Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, January 27, 2014

Malaysia sepatutnya.......



Semalam saya bertemu seorang kenalan yang lebih berumur.
Seorang ahli politik yang aktif.

Saya idak bertemu dengan beliau untuk tujuan berpolitik cuma terjumpa di kedai makan dan berborak.

Beliau seorang yang berpengalaman di bidang berkenaan. Hebat tutur bicaranya dalam isu isu berkaitan politik.

Politik bagi insan seperti saya seorang tenaga pengajar dan bekas seorang pengurus besar hanyalah  harus diketahui kerana salah satu faktor yang akan mempengaruhi perjalanan syarikat perniagaan.

Selalunya saya diam membisu dan tidak mahu bertanding pandangan didalam isu politik. Saya lebih gemar bercakap perkara perkara lain yang tidak menyentuh isu isu politik.

Entah bagaimana semalam saya mahu berbicara pada rakan ini.
I want to speak my naive mind about politics. May not be an expert view but perhaps from a citizen who saw something which could be right or wrong.

Saya katakan padanya "dengarlah contoh kegagalan saya."
Saya tidak mahu mengheret nama nama besar atau pihak pihak lain. Saya tidak mahu menjadikan orang lain punca kegagalan saya.

Saya katakan pada beliau;
"Pelayaran Malaysia telah berlepas dari sebuah pelabuhan yang bernama kesusahan untuk menuju
ke sebuah pelabuhan yang bernama kejayaan pada tahun 2020."

Maka apa yang perlu kita buat dari saat kita mula bertolak hinggalah kita sampai.
Sebagai rakyat Malaysia, apa pula sasaran saya menjelang ke tahun 2020.
Sebagai seorang anak apa pula boleh saya buat untuk mengubah nasib Ibu Bapa saya dan membantu keluarga saya.
Sebagai  seorang suami , apa yang perlu saya buat dengan memandu ahli kumpulan saya ke arah Malaysia
negara maju.

Apa yang saya buat?
Ada polisi pandang ke timur. dibawa masuk sebagai Pelabur.
Saya bekerja dengan syarikat Jepun selama 25 tahun apa yang saya buat?
Saya berfikiran pekerja. Saya tidak nampak faedah polisi pandang ke Timur dengan
akal yang lebih bijak.


Saya boleh belajar dari mereka. Saya boleh membuka syarikat elektrik saya sendiri sepatutnya.
Syarikat saya menjadi sayrikat International, Global, dikenali diseluruh dunia Rafi Electric SDN BHD.

Syarikat yang punyai pelbagai cawangan diseluruh dunia sehingga mereka yang berada di Korea akan mengenali siapa Mohd Rafi dan dimana Malaysia. Tetapi saya tidak buat semua itu dan hanya cakap banyak taruk sana taruk sini. Orang itu tak bagus , orang ini tak bagus.

Nasib baik saya sedar kemudian dan cuma boleh buat syarikat kecil latihan dan pembangunan.
Bagi saya   Malaysia sepatutnya sudah kehadapan jauh dari negara lain,. Lebih jauh dari Negara Negara
yang pernah menjajah kita, atau negara negara yang tip top sekarang seperti Korea dan sebagainya.
Elemen kekuatan Korea hari ini bukan lah sesuatu yang memeranjatkan bagi kita khususnya Di Malaysia.

Pengeluar Kereta yang hebat? Bukan kah Malaysia lebih awal telah menetapkan strategi berkenaan?
Kita ada dan kita telah wujudkan semua sasaran berkenaan. Kenapa kita masih belum dimana mana dengan
sasaran berkenaan? Adakah kerana kreativiti , inovatif atau kecekapan pengurusan yang kurang?

Kita jua telah pernah satu ketika dulu menubuhkan organizasi syarikat pembuat produk elektrik.
Dimana dan apa yang telah terjadi pada sasaran berkenaan?

Kita sudah ada projek IT dulu tetapi sekarang Negara mana yang menerajui nya ?

Saya nampak dan membeli gadget handphone yang mahal mahal. Dari model yang pertama sampailah sekarang.
Tetapi saya bodoh untuk memikirkan kenapa tidak saya memulakan syarikat membuat handphone dan memotong syarikat Nokia ataupun
lain lain. Kenapa?

Saya pergi makan Mcdonald kadang berturut turut. Tetapi saya tidak pernah terfikir
yang tidak kah saya mahu buat sesuatu seperti itu Mc Rafi ke Mc apa apa ke...
Saya tidak pernah terfikir begitu kecuali sibuk sms kawan kawan sana sini " Hei I kat Mc D..lahh".

Kalau saya buka kedai makan pun mungkin pukul 8 malam dah tutup sebab saya tidak mampu bertanding dengan
kedai Mamak dari segi kerajinan nya, ringan tulang nya, kepantasan nya dan macam macam lagi.

Saya mengeluh menghantar anak kesekolah setiap bulan satu,
nak beli baju sekolah, buku buku, itu ini dan kenapa tiada subsidi.
Kalau boleh tanggungjawap menjaga Ibu Bapa saya pun biarlah pihak lain  yang bertanggung jawap.

Kenapa saya tidak nampak banyak perkara?

Sebab saya tidak nampak strategi sesebuah wawasan yang diberikan oleh pemimpin negara saya sendiri.
Saya bodoh untuk mencari erti erti semua itu.
Saya harus faham dari awal lagi; 2020 IALAH SEBUAH KESEMPATAN, SEBUAH PERSEDIAAN, SEBUAH KEJAYAAN YANG MENUNGGU.

Saya begitu banyak membazirkan waktu berpelesaran.
Saya lebih banyak bergaul dengan mereka yang tidak menghasut saya mencari erti agenda sebuah wawasan kecuali
dengan mereka mereka yang menyalahkan setiap isu pada orang lain hingga kan kita terlupa kita boleh ubah apa yang kita boleh.


Saya lambat bergerak.

begitulah diantaranya dialog jujur saya pada beliau.
Beliau tersenyum dan saya balas dengan senyuman.

Kami menghabiskan minuman dan masing masing memohon diri untuk beredar.
Saya memohon maaf dari beliau dan mengucapkan ribuan terimakasih kerana tunjuk ajar beliau
pada saya yang naif berkaitan isu isu politik.

Selepas membayar dikaunter saya terus beredar ke parking lot.
Seperti biasa saya menyalakan sebatang rokok dan berjalan ke arah kereta saya.

Otak saya merawang ke perbualan tadi.
Saya tidak pasti apa yang saya bicarakan itu betul atau tidak
Tetapi buat saya dan kegagalan saya betul.

Saya tidak mahu menghabiskan masa mencaci cela sesiapa . salah kan itu ini begitu begini.
Ubah apa yang saya boleh, majukan apa yang saya boleh, paparkan kualiti kepimpinan
saya terlebih dahulu.

BMJ saya sudah menunggu.
Bukan BMW tetapi BMJ. Kenderaan saya yang dibeli hasil ciptaan syarikat Perodua.
Saya bangga memakainya kerana itulah lambang Malaysia sudah merdeka.
BMJ tu nombor plat...ha ha ha.

Bai Masterji maksudnya kott...haha haaa.

Monday, January 13, 2014

Saga


Saya bertemu Saga pada hari Sabtu lepas.
Hebat lelaki bernama Saga ini. .

Sunyi, mantap, licik dan cekap.
Cold Blooded killer. Saga mengingatkan saya pada Chow Yuen Fatt dalam filem Hong Kong bertajuk Killer.
Merpati putih yang berterbangan ketika Saga menjalankan misi membawa saya kembali ke zaman tahun 80 an.
Lelaki yang bijak tetapi terperangkap didalam dunia jenayah.

Twist nya menjadi apabila Saga dipertengahan sudah berubah jenama.
Sebuah filem yang bagus tetapi boleh diperbaiki lagi didalam genre Gangster.

Apa pun tahniah Dato Rosyam Noor kerana anda tetap bersinar dengan setiap watak yang diberikan.

Filem terbaru beliau Balistik.  Sebuah filem yang mengajar kita kerana kita yang mungkar pada agama, tuhan dan perkara perkara
yang baik, anak bini kita yang menjadi korban! Kita ingat kita hero atau heroin besar di KL tetapi kita lupa Isteri kita, anak kita adalah mereka yang baik baik,
tiada dosa dan bersalah yang akan mati kerana lagak dan bodoh kita. KL Kita punya! Salah KL ini lokasi hak semua orang.

Saga sebuah nama lagi yang merajai Dunia jenayah. Cantik nama Saga!
Tahniah Dato !

Friday, January 10, 2014

Anda

Kalau anda fikirkan adalah amat mustahil anda boleh berjaya maka fikiran berkenaan telah menutup semua pintu kejayaan.
-RafiMasterji.

Thank you to Cik Fame , dr lap top and Dr Idah. Dr Idah thank you so much for your support. Never be a doctor but the best doctor ya.

Thursday, January 9, 2014

Make It Simple


Apa yang kita tetapkan pada masa lepas itulah hasilnya yang kita dapat hari ini.
Ada yang mendapat hasil yang bagus kerana dia menetapkan perkara yang bagus.
Ada yang tidak kerana dia menetapkan perkara yang salah!

Maka kalau kita tidak suka atau gembira dengan hasil yang kita dapat maka ubahlah apa yang kita tetapkan.
Kesali lah perbuatan lepas , pelajari dari nya dan cipta anda yang baru yang benar benar baru dan tidak
berdiri lagi diantara masa lepas dan keinginan untuk berubah.

Kalau masih ditengah tengah anda bakal kembali semula pada situasi yang lepas.

Setiap perkara yang terjadi pada kita telah diizinkan atau telah dicipta oleh kita.
Maka tukarkan cara fikiran kita agar kita dapat izinkan sesuatu yang lebih baik terjadi pada kita.

Dr Lap Top Kulim,
sure saya akan beritahu anda kalau ada program di Kulim ya.terimakasih pada jasa baik saudara.

Cik Fame apa khabar harap sihat ya. Teruskan exercise. 2014 saya juga mahu turunkan lebih banyak KG!

Pada Dr Idah..thank you for your support. Sure  I will try to activate the blog frequently but sometimes I had many tight schedules.
Well thank you again for your great support. Send my best wishes to all your clinic members. You're good Doctor. I am no guru
but someone who had always wanted to change my brand from someone useless yesterday to someone useful today.
Thank you also for buying my book. Soon the next one will come. Please support ya. Thank you.

Wednesday, January 8, 2014

Usahawan


Usahawan yang berjaya adalah mereka yang sentiasa memikirkan
syarikat mereka masih susah, masih kecil , masih tidak kemana walaupun syarikatnya sudah bertaraf GLOBAL!

Tuesday, January 7, 2014

Pesan Plato


Pesanan saya pada para peserta program komunikasi cemerlang 2014 semalam.
Terimakasih semua anda semua nya hebat

Pada Puan Noor Jahan happy birthday and wish you the best of 2014 ya.
Dr Lap Top don't worry my book will be out soon.
thank you for support.