Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Friday, September 28, 2012

Dulu Pencuci Kini Pengurus - Sebuah Kisah Benar

DULU



KINI




PERUBAHAN!!!
Perkataan ini menghantui Masterji sejak 24 tahun yang dulu. Hidup perlu berubah.
Ada suara sumbang berkata, "mustahil lelaki gelandangan seperti kau boleh berubah".
Hari ini, lelaki yang pernah hidup bergelandangan itu telah membuktikan bahawa perubahan bukan mitos.
Semua rangkuman perubahan itu di kongsikan di dalam buku Dulu Pencuci Kini Pengurus untuk semua sama-sama melakukan perubahan ke arah hidup yang lebih berjaya.

Tuesday, September 25, 2012

BERSAMA MASTERJI


Untuk makluman semua, Masterji akan berada di Sekolah Kebangsaan Subang Bestari, Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam Selangor pada hari Ahad,30-Sept-2012 sempena Program Cintai Buku anjuran Kumpulan Media Karangkraf dan PIBG SK Subang Bestari.
Program yang di jadualkan dari pukul 08:00pagi hingga 05:00petang ini akan di isi dengan pelbagai aktiviti.
Masterji akan berada di sana untuk sesi Motivasi Santai dari jam 03:00 petang hingga 05:00 petang.
Ayuh, kita jumpa di sana.

Tuesday, September 18, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS PALING LARIS

DULU PENCUCI KINI PENGURUS TELAH DIULANG CETAK DAN MENDAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI BUKU "PALING LARIS" DI COVER BUKU. SYUKUR DAN UCAPKAN TERIMA KASIH PADA SEMUA.


DENGAN DULU PENCUCI KINI PENGURUS ANDA SEBENAR NYA BUKAN MEMBELI BUKU TETAPI MENEMPAH JENAMA BARU YANG HEBAT UNTUK ANDA! HANYA DENGAN SEBELAS RINGGIT SAHAJA!

TERUSKAN SOKONGAN ANDA DAN PASTIKAN SETIAP RAKAN ,SAUDARA DAN SESIAPA YANG ANDA KENALI MEMPUNYAI SENASKAH DULU PENCUCI KINI PENGURUS.

Thursday, September 13, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS DI MELAKA.

Masterji ke Melaka dan bertemu dengan dua keadaan disamping menziarahi rakan rakan di Melaka.


Ketika sampai di MPH Mydin Melaka saya terus melihat perkembangan jualan buku disana dan terperanjat bertemu dengan seorang Bapa yang hebat sedang memilihkan buku buku motivasi atau pembangunan diri untuk anak nya. Salah satu buku yang diambil ialah buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS. Bapa yang tidak belikan komik sahaja tetapi selangkah kehadapan, tahniah!

Masterji sempat bergambar dengan nya dan memberikan tandatangan di buku. Terperanjat mereka berdua dan tak sangka terus bertemu dengan penulis.

Lawatan tersebut tidak dirancang untuk promosi tetapi Masterji punyai tujuan untuk datang beraya disana. Adik berkenaan kelihatan begitu sopan dan akur pada segala cadangan Bapanya.


Selepas itu Masterji ke rumah jemputan Encik Bakri. Salah seorang V.I.P , Very Innovative Person dalam buku Masterji . Selain dia ada seorang lagi iaitu Cik Fame, Puan Noor Jahan. Dua dua hebat!

Seronok beraya di rumah Encik Bakri . Sempat bergambar dengan anak anaknya yang comel bersama buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS.

Jangan risau Masterji akan buat banyak lagi lawatan ke kedai buku dan Insyaallah kita kan bertemu jua..

Boss....


Hari ini Masterji sempat melawat bekas Boss dulu Dr.Haji Ibrahim Zahari, pensyarah dan ketua jabatan di Graduate Business School Uniten Kajang dan bergelar Professor.

Polisi dia mudah;The more you work hard, the better your health will be.

Cantik!

Dulu kami panggil dia Clint Eastwood sebab muka lebih kurang sama dan dia minat pada aktor tersebut.
Cuma cara kerja dia macam Charles Bronson, semuanya death wish sahaja, garang!

Lawatan yang mesra dan kenangan lama berputar dengan ligat. Seorang bekas pemimpin MultiNational yang disegani dulu.

Monday, September 10, 2012

REZEKI TIDAK DATANG BERGOLEK.

Ramai rakan rakan, yang bertanya dan juga kenalan baru yang telah membeli buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS, "Encik Rafi, nampak all out pasal buku ya"?
Ada yang hantar sms ; "Sibuk kesana kesini untuk promote buku ya Masterji ".

Saya ucapkan terima kasih tak terhingga. Saya fikir apa yang saya lakukan adalah kerana saya percaya rezeki tidak datang bergolek. Malah memandangkan saya seorang yang baru dalam dunia buku ini haruslah bekerja lebih kuat. Lagipun dalam buku saya , terdapat banyak cadangan yang saya berikan pada para pembaca untuk memperhebatkan diri dan pekerjaan makanya saya juga harus membuktikan perkara yang sama dan tidak sekadar bijak menulis buku semata mata.

Mungkin walaupun sudah terkenal, usaha seperti sekarang ini penting. Masterji sudah di didik sewaktu berkerja dahulu:
"Katakanlah kerja kita melaksanakan kerja pembuatan radio, walaupun tugas kita hanya memasang satu skru sahaja belum menentukan kerja kita sudah tamat, kerja kita hanya akan tamat apabila barangan tersebut sudah selamat sampai ke tangan customer ".

Itulah kebudayaan kerja yang saya belajar. Masterji praktik kan perkara yang sama dalam konteks buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS. Bukan sekadar menulis dan menghantar sahaja pada Karangkraf (Alaf 21) , Tetapi Masterji harus WALK EXTRA MILES untuk memastikan ia berjaya. Tidak sekadar mendapatkan feed back daripada editor ataupun publisher tetapi Masterji sendiri GO TO GEMBA, BERMAKSUD TURUN PADANG UNTUK MENGGUNAKAN MATA untuk mencari apa yang kurang dan bagaimana ia harus diperbaiki.

Dari segi susun atur buku sehinggalah pada gaya serta ragam pembeli buku datang ke kedai buku .

Adakah para pembeli serta merta tertarik pada kulitnya?

Adakah para pembeli telah mengambil dan rasa lama serta seronok membacanya sebelum membeli?Dan macam macam aspek lain yang Masterji perhatikan.

Banyak perkara yang saya pelajari sendiri daripada lawatan dan kerja kuat dengan gaya saya sendiri. Saya bukanlah penulis tersohor ataupun amat terkenal maka saya harus  bekerja dengan kuat. Berikan lah sokongan anda dan bimbingan pada saya.

Dear all my beloved readers , I would like to say thank you to all your continuous support for buying and further reading my book. Thank you so much.

Tuesday, September 4, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS - DITANGAN DOKTOR

Seorang Doktor kenalan Masterji telah membaca buku DPKP dan mengirimkan komen pada Masterji.

Dr Aman Shah dari Shah Alam yang mempunyai slogan perubatan "Sekali Datang Sahaja" pada pesakit nya.
Beliau akan berusaha bersungguh sungguh agar para pesakit yang datang ke klinik nya hadir sekali dan mesti kebah dari rawatan yang diberikan. Seorang Doktor yang peramah, kemas dressingnya dan cekap dalam tugasnya.

Pengalaman yang membuka mata Masterji terhadapnya ialah bila satu ketika lebih kurang tahun 2004, Seorang pesakit yang sudah dirujuk oleh beberapa klinik lain untuk kehospital dan kemungkinan akan dipotong ibu jari kakinya kerana luka bernanah dan beliau seorang pesakit diabetes. Tetapi pesakit berkenaan cuba berusaha untuk datang ke Klinik Dr Aman untuk pilihan yang terakhir sebelum menyerahkan diri ke hospital. Nasibnya baik, keajaiban berlaku! Nana dikakinya dibersihkan sehingga licin dan diberikan rawatan khas! Ibujari kaki nya selamat hingga ke hari ini. Masterji yang membawa pesakit berkenaan ke Klinik Dr Aman maka Masterji sendiri yang saksikan.

Thank you Dr for having time to read my book despite your tight schedule.

" Buku Yang Hebat!, Buku ini adalah buku yang terbaik untuk motivasi anak muda

Malaysia ke arah kemajuan serta mencapai cita cita tinggi"

DR AMAN SHAH,
KLINIK AHMAD SHAH
NO 4, JALAN TUKAS 18/34,
SHAH ALAM.

Silalah mencuba ke Klinik beliau Masterji yakin anda tidak kecewa. Insyaallah.

Monday, September 3, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS FROM MANCHO MAN .

Masterji sibuk sangat dengan aktitiviti training dan promosi buku .

Berikut adalah komen dari seorang student MIHRM yang saya gelar Mancho man sewaktu kelas. Seorang yang tajam, berfikir dengan mendalam dan body builder yang rajin.Anak muda yang penuh dengan sopan santun.
Dalam kesibukan bekerja masih rajin datang ke kelas hujung minggu untuk meningkatkan diri. Ini yang dikatakan Up Sikit lah...Walk Extra Miles Culture.
Erief , Thank you so much my boy, your comments is like you too Mancho ! Thank you so much for reading it. Let's rise to the race together!



Erieff
Senior Assistant
MIHRM Student.

With such title as this, who can resist from not picking it up and flips through its pages. Neither did we, his student from MiHRM, who apart from getting engrossed in his lectures, we just can’t stop putting it down till the last page. There are lots of gems to be pick up and it is up to the readers to choose which one matters most or simply apply all or most of it.

The author who is lively in person has amassed considerable knowledge from his hard earned educational journey and personal experience and this translated well into the book. It is a great inspiration to all and a justification to my adage which is, you can still change as long as you’re still breathing. So, go ahead to mine the gems from this book and use them to your advantage!

Thank you.

Regards,
Erieff