Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Friday, March 14, 2014

Situasi Seorang Pemimpin Malaysia Hari Ini.


Hari ini Malaysia diberikan pelbagai ujian dengan serentak.
Situasi 1; Jerebu yang melanda makin teruk.
Situasi 2: Kehilangan pesawat MH 370.
Situasi 3: Kemarau panjang yang mengakibatkan catuan air buat rakyat .
Situasi 4; Serangan penyakit denggi yang makin meningkat.

Suatu situasi yang sukar untuk pemimpin Malaysia hari ini. Di sinilah saat saat ujian seorang pemimpin telah wujud dan melihat bagaimana situasi ini dapat diubahkan menjadi situasi yang lebih baik.

Manakah satu prioriti utama?
Siapakah harus di berikan kuasa dan agihan tugas untuk melakukan apa, dimana dan bagaimana.

Seorang pemimpin semata mata tidak dapat menyelesaikan semua itu.

Di saat ini juga lah organizasi yang telah dipilih oleh rakyat harus menunjukkan mereka bersatu padu, dan dapat menyelesaikan semua masalah yang sedang dihadapi.

Setiap situasi harus ada seorang person in charge yang jelas .Dan hanya person in charge berkenaan sahaja yang harus memberikan komen ataupun perkongsian maklumat pada masyarkat, media dan juga dunia luar agar tiada percanggahan yang akan berlaku .

Harapkan yang terbaik untuk para pemimpin negara. Ini tiada kaitan dengan isu politik atau pun mengangkat parti itu atau parti ini pemimpin itu , pemimpin ini.

I am talking straight from my mind and heart.

Puan Noor Jahan, Cik Fame terima kasih sudi menghantar sms bertanya khabar.
Dr Lap Top harap anda sihat ya.


No comments: