Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, October 25, 2012

Majlis Pelancaran Rasmi Buku Dulu Pencuci Kini Pengurus


Kepada semua pembaca sama ada yang Masterji benar-benar kenal atau langsung tidak pernah kenal, anda semua di jemput ke Majlis Pelancaran Rasmi Buku Dulu Pencuci Kini Pengurus anjuran bersama MPH Bookstore dan Kumpulan Media Karangkraf.

Tarikh majlis ini adalah pada 10-Nov-2012 di MPH Bookstore Subang Parade, di jadualkan berlangsung dari jam 03:00 petang hingga 05:00 petang.

Ini adalah peluang untuk Masterji berkongsi pandangan dan beramah mesra bersama pembaca. Masterji sedang dalam proses menyusun agenda semasa majlis nanti dan sudah tentu akan diusahakan agar sempat mengadakan sesi "soal-jawab".

Datanglah, kita bersuai kenal dan di harapkan dari situ hubungan Masterji bersama "rakan-rakan" akan menjadi lebih akrab.

SEMUA DI JEMPUT HADIR.

Monday, October 22, 2012

IT JUST MAKE SENSE, IRENE....



Berita gembira untuk Masterji, buku pertama tulisan Masterji kembali ke carta pertama jualan buku terlaris bagi edisi penulis tempatan di rangkaian MPH Bookstore bagi minggu yang berakhir pada 21-Oktober 2012, setelah beberapa minggu tenggelam dengan kuasa pembeli.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari MPH Online
Terima kasih kepada semua yang terus menyokong Masterji dan secara langsungnya juga pembeli dan pembaca buku ini adalah mereka yang cuba menggali rahsia kejayaan diri.


Like my mummy says.
Mummy always tell me to do one thing, "Apit tukar masa depan kita yer nak…"

It just make sense, Irene….
We can become Fame…if we wanted to be!

Baby look at me
And tell me what you see.
You ain't seen the best of me yet
Give me time, I'll make you forget the rest.

I got more in me, and you can set it free
I can catch the moon in my hand
Don't you know who I am?

Remember my name (Fame)
I'm gonna live forever
I'm gonna learn how to fly (High)
I feel it coming together
People will see me and cry (Fame)



Monday, October 15, 2012

Salina-Edisi Khas


Salina, sebuah novel mahakarya dari Sasterawan Negara Dato' Dr. A.Samad Said selamat di terbitkan semula melalui usaha dan kerja keras Helmy Samad melalui Wira Bukit Sdn.Bhd.
Edisi terhad ini cuma dicetak sebanyak 500 naskah dan setiap satu akan di tandatangan oleh A.Samad Said beserta nombor sirinya sekali.

Salina, atau di namakan Salina-Edisi Khas(2012) telah selamat sampai ke tangan Masterji dengan bertandatangan dari A.Samad Said dan diberikan nombor siri 100.
Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Helmy amat wajar di contohi oleh mereka yang mahu berjaya.Masterji juga percaya, usaha ini bukan semata-mata kerana A.Samad Said adalah bapa kepada Helmy tetapi juga bagi memastikan generasi yang ada sekarang menghargai naskah sastera hebat ini dan dapat terus membacanya bagi mengambil nilai-nilai moralis yang terkandung di dalamnya.


Masterji amat berbangga dapat memiliki naskah hebat ini dan bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan naskah ini bolehlah berhubung terus dengan Helmy Samad dengan menulis email ke helmysamad@gmail.com

Friday, October 12, 2012

TERHARU

Masterji rasa amat terharu bila membaca dua komen dari pembaca blog Masterji.
Masing-masing dari Puan Noor Jahan dan dari DrLaptop.

Dari Puan Noor Jahan ;
Salam Masterji...

Satu perjalanan hidup yg penuh dgn cabaran dapat diatasi dengan usaha dan semangat tanpa mengenal perkataan putus asa.
You have done great!! To all out there...this is an exampke not to pray an easy life, but to pray for the strength to endure a challenging one!!

Dari DrLaptop ;
ingat tiang tu sekadar cara penyampaian "target" rupanya benar wujud :)

Masterji amat menghargai komen-komen yang diberikan.

Terima kasih yang tidak terhingga.

Tuesday, October 9, 2012

BUKAN RODA PARRIS - DULU PENCUCI KINI PENGURUS

Hari ini Masterji mahu berkongsi tool yang digunakan oleh Masterji satu ketika dulu. Amat manis kenangan itu.

