Cik Fame thank you so much sampai sanggup call dan tanya kenapa tak boleh nak isi komen. Sampai begitu sekali komitment nya pad blog ini. Terharu saya mendengarnya. Ini blog bersama. Anda juga seorang sifu yang berjaya.
Hari ini nak story pasal legenda Abdul Wahub pula. Semalam bagi contoh perihal watak Abdul Wahub.
Saya sarankan pada para students HR untuk menonton filem berkenaan. Filem 3 Abdul. Allahyarham Tan Sri P. Ramlee benar benar mendahului masa dan filem filem nya padat dengan contoh contoh kehidupan yang masih hingga kini relevan.
Bukan sahaja didalam kehidupan malah didalam kerjaya juga kita akan bertemu dengan watak dan tingkah laku seperti Saudagar Sadiq Segaraga, Tuan Penasihat 25 Kasim, Abdul Wahab dan juga Abdul Wahib. Ada juga yang seperti Abdul Wahub tetapi amat kurang saya fikir.
Didalam tempat kerja akan ada rakan setugas sama sebijik seperti Abdul Wahab dan Abdul Wahid. Dengki, busuk hati, tak dengar nasihat walaupun tahu haram atau halal , betul atau tidak. Akan ada penasihat seperti Tuan Penasihat 25% kesana kesini meracuni fikiran dan menjahanamkan mereka yang ingin mencari jalan mudah menggunakan orang lain atau dengki pada kehebatan pekerja lain. Akan ada manusia seperti Tuan Sadiq Segaraga sentiasa mencari jalan mencabar , provokasi dan macam macam lagi supaya anda akan keluar lorong, jadi marah, melatah, membuat keputusan tanpa fakta tetapi memakan diri sendiri semula. Bukan Tuan Sadiq dan Tuan Penasihat 25% yang menjual serta melelongkan Abdul Wahb dan Abdul Wahib, tetapi Abdul Wahab dan Abdul Wahid lah yang telah menjual diri mereka sendiri! Kerana mereka berdua dance to the beat that what the enemy wanted!
Jadi apakah yang anda patut buat? Jadilah seperti Abdul Wahub. Senyum, tenang, undur kalau perlu, mara pada keadaan yang tepat, gunakan akal dan berperikemanusiaan.
Abdul Wahub seorang diri berjaya menumbangkan Abdul Wahab, Abdul Wahid, Tuan Sadiq Segaraga, Tuan Penasihat 25%. Saksikan lah dan fikirkanlah.
Jangan cepat berputus asa kalau menjadi Abdul Wahub, mungkin Bos anda tidak menunjuk kan respon secara direct tetapi didalam otak nya dan hati nya ada sesuatu untuk anda!