Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, September 4, 2012

DULU PENCUCI KINI PENGURUS - DITANGAN DOKTOR

Seorang Doktor kenalan Masterji telah membaca buku DPKP dan mengirimkan komen pada Masterji.

Dr Aman Shah dari Shah Alam yang mempunyai slogan perubatan "Sekali Datang Sahaja" pada pesakit nya.
Beliau akan berusaha bersungguh sungguh agar para pesakit yang datang ke klinik nya hadir sekali dan mesti kebah dari rawatan yang diberikan. Seorang Doktor yang peramah, kemas dressingnya dan cekap dalam tugasnya.

Pengalaman yang membuka mata Masterji terhadapnya ialah bila satu ketika lebih kurang tahun 2004, Seorang pesakit yang sudah dirujuk oleh beberapa klinik lain untuk kehospital dan kemungkinan akan dipotong ibu jari kakinya kerana luka bernanah dan beliau seorang pesakit diabetes. Tetapi pesakit berkenaan cuba berusaha untuk datang ke Klinik Dr Aman untuk pilihan yang terakhir sebelum menyerahkan diri ke hospital. Nasibnya baik, keajaiban berlaku! Nana dikakinya dibersihkan sehingga licin dan diberikan rawatan khas! Ibujari kaki nya selamat hingga ke hari ini. Masterji yang membawa pesakit berkenaan ke Klinik Dr Aman maka Masterji sendiri yang saksikan.

Thank you Dr for having time to read my book despite your tight schedule.

" Buku Yang Hebat!, Buku ini adalah buku yang terbaik untuk motivasi anak muda

Malaysia ke arah kemajuan serta mencapai cita cita tinggi"

DR AMAN SHAH,
KLINIK AHMAD SHAH
NO 4, JALAN TUKAS 18/34,
SHAH ALAM.

Silalah mencuba ke Klinik beliau Masterji yakin anda tidak kecewa. Insyaallah.

No comments: