Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Friday, February 22, 2013

TEKSI, SEKOLAH DAN GURU.

Gembira semalam.
Semalam mendapat dua jemputan untuk berkongsi pengetahuan .
Pagi di SMK Precint 11 Putrajaya dan petang di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa Lembah Pantai bersama moderator hebat dan terkenal Sayed Munawar.

Masterji dijemput  untuk berkongsi teknik didalam Buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS.
Kedua kedua aktiviti berkenaan sungguh meriah!

Masterji ke sekolah Putrajaya menaiki teksi kerana ingin tepat sampai ke sekolah berkenaan dari Shah Alam. Masterji risau kalau memandu sendiri tercari cari dan lambat. Itu tidak elok. 

Naik sahaja teksi, selepas direnung oleh pemandu teksi, terus sahaja disoal Masterji, " Encik Mohd Rafi , Dulu Pencuci Kini Pengurus ya"?
Tergamam Masterji. 
"Ya Encik mana tahu ni" soal Masterji.

"Saya dah beli buku Encik Rafi, dan sekarang saya dah tampal tiang gol saya sendiri untuk membeli teksi baru saya. Gambar itu ada dipintu bilik tidur saya, hari hari saya akan tengok gambar itu"!
"Wow terimakasih " kata saya.
" Bukan itu sahaja Encik Rafi, lepas baca buku Encik Rafi saya berjaya keluar dari perangkap yang cukup lama, saya berjaya menjelaskan semua hutang saya"

Pagi saya dikejutkan dengan kehebatan seorang driver teksi. Hebat dan saya bersyukur buku saya bukan sekadar mmeberikan teknik kualiti diri tetapi berjaya membebaskan manusia yang punyai masalah.
Tiang gol gambar teksi! Hebat!


Kemudian saya ke SMK Putraya dan bertemu dengan murid murid.
Dua sessi disitu, Dulu saya murid kecundang ketika bersekolah dan naik ke pentas kerana melakukan kesilapan serta dihukum. Kini saya kembali sebagai Motivator! Syukur.
Sessi pertama  :7.30am untuk semua murid dan guru di perhimpunan pagi.


Pada Teacher Ms Eow, thank you so much for you great arrangement. Beliau yang mula mula contact Masterji minta datang kesekolah.
Komen beliau selepas kedua dua sesi ; MARVELOUS! Thank you Teacher.




Sessi kedua  : 8 am - 9.30am di dewan sekolah khas untuk membuka minda murid tingkatan 4 dan 5. Hebat murid dan guru disitu.!
Syabas pada Guru Besarnya kerana mempunyai cara yang berbeza untuk meningkatkan kualiti murid murid nya!








Petang bergerak bersama Encik Fathi dari Karang Kraf ke Institut pendidikan. Bertemu dengan Tuan Sayed Munawar , pensyarah pensayarah dan juga bakal bakal guru!
Sebuah pusat pengajian yang hebat!



Tuan Sayed Munawar juga hebat dalam pengendalian program.
Masterji berkongsi dengan para pensyarah dan bakal guru berkenaan dengan buku Dulu Pencuci Kini Pengurus dan kenapa buku berkenaan BESTSELLER.


Buku yang dibawa bersama juga sold out semalam dijual oleh Encik Fathi. Terimakasih pada pihak yang menganjurkan.









2 comments:

DrLaptop said...

tahniah...nak tahu jika ingin dapatkan seperti ini..mungkin sy boleh rekemenkan di kawasan sekitar saya ini..

Noor Jahan said...

Salam Masterji....

Tahniah! Makin lebar sayap Masterji.... Semoga 2013 akan membuka peluang yg lebih baik utk Masterji mendaki gunung yg lebih tinggi.

Saya ada terbaca satu quote dan ingin saya kongsi dalam blog ini. " The successul person makes a habit of what the failing person doesn't like to do "

Wish you all the best Masterji...