Suatu pagi di hospital bukit klang ( Nama dulu).
" Akak dapat
anak lelaki ya"
Wanita berkenaan
mendapat anak lelaki, anak yang pertama .
Ibu wanita
berkenaan menemani anak nya!
Nenek pada bayi
yang baru lahir itu.
Bapa bayi
berkenaan ada tetapi entah dimana ketika itu!
Kehidupan amat
sukar ketika itu.
Wanita berkenaan
tiada pekerjaan ketika itu
mengharapkan jasa
baik suaminya yang kadang ada kadang tiada.
Nenek ! Ya Ibu
pada wanita berkenaan lah manusia yang banyak
membantu.
Bekerja di estet,
memasak dan menjual nasi lemak serta menjadi orang gajian dirumah orang kaya!
Mak Cik Esah datang melawat. Lawatan yang penuh dengan
seribu hajat.
Mahu menolong mengurangkan beban wanita yang bersalin tadi.
Kehidupan yang daif, susah mana mungkin boleh memberikan
yang terbaik pada bayi yang baru lahir berkenaan!
Sudah pasti tak boleh!
Mak Cik Esah sedang hanyut dibuai angan angan. Bayi
berkenaan sebentar lagi pasti bertukar tangan!
Nenek tadi sibuk kesana kesini setelah diberitahu boleh
membawa anak dan cucu nya pulang kerumah.
Teksi tahun 60an dicari dan seorang pemandu teksi yang
berbangsa Cina sudah siap menunggu untuk menghantar pulang didepan
Hospital!
Wanita yang baru bersalin itu sedang menatap wajah bayi
berkenaan dengan rasa yang amat sayu.
Dibuang mati
emak, ditelan mati bapa . Sukar membuat keputusan.
Tiada pekerjaan,
ada suami tetapi sudah tidak mencerminkan tanggungjawap sebagai suami.
" Esah atau
bawa pulang"
" Bawa
pulang atau Esah"
berfikir dengan
serius dikala airmata nya menitis satu persatu.
Nenek
memerhatikan cucunya yang baru lahir dan anak nya yang sedang sedih dikala ibu
ibu lain yang bersalin
sedang gembira
dan seronok bermain dengan bayi masing masing
Akhirnya, wanita
berkenaan , ibu nya dan bayi berkenaan berada didalam teksi dan sedang
bergerak pulang.
Mak Cik Esah
kecewa, sedih kerana impian nya tidak tercapai.
Bayi lelaki tadi
tidak berjaya menjadi miliknya .
Ibu bayi
berkenaan lebih berhati waja, lebih nekad dan tekadnya jelas.
Mati atau hidup ,
bayi berkenaan adalah miliknya dan akan bersama dengan nya!
Akan dijaga oleh
nya biarlah susah biarlah daif, biarlah Bapa bayi berkenaan ada atau tidak!
Diberikan nama
yang penuh pada anak berkenaan sama dengan bintang pujaan Hindustan ketika itu,
Mohd Rafi! penyanyi legenda tahun 60an!
" Mummy mau
kau berjaya seperti nya nak".
Wanita berkenaan
membisik kan kata nya pada bayi berkenaan!
Apit nama
timangan yang diberikan pada anak berkenaan!
Wanita berkenaan
mencari pekerjaan dan berjaya diterima bekerja sebagai pekerja biasa.
Bapa bayi
berkenaan?
Cuma nampak
sekali sekali. Banyak kali
yang tak nampak!
Pulang kerja bayi
berkenaan selalu dikedongnya keluar berjalan tidak jauh dari kawasan rumah.
Ketika itu ia
adalah sebuah perkampungan kecil , kini dipanggil sebagai bulatan Taman
Berkeley Klang!
" Apit,
kalau besar nanti kerja mesti pegang pen
sahaja ya nak, kerja sign sign sahaja, kita dah lama susah"
Pesanan wanita
berkenaan pada bayi nya yang didukung dan dibawa berjalan!
Satu kenangan
yang abadi, Satu keputusan yang tepat,!
Mummy nama mu
terindah disisiku.
Ya nama nya Apit!
Esok atau bila
bila boleh kita sambung ya para pembaca!
Cik Fame dan lain
lain apa khabar ya?
Harap semua sihat adanya!