Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Monday, July 29, 2013

Hero Singlet kembali!



Filem Wolverine yang terbaru hebat!
Tubuh sasa Hugh Jackman makin menonjol.
Sebuah filem yang mengisahkan rasa tamak.

Seorang lelaki benama Yashida diselamatkan oleh Logan , Wolverine dalam sebuah episod yang penuh perikemanusiaan.
Yashida kagum, memuji Logan kerana kehebatan Logan.
Logan bukan manusia biasa. Boleh cedera, pulih seperti biasa dan hidup kekal abadi.

Yashida tertarik dengan kelebihan yang Logan punyai, kehidupan kekal abadi.
Yashida mahukan kelebihan berkenaan dan sanggup melupakan segala jasa baik Logan dimasa lepas.
Logan diheret ke kancah pergelutan walaupun sudah tidak mahu mencampuri urusan dunia.


Bagaimanapun yang tamak, berhati kotor kelihatan gagah tetapi pasti gagal.
Logan berjaya kembali walaupun banyak kelukaan.

Watak Logan amat menarik. Walaupun punyai kelebihan , tidak sesuka suka hatinya sepak terajang  mana mana manusia yang difikirkan
tidak berdaya ataupun kelihatan selekeh. Logan walaupun punyai animal character tidak memandang rendah mana mana manusia lain.
Dia sedar dia berada disebuah kelas yang lebih tinggi, terasing dan terbaik maka tidak perlu dia terkinja kinja, terhegeh hegeh mencari glamer dengan
suka suka sepak terajang orang lain. Logan masih boleh berfikiran waras walaupun punyai kuku serigala!
Kekuatan seperti Logan kalau hinggap pada orang yang salah , ramai yang akan jadi kucar kacir hidup nya!

Yashida akhirnya musnah. Mesej nya muah akan ada dimana mana mereka yang kita tolong, bantu, sokong, lonjak kan namanya kehadapan
akan dibalas dengan tuba! Kita pula yang akan jadi mangsanya!

No comments: