pengikut Blog Masterji berada dalam keadaan gembira dan sihat hari ini. Ya, Masterji dah start menulis. Terimakasih pada sms komen semalam entri berkenaan dengan Ayu.Suka tulisan Masterji ke atau gambar Cik Lisa tu ?

Hari ini, Masterji nak cakap pasal Teman. Perkara am tetapi penting. Banyak sangat Masterji baca DCCK. Di celah celah kehidupan setiap Ahad dalam akhbar Mingguan Malaysia. Ruangan yang memang di minati semenjak zaman remaja lagi. Kisah kisah kehidupan yang rumit dan bermasalah tetapi elok untuk kita berkongsi bersama. Masterji membesar bersama sama DCCK.

Hidup perlu ada teman, sahabat, rakan atau kawan.

Selalu nya bila kita di landa masalah, kita akan murung. Mula nak mencari teman yang boleh berkongsi pandangan, atau mengisi tempat kosong untuk mencari bahu baru yang bisa kita bersandar,.
Anda harus teliti dalam membuat pilihan. Terutama kalau anda jelita atau handsome atau kaya, atau bila ada yang mengetahui logical sense anda sedang tidak berfungsi kerana masalah yang sedang anda alami , maka bersusun lah advisor advisor yang merela kan buah fikiran dan jasa mereka diperguna kan. Tidak di nafikan, ada yang ikhlas, dan juga tidak di nafikan ada yang opportunist! Tidak kurang juga, yang mencipta tajuk dan jalan cerita yang seiring dengan masalah yang sedang kita alami supaya nampak "hei! we are in the same boat rupanya ya". Kerana tujuan peribadi, perniagaan dan lain lain. huh! di sinilah kita bakal di timpa masalah dan bencana. Yang kaya jadi miskin, yang jelita jadi buruk, yang ceria jadi trauma dan hidup dalam ketakutan yang melampau, yang sudah ada masalah , bertambah tambah masalah. The worst part, bak kata peribahasa; Lepas mulut harimau masuk mulut buaya. Dan saya nak panjangkan sedikit pengajaran dari peribahasa berkenaan. Kalau dah kita baru lepas dari mulut rimau, pasti kita akan kenal ciri ciri buaya maka kalau di perah akal kita bersungguh sungguh, kita cuma lepas mulut rimau sahaja dan tak masuk mulut buaya. First time when we make a mistake, yes , it is a mistake but if it is repeated, itu nama nya sengaja.

Dalam mencari teman;

Kalau bernasib baik dapat motors dan kalau tidak dapat anchors!
"There are two types of people - anchors and motors. You want to lose the anchors and get with the motors because the motors are going somewhere and they"re having more fun. The anchor will just drag you down."
Wyland - World renowned Marine Artist.

Therefore:

"......You need to avoid toxic people at all cost. You' re better of spending time alone than spending time with people who will hold you back with their victim mentality and their mediocre standards. Make a concious effort to surround yourself with positive, nourishing, and uplifting people..."
Jack Canfield, Author of The 25 principles of success.

Dan;
"Di umpamakan, rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti berkawan dengan si penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak tidak akan mensia - sia kan anda, sama ada anda membeli nya atau hanya mendapat bau haruman nya. Tukang besi pula boleh menyebabkan anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."
Hadis Al - Bukhari dari Abu Musa Al- Asy'ari.

Maka anda harus lah berhati hati. Pilihan di tangan anda, Anchors or Motors!

Thursday, September 16, 2010

Ayu


Salam pada semua peminat. Harap sihat dan semoga banyak kenangan manis di hari raya.Terima kasih kepada yang mengutus ucapan Selamat Hari Raya melalui sms. Tahun ini terlalu yang mengutus ucapan dan Masterji memohon maaf jika ada sesetengah darinya tidak sempat di balas.Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada yang memberi ucapan melalui entri/email.
Pada Puan Noor Jahan ; terima kasih untuk komen perihal ibu bapa.
Raya tahun ni, banyak juga kenangan manis yang Masterji lalui.
Raya tahun ini juga, rakyat Malaysia di kejutkan dengan beberapa siri pembunuhan kejam.Masterji pernah mencadangkan pada para pembaca tentang karektor dan personaliti seseorang.Sila rujuk pada entri ini. Watak pembunuh seperti Hannibal Lecter sentiasa wujud di sekeliling kita dan dalam keadaan sekarang adalah di syorkan juga supaya kita membaca da belajar asas mengenali karektor/personaliti.
Awas! Kebiasaannya, berdasarkan pada novel Primal Fear, selalunya suspek akan cuba mengaku mereka tidak waras atau hilang ingatan.

Entri kali ini, Ayu.Watak yang di bawa oleh Lisa Surihani dalam filem Lagenda Budak Setan. Di tangan Lisa, watak Ayu berjaya mencuri tumpuan penonton.Dia menyerlah. Ayu seorang anak gadis yang tertekan dengan karenah buli.
Lisa Surihani yang mempunyai lulusan ijazah dalam bidang Undang-Undang(Law) memilih untuk menceburi bidang lakonan walaupun sebenarnya beliau boleh sahaja menggunakan kelulusan yang ada untuk kerjaya lain yang berkaitan dengan kehakiman/undang-undang.
Masterji tidak mahu memberi komen pada perkara lain, tetapi mahu cuba menjelaskan satu perkara ; Kadang-kadang, sesuatu yang kita minati walaupun bukan dalam skop kelulusan yang kita ada tetapi dengan kesungguhan dan keazaman beserta usaha gigih , berkemungkinan minat itu boleh mendatangkan kejayaan.Asalkan kita terus berusaha.Minat tanpa usaha sudah tentu tidak akan membuahkan kejayaan.Contoh yang paling mudah,cuba kita lihat pada pengusaha kedai haiwan.Kebanyakkan bermula dengan minat kepada haiwan dan akhirnya dengan ketekunan, berjaya pula membuka kedai haiwan.
Berbalik kepada Lisa Surihani, setiap kali saya terpandang wajahnya di media, ianya mengingatkan saya pada wajah adik.Adik dan Lisa mempunyai iras wajah yang hampir sama.
Adik yang bertugas sebagai pegawai Jabatan Imigresen di bahagian penguatkuasa mempunyai ketegasan yang tinggi dalam menjalankan amanah yang di beri.
Sebenarnya, adik yang lebih sinonim dengan panggilan Cik Siti berkongsi tahun kelahiran yang sama dengan Lisa Surihani.
Sempena entri "Ayu" ini, Masterji hadiahkan sebuah lagu dari filem Lagenda Budak Setan untuk penghayatan bersama.


Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri



Salam aidilfitri kepada semua rakan rakan, my valued customers and semua peminat.

Bagi Masterji, Aidilfitri tahun ini ada yang menarik dan pahit. Ada ketika Masterji tersenyum dan ada masanya Masterji termenung. Apa pun kita mesti teguh!.

Jangan lupa ibu bapa di kampung dan adik beradik sekelian. Darah adalah lebih pekat dari air. Di kala kita sibuk bershopping untuk beraya , orang tua di kampung sedang berpeluh menyedia kan apa yang patut untuk menyambut kepulangan kita dari bandar.

Kalau kita tujuh beradik dan setiap kita telah berkahwin dan katakanlah setiap dari kita ada 3 orang anak. Maka kalau di campurkan , diri kita, pasangan kita, anak kita tiga orang maka jumlahnya adalah :5 orang. Kali dengan 7 keluarga maka total nya : 35 orang! Ramai tu. Maka hulurkanlah apa yang patut. Sama ada, si Along, atau Angah, atau Alang, atau Ucu ada hulur atau tidak, kita jangan peduli. Itu bukan soal utama. Soal utama ialah kita dan tanggungjawab kita. Walau pun keadaannya seperti kita sahaja yang kasi tapi tidak yang lain, itu pun bukan soal nya. Kalau orang lain tak nak sembahyang tak kan kita pun berhenti sembahyangkan.

Therefore , teruskan bantuan anda pada mereka. Berayalah semesra mesranya dengan mereka dan sepenuh kasih. Kita tidak pasti dan kita juga tidak boleh pastikan sama ada Aidilfitri tahun depan dapatkah mereka bersama kita lagi atau dapatkah kita bersama mereka lagi. Kita juga kelak akan jadi seperti mereka. Maka apa yang kita buat hari ini, adalah pelaburan untuk masa akan datang.

