Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Friday, August 30, 2013

Tahniah Kavyan!

Masterji ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kumpulan Sasterawan Kavyan terutamanya kepada Encik Uthaya Sankar SB kerana dengan usaha beliau dan ahli kumpulan tersebut, laporan aktiviti Lawatan Penulisan Kavyan telah tersiar di majalah e-BACA terbitan Kumpulan Media Karangkraf edisi September 2013.
Laporan yang tersiar di majalah e-BACA ini adalah berkaitan Lawatan Penulisan Kavyan di negeri Perak dan Pulau Pinang.
Masterji juga pernah terlibat dengan aktiviti yang di anjurkan oleh Kumpulan Sasterawan Kavyan iaitu pada acara  Baca Cerpen Kavyan dan Dialog Penulis sempena Pesta Buku Selangor 2013.


Untuk makluman, Kumpulan Sasterawan Kavyan ini adalah kumpulan yang aktif menganjurkan pelbagai aktiviti yang berteraskan sastera dan budaya masyarakat di Malaysia.
Menariknya, mereka menggunakan Bahasa Malaysia dalam setiap acara yang di adakan.

Pada 01-September-2013, Kumpulan Sasterawan Kavyan yang diterajui oleh Encik Uthaya Sankar SB akan menganjurkan acara Baca Cerpen Kavyan:Sedekad Kemudian di Galeri Shah Alam, Selangor dan Masterji mendoakan supaya majlis ini berjaya.


Sekali lagi, tahniah Kavyan.




No comments: