Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Friday, October 28, 2011

Dakota Goyo


Bravo Wolverine Man! Another Success! Welcome to Dakota Goyo.
Double Kenton. Real Steel sebuah filem yang bermutu!
Masterji dah tonton dua kali. Satu lagi filem yang akan Masterji gunakan sewaktu training.

Filem yang penuh dengan pengajaran.
Filem yang membuka minda bagi mana mana Bapa yang tidak bertanggung jawap pada anak sendiri, cuba lah dekati anak tersebut, perubahan akan terjadi melihat kan kesusahan dan kehilangan sebuah kasih sayang. Pasti!

Filem yang berteknologi tinggi tetapi masih punyai ciri ciri kasih sayang yang tinggi.
Seorang lelaki yang hampir hilang jati diri dibantu oleh anak lelaki nya yang telah dijual pada orang lain.
Seorang lelaki yang tamak haloba berjaya di ubah oleh anak lelaki nya yang berumur 11 tahun.
Si anak yang yang telah dibiarkan hidup berasingan selama sebelas tahun , akhirnya membuatkan Bapa nya yakin boleh berjaya!

Si anak yang bernama Max atau nama sebenar nya Dakota Goyo amat bijak.

Si anak tiada putus mendekati Bapa nya.
Pertarungan akal yang hebat antara manusia sesama manusia dalam gelangang tinju menerusi Robot.
Pertarungan Robot dan gaya Jack Hughman sewaktu bertinju amat terlatih. Cara tinju uppercut, jab, cross and combo punches memang nampak real. Filem ini dinasihatkan oleh The Great Sugar Ray Leonard.
Jelas kelihatan gerak penumbuk 1, 2 from the same hand and third punches from another hand. Teliti pembikinan nya.

Team Work yang hebat, Bapa mengajar Robot bertumbuk dan anak mengajar Robot menari.

Adegan pertarungan antara Robot people's champion; Atom dengan Zeus, mirip pada perlawanan yang benar benar terjadi antara Chuck Wepner and The Great Mohamad Ali dulu.

Pertarungan yang sengit dan berjaya bertahan hingga kesaat akhir, antara Chuck Wepner dan Ali walaupun perlawanan itu dimenangi oleh Ali. boleh rujuk di blog Masterji yang bertajuk Do it Now!

Anyway dalam leadership , not necessary the Leaders constitute the leadership style but the follower may also constittutethe leadership styles like what Dakota Goyo did.

Jack Hughman makin hebat dan pandai melakonkan pelbagai watak. Beliau sendiri anak seorang bekas peninju.


Thursday, October 27, 2011

Amba The Great Chef


Masterji mengajar di Perak dan tempat Masterji menetap terdapat contoh yang cemerlang. In Search of Excellence is my job therefore whatever is good for sharing , I will take it for sharing purposes.

Satu pagi ketika sarapan, ternampak seorang Chef Mr Amba yang mempunyai kualiti pekerjaan seperti seorang Rock Star. Very focus, a player and silently produce results. Selain dari tugas memasak, Amba rajin menyapu dan buat decoration untuk cantik kan Hotel berkenaan.

Sempena perayaan Deepavali , Amba memastikan hotel berkenaan punyai kualiti seperti hotel hotel besar lain.

Amba buat lebih dari satu kerja. The Hotel to him, is his. What a great mindset! Amba the Rock Star.

Masterji sudah kerap kali kesana dan memerhatikan tingkah laku Amba. Memang konsisten dalam performance nya.
Seorang pekerja yang tinggi nilai nya.

Tuesday, October 25, 2011

Feel Lighter.


Fame it's all about Fame again. Waw fantastic and great. Puan Noor Jahan berjaya sekali lagi mengorak langkah kejayaan dalam pertandingan Productivity Improvement di pertandingan yang dianjurkan oleh MPC. The Best Manufacturing Companies award goes to Higashifuji!

Mera Fame, mubarak ko! Mubarak ko! Tahniah ya Cik Fame.
" Champions is those who keep on making today is better than yesterday and seek greater things for tomorrow!
Tahniah ya.

Maaf lama tak up date blog. Sibuk mengajar kesana sini. Puan Saniyah Kadir thank you for all the support given. Banyak training jalan serentak ya. Very efficient. Thanks.

Pada Group Dynisco Johor nanti Masterji letak entri untuk you all ya. 114 improvements banyak tu. Tak sangka betul. Pada Fazli aka P. Ramlee, Shidee, Wong, Rani, Din, Encik Razali dan Puan Fouziah serta semua yang lain, yes anda hebat! Tuan Haji Isa Buyong juga terperanjat melihat banyak improvement sewaktu mengajar Safety hujung minggu lepas.

Ahad lepas ketika di Lumut , terbaca akhbar berita harian perihal banyak kisah jenayah dan kehilangan keceriaan hidup akibat tersangkut dengan salah orang.

Seorang Pramugari terpaksa menahan tekanan mental disebabkan masalah lampau dan ugutan.
Hilang kegembiraan hidup dan ketakutan. Rakan lama yang disangka penyandar jadi penyiksa. Berita seperti ini makin pesat terjadi. Penting memandangkan kita masing masing punyai anak perempuan atau adik perempuan atau satu hari nanti cucu perempuan. Prevention steps is important. Kalau rasa pertalian menjadi bahaya dan menyulitkan kehidupan , delete and make it lighter.

"Delete what needs to be eliminated from your life - you will feel lighter and your mind will experience more peace'
- Robin Sharma.

Anyway I always believed, what you give , you will get back by yourself or anyone you loved the most, and it's a matter of time only ! If it is good, than the return is good and if it is bad the return will sometimes become triple bad!




Wednesday, October 19, 2011

The Law of Life.



Semalam jumpa dengan rakan lawyer. Borak perihal isu yang berkaitan dengan court cases yang ada sekarang di Malaysia.

Pesanan nya amat ringkas dan best untuk dipelajari.

"Rafi, the law of life is simple, There is nothing to remember if you tells the truth"

Betul juga tu. Kalau hidup kita jujur, tak ada apa yang harus direka, ditakuti dan cuba diingati samaada ada tersalah tak ketika bercakap perihal perkara A pada kali kedua berbanding dengan kali pertama.

Pengalaman Masterji mengatakan ia benar berdasarkan Domestic Inquiry yang dikendalikan. Sejam selepas bertanya semula soalan yang sama kita tanya tadi, jawapanya nya pasti berbeza bagi mereka yang bersalah.

Ok Hope you all understand what Mr Peter my friend told me about the law of life.

Filem Klip 3GP sedang ditayangkan. Tak pasti sambutan nya macam mana tetapi banyak juga perkara yang boleh dijadikan pengajaran dalam hidup. Satu cerita yang menterjemahkan mala petaka yang bakal di alami dalam kehidupan kira nya kita ;

Stick to Toxic people and macam submarine lah jadinya kehidupan kita. Fun became Sadness! Sweet become nightmare! Value become dirt!

Anyway, serahkan hatimu yang hancur pada yang maha besar Allah S.W.T, pasti akan dipulangkan dengan lebih sihat, cekal dan ketenangan. Insyaallah.

Terimakasih kerana membaca ya pada semua.

Tuesday, October 18, 2011

MD ingat Manager, Manager ingat Ast. Manager dan........

Di satu pagi,
Pengarah Urusan yang segak memakai kot merasakan kerja itu akan dibuat oleh General Managernya.
Esok nya....General Managernya merasakan misi itu harus di serahkan pada Manager nya.
Esok nya....Manager nya pula rasa misi tu adalah tugas Asst. Manager nya.
Esok nya...Ast Manager nya pula serahkan pada Executive ...,
Esok nya.....Executive berkenaan rasa tugas itu harus dilakukan oleh Manager nya dan bukan tahap nya.
Esok nya....Ast Manager tu Executive berkenaan berbincang dengan Ast. Manager nya yang tugas itu seelok nya dilakukan oleh orang yang lebih tinggi.
Esok nya ....Pengarah Urusan itu follow up tanya pada General Manager nya samaada kerja berkenaan dah ada progress ke belum.

Dan bila di selidiki, kerja berkenaan baru masuk peringkat siapa patut buat belum pun masuk ke peringkat sudah bermula! Sudah beberapa hari berlalu dan kerja berkenaan belum juga selesai. Esok masih ada!

Inilah yang selalu terjadi di alam pekerjaan. Si besar ingat si kecik patut buat, si kecik ingat Si Besar patut buat..last last, tak ada orang buat.

Speed up our work as customer will be badly affected for any delay.

Pada Cik Fame, good luck ya.

Hah! pagi tadi Sinar FM membincangkan perihal penyanyi Ella Aminuddin di konsert White Snake. Banyak sambutan nampak nya. Great. Good Luck Ella, and never be a blunt knife ya...

So Ella,.....Are you readdddyyyyyyyyyyyyy....Yeahhh! Time for a show..here I am...


Monday, October 17, 2011

Otai yang hebat.


Semalam ketika membaca akhbar Mingguan Malaysia , ada tercatat kisah kejayaan seorang Nenek yang sudah bercucu berjaya mendapat PHD. Hebat!

Never Quick the race. Ketika usia meningkat masih boleh membuka pintu yang tepat. Masih mampu dan gigih mencapai kejayaan. Contoh Otai yang bagus.

Terus terusan berada di lane yang tepat walaupun sudah berumur. Syabas. Rekod yang mulai di perolehi ketika umur meningkat dan bukan rekod yang kegagalan.

Selalunya kita akan dengar " Eleh, dah tua tua ni apalah yang nak buat lagi, dah lambat dah". Tak semestinya. Kalau bertanding mungkin yang remaja boleh tewas.


Winners deliver results and Losers deliver excuses!

Bagi Puan Noor Jahan, Cik Fame thank you for your call last Saturday evening. Jangan risau International ke National ke because you have been to Japan before this and that is considered as International already! Do your best and I believe another breakthrough is on the way.

I pasti you all boleh! Selamat bertanding ya pada minggu ni. Ring my cell phone for what ever news later. Destination is not the success but the journey is!

Pada Abang Nazurin fuhhh hebat nya pengalaman ya. Bancuh simen bukan senang. Takpa, kesusahan adalah guru yang baik. Manusia ni kalau senang selalu, cepat lupa siapa dia!
Kira Abang Nazurin ni macam entri hari ini lah ya..Otai yang berjaya.

Baguslah Bang Nazurin, dah masuk line umur Otai ni, biarlah macam Abang ya, tulis, baca bercakap dan buat benda benda yang mulia dan berfaedah.

Yang penting Abang dapat bezakan bangunan mana yang harus dijejak kan kaki untuk meningkatkan jati diri ketika berada dalam kategori otai dan bangunan mana yang tidak patut!
Rajin menjejak kan kaki ke MIHRM!

Friday, October 14, 2011

Storm and Wave.


Program leadership semalam , seorang peserta bertanya
"Encik Rafi, mana mentor yang sesuai boleh kita pelajari perihal leadership in un stable time".

My answer was ; Toyotomi Hideyoshi, Swordless Samurai.

His policy is "Unshakable Determination"
That policy later become his formula of success.
The name given to him by his boss Lord Nobunaga on first day recruited was " Little Monkey" but he retired with another better and great name " The Great Samurai Toyotomi Hideyoshi "
Another key success of him was; " M Y POLICY WAS ALWAYS TO WORK THREE TIMES HARDER THAN ANYONE ELSE".

Dear readers always remember the following. Masterji selalu berikan quotation di bawah ini pada ramai peserta program; quotation ni daripada saya sendiri berpandukan pengalaman saya sendiri mendaki tangga pembangunan kerjaya.

" Only winners will walk through storms and losers will be taken by it "
The will be up and down in business whic will affect your work but when barriers came, only the best will still stand and survive . those who weak will be gone."


Tuesday, October 11, 2011

The Beginning!


Hari ini Masterji mengajar kumpulan pengurus yang akan di naik kan pangkat ke ketua branch. Tahniah pada mereka. Jangan lupa ya belanja makan nanti.

Pesan Masterji pada mereka,
There will be two perception after your promotion;
" The Top Management either made the right decision to promote you , or it was
completely a wrong decision to be made"

Therefore after knowing the end result of it, please make them think that it was a right decision to be made and being promoted is not the end but a beginning!

Jangan lupa ya samurai samurai sekelian! Good luck and remember that.

Terimakasih pada yang mengirim sms perihal entri semalam, Beauty and The Beast. It's all about supervision, safety and customer service.

Dalam sibuk sibuk conduct training, terbaca pulak kisah penyanyi Ella atau nama sebenarnya Norzila Binti Haji Aminuddin akan menjadi pembuka tirai untuk konsert Whitesnake. Hebat!
Another example of never be a blunt knife. Still performing and consistent. Good Luck.
" A Champion is someone who gets up even when he can't"
- Jack Dempsen.

Terima kasih pada para pembaca yang sudi membaca blog ini. Bersama sama lah kita ke arah yang lebih baik daripada semalam.



Monday, October 10, 2011

Beauty and The Beast.


Hari ini meeting di UITM Shah Alam. Ketika memandu pulang, segar di ingatan kenangan manis di situ.

25 tahun ia sudah berlalu tetapi masih kuat dalam ingatan. Ketika remaja berjaya memasuki UITM dengan tiba tiba. Bukan sebagai pelajar tetapi sebagai pencuci bangunan.

Pagi pagi dah macam ahli pasukan S.W.A.T. Memakai tali pengikat pinggang dan membawa tangga untuk membersihkan tingkap tingkap kelas pelajar pelajar. Ketika itu peluang pekerjaan amat tipis.

Sehelai t shirt seteng ( Singkat / setengah ) dan seluar jeans lusuh koyak di lutut bersama beberapa tulisan seni dan tandatangan rakan rakan seperjuangan, memula kan tugas dari tingkap ke tingkap. Satu unit dua orang.

Zaman tu rokok main lantun sahaja ke bibir. Rambut, ha ha ha ha ha, lebih kurang macam adegan jangan pandang belakang lah gamak nya. Red Indian pun kalah.

Tinggi tempat nya. Sambil mencuci mata liar melihat kedalam kelas latihan. Kemas dan nampak bijak semua pelajar. Pensyarah sedang memberikan nota dan ceramah.

"Kalau lah hidup ini lengkap , tentu sudah masuk kesini" kata hati. Wiper cuci cermin kemas di pinggang. "Apa nak buat, takdir lain lain" pujuk hati.

" Bai , lu punya wiper jatuh bawah lah". Lamunan dihentikan oleh Om rakan se unit. Om juga berambut jangan pandang belakang. punya konsep. Rakan kerja yang rapat ketika itu.

Turun pakai tali macam ahli S.W.A.T. "Alamak "...wiper masuk dalam longkang kecil. Nasib baik tak kena kepala orang yang lalu lalang terutama nya pelajar. Kutip dan renjis renjis.

"Hoi kena orang lah " jerit suara seorang gadis. Toleh kebelakang dan terperanjat melihat tiga orang pelajar sarat dengan buku dan bag sedang memakukan mata tepat pada Masterji. Salah seorang terkena air renjisan tadi dipakaian nya. Confirm air longkang tadi. Berbintik bintik di baju nya.

" Minta maaf saya tak nampak tadi" Kata Masterji sambil menunduk kan muka. Boleh jadi kes besar ni.

" Saya terpaksa salin pakaian tau nak masuk dewan macam mana ni?" Hentak nya pada Masterji.
" Maafkan saya, alat ini terjatuh dari atas tu " cari alasan nak menyelamatkan diri.
" Buat kerja tu boleh pakai mata tak"? hampir berlalu dan mengherdik Masterji.

"Adik minta maaf lah ya, dia tu pekerja saya nanti saya pasti ambil tindakan terhadap nya, jadi kira settle ya dik" Suara seorang lelaki mencelah dan memang Masterji kenal pasti suara tu. Pasti kenal!

"Alamak Silebam" Masterji pucat dan terkedu melihat penyelia Masterji yang bersuara tu. Kami panggil dia lebam sebab wajah nya semula jadi lebam separuh dan sudah berumur. Nakal ketika itu. Om cukup bijak mengayakan cara Mr Lebam bercakap. Masterji sudah kena tangkap dan pucat.

" Macam mana ni kau buat kerja, kalau tak nak kerja betul betul, berhenti dan banyak orang lain yang nak kerja kau ni , tau tak ini safety tau...kalau kena kepala orang macam mana, kalau bebudak ni komplen kat bahagian pengurusan, habis company kita tau," Mr Lebam tak marah tetapi memaki. Heavy...heavy metal betul lah pagi tu.

Masterji masih tunduk dan ekor mata dapat melihat dengan jelas tiga gadis tadi masih berada di situ dan melihat Masterji kena taruk. Tau tau OM sudah berada disisi. tetapi rescuer hanya turun tak boleh bantu dan depend depend. Tangkap leleh betulah itu pagi.

Mr Lebam masih bla, bla , bla, bla dan kami berdua hanya senyap. " Sekarang awak datang opis saya, kita cerita kat sana " Mr Lebam berikan arahan.

Tiga sekawan tadi masih memerhati. Mr Lebam berlalu dan saya menoleh sekali lagi pada tiga sekawan tadi, " Saya minta maaf ya ". dan berjalan mengikuti Mr Lebam ke "opis" kalau ikut sebutan nya.

Sampai di ofis, diberikan amaran keras dan diberikan penerangan perihal safety dan komplen. Kelihatan rekod komplen yang panjang di tunjuk kan. Ketika itu Masterji tak faham semua tu. Masterji pohon maaf dan berjanji tak lakukan lagi. Mr Lebam berikan bahasa isyarat sahaja tanda setuju dan table talk dah tamat.

Jalan keluar dan Om sudah menunggu di luar. Sambil berjalan ke arah bangunan tadi untuk menghabiskan tugas, Om dengan gembira sakan nya bergaya seperti Mr Lebam dan memarahi Masterji. Kami berdua ketawa terbahak bahak. Cis , bikin story jadi lebih sendu dan sadis. Tetapi perkataan safety dan kalau bebudak ni komplen habis kita masih jelas di dalam ingatan.

Sambung balik buat kerja cuci tingkap dan melihat ragam pelajar. "Apa nak buat, tak ada kelulusan maka kena marah ajelah" kata hati.

Time makan kami berdua pergi ke kantin dan beli nasi seperti pekerja asing makan sekarang. Nasi banyak, kuah banyak dan telor goreng aje. Itu pun dah kira best masa tu. Maklum lah , tak ada sen masa tu. Sen bermaksud wang. Beli pun sky juice. Ais kosong.

Bawa nasi makan kat sebuah tangga. Om masih mengayakan ragam Mr Lebam dan memarahi Masterji. tak ending ending lagi babak tu. Selepas tu dua dua baring sekejap berlapik kan kotak kosong kat bawah tangga.

Sambung balik berjalan ke tempat mencuci bangunan tadi. Kelihatan tiga sekawan tadi sudah menunggu. Yang kena renjis tadi masih berbaju yang sama.

"Alamak , tak habis lagi ke they all ni, nak repeat ke" Masterji dah risau dan berkata dalam hati.

"Tadi awak kena marah ke , kena buang kerja ke" tanya yang kena renjis. Suara nya lain kali ini.

" Kena marah aje, tak kena buang kerja tapi kalau buat lagi kena buang kerja, saya minta maaf ya". Sambil tunduk Masterji menjawap.

"Ok, tak pa, nah ini air sirap dua bungkus tadi beli sky juice kan, saya maafkan dan minta maaf kerana saya menjerit awak kena marah" Kata yang kena renjis. Rupa nya dia nampak kami dikantin tadi. Baik pula hati nya.

Masterji ambil air tadi dan mula tersenyum pada nya. " Trimekasih" itu aje yang mampu dikeluarkan oleh Masterji.

Mereka berlalu dan Om happy dapat air sirap lagi lagi dari mak we student.
" Wa caya ama Lu lah Bai" kata OM. Seronok giler kawan tu. dan selepas itu agak kerap juga kami bersembang dengan tiga sekawan tadi. Selepas itu ada sahaja nasi lemak atau air sirap yang dibelikan oleh mereka untuk kami berdua. Tidak selalu tetapi kadang kadang.

"OM, Kita bangsat dan antara kita dengan mereka seperti langit dan bumi" Nasihat Masterji pada Om apabila feeling nya sudah lain macam. Mungkin benar pertalian kami hampir rapat tetapi elok lah sedar diri awal awal.

Kami berdua mendapat mission baru di Fraser Hill dan Kota Raya KL selepas itu.
Maka tiga sekawan itu hanya tinggal sebagai kenangan. Tiga orang gadis yang baik hati dan satu pertemuan yang berpunca daripada Wiper.

Perkataan safety dan bebudak komplen nanti , terpahat jelas di ingatan sehingga kini. Bagus penerangan penyelia yang kami labelkan sebagai Mr Lebam. nakal betul masa tu.

Hari ini , Masterji kesini lagi dan berikan ceramah. Satu kenangan yang indah dan cerita pengurusan yang berkesan.

Pada Cik Fame Pn Noor Jahan, thank you so much for your great comment. Hiba hati membaca nya dan really goes into my heart. I'll keep the comments forever ya. Thank you so muchhhhhh.....




Sunday, October 9, 2011

The way I come from.


Cik Fame, I borrowed your name Fame recently for my training. It does help me a lot. Together with your photo. I was talking about how to be champion in the work place. I told them one thing, Be Like Fame!

" We are not talking international celebrity status here, but you are recoqnized for what you do and others appreciate the contribution you make, and you yourself can become like the Hall of Fame"!
......" Listen , I've got some actual evidence those who make their name became Fame...."

So I show them your story of achievements. Everyone impressed. A Value Added HR Manager. Many could be a HR Manager but issue is, can they become profit centre instead of cost centre?

Ok , Lagu Jamal ha ha ha ha,.....masa dinner nanti nak suruh nyanyi. Masterji dah sakit perut dengar. Nanti jadi sessi Maharaja Lawak pula ha ha ha. Pasal training tu jangan risau, will be a good one ya. Pasal buku tu , thank you dan memang betul buku tu will be like a door for those who wants to be blue ocean people!

Ok hari ini nak cerita pasal perjalanan.
Dalam sibuk sibuk mencari dokumen, Mummy berikan satu dokumen yang lama dan bersejarah. Surat appointment letter untuk bertugas di tempat lama.
Kami sama sama bersyukur dan jelas titik titik airmata seorang ibu yang berjaya menitis.
Mummy adalah kaki bakar no 1 ketika menyuruh Masterji bekerja dengan syarikat Jepun. Dan ada kebenaran dalam nasihat nya.

Surat berkenaan mengatakan "Letter of appointment as production operator" salary : RM 285.
dan ditandangani oleh Human Resource Manager dahulu.

Namun begitu surat berkenaan bukan lah penutup tetapi pembuka. Pembuka pada jalan yang lebih bermakna. Berakhir dengan posisi sebagai GM di HR Department dan kenangan yang termanis ialah:
Kalau di dalam appointment letter untuk Masterji adalah tandatangan HR Manager lain, belasan tahun kemudian setiap surat perlantikan jawatan adalah tandatangan Mohd Rafi Jalaluddin. Tandatangan Masterji.

Mummy tersenyum dan Masterji juga turut sebak. Masterji ucapkan terimakasih pada Mummy dan beredar. Masih tersimpan kemas dalam simpanan nya. Memang awal awal bekerja dahulu semua nya diserahkan pada Mummy termasuk semua wang gaji. Setiap pagi nak pergi kerja Mummy yang hulurkan wang belanja. Masterji suka dan bahagia dengan cara tu. Bagus juga filling Mummy.

Syukur pada Allah S.W.T. Allah maha penyayang. setiap yang berusaha kejalan yang murni pasti akan dibantu.

Abang Azaman thank you for your courage and strong support. Thank you Bang.

"VISION WITHOUT ACTION EQUALS HALLUCINATION". Remember that.

Para pembaca semua boleh jadi lebih hebat dari Masterji, cuba dan ayuh ke depan.
The Port that I 've departured from, was full of tears, pain and challenges. I believed , you can do better and become Fame!

Tuesday, October 4, 2011

Promotion!


Dua orang askar Samurai A dan Samurai B dihantar ke medan perang yang amat merbahaya dengan kelengkapan asas, dan maklumat yang minimum dan sama rata.

Sasaran yang diberikan jelas, harus menang dan pulang dengan bahan bukti. Salah seorang berjaya kembali dengan hasil dan seorang lagi pulang dengan kekalahan dan hanya bertarung setakat separuh sahaja sebelum berundur.

Sekira nya ada peluang kenaikan dari askar biasa kepada ketua kumpulan, manakah yang akan dipilih? Samurai A atau Samurai B?

Sudah tentu Samurai A bukan. Begitulah juga ditempat kerja. Secara asas nya semua pihak pengurusan sedar apabila target diberikan. Bukan senang untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

Ia memerlukan semangat yang tinggi, idea yang kreatif, sabar, dapat mengharungi tekanan dan mengenepikan halangan dan macam macam lagi.

Bukankah semua itu ciri ciri seorang pemimpin?

Maka kalau anda rasa kategori Samurai A seperti anda, maka surat perlantikan jawatan ke peringkat yang lebih tinggi menanti.

Kalau anda Samurai dalam kategori B, tak perlu menaruh harapan menunggu surat kerana anda tiada ciri ciri kepimpinan. Dan jangan komplen !

Apa yang anda harus lakukan ialah sama ada berubah atau selama nya lah menjadi askar dan mendermakan peluang yang telah terbentang dan diberikan kepada pesaing anda ataupun askar yang belasan tahun lebih junior dari anda!