Akhir sekali, Masterji ingin mengambil kesempatan ini, mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga pada semua para peminat, pembaca, yang menyokong blog ini. Masterji juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua dan kiranya ada kata kata yang kasar dan perilaku yang tidak manis, maka kemaafan di pinta dari hati yang tulus ikhlas.

Blog ini akan bercuti sementara. Akan di buka semula selepas 20 September. Tetapi ia boleh di baca dan komen di alu alukan. Masterji akan sering memeriksanya.

Selamat Hari Raya , Maaf Zahir dan Batin dari Masterji.


Monday, September 6, 2010

Que Sera Sera


Salam mesra pada semua rakan rakan dan para peminat. Masterji harap anda berada dalam keadaan yang gembira dan sihat. Bahang Raya sudah semakin hampir. Sana sini semua nya jualan murah dan macam macam lagi. Hampir semua kedai sesak. Syukur. Malaysia masih aman dan makmur. Kepada yang tak mampu jangan di lupakan ya.

Ibu bapa adalah yang paling utama. Sebelum kita belikan baju anak anak kita sorang lima pasang, fikir fikirkanlah ibu bapa di kampung sama ada mereka lengkap dari segi persediaan ataupun persiapan juadah menyambut kepulangan kita nanti di Hari Lebaran.

Taking this opportunity to welcome another two followers , Mizan and Rajesh. With all respect, welcome to Masterji's blog. Kindly share with us your experience and expensive thoughts. Thank you for interest. Mizan and Rajesh are currently involved in HR working environment. They are potential future HR leaders.

Entri kali ini, berkaitan dunia HR ( Human Resource Management ). Gambar di atas adalah gambar saya dan beberapa orang students saya pada hari Graduation MIHRM. (Malaysian Institute of Human Resource Management )

Saya di berikan beberapa module untuk mengajar di dalam program pembelajaran HRM di MIHRM. Ayat yang selalu saya terapkan kepada mereka ialah; "go and drink petrol", kalau mereka tak dapat jawap soalan dan mereka kebiasaannya akan ketawa terbahak-bahak.

Dan perkataan lain dan yang terpenting saya beritahu mereka ialah, "being a learner , it's not Que Sera Sera". Que Sera Sera adalah lagu yang kita dengari atau pelajari dari kecil lagi. Tentu ingat bukan, Que Sera Sera adalah dari perkataan Spanish yang membawa maksud , What ever will be will be.

"When I was just a little girl,
I asked my mother, what will I be,
Will I be pretty, will I be rich,
Here's what she said to me,"

"Que Sera, Sera,
What ever will be , will be
The Future's not ours to see,
Que Sera Sera,
What ever will be will be."

Common remarks, "Well Sir, we prepared for exams but we won't know whether may we get good or bad marks, but as long as we obtained minimum passing marks , is ok".

My replied, " life is not Que Sera Sera".

I told my beloved students of MIHRM, Don't follow that song, you'll go no where !

What I normally told them is" We produce HR Managers and not students". Learn and don't memorize only. Learning and memorizing is different. If you learn, you'll do well in examinatons and practice but if you memorize, you'll do well in examinations only.

Therefore life is not Que Sera Sera. Most of them done well.

I believed, in current and future business scenario HR functions will be constantly important and needs to be innovative. HR is no more longer a cost centre but should be profit centre. For example, man power planning is under HR Dept responsibility but by fullfilling the request to recruit may add up to permanent fixed cost for the company, instead can a multi skilling replace the request of a new staff?

There is so many ways currently to manage HR functions to be more innovative and productive. In many occasions where I had met some Top key persons from various company at certain official or dinner functions , I had always post questions to them in how they measure HR functions results .

While production, sales, finance department may clearly presents their fiqures of achievements , HR can only witness it .
No! that is not the way anymore. HR has many things that can be shown and promoted accordingly. Not only how many people that you had trained or recruited but many more and in fact you may tell your CEO , how much operation cost you had saved from your HR functions!. Do it. Be innovative and competitive.

Saturday, September 4, 2010

Burger Mc Chicken

Salam satu Malaysia pada semua pembaca dan peminat yang di hormati dan di kasihi. Terima kasih pada semua komen komen yang di berikan. Bagaimana persiapan Raya? Berapa set baju satu orang? Apa pun demam nak menyambut Raya dah kuat. sana sini shopping sakan. Apa pun Dendang Perantau masih menjadi lagu favourate Raya Masterji dan of course lah lagu Idola saya Jamal Abdillah,...'Assalamualaikum salam hamba hulur tanda ingatan,......". Salam Aidilfitri tajuk lagu nya .


Entri semalam, Hernando Cortez mendapat banyak feed back yang positif. Benar kita mesti tekad.

Entri kali ini pasal kualiti. kalau sebut pasal kualiti nie mesti teringat tenaga pengajar saya,Cik Sania.Cik Sania mesti setuju.

Cik Sania seorang follower dalam blog Masterji dan expert pasal Quality Management.
Seorang graduan UTM, mempunyai hampir dua puluh tahun pengalaman dalam bidang Manufacturing yang berkaitan dengan ISO, Statistical Process Control, Environment Management dan Kaizen. Nama sebenar beliau ialah Saniyah Kadir. Selalu panggil Sania atau Sonia. Kadang ramai client yang confuse ingatkan dia "film star", rupa nya tenaga pengajar.

Seorang tenaga pengajar dan single mother yang hebat. Kalau di tanya pandangan beliau tentang pengurusan kualiti yang berkesan, beliau akan bercakap tak henti henti dan berpuluhan slogan yang akan kita dengari dari Falsafah Deeming sampai lah ke Juran.

Banyak kualiti program saya yang di uruskan oleh beliau.

Entri kali in perihal kehebatan Mc Donalds. Tentu pernah makan dan minum di situ bukan? Tahu kah anda di Malaysia kita punyai lebih kurang 194 outlet McDonalds.

Satu benda yang cemerlang tentang mereka adalah keseragaman mutu makanan mereka. They maintained the food taste perfectly regardless of even they are from various places and branches!

Cuba kita fikir , Kata kan lah kita makan burger Big Mac di McDonalds Shah Alam dan esok nya burger yang sama di McDonalds Subang atau Penang, atau Kuala Lumpur atau di Petaling Jaya, rasa burger berkenaan adalah sama. Pelik bukan! Kualiti nya sama walaupun dari tangan yang berbeza . Bagaimana ini boleh terjadi.

Mereka pasti punyai prosedur kerja yang jelas dan strategik. Kalau para pembaca nak tahu lebih lanjut , kena lah baca buku lama tulisan Tom Peters yang bertajuk "In Search of Excellence". Buku yang terlaris menceritakan bagaimana organizasi yang cemerlang dapat bertahan lama dan kenapa.

Therefore kalau Mcdonalds boleh memastikan pekerja nya yang berbilang kaum, dan dari tempat operasi yang berlainan dapat mengikuti standard mutu produk yang telah ditetap kan, kenapa tidak kita dan organizasi kita?

Kalau nak tahu dengan lebih cepat dan cara yang lebih terperinci ataupun the Know How maka kena lah jemput Masterji datang kat tempat anda! Kalau tak , menerusi telephone pun kita bisa berbicara janji kita belajar. Kita cemerlang, organizasi kita cemerlang dan Negara kita akan turut cemerlang.

Friday, September 3, 2010

No Retreat , No Surrender!



Salam mesra pada semua peminat dan pembaca setia. Apa khabar hari ini? Terima kasih berbanyak kepada semua yang memberikan komen.

Entri semalam Double 0 Seven mengundang banyak feed back dari rakan rakan.

Ada yang nak jadi James Bond pulak. Ya Masterji pun sebenarnya sedang menunggu satu hari nanti akan ada bintang dari Asia yang menjadi James Bond. Silap hari bulan Masterji pun ikut screen test. Ha ha ha . Rasa nya kriteria hampir cukup kot cuma kena exercise lebih sikit. Tinggi dah cukup ngam. Tegap? Takpa boleh tambah weight lifting lagi. Encik Azaman jangan marah ya.

Ha ha ha. Manalah tahu kan angan angan jadi kenyataan. Cuma babak penggoda dan minum minum tu ada masalah besar.

Entri kali ini adalah bahan latihan Masterji yang selalu di gunakan untuk program Leadership. No Retreat, No Surrender! nama nya.

Hari ini entri perihal, Ketua yang berani mati. Ketua yang mengusik minda pengikut nya. Ketua yang membakar semangat pekerja nya dengan begitu berkesan. Ketua yang mendidik pengikut nya, hanya ada satu jalan sahaja iaitu kejayaan, Ketua yang membuatkan pengikut nya tiada plan B hanya ada Plan A ! Ini macam peribahasa cina, Berani mati tak mati. No Retreat, No Surrender. Masih ingat dengan filem itu.Tahun 1986. Filem Box Office tentang Thai Boxing. Di sinilah detik populariti aktor Jean Claude Van Damme bermula.

Tahun 1519, Hernando Cortez seorang Penakluk atau Spanish Conquistador mendarat di Mexico , Yucatan untuk misi berperang. Seramai 500 orang askar dan 100 kelasi kapal menaiki 11 kapal laut untuk misi berkenaan. Mereka di ketuai oleh Hernando Cortez.

"They were a small group of soldiers attempting to overthrow a large and powerfull empire on their own turf, an empire that had been in power for 600 years".

Sejurus mendarat, Hernando Cortez memberikan taklimat secara ringkas dan menjerit memberikan arahan. Satu arahan yang pelik tetapi berkesan. Amat berkesan. Kata nya kepada semua pengikut " Burn all our ships"!, Beliau mengarahkan semua pengikut membakar kapal kapal mereka sendiri! Pengikut pengikut nya menjadi keliru dan pelik. Ada yang rasa hairan dan tak kurang juga timbul rasa risau nak pulang macam mana? Beliau berkata lagi selepas itu"If we are going home, we are going home in their ships"

Maka semua askar askar itu di tinggalkan dengan pesanan yang jelas" Do or Die". Mereka mengikut arahan dan membakar kesemua kapal mereka.

Strategy berkenaan membuah kan hasil!

"Cortez and his men then defeated the enemies, and took the treasure home with their new ships, they had managed to suceed where everyone else had failed for the past six centuries. They won because they had no escape plan and no back up plan! Therefore to succeed in life and business you need to have a similar attitude like Cortez and his men, give 100 % commitment of yours and put everything in it. And only one thing should be in your mind. ONLY ONE THING ! I MUST WIN! I MUST WIN! And not, what if i never make it. ".

Jelas bukan wahai para pembaca yang setia. So therefore, No Retreat , No Surrender. Let's move on ya.

Bak nyanyian Jey Tempest dari Kumpulan Europe, Final Count down.
"....and may be we'll come back to earth,
who can tell,... it's the final countdown.. we re livin together"..



Wednesday, September 1, 2010

Double O Seven


Salam satu Malaysia pada semua pembaca dan peminat. Anda sihat? Anda mesti sihat kerana Malaysia memerlukan jasa anda dan sumbangan anda setiap hari untuk menjadikan Negara kita , negara yang cemerlang, Therefore kita kena sihat. Apa apa pun tak lama lagi dah nak Raya, demam nanti susah.

Masterji nak tanya, banyak dah beli baju raya? Huh! duit zakat jangan lupa ya.

Terimakasih pada komen yang di berikan termasuk sms berkaitan entri Cause you are so smooth dan You light Up my life. Entri You Light Up My life banyak dapat feedback yang baik. Entri Smooth banyak feed back yang gemar pada lagu nya.

Entri kali ini masuk babak sejarah sedikit. Berkaitan dengan James Bond. Maklum lah James Bond hebat bukan. Sampai kan Tina Turner dalam lagu dari filem Golden Eye , menyuarakan sambil berdendang,...
'You'll never know how it feels,...
"Other girls they gather around him, If I had him, I wouldn't let him out."....

Dahsyat nya jadi James Bond. Ramai yang gila dan minat. James Bond punyai gaya, rupa, kepintaran , pantas dan seseorang yang amat mengoda.

James Bond adalah satu satu nya filem atau scenario yang mencerminkan betapa agung nya seorang lelaki itu, betapa hebat nya lelaki ini sampai menjadi igauan ramai wanita dan betapa cekap nya lelaki ini menjadi ahli perisikan yang berjaya dan penuh bergaya. The Legend Spy, James Bond 007!

Siapa yang telah mencipta nya? Ucapan terimakasih dan tahniah pada pemikir dan penulis kreatif , Ian Lancaster Fleming. Beliau di lahirkan pada tahun 28th May 1908 dan pulang pada 12th August 1964.

Beliau yang telah menulis novel James Bond dan telah mencipta watak tersebut. Tahukah anda filem Casino Royale yang di tayang kan pada tahun 2006 ialah buku novel James Bond yang pertama dari pada Ian Fleming pada tahun 1953! Lama tu.


Beliau juga melakukan kerja kerja perisikan. Setiap pengalaman menarik di bukukan sewaktu aktiviti perisikan di jalankan.Beliau telah menulis kebanyak kan filem filem James Bond seperti :
1953:, Casino Royale,
1954 : Live and Let Die,
1955 :Moonraker
1956 :Diamonds are Forever
1957 : From Russia with love.
1958 :Dr No
1959 :Goldfinger
1960 :For your eyes only
1961 :Thunderball
1962, :The Spy who Loved me
1963, :On her Majesty's secret service
1964, :You only live twice
1965, :The Man with Golden Gun
1966, :0ctopussy and The Living Daylights.

Pada awal pengeluaran buku James Bond, sambutan tidak mengalak kan tetapi apabila pada satu ketika President John F Kenedy mengatkan salah satu buku yang diminati daripada senarai peribadi beliau ialah "From Russia with Love" telah membuatkan jualan buku tersebut hangat dan seterus nya di filem kan.

Walaupun beliau sudah tiada tetapi idea dan pengaruh James Bond tetap kuat. Mengikut statistik, filem James Bond tidak pernah pun rugi apabila di tayangkan. Mungkin bukan Box office semua nya tetapi ia berhasil.

Beliau mengambar kan hero adalah seseorang yang kemas, handsome, bergaya dan tidak selekeh dengan seluar jeans sahaja 24 jam, pintar, dan cekap. Dari Hero yang pertama sampai lah yang paling latest, tiada yang berjambang ataupun bermisai, mungkin bagi nya itu adalah mesti. Hero tak perlu ada misai. Harus kemas dan bersih pada pandagan nya. Berlainan dengan watak Charles Bronson dalam filem death wish, misai nya adalah sumber yang paling di geruni.

Apa pun kita harus belajar satu perkara dari beliau iaitu Ian Fleeming, Beliau menghasilkan sesuatu dar pengalaman nya sendiri. Beliau menulis buku. Menulis buku perihal apa dia tahu dan kepakaran nya. Maka kalau kita ingin berniaga, sebaik baik nya ia mestilah sesuatu yang kita ketahui dan pakar dalam bidang berkenaan. Berniaga benda yang kita tahu dan mahir boleh membuat kan berjaya. Melaksana kan perniagaan tanpa pengetahuan dan kemahiran, kita akan terlungkup dengan cepat walupun beribu rakan baik yang bisa jadi consultant perniagaan secara percuma. Jadi bagi sesiapa yang ada modal, baru dapat pencen, dapat VSS ke MSS ke atau apa sahaja wang tunai dan sedang fikir fikir nak buat business therefore berhati hati lah. Fikir kan apa yang Masterji cakap kan.

Kalau anda tukang masak sekarang, maka business yang baik ialah buka warung makanan atau restoran. Kalau anda bekerja sebagai tenaga pengajar maka buka lah syarikat consultancy , kalau anda seorang pekerja IT maka buka lah kedai IT.

Apa pun hidup harus ada tiang gol. Ian Fleming menjadi tugas risikan nya sebagai tiang gol yang berkesan. Beliau berazam dari awal lagi untuk membuku kan nya. Janji ada tiang gol!

Dengarkan lah lagu selingan James Bond dan ingat lah legenda Ian Fleming. Anda boleh dapat keuntungan daripada pengalaman anda! why not!