Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, July 29, 2013

Hero Singlet kembali!



Filem Wolverine yang terbaru hebat!
Tubuh sasa Hugh Jackman makin menonjol.
Sebuah filem yang mengisahkan rasa tamak.

Seorang lelaki benama Yashida diselamatkan oleh Logan , Wolverine dalam sebuah episod yang penuh perikemanusiaan.
Yashida kagum, memuji Logan kerana kehebatan Logan.
Logan bukan manusia biasa. Boleh cedera, pulih seperti biasa dan hidup kekal abadi.

Yashida tertarik dengan kelebihan yang Logan punyai, kehidupan kekal abadi.
Yashida mahukan kelebihan berkenaan dan sanggup melupakan segala jasa baik Logan dimasa lepas.
Logan diheret ke kancah pergelutan walaupun sudah tidak mahu mencampuri urusan dunia.


Bagaimanapun yang tamak, berhati kotor kelihatan gagah tetapi pasti gagal.
Logan berjaya kembali walaupun banyak kelukaan.

Watak Logan amat menarik. Walaupun punyai kelebihan , tidak sesuka suka hatinya sepak terajang  mana mana manusia yang difikirkan
tidak berdaya ataupun kelihatan selekeh. Logan walaupun punyai animal character tidak memandang rendah mana mana manusia lain.
Dia sedar dia berada disebuah kelas yang lebih tinggi, terasing dan terbaik maka tidak perlu dia terkinja kinja, terhegeh hegeh mencari glamer dengan
suka suka sepak terajang orang lain. Logan masih boleh berfikiran waras walaupun punyai kuku serigala!
Kekuatan seperti Logan kalau hinggap pada orang yang salah , ramai yang akan jadi kucar kacir hidup nya!

Yashida akhirnya musnah. Mesej nya muah akan ada dimana mana mereka yang kita tolong, bantu, sokong, lonjak kan namanya kehadapan
akan dibalas dengan tuba! Kita pula yang akan jadi mangsanya!

Sunday, July 14, 2013

1985 Ayu


Satu hari di tahun 1985 saya berkira kira untuk membuat keputusan. Ada 3 ringgit di saku. Akhirnya saya akur pada poster filem Suara Kekasih.
Ogy tarikan utama kerana lakonan yang hebat dlm filem setahun sebelum itu Azura.
Sebuah filem yang kata kata cintanya indah, penuh hormat dan dua watak dalam percintaan yang hebat, kelas dan jujur pada diri masing-masing.
Taufik watak pencinta lelaki yang melihat cinta dari sudut penuh kasih dan tiada cacat kerana noda. Sebuah cinta yg penuh dengan kata kata indah!
Cinta kelas pertama! 2 ringgit melayang untuk tiket dan pulang dengab baki tambang bas yg secukupnya. Tak makan tapi hati puas. Menonton sebuah kisah yg percintaanya berkualiti! Hari ni kita old school sikit lah ya. Hahaha.

Pujian kepada Ayu dan Taufik.Ayu sang pencinta yang hebat.

Friday, July 12, 2013

'Tu sais je t'aime'

'Tu sais je t'aime' atau You Know  I  Love You.


Lagu yang meletup di France !
Hanya 6 enam bualn selepas ketibaan Dato Shake  disana!
Dato Shake meletup disana! Menjadi Dinamit yan kuat!
Anak muda yang fokus, anak muda yang jelas tiang gol nya.
Tahu nak jadi apa.!

Seorang lelaki yang jelas tiang gol nya.
Mahu menyanyi dan fokus pada bidang berkenaan seratus peratus dan berjaya!
Kini beliau di Beverly Hills California US.

Dato Shake berikan kita mesej yang mudah!
Anda boleh menjadi Dinamit yang meletup selagi anda sedar yang anda perlu fokus pada apa yang anda sebenarnya mahukan dalam hidup!
Kita kadang tidak fokus dan lebih kelihatan terhegeh hegeh .
Sekejap nak kerja .
Sekejap nak jadi penyanyi ,
sekejap nak jadi romeo,
sekejap nak glamour  kerja
sekejap nak glamour pentas!
Orang cerita pasal menyanyi kita pun nak jadi penyanyi dan masa yang sama membuat kerja lain , tidak fokus. Hanya kerana Glamour!
Kita tak tahu nak jadi apa sebenar nya . Kurang fokus tetapi lebih pada terhegeh hegeh!


Fokus, jadi Dinamit dan anda boleh!.
Masih ingat dengan lagu yang dirakam khas untuk isternya


Jauh sudah ku kembara
Ke kota-kota yang indah
Merintis jalan membina
Masa hadapan

Suka duka ku alami
Pengalaman pahit manis
Semuanya memberi aku
Semangat yang tabah

Ohhh...
Lina... kini bahgianya
Kau membawa ilham seni untuk ku
Lina... kini ku mengerti
Kau memberi cinta yang suci
Ohhh...

Gadis-gadis di jalanan
Yang memikat dan menawan
Namun tak seindah
Budimu yang suci
yea yea yea

Kau menyinari hidupku
Dalam sepiku di rantau
Kau selalu bersamaku
Seiring jalan

Ohhh...
Lina... kini gembiranya
Ku berjaya demi pengorbanan mu
Lina... kasih dan sayang mu
Ku nyanyikan dalam hidupku
Huu huu yea...

Maaf lama tak menulis di Blog kerana sibuk dengan buku kedua.
Apa khabar semua! Cik Fame Dr Lap Top apa khabar! 
Harap anda sihat dan selalu dengan THE GOOD BREAKING NEWS!