Dua tiga hari ini disana sini saya terdengar ramai orang yang bercakap , memberikan komen, membedah siasat pengurusan syarikat penerbangan MAS berkaitan kehilangan MH 370.
Saya ingin berkongsi pandangan tetapi ini tidak tertumpu pada isu isu pengurusan syarikat MAS .
Kita membedah siasat organizasi orang lain babak pertama. Babak keduanya ialah jadikan ia sebagai iktibar pula untuk organizasi kita. Tempat kerja kita, syarikat kita, seksyen kita, unit kita, jabatan kita.
Bentuk bencana nya mungkin berbeza, risiko kerugian mungkin berbeza tetapi punca, sebab, dan kaedah masalah mungkin sama. Sudah kah kita melihat prosedur ditempat kerja kita pula? Sudah kah kita mengkaji sistem keselamatan syarikat kita? Sudah kah kita memantau pengawal syarikat kita?
Sudah kita memeriksa pasport, working permit pekerja asing kita sendiri?
Sudahkah kita memeriksa ketelusan pegawai pegawai kita dalam peraturan syarikat dengan bukan hanya memastikan orang lain mengikutinya tetapi ia juga harus diikuti oleh pegawai pegawai kita.
Sudahkah kita memeriksa berapa banyak Pegawai Pegawai kita yang mudah dibeli oleh pihak pembekal, atau sesiapa yang mempunyai sesuatu niat untuk meraih keuntungan.?
Sudah kah kita memastikan kita ada prosedur tentang Anti Corruption ditempat kerja kita?
Sudah kah kita menyediakan risk management kita sekiranya terjadi sesuatu yang buruk.
Sudah kah kita menyediakan siapa yang akan bertanggungjawap untuk masalah jenis apa dan siapa yang harus berkomunikasi agar walaupun ketika krisis masih nampak tersusun!
Amat mustahil Pengarah Syarikat yang memberikan komen setiap hari!
Sudah kah kita kenal pasti berapa ramai pegawai kita atau pekerja kita yang nampak masalah terjadi
tetapi mempunyai tabiat 'tidak ada apa apa attitude'?.
Sudah kah kita didik pekerja kita walau terdapat satu kesilapan kecil ia harus disiasat sampai
kepuncanya tanpa membuat kesimpulan yang salah atau tidak tepat?
Sudah kah kita bersedia dengan prosedur sekiranya ada diantara pekerja kita disuatu hari terlibat dengan situasi
yang sama apakah pula cara kita sebagai pihak pengurusan untuk mengendalikan nya?
Krisis akan terjadi dimana mana sekalipun cuma bentuk nya berbeza.
Selain bersedih marilah kita bersama sama termasuk saya sendiri mempelajari
situasi seperti ini dan apa pula yang kita boleh buat untuk organizasi kita.
Tulisan ini tiada kaitan dengan mana mana kualiti pengurusan syarikat
hanya sebagai cadangan untuk bersama sama kita pelajari sesuatu.
Jangan sampai kita terlalu sibuk membedah siasat syarikat orang lain dimasa yang sama
organizasi kita lagi teruk kualiti pengurusan nya.