Salah satu material visual pembakar jiwa untuk mencapai tiang gol. Gambar asal nya sudah terlalu buruk untuk ditayangkan tetapi Masterji telah kemaskinikan dan cantik kan.

Dihari pertama melapurkan diri disebuah syarikat MNC, semua pekerja baru diberikan orientasi oleh salah seorang penyelia senior.

"Walaupun anda tiada kelulusan tetapi kalau anda rajin, berfikiran positif, tidak memonteng, suka belajar, berdisplin anda boleh jadi Manager satu hari nanti , Jangan lupa" Kata kata penyelia tadi seakan menjerit
dan membakar perasaan kami.

"Aikk..itu aje ke syaratnya, boleh jadi Manager, tanpa kelulusan?, err.. aku ada chance nak memenuhi impian mummy " Kata hati saya. melonjak kegembiraan. Peluang untuk U TURN kembali menjadi insan yang bernilai.

Selepas tiga hari, maka lahirlah gambar di atas. Ditampal didalam bilik untuk tontonan setiap kali berada di dalam bilik. Setiap pagi melihat gambar berkenaan dan tersenyum. "Aku mesti" Kata hati.

Walaupun ketika itu kerja menjaga mesin dan memegang spanar tetapi hati begitu teruja dengan gambar tersebut.

Ketika keluar bertugas Mummy mengemaskan bilik anak bujang nya yang diharapkan menjadi anak yang berjaya tetapi sekadar menjadi pencuci dan lebih sedikit selepas itu menjadi operator penjaga mesin. Mummy mencuri lihat gambar diatas dan harapan nya berbunga.

Dan bermulah sebuah pengembaraan Masterji yang penuh dengan kesabaran, kepedihan dan kesukaran. Bak kata Abang Ramli Sarip;

"Ditepian simpang ini sejenak aku terhenti,
Terbayanglah bagaimana pengembaraan ku bermula,
Ku tinggalkan segala yang kusayang dan kucinta,
hanya untuk mencari satu identiti diri yang murni ...."

Mummy menunggu dengan penuh sabar, Mummy yang sabar dengan kegagalan anak nya, Mummy yang mengharapkan agar anak nya tetap berjaya satu hari nanti.
Dan linangan airmata Mummy terjawap beberapa tahun selepas gambar diatas ditampal!
" Mummy, pesan mu ku penuhi, maaf kan Apit , dapat pegang pen tetapi lambat,,,,".

Doa seorang ibu tunggal yang hidup nya penuh dengan cabaran dan kekurangan , akhirnya terjawap.
Mummy thank yo so much.

Salam Cik Fame , thank you for your continuous support and saya fikir Puan belum pernah lihat rahsia diatas. thank you so much for your support.

Wednesday, October 3, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS SEKOLAH BESTARI

Masterji berasa amat gembira dan teruja bersama anak anak , Ibu bapa , Cikgu Cikgu dan juga persatuan PIBG.Dulu Pencuci Kini Pengurus berjaya mengemparkan sekolah berkenaan. Sambutan yang hangat dan  semua terhibur. Ada acara untuk Ibu Bapa, murid murid dan juga Cikgu Cikgu.

 
 Masterji bersama banner - mana satu lebih muda?

Master Q - Terima kasih tidak terhingga(ada kanak-kanak yang tanya, "auntie ni artis ke?)

 Sesi autograf pembeli cilik.

"Hidup mesti ada tiang gol" kata adik kecil ini.

 Sesi autograf

Cenderamata dari pihak sekolah kepada Masterji.

 Adik-adik yang membeli naskah Dulu Pencuci Kini Pengurus. Salah seorangnya Raja Bertindak yang hebat.

                                
Sesi bersama ahli PIBG dan guru-guru.

                               
Encik Asyraf seorang pemuda yang kuat bekerja, aset penting kepada Karangkraf.


Sesi motivasi yang penuh dengan permainan yang membina kemajuan.


                               
Ramai hadirin yang sedikit gusar disaat awal . Mungkin kerana melihat Masterji yang masih muda lagi. Tetapi suasana berubah diminit yang pertama selepas acara dimulakan.



Ibu yang hebat. Dia sanggup berpatah balik bagi menghadirkan diri ke sesi motivasi bersama Masterji.


Terimakasih pada yang hadir dan semua yang lain.