Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Thursday, May 9, 2013

Masjid


Syukur Alhamdulillah, buku DULU PENCUCI KINI PENGURUS telah membawa Masterji menjelajah ke banyak lokasi, semuanya meninggalkan kenangan manis.
Banyak jasa buku berkenaan pada saya. Mungkin kerana berkat nama Mummy yang tercatat di dalam buku, bantuan isteri yang bukan sekadar mendoakan tetapi menjual dan mempromosi buku berkenaan serta Kumpulan Media Karangkraf yang bersungguh-sungguh dalam membantu kumpulan penulis mereka.
Masih ingat dengan program Imarah Masjid anjuran Kumpulan Media Karangkraf dengan kerjasama Masjid Putra Perdana, Putrajaya? Jika sudah lupa, boleh baca di SINI
Masterji hadir ke program tersebut. Sambutan orang ramai amat menggalakkan dan memberi sambutan yang hebat terhadap jualan buku dan program motivasi.
Masterji di beri peluang oleh pihak penganjur untuk berkongsi rahsia memajukan diri dalam kerjaya dan kehidupan. Sambutan dari hadirin yang ada amat baik.
Ketika memperkenalkan diri dengan nama Mohammad Rafi , ramai "abang-abang dan kakak-kakak peringkat veteran yang tersenyum kerana nama Masterji sama dengan bintang popular Hindustan suatu masa dulu iaitu Mohd Rafi yang hebat dalam nyanyian.

Malangnya, Masterji atau Mohd Rafi bin Jalaluddin tidak boleh menyanyi. Tetapi kalau diberikan berkaraoke lagu-lagu Jamal Abdillah, mungkin boleh sikit-sikit. Sikit-sikit sajalah nanti di takuti Pusat Kajian Cuaca kelam kabut jadinya kerana hujan yang tidak di duga di sana sini. Ha ha ha ha.

Masterji juga mahu mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Kumpulan Media Karangkraf, terutamanya Asyraf, RJ dan Fathi.
Usaha dari merekalah yang telah membolehkan Masterji menjelalah ke serata tempat untuk berkongsi idea dalam aspek pembangunan diri dan kerjaya.
Kumpulan Media Karangkraf bukan sahaja menerbitkan buku dan majalah malah menjadi pemangkin untuk menyerlahkan penulis mereka!
Terima kasih Kumpulan Media Karangkraf.
Berbalik kepada program di Masjid Putra Perdana ;
Sewaktu Masterji sampai, sudah ada pembeli yang membeli buku Dulu Pencuci Kini Pengurus yang menunggu dan ada juga kenalan sewaktu bekerja dulu yang menunggu. Mereka membuatkan Masterji lebih bersemangat.


Kalau dulu, Mohd Rafi menghiburkan manusia dengan nyanyiannya, Mohd Rafi Jalaluddin pula akan memastikan anda tersenyum bangga dengan kejayaan dari usaha anda.
Mohd Rafi memang penghibur, cuma caranya berlainan.

Terima kasih kepada semua yang menyokong Masterji dan buku Dulu Pencuci Kini Pengurus. Anda semua telah memaksa saya bekerja lebih keras dan menjadi insan yang lebih bererti dalam kehidupa ini. Teruslah memberikan sokongan agar saya dapat belajar menjadi insan yang lebih cemerlang. Terima kasih, ihklas dari Masterji.

Kepada Puan Sri Diah dan juga Puan Ruzita dari Kumpulan Media Karangraf,  terima kasih tak terhingga
kerana dahulu, anda berdua lah yang telah memperhalusi manuskrip Dulu Pencuci Kini Pengurus.


Cik Fame thank you for great comments. TWO THUMBS UP.. for Mohabettein.
Dr Lap Top , harap sihat dan kalau ke Kedah kita pasti bertemu ya.

1 comment:

Anonymous said...

Hi..nak tanye...ade sekuel baru untuk buku dulu pencuci kini pengurus ke?