Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, September 13, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS DI MELAKA.

Masterji ke Melaka dan bertemu dengan dua keadaan disamping menziarahi rakan rakan di Melaka.


Ketika sampai di MPH Mydin Melaka saya terus melihat perkembangan jualan buku disana dan terperanjat bertemu dengan seorang Bapa yang hebat sedang memilihkan buku buku motivasi atau pembangunan diri untuk anak nya. Salah satu buku yang diambil ialah buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS. Bapa yang tidak belikan komik sahaja tetapi selangkah kehadapan, tahniah!

Masterji sempat bergambar dengan nya dan memberikan tandatangan di buku. Terperanjat mereka berdua dan tak sangka terus bertemu dengan penulis.

Lawatan tersebut tidak dirancang untuk promosi tetapi Masterji punyai tujuan untuk datang beraya disana. Adik berkenaan kelihatan begitu sopan dan akur pada segala cadangan Bapanya.


Selepas itu Masterji ke rumah jemputan Encik Bakri. Salah seorang V.I.P , Very Innovative Person dalam buku Masterji . Selain dia ada seorang lagi iaitu Cik Fame, Puan Noor Jahan. Dua dua hebat!

Seronok beraya di rumah Encik Bakri . Sempat bergambar dengan anak anaknya yang comel bersama buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS.

Jangan risau Masterji akan buat banyak lagi lawatan ke kedai buku dan Insyaallah kita kan bertemu jua..

No comments: