Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, October 25, 2012

Majlis Pelancaran Rasmi Buku Dulu Pencuci Kini Pengurus


Kepada semua pembaca sama ada yang Masterji benar-benar kenal atau langsung tidak pernah kenal, anda semua di jemput ke Majlis Pelancaran Rasmi Buku Dulu Pencuci Kini Pengurus anjuran bersama MPH Bookstore dan Kumpulan Media Karangkraf.

Tarikh majlis ini adalah pada 10-Nov-2012 di MPH Bookstore Subang Parade, di jadualkan berlangsung dari jam 03:00 petang hingga 05:00 petang.

Ini adalah peluang untuk Masterji berkongsi pandangan dan beramah mesra bersama pembaca. Masterji sedang dalam proses menyusun agenda semasa majlis nanti dan sudah tentu akan diusahakan agar sempat mengadakan sesi "soal-jawab".

Datanglah, kita bersuai kenal dan di harapkan dari situ hubungan Masterji bersama "rakan-rakan" akan menjadi lebih akrab.

SEMUA DI JEMPUT HADIR.

No comments: