Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, May 30, 2013

Baca Cerpen Kavyan


Shahrul memperkenalkan Masterji kepada hadirin yang datang untuk acara Baca Cerpen.

Pada 26-Mei-2013, saya telah hadir untuk acara Baca Cerpen Kavyan anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan sempena Pesta Buku Selangor 2013 di Shah Alam Convention Centre(SACC), Shah Alam Selangor.
Ini julung kalinya saya terlibat dalam acara sebegini dan pengalaman pertama ini sungguh memberi keterujaan.
Saya membaca petikan dari novel Panchayat tulisan Uthaya Sankar SB.
Terima kasih kepada Tuan Uthaya Sankar SB yang banyak memberi panduan cara pembacaan cerpen yang betul.

Masterji dan barisan pembaca yang terlibat.

Wednesday, May 29, 2013

Cik Fame

Cik Fame Puan Noor Jahan mengajar saya satu perkara ;


Kita akan membantu seseorang dengan bermati matian sekira nya orang itu sendiri membantu diri nya sendiri bermati matian.

Kedua; Kita akan membantu seorang rakan sejati sehingga ke tahap yang sampai boleh bukan seberapa boleh.
Lesson point yang bagus dari Cik Fame. Jutaan terima kasih.

Cik Fame adalah anak murid Masterji yang benar benar memperbaiki diri nya lebih dari apa yang Masterji ajarkan.

Kadang Masterji merasakan beliau sudah mencecah tahap seorang Sensei sama macam Masterji.
Nama jawatannya ialah Pengurus Sumber Manusia tetapi fikiran dan action plan nya selalu bagaikan seorang C.E.O.

Cik Fame rakan setia blog RafiMasterji.
Beliau seorang pengurus jabatan sumber manusia dan kini jemputan tetap MPC sebagai penceramah aktiviti Inovasi.
Sesiapa yang ingin berkongsi atau bertanya kepada beliau boleh gunakan blog ini untuk kita berkongsi bersama sama.

Cik Fame good luck and surprising to know that you had never ever finish cards to show for improvement ideas. Do continue and be one the best known and legendary female HR Manager! Sure you will.

Tuesday, May 28, 2013

SUMIKEI THE CHASE BEGIN TO BE CHAMPION!



 Entri kali ini menceritakan program latihan yang dijalankan di Sumikei untuk mencapai pensijilan 5S.

Sebuah syarikat yang menarik. Mereka tidak tahu dimana mereka patut bermula tetapi mereka bermula juga.
Kini secara perlahan lahan mereka bertemu dengan setiap button yang tepat. Lebih kemas, bersih dan hebat susun aturnya dari dahulu.
Dibawah didikan Puan Saniyah Kadir selaku Director Value Guide Training Consultant , syarikat Sumikei kelihatan berubah dengan pesat dan nampak hasilnya.

Encik Zaki ketua bagi jawatankuasa 5S Sumikei adalah  seorang yang penyabar dan kini nampak taringnya yang lebih tajam untuk memastikan misi 5S kali ini berjaya dicapai berbanding dengan percubaan di masa lepas.
Encik Zaki bekerja keras untuk memastikan misi berjalan berpandukan pada jadual. Syabas Encik Zaki juga kepada Mr Rajah yang juga bekerja keras memastikan misi 5S berjaya.

Dengan Value Guide ia pasti jadi kenyataan. Sumikei sudah jauh berubah! Tahniah pada semua ahli kumpulan 5Snya.


Minggu lepas program Internal Audit bersama dengan Puan Saniyah Kadir dan juga Tuan Haji Abdullah Kassim .
Aktiviti kelas dan juga Gemba!
Turun padang!

Encik Zaki teruskan ya.
Dari sebuah lorong yang kecil ayuh kita masuk kejalan besar dan seterusnya menjadikan impian itu suatu REALITI!

Wednesday, May 22, 2013

Nasi Lemak Kasih Sayang


Aha! Hari ini sentimental sikit ya..hari ini kita cerita pasal sumber inspirasi! Feeling sikit tetapi elok untuk kita.

Pagi ini dibekal kan nasi lemak dan teh tarik oleh Isteri. Bila buka penutup nasi lemak sebak rasa hati dan terpegun.Sungguh.
Terpegun melihat  daun pandan yang dipotong dengan bentuk love dan dihias dengan cantik diatas nasi lemak. Menitis airmata saya.
Tak sangka dapat surprise begini.  Terima kasih ya .
Walaupun hanya ada empat helai daun pandan, tetapi mesej nya sungguh besar dan bererti. Empat helai daun pandan yang dihias begitu rupa menjadikan saya lebih kuat menangani cabaran dunia. Selain misi tiang gol sebagai penegak semangat, cinta seorang isteri menjadi teman sepanjang detik.
Saya percaya ajal maut ditangan Allah S.W.T dan kita tidak tahu bila. Seorang suami yang keluar bertugas di waktu pagi belum tentu akan pulang dengan keadaan yang sama pada petangnya. Tetapi dengan dapat melihat empat helai daun pandan yang dihias begitu, ia akan menjadi ukiran cinta sewaktu hidup yang terhebat!
Saya sudah hantar sms ucapkan terima kasih dan tanda penghargaan dengan ayat yang ditulis dengan penuh tidak sekadar "K.. tq...."itu pemalas namanya. Hantarlah sms yang berbunga yang teliti, yang penuh ejaan nya pada mereka yang sanggup menangis dan berduka bersama.

Memanglah sms namanya pesanan ringkas tetapi  itu adalah konsep bukan penghalang kreativiti dan komunikasi. Up a bit lah. Mereka yang mengukir sejarah memahami konsep tetapi tidak tertakluk padanya semata mata! Is not a matter of best man wins, the best way of thinking that will make a man wins!

Emm nasi lemak dah habis dengan teh tarik tadi. Tetapi daunnya saya simpan. Best in the world! Cuma hari ini kena pi jogging lebih satu round pasal dah makan nasi lemak pagi tadi.
Terimakasih...
Andai dibenarkan bernafas untuk esok hari dan hari hari yang akan datang, tetapi dirimu jadi buruan ku.

Andai bagaimana? Hiduplah dengan cinta yang berjaya disegarkan setiap hari dengan pelbagai cara dan kreativiti. Silakan.

Mungkin sebuah lagu Allahyarham Sudirman dapat mengambarkan betapa hebat nya seorang insan yang bernama Isteri .


"Akanku tulis akan ku lagukan 
Semuanya kerana kau seorang 

Andainya aku bisa menulis 
Sebuah madah puisi indah 
Andainya aku bilsa melukis 
Sebuah potret hati 

Akanku tulis akan ku lukiskan 
Semuanya untukmu 
Akan tulis akan ku lukiskan 
Semuanya kerana kau seorang 

Andainya aku bisa mencipta 
Sebuah lagu, lagu syahadu 
Andainya aku bisa menyanyi 
Nyanyian suara merdu 

Akanku cipta akan ku lagukan 
Semuanya untukmu 
Akanku tulis akan ku lagukan 
Semuanya kerana kau seorang 

Andainya aku bisa menyanyi 
Akanku nyanyikan untukmu"

Monday, May 20, 2013

Roket Kertas

Cik Fame thank you so much for your time last Satuday. Gembira dapat bertemu Puan dan juga Managing Director Higashifuji is like part of me.


Hebat ya, makin ramai yang datang nak berguru pasal 5S . Cik Fame dah jadi Master Fame sekarang ya. Tahniah.

Jangan susah hati tak sediakan sarapan . teh tarik hari itu pun dah kira best in the world.

Saja tak confirm attendance tak nak susahkan sesiapa.

Tuesday, May 14, 2013

Selamat Pagi


24 Jam yang baru kita perolehi pada pagi ini. Semua akan berpeluang mengguna kan nya dengan baik.

Macam macam yang kita boleh lihat sewaktu memandu. Pagi ini Masterji keluar selepas dibekal kan sarapan nasi goreng dan teh tarik oleh Isteri. Best! Ada telor goreng mata kerbau, ada tisu yang dilipat kemas dan pesanan jangan main mata sebab tu Masterji pakai cermin mata ha ha haha.


Masterji ke program latihan pagi ini. Menyusuri hari dan menyumbangkan sesuatu pada masyarakat dengan program latihan.Kita boleh memulakan hari dengan pelbagai persepsi. Murung, sedih, kecewa , ceria , gembira dan bersinar sinar.

Kata Robin Sharma pakar motivasi , kita bagaikan seorang wira hebat pada permulaan hari. Hero yang tidak terkalah, hero yang hanya berbekalkan diri nya untuk menangani cabaran yang akan dunia hantar pada hari ini! Kita harus bergerak, berfikir , melaksanakan misi dan mencapai hasil persis seorang wira.! Seorang Hero!
Tak boleh lembik mesti cergas, tak boleh lemah mesti kuat, tak boleh selekeh mesti kemas, tak boleh cepat putus asa mesti berani!
Hero yang apa sahaja dugaan melanda pasti akan dapat ditangani nya.

Muka mesti tersenyum manis walaupun trafik jam teramat lah teruk nya. Nak buat macam mana dah memang tak boleh gerak. reverse pun tak boleh, nak potong kiri kanan pun tak boleh. Jadi apa yang boleh, tengok kiri kanan lah sambil sambil berbalas senyuman dan menahan temperature lah ha ha ha. Kadang kadang ternampak yang kita kenal kadang kadang yang macam kenal tapi lupa dimana dan semenjak buku Dulu Pencuci Kini pengurus dikeluarkan serta beberapa program dimerata tempat mungkin ramai yang mengenali Masterji.

Ada yang tersenyum dan ada yang lambaikan tangan. Semuanya Masterji balas.
Walaubagaimana pun suasana pagi adalah begitu indah untuk kita bazirkan begitu sahaja.

Nasi goreng dah habis dan teh tarik pun dah habis.Best in the world!

Cik Fame thank you so much for your great comments.

Dr Lap Top dengar khabar hari bahagia bakal berkunjung ya! Tahniah!

Friday, May 10, 2013

SIR ALEXANDER CHAPMAN FERGUSON , MACHESTER UNITED! THE LEGEND!



Fergie pengurus Manchester United akan bersara. Kalau benar beliau bersara beliau akan bersara sebagai Pengurus hebat.

Seorang yang berjaya membina sebuah legasi kehebatan untuk Manchester United. Dulu pasukan yang sering menjadi rujukan ialah Liverpool tetapi
Alex Fergusson berjaya mencipta masa untuk mencipta sebuah perubahan, sebuah identiti baru untuk kelab berkenaan, dan juga mencipta sebuah nama
iaitu Alex Fergusson sebagai pengurus yang hebat.

We may use his Managerial examples as guidance for us.
Took over the Managerial position from November 1986 for Manchester United.
M.U Became shinning and champion!

Any management process would be the same; PLANNING, ORGANIZING , LEADING AND CONTROLLING but the way Alex Ferguson does it was perfect.
What I would suggest is , add up tactical approach in your planning , organizing , leading an controlling managerial activities.


Thursday, May 9, 2013

Masjid


Syukur Alhamdulillah, buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS telah membawa Masterji menjelajah ke banyak lokasi, semuanya meninggalkan kenangan manis.
Banyak jasa buku berkenaan pada saya. Mungkin kerana berkat nama Mummy yang tercatat di dalam buku, bantuan isteri yang bukan sekadar mendoakan tetapi menjual dan mempromosi buku berkenaan serta Kumpulan Media Karangkraf yang bersungguh-sungguh dalam membantu kumpulan penulis mereka.
Masih ingat dengan program Imarah Masjid anjuran Kumpulan Media Karangkraf dengan kerjasama Masjid Putra Perdana, Putrajaya? Jika sudah lupa, boleh baca di SINI
Masterji hadir ke program tersebut. Sambutan orang ramai amat menggalakkan dan memberi sambutan yang hebat terhadap jualan buku dan program motivasi.
Masterji di beri peluang oleh pihak penganjur untuk berkongsi rahsia memajukan diri dalam kerjaya dan kehidupan. Sambutan dari hadirin yang ada amat baik.
Ketika memperkenalkan diri dengan nama Mohammad Rafi , ramai "abang-abang dan kakak-kakak peringkat veteran yang tersenyum kerana nama Masterji sama dengan bintang popular Hindustan suatu masa dulu iaitu Mohd Rafi yang hebat dalam nyanyian.

Malangnya, Masterji atau Mohd Rafi bin Jalaluddin tidak boleh menyanyi. Tetapi kalau diberikan berkaraoke lagu-lagu Jamal Abdillah, mungkin boleh sikit-sikit. Sikit-sikit sajalah nanti di takuti Pusat Kajian Cuaca kelam kabut jadinya kerana hujan yang tidak di duga di sana sini. Ha ha ha ha.

Masterji juga mahu mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Kumpulan Media Karangkraf, terutamanya Asyraf, RJ dan Fathi.
Usaha dari merekalah yang telah membolehkan Masterji menjelalah ke serata tempat untuk berkongsi idea dalam aspek pembangunan diri dan kerjaya.
Kumpulan Media Karangkraf bukan sahaja menerbitkan buku dan majalah malah menjadi pemangkin untuk menyerlahkan penulis mereka!
Terima kasih Kumpulan Media Karangkraf.
Berbalik kepada program di Masjid Putra Perdana ;
Sewaktu Masterji sampai, sudah ada pembeli yang membeli buku Dulu Pencuci Kini Pengurus yang menunggu dan ada juga kenalan sewaktu bekerja dulu yang menunggu. Mereka membuatkan Masterji lebih bersemangat.


Kalau dulu, Mohd Rafi menghiburkan manusia dengan nyanyiannya, Mohd Rafi Jalaluddin pula akan memastikan anda tersenyum bangga dengan kejayaan dari usaha anda.
Mohd Rafi memang penghibur, cuma caranya berlainan.

Terima kasih kepada semua yang menyokong Masterji dan buku Dulu Pencuci Kini Pengurus. Anda semua telah memaksa saya bekerja lebih keras dan menjadi insan yang lebih bererti dalam kehidupa ini. Teruslah memberikan sokongan agar saya dapat belajar menjadi insan yang lebih cemerlang. Terima kasih, ihklas dari Masterji.

Kepada Puan Sri Diah dan juga Puan Ruzita dari Kumpulan Media Karangraf,  terima kasih tak terhingga
kerana dahulu, anda berdua lah yang telah memperhalusi manuskrip Dulu Pencuci Kini Pengurus.


Cik Fame thank you for great comments. TWO THUMBS UP.. for Mohabettein.
Dr Lap Top , harap sihat dan kalau ke Kedah kita pasti bertemu ya.

Wednesday, May 8, 2013

MOHABBATEIN


"Humko humise chura lo,
Dil mein kahin tum chupa lo.
Humko humise chura lo,
Dil mein kahin tum chupa lo.
Hum akele, kho na jaayen,
Door tumse, ho na jaayen,...."

Mohabbatein mengingatkan pada kita cinta bukan sementara, cinta bukan nafsu semata mata, cinta bukan penderitaan tetapi cinta adalah sebuah keindahan sewaktu betemu, selepas dan selama nya. Kekal hingga ke akhir hayat!
Hah hari ini kita cerita pasal kasih seorang isteri.

Sehebat sehebat seorang lelaki hebat lagi Isteri nya. Dikala kena marah dengan Bos ditempat kerja pulang ke rumah di sabarkan oleh Isteri nya dan kembali menjadi wira keluarga semula esok nya!

Sehebat hebat seorang lelaki menjadi pemimpin dunia, hanya Isteri nya seorang sahaja tahu bebanan nya, deritanya, kesakitan nya, stress nya dan bertindak menjadikan suami nya kembali ceria, bahagia dan menjadi rakan pendengar yang baik.

Sehebat hebat seorang lelaki ketika sihat, bila sakit maka jururawat, doktor, rakan pelawat, rakan penjaga yang sering ada adalah Isterinya. Kita mendapat ubat dari Doktor Hospital dan rawatan kasih dari Isteri. Badan sakit tetapi jiwa dibelai menjadi kuat untuk melawan cabaran sakit.

Sehebat sehebat restoran diluar dengan beraneka menu yang sedap, sedap lagi masakan seorang Isteri yang disediakan khas untuk selera suaminya, bersama kebersihan yang tinggi, serta doa kasih dan menyihatkan badan.

Kita mungkin hero di dunia dan seorang Isteri adalah Heroin memastikan Hero dunia berkenaan, bergerak dengan penuh cinta dalam diri nya, penuh semangat dalam hidup nya dan penuh dengan doa menjaga keselamatan nya.

Dan saya salah seorang beruntung. Isteri masih menghantar sms sehari 10 kali, dengan kata kata cinta, kata kata prihatin dan juga kadang kadang memberikan nasihat dikala dilanda cabaran kerja, persaingan dan macam macam lagi. Dalam perjalanan memandu ke tempat yang jauh untuk mengajar, selain lagu lagu , sms Isteri teman setia!

"Didalam perkahwinan , Kami tidak membina harta benda, tetapi percintaan yang berpanjangan "

Pulang nanti peluk lah Isteri anda, ucapkan terimakasih menjadikan anda Hero yang hebat! Bermula lah hari ini dan setiap hari laksanakan nya.
Katakan pada dia ; Tummara hei mere pyar...mere zindagi , mere dunia...and life will be fantastic! Cuba lah.

Cuma jangan peluk Isteri jiran sebelah sudah...ha ha ha jangan silap ya.

"Success in Marrieage does not come merely through finding the right mate, but through being the right mate'
Barnett R. Bricker.

Tuesday, May 7, 2013

ADABI HEBAT!

Masterji ke ADABI minggu lepas untuk menyampaikan beberapa buah buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS kepada kumpulan Pengurusan mereka.
Lama sungguh tidak ke situ. Dapat juga melepaskan rindu.

Dulu dari tahun 2005 hingga ke 2009 agak kerap kesana untuk program latihan dan sekali sekala selepas itu . Masterji agak kerap kesana untuk beberapa program latihan dan terutama sekali program perubahan 5S.
Memang diakui dari dulu hingga kini ADABI memang sebuah sayarikat yang bersih dan kemas susun aturnya. Sesuai dengan produk yang mereka keluarkan iaitu makanan,
Terdapat banyak jenis produk mereka yang menyelerakan kita dan amat berpatutan harganya. Hingga kini Masterji masih lagi menggunakan produk ADABI dan yang terbaru adalah produk sambal belacan yang sedia dihidangkan.

Sebuah syarikat yang hebat . Satu perkara yang Masterji masih ingat lagi ketika perasmian 5S di ADABI dulu ialah kata kata Pengarah Urusan nya ketika memberikan ucapan perasmian program.

"5S ini adalah kebudayaan Malaysia sebenarnya, kita adalah rakyat yang bersih , kasut tidak pernah sampai kedalam rumah ditinggalkan dluar rumah, maka apa yang kita buat untuk 5S adalah budaya kita sendiri bukan sesuatu yang kita fikirkan ia datang dari Negara lain. Cuma mereka belajar dan mereka amal kan, tetapi ia adalah budaya kita"!

- Y.B Dato' Syed Manshor Bin Syed Mahmood.

Y.B Dato' Syed Manshor adalah salah seorang rakyat Malaysia yang berjaya menjadikan tiang gol nya menjadi realiti. dari rumah kedai ADABI menjadi sebuah kilang yang besar! Beliau tidak bermula dengan cemerlang tetapi bermula menjadi cemerlang ! Jangan ragu ragu dengan kualiti produk mereka. Kebersihan first class dan produk yang first class!

Masterji gembira dapat membantu mereka dengan program leadership serta 5S. Syabas Y.B Dato' Syed Manshor.  Juga ucapan terima kasih pada Pengurus Latihannya , Puan Azarina .

Beliau sering sibuk mencari latihan latihan yang membina bagi ADABI. Syabas.
Teringat juga pada orang kuat ADABI Encik Hadi yang lama tidak bertemu. Harap sihat selalu.

Sewaktu memandu pulang teringat syarikat Higashifuji, kedua dua syarikat ini Higashifuji dan ADABI adalah yang terawal menjadi tempat Masterji memberikan sumbangan ketika memulakan business latihan dulu.


Ketika perasmian program 5S.


Ketika latihan 5S dijalankan. Turun Gemba dengan semua. Cik Roslinah yang begitu rajin memastikan kawasan ofis ADABI menjadi tempat contoh 5S yang cemerlang! Syabas Cik Roslinah.

Bergambar bersama pillar ADABI dibahagian latihan, Puan Azarina. Sikap customer servicenya hingga kini begitu baik.


Terima kasih dan syabas pada ADABI! Teruskan keunggulan anda!
Semalam petang sempat berbual dengan Cik Fame Puan Noor Jahan via mobile phone. Banyak yang kami perbualkan. Setiap kali berbual samaada Masterji atau beliau akan belajar perkara baru.

Semalam saya belajar satu perkara dan key word yang hebat dari beliau ; "didikan pada anak anak kadang kena keras Encik Rafi kalau tidak esok esok bila mereka besar kita yang mati keras kerana perangai dan tingkah laku mereka".

Ha ha ha,tergelak Masterji.

Didiklah dengan kekerasan yang stabil maksudnya agar kita tidak mati keras kerana mereka satu hari nanti.
Dr Lap Top apa khabar ya. Sila lah kongsikan keyword key word yang bagus ya. Jom sama sama bina insan hebat!

Friday, May 3, 2013

Ingin Kau Jadi New York?

Pagi ini hidup dirancak kan oleh petikan gitar Papa Rock Malaysia; Ramli Sarip.

Sewaktu memandu keluar ke show program latihan Masterji hari ini, Masterji mendengar beberapa buah lagu yang diminati ketika remaja dulu tahun 80an. Emmmm..sekarang pun rasa nya masih remaja lagi kot...ha ha ha ha.

Bergema suara Abang Ramli Sarip didalam kereta dan rupa nya jauh sudah Masterji berjalan dari saat pertama kali mendengar lagu berkenaan dulu!
Lagu rancak tetapi penuh nasihat ; Orang Kota!
Ada diantara lirik senikata lagu berkenaan yang hebat dan buatkan kita terfikir. Secara sinis kata kata itu dilagukan.
"Kaya harta miskin budi bicara, tiap senyuman punya harga,
tepuk dada tanya selera, Oh..Kota manakah tujuan kita,
Ingin kau jadi New York, jadi orang asing ,
hidup tanpa batasan, jahil tentang halal haram, konon nya itulah kemajuan,
tak mahu diri ditertawakan,
Oh Kota ini kah yang kau mahu..
He orang kota , Kamu sudah lupa.."

Dimana adat ketimuran kita. Mana pergi nya sopan santun, kemuliaan , adab , jujur dan etika kita
Mungkin itu mesejnya.. mungkin.

Kita mungkin tenggelam di Kota KL yang kita sangka kan New York. kita lupa adat ketimuran kita. Mungkin
Bila marah atau tersinggung amat cepat makian ala New York serta perkataan popular 4 huruf akan terbit. Saya kira anda faham apa yang saya maksudkan.

Kita boleh menyapa manusia , rakan dengan salam, dengan tertib tetapi kita mula menyapa mereka dengan perkataan hoi Brader, Hei dude dan hei John. Kita menguna pakai perkataan berkenaan dan kesana kesini kita merasa bangga menggunakan nya .Kita fikirkan itulah kemajuan. Kita lupa kita punyai Bahasa kita sendiri, kita punyai cara sapaan yang lebih mulia atau lebih sopan. Mungkin.

Kalau kita menulis , kita suka double meaningkan mesej agar kita kelihatan WOW tetapi rupanya kita sudah melelongkan kan harga sebuah kemuliaan diri . Merata rata dibaca disana sini. Ketika tua datang menjenguk, ia akan menjadi harta yang tidak sanggup diterima oleh cucu dan cicit kita.. Malu .

Setiap perkara harus ada perkiraan ada agenda tersirat , nothing is free semua pertolongan harus dibayar bukan percuma! Mungkin.
Setiap bibir yang mengucapkan " Kesian, I jujur nak tolong you ni..." tetapi dihati niat nya lain. Mungkin.

Tali perkahwinan yang sah mungkin sebuah cerita dogengan purbakala, diganti dengan ;" I SUKA YOU SUKA, SO... " atau " I OK YOU OK SO.... dan hati budi soal kedua. Adab dan peraturan soal kedua. Mungkin.

Kita lupa ada batasannya. Mungkin.
Mungkin kita pernah lakukan dan kita boleh mengubah kan nya sekarang.. Masih boleh .

Masterji terus memandu dan terhibur dengan persiapan menjelang pilihan raya. Di sana sini terdapat banyak bendera dan semuanya sedang berfikir yang mana satu pilihan hati ataupun pencetus masa depan yang stabil . Apa pun Abang Ramli Sarip terus menyanyi dan lagu seterusnya yang Masterji dengar ialah di persimpangan . Juga dari Abang Ramli Sarip.
Masterji turut belajar dan masih belajar.

Pada Cik Fame thank you for your great comments. Tentu sibuk ya nak mengundi.Dengar ada pencapaian baru baru ini ya. Kongsikan sikit untuk kami belajar.

Dr Lap Top thank you so much for your comments too.